Saturday, 21 January 2012

Alter Terahsia Bangsa Melayu II (2)

Friday, August 13, 2010


Alter Terahsia Bangsa Melayu II



Perbezaan pendapat di antara para pengkaji Barat dan Timur tentang asal-usul bangsa Melayu begitu memeningkan.Sehingga kini kajian terus dilakukan dan pelbagai teori dikemukan sehingga antara yang terbaru adalah kajian dari penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin.

Dibawah ini adalah sambungan kepada artikel 'Alter Terahsia Bangsa Melayu'

Selamat membaca

-M.O



The Lost Fragrance in The Promised Land





"But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife (Keturah)..." (Genesis 25:6 New International Version)

Sehingga ke hari ini,para cendekiawan,pengkaji sejarah,pakar antropologi dan ahli geneologi masih berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil MELAYU ini.Sejarah kewujudan bangsa Melayu masih samar-samar dan misteri dan setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa,negara mahupun budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu.Setiap pengkaji juga mempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai percanggahan di antara satu sama lain.Tidak ada percanggahan yang ketara di dalam membicarakan riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa Melayu.Tidak seperti bangsa Inggeris yang diketahui berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu Angles (dari sini terbit kata Anglo dan seterusnya English),Saxon dan Jutes.Juga bangsa Iran yang berasal dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung seperti Cyrus,Xerxes dan Darius.Para pengkaji Barat dan Timur juga menemui tanda-tanda fizikal di beberapa kawasan di dunia yang sama dengan apa yang ditemui di Kepulauan Melayu.Antara yang paling terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan gendang Dongson di Vietnam Utara.Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian tentang sosio-budaya di tempat-tempat lain yang dikatakan mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik Tibet,kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah tentu bukti-bukti transformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China,Indochina (MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.APAKAH ERTI SEMUA INI?Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di seluruh Asia?Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri ini.Rahsia ini adalah satu kunci dari beberapa kunci di dalam 'Ark of Covenant' bangsa misteri ini.



Sebelum perbincangan yang lebih mendalam eloklah diturunkan hasil kajian umum dan terkenal beberapa pengkaji sama ada Barat dan tempatan tentang asal-usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

Berasal dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Kajian mendapati bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.

(a) Orang Negrito

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto

Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro

Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

Berasal dari Nusantara

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Pintu Rahsia

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun.
Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

Pendapat-pendapat dari Barat kebanyakan boleh disimpulkan seperti ini:

-Bangsa Melayu berasal dari bangsa lain seperti China,India atau suku kaum di benua Afrika
-Bangsa Melayu adalah lahir dari transformasi bangsa-bangsa besar seperti China,India atau Arab.

Tetapi kajian mereka dipertikaikan oleh beberapa pengkaji Barat J. Crawfurd,Gorys Keraf dan lain-lain bersama-sama para pengkaji tempatan termasuk para pengkaji di Universiti Sains Malaysia.Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.




RAHSIA DARI KETURUNAN NABI NUH

Yang agak berkemungkinan disusurgalur ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit (Japheth), dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman.Untuk menyiasat dan menjejaki dari mana asal-usulnya bangsa misteri ini kita terpaksa ke masa-masa terjadinya Banjir Besar,beribu-ribu (atau mungkin sampai jutaan tahun?) sebelum kelahiran Sargon dari Akkadia dan bangsa Sumeria apatah lagi kewujudan dinasti-dinasti China seawal Dinasti Xia dan kelahiran Tamadun Indus.

Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami." (Huud 11:48)


Selepas Banjir Besar surut,maka Nabi Nuh a.s pun keluar bersama-sama para pengikutnya seramai 80 orang (mengikut jumlah yang disepakati di dalam manuskrip-manuskrip kuno).Tempat di mana mendaratnya bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark) tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi pendapat yang popular ialah di Buki Judi di Pergunungan Ararat di Turki.Setelah keluar dari bahtera maka bertebaranlah pengikut-pengikut Nabi Nuh ke seluruh bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham,Sam dan Yafid (Japheth).Ham telah mengembara ke kawasan di sebelah Afrika,manakala Yafid bergerak arah barat di mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan Mediteranean,Kaukasus,Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti Denmark,Norway dan lainnya.Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia Barat.Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi Nuh yang bergerak ke kawasan sebelah Timur.INI ADALAH LAPISAN PERTAMA pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.

