Tuesday, April 12, 2011
Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII
Selamat datang ke Gua Rahsia!Cucu semua masih ingat pada Atuk ya?Rindu Atuk pada cucu-cucu semua.Sudah beberapa purnama kita tidak bersua.Cucu-cucu semua mari mendekat pada Atuk.Atuk mahu bercerita.
Sebenarnya cu...orang Melayu telah ada sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah.Kerajaan ini antara kuasa besar dunia ketika itu,malah kuasa dunia utama yang tidak terkalahkan.Sejak zaman-berzaman,pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk mencari 'The King Solomon's Mines' yang sebenar.Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-peta kuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas',selain bumi di mana orang Melayu tinggal.Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga dijoloki sebagai 'Pulau Emas'.Dari mana Atuk tahu bahawa bumi kita ini telah disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?Melalui kitab-kitab Hindu seperti Purana.Kitab-kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya dari kitab-kitab lain yang lebih kuno,terutamanya dari kitab Avestan,iaitu dalam bahasa Parsi Kuno.Di dalam kitab Avestan ini pula tercatat kisah-kisah Raja Babilon dan peperangannya dengan jiran sekitar,antaranya Kerajaan Israel Utara,Kerajaan Samirah juga Judah.Selepas perpecahan Empayar Israel Raya,dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor Babilon,kisah 'syurga emas dari Timur' meniti di bibir-bibir dayang-dayang di Etemenanki dan Gerbang Ishtar.Mereka memandang perhiasan Haikal yang bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini didapati oleh Bani Israel.
Tahukah cucu-cucu semua,bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di Kepulauan Filipina dan sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kata Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan (Phoenicia)?
Atuk akan ceritakan satu legenda seorang raja yang memerintah bumi Malayu beribu-ribu tahun dahulu.Dan peradaban raja ini menjadi inspirasi kepada para pembina piramid di Mesir dan Amerika Tengah.Segala aura Ketuanan Melayu berasal dari raja misteri ini dan dia berkuasa mutlak ke atas tanahairnya.Raja ini amat gagah dan tidak berputus asa melawan segala musuh durjana.
Sebelum itu,ada perkara yang Atuk terlupa nak tunjuk pada cucu.Tanpa benda ini Atuk tidak boleh bercerita.Ya,peti-peti kita.Lihat di sana satu peti besar yang bertulis perkataan 'Wangsa Malayu'.Di dalamnya ada gulungan-gulungan watikah yang bertulis dinasti-dinasti Melayu Kuno seperti Dinasti Teratai,Dinasti Seroja,Dinasti Mala,Dinasti Raja Gunung hingga kepada Dinasti Sriwijaya.Sebelum 300 tahun SM kita tidak tahukah apakah dinasti-dinasti Melayu yang memerintah Nusantara ini.Sehinggalah catatan-catatan pada tembok kuil di Mesir dan tulisan pada Makam Raja-raja mengesahkan nama satu dinasti purba dari 'Tanah Nenek Moyang'.
Sila lihat satu peti kecil di dalamnya.Ya...ini dia...Matahari.
"THE CHRONICLES OF MATAHARI"
"Others say that he is Heru-ur (the Old Horus), who dwelleth in Sekhem; others say that he is Thoth; others say that he is Nefer-Tem; and others say that he is Sept who doth bring to nought the acts of the foes of Nebertcher"
(Papyrus of Nebseni,The Egyptian Book of The Dead)
Sejarah bangsa Melayu secara kontemporarinya hanya diketahui seawal Sriwijaya.Paling awal pun kerajaan Champa di Vietnam kini (sejak Funan masih menjadi perdebatan).Oleh kerana orang Champa dahulu bertempat di Vietnam yang kini menjadi sebahagian dari Indochina,maka anak-anak Melayu mungkin tidak menyedari terdapat suku Melayu yang membuka kerajaan yang memiliki peradaban maju di Vietnam.Suku Melayu Cham ini mempunyai bahasa yang secara linguistiknya cenderung kepada bahasa-bahasa Austronesia berbanding jiran-jirannya seperti Mon-Khmer atau Sino-Tibetan.Orang Champa punya kaitan rapat dengan suku-suku Melayu yang lain.Sebab itu apabila raja-raja Champa memeluk Islam,anehnya,selepas itu raja-raja Melayu di Sumatera,Borneo dan Semenanjung mula mengikut jejak raja Champa,menunjukkan pertalian antara Champa dengan dunia Melayu bukan sekadar bahasa tetapi talian persaudaraan.Raja Khmer,Thai mahupun Burma tidak pula memeluk Islam,berbanding raja Patani atau kerajaan di dunia Melayu yang lain.
