Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday 1 November 2014

Cuci Mata - Pemandangan Yang Menyejukkan Hati




sejak akhir2 ini junior saya sering mengadu akan kesihatan dirinya yang sekejap okay, sekejap tidak okay....selalu juga dia "hangin satu badan" yang bermaksud dia memang mengalami masalah "angin" yang menyebabkan sistem badan seseorang itu menjadi tidak stabil - sakit perut, pening kepala dll

entah mengapa saya pula selalu memberitahu kepadanya bahawa "cuaca dan iklim" di malaysia sejak dua menjak ini tidak baik yang menyebabkan orang "kepala angin", "moody", baran....terasa seperti berlaku pertembungan diantara tenaga murni dan tenaga yang tidak harmoni....kedua2nya saling berlawanan mahu menguasai apa2 sahaja yang berada di tanah malaysia ini

dalam kita dihujani dengan pelbagai peristiwa yang tidak berapa sedap didengar...rupa2nya masih ada lagi perkara2 baik yang berlaku disekeliling kita

mengambil sempena maal hijrah yang baru berlalu, ada dikalangan kita yang menganjurkan majlis2 selawat disana-sini yang banyak membantu rakyat kebanyakan untuk bersama2 mengimarahkan tanah bertuah ini dengan alunan selawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta memanjatkan doa memohon keselamatan yang berpanjangan keatas diri, keluarga serta semua warga tanah yang amat dikasihi ini

mari kita "cuci mata" dengan melayani gambar2 disekitar program selawat perdana di putra jaya pada 31/10/14 yang lepas dari blog sdr Brado Kapak

layan............


#SelawatPerdana piiacuf 2014 Part 1

#SelawatPerdana piiacuf 2014 Part 2

#SelawatPerdana piiacuf 2014 Part 3


kenapa saya kata "cuci mata" ?
ini kerana sebenarnya orang melayu ini sangat lembut hatinya, sederhana sahaja peribadi & tingkah-lakunya, sepatutnya amat berhati2 dalam budi-bicaranya terutama apabila menemui atau ditemui satu suasana yang dapat membantu mendekatkan dirinya kepada Allah serta RasulNya

kita dapat melihat potensi sebenar diri orang melayu bila agama anutannya itu dapat diterap dengan sebaik2nya mengikut landasan yang sepatutnya

semoga alunan zikir serta selawat akan terus berkumandang keseluruh pelusuk tanah dihujung dunia, menjadi dendangan halwa telinga yang paling gemersik syahdu, agar dapat pula menenangkan hati yang gundah-gulana