Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Monday 13 July 2015

Raja Matahari ~ Pesanan 3 Mac 2015





Raja Matahari......dari semalam lagi (Isnin, 13/7/15) cuaca seakan mendung berpanjangan, membawa ke malam hari sehinggalah ke pagi ini (Selasa, 14/7/15). Aku baru sahaja menelefon bonda kesayanganku..."mak....malam tadi lailatul qadar ke?".....lantas bonda ku membalas "agaknye lah......moga-moga macam tulah..."


Raja Matahari...itulah harapan setiap hamba yang masih bernafas di akhir zaman ini. Walau dalam keadaan apa sekalipun....Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang masih sudi memberi peluang untuk kita merasai bulan ramadhan berserta dengan malam Lailatul Qadar nya sekali. Maka masih ada lagi harapan bagi Umat Muhammad ini untuk terus bertafakur menyembah Yang Maha Esa serta memohon belas kasihanNya semoga kehidupan pada hari-hari mendatang akan sentiasa lebih baik lagi


Raja Matahari....aku tidak dapat berbual panjang dengan mu untuk kali ini
aku cuma mahu berkongsi denganmu akan secebis pesanan yang aku terima dari seorang sahabat bertarikh 3 Mac 2015 seperti berikut:


Proksi-proksi mereka, the role players, masih rancak membuat rencana, kamu pula hanya setakat heboh sekampung, namun sang pencuri pula sedang gigih mencuri kampung kamu pada ketika kamu hanya sekadar berani bising-bising dan tidak lebih dari itu.

Annava sudah game over, kamu juga sudah mula nampak permainannya sejak setahun lalu, atas sebab itulah kami memilih untuk berehat supaya sistem boleh mula menjalankan tugasnya, tapi kamu pula masih di takuk lama seolah-olah masih dicengkam pesona Annava, sang pembawa persona plastik.


Proksi Annava? Dia sedang mencuri kampung kamu. Dia mahu 'langsi' ketua kampung kamu. Dia tidak takut berbuat begitu kerana dia tahu kamu semua memang penakut. Dasar pengecut. Dengan musuh di kampung sebelah, kamu tunjuk hebat berani gah menyanggah umpama wira mabuk tuak nipah, tetapi dengan musuh satu selimut kamu biarkan diri dilanyak. Memang dasar pengecut yang akan merempat di kampung sendiri.



Raja Matahari...aku baca berkali-kali setiap baris pesanan yang cuba disampaikan.....

Raja Matahari ...adakah engkau dapat kaitkan pesanan tersebut dengan keadaan cuaca ekonomi & politik tanah air tercinta disaat dan ketika ini....????




Raja Matahari................sehingga kita bertemu lagi..................doakan yang baik-baik, yang paling baik dan yang terbaik sahaja untuk agama kami, bangsa kami, negara kami serta seluruh rakyat jelatanya..........