Apabila seseorang mendapat hidayah dan kebenaran,sudah tentu dia mahu mengkhabarkannya kepada saudara-saudaranya.Inilah yang berlaku kepada raja-raja Champa yang menghantar para mubaligh agama ke serata Nusantara untuk membantu menyebarkan Islam.Kadangkala kita keliru,dengan budaya Champa ini.Kadang-kadang apabila disebutkan peranan mubaligh Champa kebanyakan kita tersilap dengan mentafsirkannya kepada mubaligh dari Cina.Suku Melayu Champa memang rata-ratanya berkulit cerah dan memiliki mata sepet disebabkan kahwin campur dengan orang Cina,Mon atau Khmer.Kadang-kadang apabila terdapat senibina Champa di dalam masjid-masjid lama,kita cenderung mengatakan ia adalah senibina masjid Cina.Sejarah Champa lebih dekat dengan negeri Kelantan.Dan pendakwah-pendakwah awal di Kelantan dulu banyak datang dari Champa.Perkataan Melayu purba juga kebanyakan punya persamaan dengan bahasa Champa.Salah satu perkataan yang terkenal adalah 'orang'.Pada satu prasasti abad ke-2 Masehi milik kerajaan Champa ditemui perkataan 'eurang' merujuk kepada manusia terukir dalam tulisan aksara.Di dalam lagenda Melayu Indochina,pada zaman dahulu terdapat satu kaum yang asyik berperang dengan dinasti China di utara.Akhirnya kaum ini menang perang dan membuat sempadan negara untuk mengelakkan raja China mengganggu lagi tanah-tanah kaum ini.Kaum ini digelar Jawaka dan merupakan pewaris kepada satu tamadun purba yang hilang di Indochina.Kaum Jawaka ini muncul dalam teks-teks kuno Sri Lanka berbahasa Pali,catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi serta riwayat-riwayat dinasti China.Anehnya kaum Jawaka ini punya rujukan silang yang bertindan dengan nama 'Melayu' di mana raja Melayu bagi dinasti Seroja (Pathomwangsa) di Tambralingga juga disebutkan di dalam riwayat berbahasa Pali sebagai 'raja Jawaka'.Dalam log-log istana Maharaja China juga menyebutkan nama 'Mo-lo-yu' atau 'Ma-li-yue' merujuk kapada Zabag,sebuah kerajaan maritim yang unggul di laut selatan.Zabag pula adalah istilah para pedagang Arab dan Parsi,berasal dari perkataan 'Jawak' iaitu Jawaka.
Lihat,mengkaji sejarah Melayu memerlukan kita meneropong dari banyak sumber.Jika tidak,kita akan gagal mencantum sebegitu banyak misteri yang tersembunyi dalam sejarah Kemelayuan.Kita tidak boleh menggali sumber-sumber dari dalam Malaysia atau Indonesia sahaja,tetapi mesti menerawang ke seluruh pelusuk dunia.Profesion purba bangsa Melayu sebagai pelaut,pengembara dan pedagang adalah MASALAH TERBESAR untuk kita menggapai sejauh mungkin tarikh-tarikh yang ada.Orang Melayu gemar membina negarakota-negarakota di merata tempat dan apabila kalah berperang,mereka segera berpindah ke tempat lain.Segala peradaban dan kesenian tinggalan orang Melayu tadi menjadi milik orang lain.Sebab itu 'bekas-bekas' tangan bangsa Melayu berada di tempat lain.Contohnya di Kemboja.Para sejarahwan mereka mengakui bahawa dinasti-dinasti awal Kemboja adalah raja-raja Melayu,dan mengesahkan bahawa raja Khmer pertama ialah Jayavarman II yang menubuhkan Angkor,setelah bertahun-tahun belajar sistem pentadbiran dari dinasti Melayu Sailendra di bawah naungan Emperium Sriwijaya.Sebelum penubuhan Angkor kerajaan orang Khmer adalah Chenla dan ini adalah kerajaan di utara Kemboja.Chenla menjadi dominan setelah berhasil menakluk Funan melalui taktik perkahwinan kerabat diraja.Kemudian Chenla telah dikalahkan oleh Sriwijaya dalam peristiwa 'Kepala Maharaja Zabag' yang popular itu,terakam dalam catatan pengembara Arab,Mas'oudi dan riwayat-riwayat Buddha di Kemboja.Chenla dikalahkan melalui serangan laut dengan beratus-ratus kapal perang dihantar oleh Maharaja Sriwijaya.Sebab itu sebagai taktik,Jayavarman II yang belajar dari kesilapan Chenla memindahkan ibukota kerajaan barunya jauh ke daratan,untuk mengelakkan serangan dari laut.
