Wednesday, 4 December 2013

Selamat Datang Konglomerat Melayu

Pengalaman ‘singgah sebentar’ disyarikat milik seorang taikun terkenal  yang menjadi antara 10 orang terkaya di tanah emas memberi pengajaran yang sangat berharga untuk lebih bersungguh2  memberi  sokongan tidak berbelah- bagi kepada mana2 bangsa melayu yang mahu berdaya maju & bersaing dalam mengembangkan perniagaan dan kerjaya mereka.

Bekerja dalam sebuah syarikat konglomerat yang sudah membangun dengan begitu pesat  sepatutnya adalah sesuatu yang amat mengujakan dengan pelbagai fasiliti, ruang dan peluang yang terbuka luas untuk mempelajari pelbagai perkara. Namun jiwa ini sentiasa meronta2 mahu mencari sesuatu yang lebih tulus-mulus sifatnya. Setiap pagi melangkah masuk ke bangunan pejabat yang tersergam indah dengan penuh gah tidak dapat memberi kepuasan  kepada  sesuatu yang selama ini sering dicari oleh diri. Bangunan, prasarana, saham, kemewahan dll habuan dunia itu tidak memberi erti apa2 kerana diri ini tidak dapat merasai  ‘sense of belonging’  terhadap semua itu yang sudah terang lagi jelas ia adalah milikan oleh mereka yang bukan dari sebangsa apatah lagi seagama dengan kita.

Benarkah bangsa misteri ini memang tidak tahu berniaga (jika dibandingkan dengan bangsa2 lain dinegara ini) ?
Betulkah bangsa misteri ini begitu ‘malas’ dan ‘bodoh’ sehingga terlalu amat jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang (jika dibandingkan dengan bangsa2 lain dinegara ini) ?
Apakah slogan membasmi kemiskinan,membasmi kemunduran serta membasmi segala macam kelemahan yang sering dilaungkan itu merupakan satu2nya cara yang paling tepat untuk mengubah nasib bangsa ini kepada yang lebih baik ?
Apakah sebenarnya unsur yang miskin, mundur serta lemah yang ada didalam diri bangsa ini sehingga masih belum berjaya keluar dari kepompong gelap   setelah sekian lama kita memperjuangkan nasib kita di bumi bertuah ini ?

Berjalan2 dipasar malam melihat saudara-mara sebangsa begitu gigih berusaha menjalankan  urusan jual-jeli  dengan para pengunjung yang tidak putus2 datang mencari pelbagai keperluan seharian serta juadah kegemaran adalah sangat mengharukan. Tetapi sudah cukupkah bila kita hanya berekonomi diperingkat  pasar malam sahaja sedangkan bangsa lain itu sudah mempunyai puluhan malahan ratusan jaringan perniagaan diserata ceruk rantau bumi emas ini ?

Pelbagai agensi, skim galakan, latihan serta bantuan diwujudkan dalam usaha untuk memberi  ‘tongkat sakti’ kepada anak bangsa agar mampu bertatih, berjalan lalu berlari dari masalah kemiskinan & kemunduran demi menggapai kemajuan & kesenangan yang sering menjadi impian dalam tidur yang amat lena. Ramai yang  telah berjaya,  ramai pula yang masih berjuang  dan ramai juga yang gagal. Adakah ‘tongkat sakti’ yang diberikan itu masih kekurangan  ‘power’untuk mengubah semua nasib bangsa misteri kepada yang lebih baik ?

Tidak bolehkah agensi2 yang diterajui oleh insan2  dari sebangsa lagi seagama itu mencari formula lain yang lebih bijak lagi ‘magis’ yang boleh digunapakai dan lebih bagus jika boleh diaplikasi secara DIY (do it yourself) oleh anak bangsa dalam usaha mengubah nasib kearah kemajuan dan kesenangan setanding  dengan bangsa2 lain ?

