Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Thursday 27 August 2015

Raja Matahari ~ Tapak Peradaban Manusia




Raja Matahari.................apa khabar engkau hari ini??
Aku yakin engkau baik2 saja di alam sebelah sana
Jika engkau tidak pernah wujud walau sebentar di muka bumi ini....mana mungkin aura mu itu akan dapat terus dirasai hingga ke generasi smart phone kini
Di waktu ini.....langit itu sangat terbuka dari aspek teknologi ICT
Tapi aku yakin,,,,,di zaman mu itu ....langit mu lebih lagi lah sangat terbuka,,,,lebih terbuka dari zaman 2015 kerana engkau boleh suka2 saja berkomunikasi secara berdepan dengan makhluk2 dari kayangan, bunian dan yang seumpamanya



Raja Matahari ..................pada hari Isnin depan ...kami akan menyambut Hari Kemerdekaan,......hahaha.......mesti engkau pelik kan??....macamana cucu-cicit-buyut mu ini boleh terjajah dan lepas tu diberi merdeka pulak...........hahah....itulah strategi politik orang2 yang sgt mengidam tinggalan tanah emas mu ini.....serta bagaimana pula orang asal disini cuba mempertahankan maruah dan harga diri tanah kesayangan ini



Raja Matahari..........diwaktu ini semua rakyat yang prihatin sangat risau ....takut akan kejadian tidak diingini berlaku ...terutama pertumpahan darah  ....dihari so called merdeka tu..........engkau di alam sana.....tolonglah doakan untuk kami semua ya....




Oh ya....Raja Matahari...sebenarnya coretan hari ini bertujuan untuk declare kepada engkau satu perkara yang sangat mengganggu emosi ku selama ini....aku dah boring tahap tenuk/tapir untuk terus memikirkannya.......


ok.....ok.....pada hari ni Jumaat 28/8/15...pada hari yang mulia....dan sempena hari merdeka 31/8/15.....aku declare bahawa bangsa aku ni lah yang mewarisi so called CRADLE OF CIVILIZATION....atau pun Tapak Peradaban Manyusia di muka bumi ini.....untuk planet2 lain tu aku tak sure lah......ni cerita tamadun manusia kat planet bumi je...kot???


Raja Matahari.......bukan apa.....satu perkara yang mungkin dianggap kecil....hari2 aku selalu dengar...kawan2 aku selalu sebut.....dia tu mix blood.....dia tu nampak je orang kelantan...tapi mak-bapak-tok-nenek dia dah campur dengan bangsa2 lain.............dia tu orang johor,,,,tapi cakap pelat kedah...dia tu orang kedah...tapi senang terpengaruh dengan slang johor............


dan banyak lagilah..........




Raja Matahari.....maksudnya....tanpa disedari sehingga kini orang2 kat malaysia ni memang terdiri daripada mix-blood yang pelbagai.....sebab tu perangai pun ntah apa-apa...rencam sangat,.....aku pun sebenarnya bukan purely satu darah....mak aku selalu cakap....dia pun mix at least dari 2 ke 3 darah......itu tak cakap lagi orang lain yang mix-blood dengan eropahlah....jepun lah.....amerikalah....maksudnya sejak dari dulu kala lagi....orang2 kat tanah emas ni dah bergaul dgn pelbagai bangsa dari seluruh tempat dimuka bumi ni.....bukannya dok terperap dalam gua je...pakai cawat bagai dan tau lukis gambar khinzir hutan je......buat jarum pun tak tau....


Raja Matahari.....jadinya malaysiani bukanlah sangat truly asia....tapi sebenarnya truly world....orang malaysia sekarang bertaburan keserata dunia....bukan jadi kuli tau,,,,,,tapi sebagai profesional yang menyumbang pembangunan negara2 lain....yang sememangnya diwarisi sejak dari zaman engkau lagi .....kan...


Raja Matahari...untuk setakat hari ni...okaylah.....aku dan kawan2 kat sini....maka kami mengakulah bahawa kami nilah yang berasal-usul dari bangsa tua yang telah memulakan peradaban manusia di muka bumi ini....tak payah nak minta pengesahan sesiapa....mengaku sendiri lagi senang.......huhu...


Raja Matahari....maka kami jugalah Master Race yang sentiasa diintai2 oleh puak2 New Age Religion si Zinonist Evagelist tu kan.........lepas ni depa kata nak berdemo bagai.....tapi aku nak mula berhibernasi ......menyelami diri sendiri .....menyedut dan menghirup aura bangsa ini dari zaman mu .....lalu aku terjemahkah semula ....sebarkan semula seluas2nya keseluruh pelusuk alam...supaya aku dapat menyumbangkan kebaikan dan keharmonian berterusan dimuka bumi ini




Raja Matahari.....takpelah kalau tak de peninggalan yang gah2 macam kat mesir, cina, amerika, india yang boleh dijadikan bukti bahawa mereka mempunyai tamadun hebat di zaman dulu....
Tapi kami ada tapak peleburan besi ni pun dah okay sangat lah....