Orang Melayu khususnya di Malaysia sememangnya tidak biasa mendengar tentang Sriwijaya berbanding Melaka hanya kerana sejarah Kesultanan Melaka jelas dan masih baru berbanding usia lebih 1000 tahun Empayar Sriwijaya.Satu faktor yang pasti ialah pelabuhan Melaka amat terkenal di sebelah barat sehingga mendapat jolokan 'Venice Timur' kerana kekayaannya.Di era Kesultanan Melakalah orang Melayu mula belajar berdagang dengan bangsa-bangsa Eropah yang mula menemui jalan laut ke Timur.Kejatuhan Melaka juga berpunca dari orang Eropah dan ini menguatkan lagi kewujudan Melaka melalui catatan-catatan orang Eropah.NAMUN BAGAIMANA CARANYA KITA TAHU TENTANG SRIWIJAYA?
Dari pengembara Arab,Parsi,pedagang China dan India.Juga dari kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Khmer,Thai,Mon dan Burma.
Inilah harapan untuk kita belajar bagaimana nenek moyang kita membina satu empayar maritim BUKAN SEMUTLAKNYA DI ATAS PENGUASAAN TENTERA tetapi berdiri di atas HEGEMONI PERDAGANGAN DAN PRESTIJ.
Sejak diketahui bahawa terdapat satu empayar kuno yang pernah menguasai Asia Tenggara,sejarah orang Melayu seakan-akan naik lagi setakuk berdasarkan kronologi masa.Dahulu orang Melayu memikirkan bahawa mereka lahir dari Kesultanan Melaka.Sebelum itu,entah...ada yang meracau-racau mengatakan berasal dari anak raja India atau berasal dari orang Cina berkahwin dengan India.Ada yang mengigau berasal dari Siam.Tetapi penemuan prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno,terutamanya Prasasti Kedukan Bukit menyingkap satu RAHSIA YANG AMAT BESAR.Orang Melayu sudah ada sebelum Kesultanan Melaka!Benarlah penjajahan merupakan vakum yang telah mengkuarantinkan orang Melayu dari mencapai sejarah agung mereka di luar kepompong sejarah Melaka.
Sejak itu para pengkaji sejarah;kebanyakannya dari luar dan sejarahwan Indonesia mula mengkaji tentang misteri empayar Sriwijaya.Semua 'puzzle' yang ditemui di Kemboja,Thailand,Indonesia,Malaysia dan Filipina akhirnya terjawab dengan kewujudan satu empayar 'thalassocracy' yang paling berpengaruh di seluruh Asia Tenggara.Kebingungan para pengkaji dan ahli arkeologi yang menemui prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat di samping gelaran-gelaran dinasti Melayu di Kemboja,Thailand dan seluruh Asia Tenggara serta para pembesar mereka di Filipina selesai dengan nama ini;Sriwijaya.Ketika para pengkaji luar sibuk meneliti empayar agung ini,para sejarahwan Malaysia masih duduk di dalam kepompong sejarah Melakanya bermalas-malasan.Lepas itu mengeluarkan kenyataan pelik bahawa orang Melayu tidak mampu bina kapal besar,malahan sanggup berhabis beribu-ribu ringgit membina replika kapal Flor de La Mar yang menyerang Melaka!Ini satu kedunguan para sejarahwan Malaysia.Sebab itu ada menteri Malaysia yang mengeluarkan kenyataan tidak berpelajaran mengatakan bahawa orang Melaka berperang hanya menggunakan tombak dan keris sahaja.Orang Melaka memang kalah dengan kuasa Portugis tetapi bukan sebab berperang dengan keris,tetapi dikhianati.