Nabi Nuh dan kaum kerabatnya yang lain masih menetap di Asia Barat.Dari kerabat Nabi Nuh ini maka lahirlah bangsa-bangsa purba Mesopotamia seperti Akkadia,Assyria dan bangsa-bangsa purba Babilon (termasuk Sumer dan Samiyah).Bangsa-bangsa ini membentuk peradaban Mesopotamia telah diperakui merupakan tamadun tertua di dunia dan digelar pusat ketamadunan dunia (adalah tamadun yang dikenalpasti mula-mula mencipta roda).Bangsa-bangsa yang membentuk tamadun ini merupakan bangsa yang bijak dan terdiri dari keturunan yang terlatih,mahir dan genius.Ini tidak menghairankan memandangkan mereka berasal dari keturunan Nuh sendiri dimana Nabi Nuh adalah seorang yang pintar dan seorang 'patriarch' yang disegani.Manakala pengikut-pengikut Nabi Nuh yang telah sampai di sebelah India,China dan Timur Jauh tetap meneruskan hidup mereka namun agak terbelakang dari segi pencapaian bangsa-bangsa yang tinggal di pusat tamadun Mesopotamia.Ini memandangkan para pengikut Nabi Nuh adalah terdiri dari orang-orang yang miskin dan melarat dimana sebelum Banjir Besar mereka bolehlah dikatakan tinggal dikawasan perkampungan (atau perumahan kos rendah pada istilah kini) ataupun menetap di setinggan-setinggan.Tahap pendidikan mereka yang rendah tidak memungkinkan mereka mendidik keturunan mereka secara intensif tidak seperti keturunan Nabi Nuh yang berasal dari golongan berpendidikan dan bijakpandai memandangkan Nabi Nuh sendiri selain seorang ahli agama, beliau juga adalah pakar dalam bidang zoologi dan kejuruteraan perkapalan.Beliau juga seorang ahli marin dan pelayaran yang berkemahiran.Sesungguhnya Allah s.w.t ,mengangkat para utusan-Nya dari kalangan yang terbaik dan dari keturunan yang terpelihara.Di sini kita boleh menimbangkan dua petunjuk misteri ini,

*Adakah bangsa Melayu berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh?
*Atau berasal dari salah seorang pengikut Nabi Nuh?




'Petunjuk Dari Banjir Besar' ini juga dapat menjawab mengapa di Tanah Melayu telah terdapat kaum-kaum lain yang fizikal dan rupaparas mereka amat berlainan dari bangsa Melayu.Mengapa terdapat kaum di sebelah kepulauan Pasifik yang mengaku mereka berasal dari bangsa Melayu yang belayar dari sebelah Afrika (rujuk kaum Maori dan kaum-kaum kuno di kepulauan Hawai).Juga misteri Pulau Easter dimana patung-patungnya menyerupai batu-batu nisan Toroja dan tugu-tugu suku Batak.Sampai kini bangsa yang pernah mendiami pulau misteri tersebut masih samar-samar.Namun selepas ekspedisi yang digelar Kon-Tiki dalam tahun 1950'an yang mungkin merupakan ekspedisi paling penting selepas ekspedisi Galapagos,sebahagian misteri Pulau Easter telah terungkap.Kemajuan dari ekspedisi ini adalah kajian rapi mereka dari segi arkeologi,linguistik dan etnografi.Yang paling menarik adalah keputusan DNA dari tulang temulang yang dijumpai di sana menjelaskan bahawa kaum yang membina tugu-tugu misteri itu bukanlah berasal dari Indian Amerika tetapi Polinesia yang menerangkan mengapa penduduk setempat memanggil pulau itu sebagai Rapa Nui yang mana bunyi linguistiknya mendekati ala Tahitian dan orang Tahiti mendekati asalnya dari kumpulan Molukas-Samoa (keduanya dari kumpulan etnik yang sama).Merekalah yang belayar ke Kepulauan Marquesas kemudian ke Hawaii selepas itu ke New Zealand dan akhirnya ke Tahiti.Dan pelayaran ini berkemungkinan hanya menggunakan kayak purba dan ia digelar sebagai Catamaran/Trimarant yang dikenali sebagai kapal kecil yang stabil yang mampu mengharungi gelombang lautan.Dan yang menariknya kaum-kaum kuno di Indonesia telah lama diketahui menggunakan Trimarant yang mudah ditolak ketika pendaratan pantai.Sebab itu karakter tugu misteri di Pulau Easter menyamai tugu kaum Toroja dan Batak.