Raja Matahari...doakan untuk kami semua ya...............!!!!








Friday 7 August 2015

Raja Matahari.....Setiap Negara Itu Pasti Diuji





Raja Matahari.....aku mahu bertanya....pernahkah kau, negara mu serta rakyat jelatamu diuji dengan pelbagai masalah, kekangan, gangguan serta 1001 lagi cabaran dan dugaan bukan saja di peringat negeri/wilayah.....tetapi ia mencakupi seluruh jajahan taklukmu semuanya...??

Ingin saja aku "berpatah balik" ke masa pemerintahan mu?
aku juga mahu melihat serta merasai bagaimana agaknya reaksi kamu berserta dengan pasukan pemerintahan mu berhadapan dengan dugaan dan cabaran mahu pun dari dalam apatah lagi dari luar negara...bagaimana agaknya kamu menenangkan hati-hati rakyat jelata yang resah-gelisah serta gundah-gulana...? Bukankah engkau seorang Raja iaitu pemerintah bagi semua jajahan taklukmu....maka apakah strategimu dalam melaksanakan amanah untuk memastikan bahawa kedaulatan negaramu tetap utuh dan teguh disaat-saat ia diuji kewibawaanya..??


Raja Matahari.......tahukah engkau bahawa kami semua sedang diuji sekarang ini?
Selama ini pun kami sentiasa diuji...namun pada saat dan ketika ini wayang gambar ujian itu jelas terpampang di depan mata dan telinga kami...


Raja Matahari....bila Tuhan mahu mengurniakan kebaikan kepada seseorang individu maka Dia akan mengujinya....begitu juga bila Tuhan mahu memberikan kebaikan kepada sesebuah negara maka Dia akan mengujinya pada peringkat nasioal iaitu semua jiwa rakyat di tempat itu pasti akan diproses...diuli...diketuk.....dibakar......ditempa....disiat.....dipatah2kan agar hati2 mereka itu hancur sehancur2nya terhadap apa sahaja harapan pada dunia yang fana serta sangat nafsu-nafsi ini.....




Raha Matahari....negara yang kuat ialah bila jiwa rakyatnya itu sentiasa teresak-esak sayu dimalam hari merayu kepada Tuhan Yang Maha Esa agar mengurniakan belas kasihan yang tidak berbelah-bagi dengan mengurniakan rezeki kebaikan yang berpanjangan tanpa putus demi kelangsungan maruah dan harga diri generasi seterusnya


Raja Matahari .....negara yang bermaruah ialah bila jiwa rakyatnya itu teguh menaruh harapan kepada kebaikan, kejujuran, keikhlasan serta nilai-nilai murni sejagat agar kelimpahan dan keberkatan hidup itu bukan saja dapar dirasai pada peringkat individu dan negaranya sahaja, malahan mereka juga amat mengharapkan agar ia dinikmati oleh semua manusia seluruhnya


Raja Matahari......selama ini kami hidup amat dimanjakan dengan keamanan dan kemakmuran negara yang terbina hasil dari usaha para pemimpin sejati dahulu.....tetapi zon selesa itu sudah agak tergugat dikala ini...maka ramai diantara kami yang rasa gelisah .......rasa seperti mahu putus harapan...rasa tidak pasti apakah nikmat yang selama ini kami rasai akan dapat kami kekalkan untuk masa-masa akan datang


Raja Matahari..........walau apa pun masalah dan kesusahan yang sedang kami hadapi dikala ini....doakan semoga kami tetap akan terus tabah, sedar serta insaf untuk terus menguatkan kesatuan jiwa2 kami....semoga kami jadikan ini sebagai asbab untuk memperbaiki diri kami menjadi lebih tawaduk , redha serta mendekatkan diri kepada Tuhan, lebih prihatin kepada diri, keluarga, anak2, saudara-mara, kawan2 serta semua saudara senegara ....





Raja Matahari.....sampai kita bertemu lagi .............



“We may all fall down, but we all get up. Hold your head up, Malaysia.. After the rain comes the sun,”

“When life gets cold and skies aren't blue, you're not alone, I'm here for you. My brothers and sisters, we'll see you through."

“These are the times we must get through, courage and wisdom must live in you. The way of our future lies in you."

“From the rising of the sun, together we are one, we are stronger forever."



Najwa Mahiaddin - After The Rain