Tahukah anda bahawa beratus-ratus kapal pedagang,kapal perang atau kapal pelaut Sriwijaya masih tersadai di dasar laut Selat Melaka,Laut Champa (Laut China Selatan) dan sekitar Borneo?Tetapi ini hanya heboh di Indonesia.Ketika orang Melayu Malaysia mengetuk-ngetuk kepala menangisi kebodohan sejarah bangsa yang kononnya tidak mampu membuat sebatang jarum,pakar-pakar perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya.Pakar arkeologi maritim,Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya,pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju,jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.
Dari mana kita tahu kewujudan Sriwijaya?Dari para pengkaji luar.Goerge Coedes dari L'École française d'Extrême-Orient,sebuah institusi kajian sosio-budaya Asia telah menemui rahsia satu empayar maritim yang hilang ketika menafsirkan catatan-catatan kuno China berkenaan 'Sanfotsi' dan prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno berkenaan 'Sriwijaya'.Tidak ada bukti bertulis tentang Sriwijaya seperti kitab-kitab atau rekod dalam bahasa Melayu sebagaimana Kesultanan Melaka yang dirakan kewujudannya dalam Sulalatus Salatin.Kita hanya mengharapkan rekod-rekod dari dinasti-dinasti China serta bukti perdagangan seperti bangkai kapal atau artifak.Satu tindakan yang bijak oleh raja-raja dahulu ialah mereka senantiasa menghantar duta ke Negeri China untuk menjalin hubungan diplomatik.
Jika yang demikian bagaimana sebelum era Sriwijaya?Adakah orang Melayu hanya wujud ketika bermulanya Sriwijaya?
Tidak,kerana terdapat konsep 'city-states' Melayu yang berselerak di seluruh Nusantara sebelum era Sriwijaya.Terdapat kerajaan yang bernama Melayu di Sumatera yang mengeksport emas,juga kerajaan yang bernama Melayu di Segenting Kra.Terdapat juga kerajaan purba di Pahang yang dicatat dalam rekod Maharaja China,juga tercatat nama 'Dungun' sebagai satu pelabuhan kuno dalam senarai pelabuhan pada satu rekod China Purba sekitar 1 Masehi!
Kita tidak tahu bilakah sebenarnya Sriwijaya bermula kerana rekod dari I-Tsing itu adalah ketika Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya.Apa maksud dari semua misteri ini?
SEBENARNYA SEMAKIN DALAM KITA MENGKAJI SEJARAH MELAYU,SEMAKIN JAUH KITA MENGGAPAI MASA SILAM.Dan sejarah Melayu mampu ditelusuri sehingga ke zaman Mesir Purba!
Mengapa begitu?Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir telah menemui bahawa terdapat pengaruh Mesir Purba di dalam beberapa sisi budaya Melayu.Pertama sekali bahasa terutama bahasa Melayu Sumatera.Yang paling mengejutkannya ialah penemuan perkataan 'Maatheru' yang punya padanan ketara dengan perkataan 'Matahari'.'Heru' adalah 'god-king' dalam tradisi Mesir Purba dan diterjemahkan kepada Horus dalam bahasa Greek.'Maat' bermaksud 'eye' dalam bahasa Inggeris.Jones mendapati orang Mesir purba seolah-olah 'menyingkatkan' sebutan perkataan dalam bahasa Melayu.Contohnya 'baik' (good) menjadi 'bw/bai' dalam bahasa Mesir Purba.'Hawa' (hot breath) menjadi 'hh' (diterjemah dari hiroglief).'Agak' (approximately) menjadi 'aga'.
Mata (eye) menjadi 'maat'!