Betapa misterinya apabila ramai pengkaji tidak sependapat untuk menerangkan kehadiran kaum asli seperti Orang Asli,Jakun,Senoi dan sekumpulan dengan mereka di Tanah Melayu dan pada masa yang sama terdapat pula satu bangsa yang berbeza yang berkulit cerah sedikit atau sawo matang,berpakaian kemas,lebih terurus kehidupannya,berorganisasi malah berkerajaan sendiri dan pernah membina empayar-empayar hebat,tidaklah bercawat,dan masih mengamalkan kehidupan primitif seperti berburu binatang dan bercucuk tanam iaitu mengamalkan ekonomi sara diri.Ini tidak sepening kes antropologi lain seperti kehadiran bangsa kulit putih di Australia dan Benua Amerika.Kes unik antara bangsa Melayu dan Orang Asli adalah masalah beribu-ribu tahun dahulu tidak seperti kes Red Indian dan Koloni Eropah.Ini menunjukkan sebelum konotasi 'Dunia Baru' yang popular digunakan dikalangan pengembara Eropah seperti Amerigo Vespucci,Magellan dan Columbus merujuk kepada Tanah Amerika,bangsa Melayu telah lama menemui 'Dunia Baru' mereka beribu tahun yang lampau lama sebelum kelahiran Raja Manuel Sepanyol mahupun Christopher Columbus.

Kunci kepada rahsia ini adalah terletak kepada pergerakan keturunan Ham,iaitu salah seorang anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa berkulit gelap seperti di sebelah Afrika dan pergerakan bangsa Mala dari keturunan Keturah mengikut jalan laut.Kunci ini akan membuka satu persoalan yang sekian lama menghantui para ahli antropologi mengapa kaum-kaum Polinesia seperti Orang Asli,Maori,Aborigin dan suku-suku Hawaii umumnya berambut keriting,berkulit gelap serta memiliki raut wajah dan postur seperti kaum-kaum di Afrika dan berlainan dari etnik-etnik Melayu seperti Jawa,Banjar,Bugis,Kedah,Pahang dan sebagainya.Kaum asli Polinesia ini adalah HYBRID KEPADA KETURUNAN HAM DAN BANGSA MALA-KETURAH.Pergerakan pertama dipercayai adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.Merekalah yang sampai dahulu di Kepulauan Pasifik dan pulau-pulau Polinesia termasuk Australia membentuk kaum Aborigin.Kemudian tibalah pula keturunan Keturah setelah memakan beberapa generasi.Keturunan Keturah ini adalah kumpulan kedua iaitu yang mengikut jalan laut dari sebelah barat (dari arah Afrika) di mana kumpulan pertama bangsa Mala melakukan perjalanan darat menuju ke hujung dunia 'Semenanjung Emas'.Ini menerangkan mengapa kaum asli di salah satu kepulauan Jepun,kaum asli purba di Taiwan dan etnik-etnik Polinesia di Pasifik seperti di Hawaii,Papua dan sebagainya memiliki beberapa perkataan mirip bahasa Melayu berserta maksud yang sama seperti 'batu' dan 'mata'.Kaum asli ini yang berasal dari keturunan Ham anak Nabi Nuh a.s yang menurunkan bangsa Afrika mengalami pertentangan untuk bertahan dengan kedatangan bangsa Mala keturunan Siti Keturah dan Nabi Ibrahim yang lebih maju dan berfizikal lebih besar dari mereka.Akibatnya mereka yang tidak dapat berasimilasi terpaksa berpindah ke kawasan lebih pedalaman.Terdapat juga interaksi sosial di antara kedua-dua kaum ini seperti perdagangan malah ada yang berkahwin sesama mereka.





Kunci Rahsia Pada Pemberian Rahsia

1:1 Adam, Sheth, Enosh,
1:2 Kenan, Mahalaleel, Jered,
1:3 Henoch, Methuselah, Lamech,
1:4 Noah, Shem, Ham, and Japheth.
1:5 The sons of Japheth; Gomer, and Magog, and Madai, and Javan, and Tubal, and Meshech, and Tiras.

