Sunday, 22 September 2013

Merajinkan Remaja



Golongan remaja adalah aset sesebuah masyarakat yang sangat berharga. Umum mengetahui bahawa mereka merupakan bakal pemimpin  masa hadapan bagi kelompok masyarakat tersebut

Begitu juga dengan para tenaga muda bagi sebuah bangsa misteri yang tinggal di hujung dunia. Aset yang satu ini terlalu amat berharga untuk dipersia demi sebuah kesinambungan agama, bangsa dan negara mereka

Dua sihir utama yang sejak sekian lama dilemparkan kepada bangsa misteri di tanah semenanjung emas ini ialah ‘malas’ dan ‘bodoh’ yang sudah tentu generasi muda mereka pasti terkena akan tempiasnya juga

Ada banyak versi tentang dua kata2 sihir ini dalam menjelaskan kenapa dan bagaimana keadaan ini terjadi

Satu keadaan adalah  merujuk kepada sifat dan sikap bangsa misteri ini yang nampak pasif, pesimis, ‘slow and steady’ yang sudah tentu tidak akan sama sekali serupa dengan bangsa2 lain yang nampak aggresif, terlalu optimis, bersifat revolusi, keras hati, hati kering dan sebagainya yang memungkinkan sikap seperti ini dinobatkan sebagai seorang manusia yang baik, rajin serta selalu memandang masa hadapan dengan begitu fokus sekali

Begitu juga dengan sikap bangsa misteri ini yang nampak ‘reserve’, tidak mahu menonjol diri seperti merak kayangan, merendah diri seumpama resmi padi, menyimpan kuku seumpana harimau di belantara, sanggup mengalah seumpana ular menyusur akar – maka dengan sikap2 ini hanya melayakkan bangsa yang satu ini dicop sebagai manusia yang jahil, seperti tidak berminat untuk menimba ilmu pengetahuan serta tiada cita2 masa hadapan

Yup…bangsa ini sememangnya satu bangsa yang bersifat santai, bersahaja, nampak seperti  ‘tidak peduli’ dan ‘tidak berminat’  terhadap kemajuan diri terutama apabila anak2 susuan mereka dibiarkan tidak terdidik dengan nilai2 murni sejak dari kecil lagi. Maka sifat kesantaian yang menjerumuskan  mereke kepada tabiat kemalasan dan kejahilan  itu biasanya akan terus berkekalan sehingga dewasa

Satu faktor yang sangat penting agar baka keturunan  bangsa ini  mempunyai sikap santai lagi berisi ialah didikan, asuhan, bimbingan, belas kasihan serta menyayangi jati diri, jiwa murni, bakat serta kebijaksaan mereka sejak sebelum lahir lagi, sedari kecil lagi terutama apabila mereka meningkat remaja sebelum mereka menjadi dewasa apatah lagi memasuki alam usia tua

Santai disini membawa maksud sikap suka berdiplomasi, sentiasa cuba mengambil jalan selamat selagi usaha untuk mengelakkan bencana boleh diusahakan, suka menjalin persahabatan, amat sensitif dengan persekitaran, terlalu perasa orangnya, sukakan kesenian serta perkara2 lain yang melibatkan aktiviti kreatif

Berisi pula merujuk kepada sikap suka menuntut ilmu, berkongsi ilmu, memperkembangkan kemahiran diri, menggunakan bakat dengan sebaik2nya, berdikari, cepat & tangkas terutamanya menjadi seseorang yang boleh diharapkan serta diletakkan amanah  & kepercayaan kepada diri mereka

Amat benar sekali pepatah orang tua; melentur buluh biarlah dari rebungnya, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna


Sedangkan bayi yang baru lahir itu adalah seumpama kain putih, maka minda serta jiwa mereka itu masih lagi suci, belum lagi tercemar dengan pelbagai pengaruh  (baik & buruk) dari persekitaran. Apatah lagi zaman kanak2 serta remaja, mereka masih lagi dibawah jagaan serta pengawasan kita dirumah, maka sewajarnya masa usia berharga itu sangat perlu digerakkan untuk mendidik serta menyemai benih2 sifat & sikap murni dalam kehidupan mereka

Faktor ibu-bapa adalah sangat signifikan. Semoga  ibu bapa dapat sentiasa mengingati bahawa  cahaya mata anak2 itu merupakan amanah dari Tuhan yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab. Anak2 bukan hak milik sepenuhnya ibu-bapa yang mereka boleh berbuat sesuka hati  saja dalam mencorak hala-tuju hidup mereka.  Ibu-bapa pula sangat perlu untuk sentiasa mendoakan kebaikan anak2 mereka setiap masa kerana itulah salah satu tunjang kekuatan semangat & tenaga yang diperlukan oleh anak2 dalam menjana ketabahan serta kekuatan jiwa dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang

Saya tertarik dengan usaha murni seorang bapa yang begitu bersungguh2 sedaya upaya bukan saja mendidik malahan mencungkil, mengasah serta mengembangkan bakat setiap anak2 kesayangannya  yang kemudiannya dapat dimanfaatkan bukan saja untuk diri mereka sendiri malahan yang terpenting sekali ialah ianya betul2 dapat digunakan pula untuk kebaikan masyarakat

Dengan usaha gigih sang bapa yang mulia tadi, maka anak2 dapat dineutralkan akan sihir ‘malas’ dan ‘bodoh’ tadi lalu mereka menjadi para remaja yang ringan tulang lagi bijaksana  serta dapat pula menyumbang bakti demi kesejahteraan masyarakat dan negara tercinta

Practice Makes Perfect

Begitu juga dengan usaha seorang yang boleh dipanggil penjaga yang sentiasa berusaha agar para remaja itu akan selalu merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa terlebih dahulu dalam membuat sebarang  perancangan dan keputusan

Mengadulah Pada Allah

Bacalah catatan tersebut dengan hati dan minda yang terbuka. Ambil apa2 pengajaran yang boleh dimanfaat serta doakan agar apa2 kelemahan mereka dapat  diperbaiki bersama2



Selamat membaca!!

Monday, 16 September 2013

Tenaga



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ilmu itu cahaya
Gelap itu gelita serta kejahilan

Sebelum saya diperkenalkan dengan lebih mendalam tentang isu TENAGA oleh Umat Terakhir, saya tidak menyedari akan kepentingan TENAGA.
Banyak persoalan yang menerjah minda tidak dapat menemui penjelasan apatah lagi jawapan yang dapat menenangkan hati dan fikiran.

Namun setelah artikel TENAGA dikongsikan oleh geng UT, ia telah membuka satu dimensi baru dalam meneroka pelbagai perkara. Ini adalah kerana TENAGA merupakan suatu makhluk yang Tuhan ciptakan bagi menggerakkan kehidupan di alam semesta ini.



SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 1


SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 2


SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 3


SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 4


Selamat membaca!