Bagaimana orang Melayu menggabungkan perkataan 'maat' dan 'heru' menjadi 'matahari' yang merujuk kepada 'sun'?SIAPAKAH KITA SEBENARNYA?
Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Melayu yang punya persamaan dengan bahasa Mesir Purba.Adakah pembina piramid adalah berasal dari suku Austronesia?Ini yang memeningkan para pengkaji American Research Center.
Terdapat rahsia besar di sini.Beribu-ribu tahun dahulu,terdapat hubungan yang erat antara Mesir Purba dengan The Land of Gods.
Kod-kod Rahsia dari The Valley of Kings
Terdapat banyak rahsia sebenarnya yang tidak mampu difahami oleh Egyptologist dan pengkaji sejarah Mesir Purba.Ini kerana mereka tidak punya pengetahuan pada masa yang sama tentang orang Melayu dan etnik-etnik Austronesia.Di Lembah Raja-raja,iaitu kompleks makam para Firaun,terdapat ukiran kapal-kapal besar yang dibina untuk perjalanan jarak jauh.Para pengkaji 'Ekspedisi Punt' kerap mengaitkan Punt terletak di Afrika,tepatnya di Somalia atau orang Phoenicia.Namun apa gunanya kapal-kapal besar itu?Orang Mesir Purba diketahui bukanlah pembuat kapal yang mahir dan sering dikhabarkan bahawa kapal-kapal Mesir Purba tidak dapat bertahan lama di laut dan sering tenggelam (kebiasaannya mereka membinanya dari batang-batang jerami).Jika Punt di Somalia,bukankah lebih senang membuat ekpedisi dengan berjalan kaki sahaja daripada mengambil risiko berlayar di Laut Merah?Namun gambar-gambar kapal besar di Luxor itu menceritakan rahsia besar hubungan keturunan raja-raja Mesir dengan apa yang dinamakan 'Tanah Nenek Moyang'.
Sebelum kita membongkar lagi rahsia dari Lembah Raja-raja,mari kita belajar bagaimana kod-kod rahsia dari hikayat-hikayat Melayu dapat dipecahkan.Sulalatus Salatin adalah teks semi-sejarah yang banyak menyimpan rahsia bangsa Melayu.Kesimpulan yang jelas dari teks ini ialah betapa hubungan antarabangsa orang Melayu pada masa dahulu amat signifikan dan terampil.Raja-raja Melayu menjalinkan hubungan diplomatik,menghantar duta,mengadakan perkahwinan dengan raja/puteri luar dan menerima kunjung hormat.Salah satunya Raja Suran.Raja Suran bukanlah orang Melayu tetapi satu raja purba yang keturunannya telah berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun,pemerintah Palembang.Siapakah Demang Lebar Daun?Baginda kemungkinan adalah pemerintah kerajaan Melayu yang kembali bebas atau pemerintah Dharmasraya setelah hegemoni Sriwijaya merosot.Raja Suran sering dikaitkan dengan Rajendra Chola I yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya.Dalam Sulalatus Salatin,Raja Suran adalah keturunan Raja Kinda Hindi yang telah dikalahkan oleh Iskandar Zulkarnain.Rajendra Chola pula keturunan Tamil-Dravidia.Bila disebut 'Hindi' maka kita mestilah membayangkan kerajaan-kerajaan utara India seperti Maurya,Gupta atau Pala.Setidak-tidak pun Empayar Kushan atau Gandhara.
Di dalam Purana dan Mahabharata,tercatat nama kaum-kaum utara yang dinamakan 'gerombolan barbarian' seperti Yavanas,Sakas,Pahlavas,Hunas dan Kambojas (terdapat banyak lagi seperti Parasikas,Kiratas) yang sering menyerang perbatasan utara India.Yavana atau Yona sebenarnya sebutan lidah Sanskrit kepada Ionia,wilayah yang terletak di Anatolia sekarang,dahulunya di bawah pengaruh Hellenistik Greek.Lidah Arab menyebutnya sebagai Yunani,dan ini diikuti oleh lidah Melayu.Hunas adalah kaum Hun,salah satu kaum gasar berkuda seperti Scythia atau Sakas dalam sebutan Sanskrit.Pahlavas ditafsirkan sejarahwan kepada Pahlavi atau Parthia,satu kerajaan barat laut Iran.Dan akhirnya Kambojas iaitu kaum Kamboja dari kelompok Aryan yang berbahasa Avestan.