1:27 Abram; the same is Abraham. 
1:28 The sons of Abraham; Isaac, and Ishmael. 
1:29 These are their generations: The firstborn of Ishmael, Nebaioth; then Kedar, and Adbeel, and Mibsam, 
1:30 Mishma, and Dumah, Massa, Hadad, and Tema, 
1:31 Jetur, Naphish, and Kedemah. These are the sons of Ishmael. 
1:32 Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan. 
1:33 And the sons of Midian; Ephah, and Epher, and Henoch, and Abida, and Eldaah. All these are the sons of Keturah. 
1:34 And Abraham begat Isaac. The sons of Isaac; Esau and Israel. 
1:35 The sons of Esau; Eliphaz, Reuel, and Jeush, and Jaalam, and Korah. 
1:36 The sons of Eliphaz; Teman, and Omar, Zephi, and Gatam, Kenaz, and Timna, and Amalek. 
1:37 The sons of Reuel; Nahath, Zerah, Shammah, and Mizzah.
(1 Chronicles 1 New International Version)


Petikan di atas adalah dari Kitab Riwayat dari Injil berkenaan jurai keturunan tertentu bermula dari Nabi Adam a.s hingga kepada anak keturunannya yang membentuk bangsa-bangsa di dunia.Nama-nama di sini ada di antaranya mewakili kaum tertentu dan ada yang merupakan gelaran.Sebagai contoh Tubal adalah sebuah kawasan di sebelah Rusia di mana menunjukkan Japheth (Yafid) adalah anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa Kaukasian-Eropah.Median merujuk kepada Madyan di mana bangsa inilah yang disebut dalam kisah 'Nabi Syuaib dan Kaum Madyan'.Bangsa ini disepakati oleh para pengkaji bahawa perintis kepada Empayar Iran pertama sebelum penyatuan Medes dan Parsi oleh Cyrus The Great,juga pernah berurusan dengan bangsa Parsi sama ada dalam perdagangan ataupun peperangan.Israel pula adalah gelaran kepada Nabi Yaakub (Jaacob).

"Dan sesudah Ishak (lahir pula) Ya'qub." (QS. Hud: 71)


Perhatikan ada di antara nama-nama disini bukanlah nama sebenar orang terbabit tetapi ada yang GELARAN dan ada namanya juga menjadi nisbat kepada bangsanya.

"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah." (QS. Hud: 75)

Di penghujung kehidupan Nabi Ibrahim Khalilullah a.s,baginda telah mengahwini seorang wanita dari bangsa misteri yang dinamakan Keturah.Keturah bermaksud kemenyan atau wangi-wangian yang digunakan dalam upacara ritual.Dengan kehadiran Keturah,keluarga Nabi Ibrahim semakin besar.Apatah lagi Keturah telah menghadiahkan enam orang anak kepada Nabi Ibrahim.Dari anak-anaknya inilah akan menurunkan pelbagai bangsa yang meyebabkan baginda digelar 'Bapa Bangsa-bangsa'.Nabi Ibrahim amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan anugerah yang berlimpah-limpah selepas kehamilan Sarah isteri pertamanya yang sekian lama tidak melahirkan anak dan nyaris dianggap mandul.

"Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sangat tua pula?" (QS. Hud: 72)

Ketenangan lebih terasa di wajah Nabi Ibrahim setelah Siti Sarah tidak lagi menunjukkan perasaan cemburu kepada Siti Hajar dan anaknya Ismail.Hanya kebahagianlah yang dirindui oleh Nabi Ibrahim ketika usianya sudah tua dan menunggu panggilan Ilahi.

Namun perintah Tuhan Yang Esa menghendakinya sebagai Nabi dan orang mulia dikalangan manusia, melakukan tugas penting seterusnya.Nabi Ibrahim adalah antara Rasul-rasul yang banyak menerima cabaran dan tanggungjawab dan nama baginda termasuk dalam gelaran Rasul Ulul Azmi.Banyak cabaran dan misi sebelum ini dilalui baginda dengan tabah dan bijaksana seperti perjalanan merentasi Empayar Firaun Kuno (Allah s.w.t menakdirkan baginda bertemu isteri keduanya iaitu Siti Hajar dalam misi ini),perdebatan dengan raja Namrud (Nimrod),peristiwa dibakar api besar,pertelingkahan dengan Siti Sarah,perpindahan Siti Hajar dan Nabi Ismail serta perintah pengorbanan anaknya Ismail.

"Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya Dia di akhirat benar-benar termasuk orang yang soleh." (QS. al-Baqarah: 130)
Semua misi dan perintah itu dilaluinya walaupun adakalanya begitu payah dan menduga imannya terutamanya peristiwa perpindahan Siti Hajar dan Ismail ke lembah Mekah serta peristiwa korban.