Bolehkah agensi2 itu mencipta ‘pancing sakti’  bagi menggantikan ‘tongkat sakti’  yang boleh diberikan kepada anak bangsa agar mereka dapat meraih ‘rezeki2 ajaib’ dari ‘sumber2 ajaib’ yang tidak pernah mereka fikirkan lagi sangkakan sebelum ini ?

Maka apakah ‘pancing sakti’ itu ?

AfterDark pernah mencadangkan kepada pihak kerajaan agar mempelajari pelbagai perkara termasuk kaedah alternatif berekonomi yang lebih mampan dari pelbagai ngo serta pihak2 yang bergerak secara persendirian dalam usaha memperkasakan anak bangsa.

Saya tidaklah pasti sama ada pandangan serta harapan seorang blogger warga malaysia ini benar2 telah diambil perhatian dengan serius oleh pihak2 yang berkenaan. Namun perkembangan positif yang berlaku sejak akhir2 ini ‘seolah2’  mata & telinga pihak yang berwajib ‘mendengar’ rintihan/keluhan/harapan rakyat kebanyakan.

‘persengketaan’ puluhan tahun diantara pihak berkuasa agama negara ini dengan sebuah ngo yang sangat berpengaruh akhirnya dapat diselesaikan dalam keadaan yang amat melegakan minda ramai rakyat  jelata  yang melihat peristiwa tersebut dari jauh secara diam.

Selamat Datang Konglomerat Melayu !!  Global Ikhwan Holdings dan YKPPM.

GISB & Ummu Jah kini...

Signifikan Penjenamaan Semula YKPPM

Gambar Sekitar Majlis Penjenamaan Semula YKPPM

Ucapan Puan Ibu Hatijah Aam Di Hotel Concorde, Shah Alam - Majlis Istitabah Anjuran JAIS

Bacalah Dan Dengarlah Bicara Perniagaan Puan Ibu Hatijah Aam Bersama Dato' Nazim Johan (TOKKI) di Radio 24 BERNAMA


Semoga ‘persahabatan’ baru diantara dua pihak ini dapat mencipta ‘pancing sakti’ yang selama ini dicari terutamanya dalam usaha bangsa ini mendambakan kemajuan, kesenangan, keselesaan & kemewahan berekonomi  dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup (didunia hingga keakhirat ‘syurga’ sana)

Semoga ianya dapat membuka lembaran baru bagi menterjemah semula ruang-lingkup ekonomi dengan lebih tepat seperti  yang dikehendaki oleh Tuhan dan Rasul.

Semoga taikun2 kaya lagi ternama yang majoritinya belum seagama dengan kita itu akan terbuka pintu hati mereka untuk bercita2 pula menjadi kaya lagi ternama disisi Tuhan Yang Maha Esa didunia hingga keakhirat sana berpandukan  kepada definasi ekonomi yang berteraskan ketaqwaan. Itulah ‘sense of belonging’ yang sepatutnya kita semai sesama manusia agar kita semua menyembah Tuhan yang sama serta menyintai Nabi yang sama serta sama2 selamat dinegeri sebelah sana.

Perkenankanlah doa kami  Ya Tuhan !





2 comments:

  1. Salam Admin,
    Kembalinya GISB Holdings ke pangkuan JAIS/JAKIM adalah berita busyro untuk umat Islam khususnya Ahlussunnah Wal Jamaah. Peristiwa ini sudah lama dinanti-nantikan. Gabungan mereka pastinya amat sukar diganggu-gugat oleh musuh-musuh yang tidak senang melihat orang Melayu bersatu. Moga detik ini sebagai langkah permulaan ke arah penyatuan bangsa Melayu Islam seluruhnya. "Berjemaah itu Rahmat, Berpecah-belah itu Azab" dan 'harga' untuk itu tentu bukannya murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Tuan Nurrohi,

      yup.....jika mahu berkorban untuk membayar 'harga' penyatuan itu.....maka bayarlah sekarang kerana nilainya itu sangat tinggi disisi Tuhan dan RasulNya - disaat2 genting bilamana ummat nampak semakin lemah dan musuh itu mula menampakkan diri sebenar mereka




      Delete