Semua kaum-kaum utara ini (sama ada dipengaruhi oleh Hellenistik mahupun Parsi) kemungkinan adalah bayangan kepada 'Iskandar Zulkarnain' yang mengalahkan 'Raja Kinda Hindi'.Kemudian Iskandar Zulkarnain telah mengahwini puteri Raja Kinda Hindi.Keturunannya inilah melahirkan Raja Suran dan dari keturunan Raja Suran ini ada yang berlayar ke Sumatera dan berkahwin dengan anak raja Melayu.
Salah satu negeri yang diserang Raja Suran ialah Gangga Negara yang dikatakan terletak di Perak.Tetapi dalam Inskripsi Tanjore tidak disebut Gangga Negara atau Gangganagar sekalipun.Kewujudan Gangga Negara hanya diketahui dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa sahaja dan tiada prasasti yang menyebut nama kerajaan ini.Kajian oleh Colonel James Low pada tahun 1849 pula hanya menjejak satu kerajaan purba lain iaitu Kerajaan Beruas.Kerajaan ini adalah lebih tua dari Kesultanan Melaka dan mungkin sezaman dengan Langkasuka.Beliau hanya mengagak bahawa terdapat satu kerajaan yang lebih tua dari Kerajaan Beruas ini.
Apakah maksud dari semua ini?
SEBENARNYA KISAH RAJA YANG MENEUTRALKAN MONOPOLI EMPAYAR-EMPAYAR MARITIM MELAYU TELAH BERLAKU BERULANG KALI.
Sebelum Rajendra Chola datang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya,cara yang sama juga telah digunakan oleh raja-raja sebelumnya setiap kali empayar maritim Nusantara memonopoli cukai dan perdagangan di Selat Melaka.
Cuba teka,mengapa Portugis menyerang Kesultanan Melaka,satu lagi empayar maritim Melayu selepas Sriwijaya?MONOPOLI PERDAGANGAN REMPAH.
Raja Suran menyerang Tanah Melayu sehingga ke Temasek kemungkinan untuk memusnahkan monopoli satu empayar maritim sebelum Sriwijaya.Dalam Sulalatus Salatin,telah diceritakan Raja Suran kononnya mahu menundukkan China kerana semua kerajaan tunduk kepadanya kecuali China.Dalam perjalanan dari Benua Keling,Raja Suran telah berperang dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sehingga sampai ke Temasek.Sampai ke Temasek,raja Suran telah bertanya kepada para pedagang China yang singgah di sana berapa lamakah perjalanan ke negeri China.Namun pedagang itu yang tahu Raja Suran mahu menyerang negerinya telah membuat helah supaya Raja Suran membayangkan letaknya negeri China itu terlampau jauh.Setelah itu Raja Suran pun membuat satu peti kaca dan masuk ke dalamnya lalu ditenggelamkan ke dalam air.Selepas puas melihat dunia bawah air,diceritakan Raja Suran telah membuat satu batu peringatan yang menerangkan segala penaklukannya ke atas Tanah Melayu sehingga ke Temasek.
Menariknya,Batu Bersurat Singapura yang dijumpai ketika Stamford Raffles 'membuka Singapura' menceritakan perkara yang sama seperti yang tertulis di dalam Sulalatus Salatin!Terdapat kisah Raja Suran yang menakluk semenanjung hingga ke Temasek.Catatan pegawai Stamford Raffles juga menceritakan penemuan satu batu yang amat besar di muara sungai Singapura.Kedudukan batu itu amat aneh dan terdapat inskripsi yang sukar dibaca terukir pada batu.Mereka cuba menggunakan asid untuk menimbulkan tulisan tetapi masih sukar dibaca.Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu besar itu adalah batu yang pernah diangkat oleh Badang,satu watak legenda dalam Sulalatus Salatin.