"Ibrahim berkata: 'Wahai anakku sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi, aku menyembelihmu, maka bagaimana pendapatmu. " (QS. ash-Shaffat: 102)

Dan Tuhan pun mewahyukan kepadanya untuk melaksanakan satu misi penting sebelum menutup mata di dunia fana ini.Satu misi TERAHSIA yang hanya terungkap dalam manuskrip kuno yang dicari-cari,yang tersembunyi.

"Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah." (Genesis 25:1-4)

Nabi Ibrahim pun memanggil anak-anaknya dari Keturah.Zimran,Jukshan,Madyan,Ishbak,Medan dan Shuah pun mengelilingi ayahanda mereka yang sudah tua.Ketika itu mereka semuanya sudah melewati usia remaja dan tumbuh sebagai anak-anak yang kuat dan cerdas menuruti kehebatan bapa mereka serta sifat tenang Siti Keturah wanita misteri dari Timur.Nabi Ibrahim berpesan sesuatu kepada mereka.Suatu pesan yang teramat penting.Nabi Ibrahim tahu yang dia tidak akan hidup lama lagi di dunia ini.Baginda akan menemui Tuhan Yang Esa yang menciptakan dirinya.Kelihatan satu persatu air mata mengalir ke pipi pada wajah anak-anaknya.Episod pilu berulang kembali.Tiba-tiba baginda terkenangkan peristiwa ketika baginda menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang yang terasing.Saat Nabi Ibrahim , Siti Hajar dan Ismail tiba di Makkah, mereka berhenti di bawah sebatang pohon yang kering. Berkali-kali Nabi Ibrahim menyeka peluh yang bercucuran diwajahnya. Ia terus saja menunggang unta bersama istri keduanya Hajar. Saat itu terik matahari sangat menyengat dan mereka berada ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang. Sepanjang perjalanan itu, tiada sepatah katapun yang keluar dari mulut Nabi Ibrahim. Dikuatkan hatinya untuk tawakal. Dia yakin, Allah SWT tiada akan menganiaya hamba-hamba Nya,Nabi Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan isteri dan anaknya ditengan padang pasir.

Tidak berapa lama kemudian Nabi Ibrahim A.S meninggalkan mereka.
Siti Hajar memperhatikan sikap suaminya yang mengherankan itu lalu bertanya;

" Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"

"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?” Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah katapun.

Siti Hajar bertanya lagi; "Apakah ini memang perintah dari Allah SWT ?"

Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawaban suaminya yang singkat itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Dlm hatinya sempat bertanya Kenapa Allah memerintahkan hal itu, bukankah padang pasir itu kering ditambah lagi, saat ditinggalkan Ismail masih bayi dan air susu Hajar belum keluar.Tapi Nabi Ibrahim adalah hamba yang taat kepada Allah dan ia kekasih Allah, kholilullah. Akhirnya Nabi Ibrahim yakin bahwa perintah itu pasti ada hikmahnya. Setelah 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Kemudian Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah ditengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta disebatang pohon kurma.

Siang itu matahari begitu panasnya membakar gurun pasir yang putih mengkilat. Dahaga yg melilit tenggorokannya tak ia hiraukan..dalam benaknya hanya berpikir bagaimana caranya memberitahukan kepada isterinya tentang perintah Allah. Setelah Siti Hajar diturunkan, Ibrahim bersiap siap pergi,melihat itu diapun bertanya" Suamiku, mengapa aku akan ditinggalkan sendirian bersama anakmu disini? apa dosaku hingga kau meninggalkanku seperti ini. Maafkanlah aku ..aku tak sanggup ditinggalkan ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang ini".

"Tidak istriku, bukan karena dosamu,"jawab Ibrahim”
"Kalau bukan karena dosaku, bagaimana dengan anak ini? anak ini tidak tahu apa-apa,tegakah kau tinggalkannya?" balas Siti Hajar

Hati Ibrahim tersayat mendengar ucapan istrinya." Bukan itu maksudku.Tapi apa dayaku ketahuilah ini semua perintah Allah."jawab Nabi Ibrahim. Mendengar itu Siti Hajar terdiam.Terbayang penderitaan yg akan dihadapinya namun hatinya bertanya-tanya apa Hikmah dibalik semua ini..? " jika benar ini adalah perintah Allah tinggalkanlah kami disini. Aku ikhlas..segalanya kami pasrahkan kepada Allah. Dia pasti membela kami ..satu pintaku sebelum engkau pergi do'akanlah agar Allah menolong kami." pinta Siti Hajar Ibrahim jadi terharu. Isterinya Hajar memang wanita pilihan lantas Ibrahim berdo'a sebagaimana ditulis dalam AlQur'an,surat Ibrahim (14) Ayat 37;