Terdapat satu rahsia tentang kewujudan Sulalatus Salatin.Pada permulaan kata-kata yang menerangkan sebab Tun Seri Lanang menyusun kitab itu:
"Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka ber¬kata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya."
Goa di sini bukanlah Goa di India,tetapi kerajaan Gowa di Sulawesi.Semasa kejatuhan Melaka,rakyat,tentera mahupun perompak telah melarikan banyak khazanah dari istana berupa kitab-kitab atau hikayat-hikayat.Sebahagian khazanah itu telah dikumpulkan di Gowa,satu kerajaan yang punya hubungan erat dengan Kesultanan Melaka.Ketika Kerajaan Johor-Riau sudah stabil dan menguasai kembali perdagangan selat,di zaman Tun Seri Lanang itulah,para pedagang Melayu telah berlayar ke Sulawesi dan singgah di pasar-pasarnya.Salah satu jualan di sana ialah jualan kitab-kitab,manuskrip dan hikayat.Pedagang-pedagang Melayu telah membeli mana-mana kitab atau manuskrip yang sempat dan dari sinilah Orang Besar itu meminta Tun Seri Lanang menyusun kembali semua manuskrip itu menjadi Sulalatus Salatin yang kita tatap pada hari ini.Ini bermakna terdapat puluhan malah ratusan lagi hikayat-hikayat Melayu di Gowa itu.Dari sinilah kemungkinan besar para pengarang La Galigo mendapat ilham mengarang hikayat panjang tersebut.
Di antara manuskrip-manuskrip tersebut,terdapat sebuah manuskrip yang menceritakan seorang raja yang memerintah Nusantara lama sebelum lahirnya Raja Suran.Raja ini juga mempunyai empayar maritimnya sendiri,cara yang akan berulang-rulang kali muncul selepasnya.Namanya ialah Hari.
Beribu-ribu tahun sebelum wujudnya Sriwijaya,Emperor Hari telah berkuasa di The Land of Gods.Kuasa yang paling dicemburui oleh para musuhnya ialah:
Perdagangan maritim.
------------------ X * X--------------------
Bibliografi:
-Sulalatus Salatin,A. Samad Ahmad
-Journal of the Asiatic Society of Bengal Vol XVII,Part II-July to December
-Specimen C,frame no.176 inscribed stone,Luxor.
-Specimen G,frame no.67 west block (?),3rd tomb
-Inscription found in Province Wallesley,Col.James Low.
-Note on the Inscription from Singapore,Hons. Col. Butterworth,C.B,James Low.
-In The History of Sumatra, William Marsden
-Phoenician Characters In Sumatra," Part 6, (1892-1895)
-Edouard Naville, "The Naval Expedition to the Land of Punt," The Temple of Deir El Bahari, III (London: Egypt Exploration Fund, 1884) Plates LXXVIII-LXXXI
-Margaret Bunson, The Encyclopedia of Ancient Egypt, (New York: Facts on File, 1991)
-Munoz, Paul Michel, (2006), Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula, Editions Didier Millet.
-Po Klaus Garai Inscription (BEFEO IX, Notes D'epigraphie: Nouvelles incriptions de Po Klaus Garai, Louis Finot)
-Chronicles of Chiang Mai
-From the Red to the Med,Harry Bourne
---------------------------------------------
Next....
Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV
"The Federation of Maritime Powers & Seaports"
-Siapakah Srivijaya?
-Dari mana kita tahu tentang Srivijaya?
-Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya
-Siapakah Maharaja Zabag?
-catatan Mas'udi
-Siapakah Sribhoja?
-Dari mana asal-usul Srivijaya?
-Srivijaya sebagai sebuah empayar
-Penakluk Segala Pelabuhan
-"Maharaja Seluruh Kepulauan"
-The Guardian of Malacca Straits
-Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan
-Monopoli dan prestij Srivijaya
-Siapakah orang Bugis,Bajau Laut,Orang Laut dan Sulu?
-Profesion purba Bangsa Melayu
-'The Eastern Norsemen and Phoenicia'
-Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii
Riwayat Melayu telah tenggelam ke dasar lautan yang dalam...bersama-sama MistisFiles kita cari kembali hikayat bangsa!
No comments:
Post a Comment