"Ya Allah Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan shalat, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, karuniakanlah rezeki kepada mereka. Mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. " (QS. Ibrahim: 37)

Air mata Ibrahim menitis saat mendo'akan keselamatan anak dan isterinya yang ia cintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak isteri dipadang pasir tandus yang jaraknya enam bulan perjalanan dari rumah mereka. Namun atas keyakinan kuat pada Allah, perintah itu ia laksanakan. Nabi Ibrahim pun meninggalkan tempat itu dengan memasrahkan anak dan istrinya kepada Allah SWT.


Pemberian Terahsia Kepada Bangsa Misteri


"Jika itu yang Tuhan perintahkan kepada ayahanda,kami sanggup melaksanakannya.Semoga Tuhan memberkati kita semua dengan rahmat dan kasih sayang-Nya"

Tersentak lamunan nabi Ibrahim tatkala seorang anaknya bersuara demikian.Lega hati Nabi Ibrahim mendengar kata-kata anak-anaknya satu-persatu menyatakan persetujuan melaksanakan perintah Allah s.w.t.Maka nabi Ibrahim pun bangkit dari tempat duduknya.Baginda kelihatan mengambil sesuatu.Anak-anaknya berpandangan sesama sendiri.Apa yang ingin dilakukan oleh ayahanda mereka?


"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east"
(Genesis 25:5-6)


Nabi Ibrahim pun memberikan sesuatu yang amat berharga kepada anak-anaknya.Sesuatu yang menjadi rahsia kepada keturunan Keturah.Kunci-kunci rahsia.Atau permata.

Emas.

Atau pemberian pusaka yang diwarisi.Atau tanda menunjukkan mereka adalah keturunan Nabi Ibrahim,'patriarch' bertaraf Rasul yang bergelar Kekasih Allah.Rahsia yang dicari-cari,diburu dan didam-idamkan kawan dan musuh.

"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan). " (QS. an- Nahl: 120)

Maka mereka pun bergerak ke arah Timur.

Merentasi padang pasir dan kota-kota Akkadia-Babilon.

Di satu tempat mereka pun berhenti dan merancang sesuatu.Perintah Tuhan yang diwasiatkan oleh ayahanda mereka dibaca kembali satu persatu.Mereka pun berbincang.

Dan kelihatan mereka berpecah kepada dua kumpulan.





bersambung...



----------------------------------------





Epik Pengembaraan Bangsa Misteri

-Perbatasan Parsi hingga ke pergunungan Himalaya
-Bangsa Mala dan Mada
-Madayu,saudara kandung yang memerintah Tanah Parsi 
-Empayar Median dan Parsi Kuno
-Midian,Madyan,bangsa Mada dan 'Mada-yu'
-Angra Mainyu,Spenta Mainyu dan budaya Veda-Parsi Kuno
-Bangsa Mala dan 'Mala-yu'
-Ke manakah saudaraku,Jukshan,Zimran dan lainnya?
-Mencari Shangri-la bangsa misteri
-Kaum Sakya dari kaki gunung Himalaya
-Para Rishi dan Tanah Indus
-Tanah Besar China dan tulisan pada cengkerang kura-kura
-Pulau Taiwan yang damai
-Di negara Matahari Terbit dan Keris dalam Kuil Okinawa
-Pesisir Afrika dan lautan biru
-Ribut di lautan Hindi
-Raja Mus dan Palembang
-Khmer,Mon dan Campa
-Funan,Sailendra dan Nam
-Bangsa Gunung
-Bangsa Gunung dan Mahameru
-Borobudur dan Angkor Wat
-Kambuja
-Tanah Siam dan petunjuk ke 'Promised Land'
-Pintu Rahsia dan Kunci Rahsia
-Jalan sempit ke 'Promised Land'
-Bumi Mala
-Tanah Mala-yu dan Bumi Mala yang tenang-damai
-Pertemuan antara dua beradik di Selat Melaka
-Wangian yang Hilang di Timur Jauh




Jejaki wangian yang hilang di MistisFiles!!Akan datang!!

No comments:

Post a Comment