Friday, 20 December 2013

Welcome Back MF...!!!

sesiapa yang rindu untuk menatap nukilan penulis2 otai MF, sekarang kita boleh melawat url berikut:

mistisfilesv1

diharapkan mereka akan terus berkongsi maklumat dan pengetahuan yang berguna lagi berfaedah kepada kita semua (dan secara percuma...!)

semoga mereka dikurniakan kesihatan dan rezeki berkat yang melimpah ruah yang berpanjangan oleh Tuhan Yang Maha Esa

dan semoga mereka tidak akan jemu untuk menemani kita semua demi menempuh hari2 mendatang yang nampaknya akan sentiasa lebih menarik dan semakin mencabar

Selamat Datang Ke Dunia Mistisfiles

Tidak semua apa yang anda lihat adalah dinamakan 'last realiti'


Selamat membaca...!!






Wednesday, 4 December 2013

Selamat Datang Konglomerat Melayu

Pengalaman ‘singgah sebentar’ disyarikat milik seorang taikun terkenal  yang menjadi antara 10 orang terkaya di tanah emas memberi pengajaran yang sangat berharga untuk lebih bersungguh2  memberi  sokongan tidak berbelah- bagi kepada mana2 bangsa melayu yang mahu berdaya maju & bersaing dalam mengembangkan perniagaan dan kerjaya mereka.

Bekerja dalam sebuah syarikat konglomerat yang sudah membangun dengan begitu pesat  sepatutnya adalah sesuatu yang amat mengujakan dengan pelbagai fasiliti, ruang dan peluang yang terbuka luas untuk mempelajari pelbagai perkara. Namun jiwa ini sentiasa meronta2 mahu mencari sesuatu yang lebih tulus-mulus sifatnya. Setiap pagi melangkah masuk ke bangunan pejabat yang tersergam indah dengan penuh gah tidak dapat memberi kepuasan  kepada  sesuatu yang selama ini sering dicari oleh diri. Bangunan, prasarana, saham, kemewahan dll habuan dunia itu tidak memberi erti apa2 kerana diri ini tidak dapat merasai  ‘sense of belonging’  terhadap semua itu yang sudah terang lagi jelas ia adalah milikan oleh mereka yang bukan dari sebangsa apatah lagi seagama dengan kita.

Benarkah bangsa misteri ini memang tidak tahu berniaga (jika dibandingkan dengan bangsa2 lain dinegara ini) ?
Betulkah bangsa misteri ini begitu ‘malas’ dan ‘bodoh’ sehingga terlalu amat jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang (jika dibandingkan dengan bangsa2 lain dinegara ini) ?
Apakah slogan membasmi kemiskinan,membasmi kemunduran serta membasmi segala macam kelemahan yang sering dilaungkan itu merupakan satu2nya cara yang paling tepat untuk mengubah nasib bangsa ini kepada yang lebih baik ?
Apakah sebenarnya unsur yang miskin, mundur serta lemah yang ada didalam diri bangsa ini sehingga masih belum berjaya keluar dari kepompong gelap   setelah sekian lama kita memperjuangkan nasib kita di bumi bertuah ini ?

Berjalan2 dipasar malam melihat saudara-mara sebangsa begitu gigih berusaha menjalankan  urusan jual-jeli  dengan para pengunjung yang tidak putus2 datang mencari pelbagai keperluan seharian serta juadah kegemaran adalah sangat mengharukan. Tetapi sudah cukupkah bila kita hanya berekonomi diperingkat  pasar malam sahaja sedangkan bangsa lain itu sudah mempunyai puluhan malahan ratusan jaringan perniagaan diserata ceruk rantau bumi emas ini ?

Pelbagai agensi, skim galakan, latihan serta bantuan diwujudkan dalam usaha untuk memberi  ‘tongkat sakti’ kepada anak bangsa agar mampu bertatih, berjalan lalu berlari dari masalah kemiskinan & kemunduran demi menggapai kemajuan & kesenangan yang sering menjadi impian dalam tidur yang amat lena. Ramai yang  telah berjaya,  ramai pula yang masih berjuang  dan ramai juga yang gagal. Adakah ‘tongkat sakti’ yang diberikan itu masih kekurangan  ‘power’untuk mengubah semua nasib bangsa misteri kepada yang lebih baik ?

Tidak bolehkah agensi2 yang diterajui oleh insan2  dari sebangsa lagi seagama itu mencari formula lain yang lebih bijak lagi ‘magis’ yang boleh digunapakai dan lebih bagus jika boleh diaplikasi secara DIY (do it yourself) oleh anak bangsa dalam usaha mengubah nasib kearah kemajuan dan kesenangan setanding  dengan bangsa2 lain ?

Bolehkah agensi2 itu mencipta ‘pancing sakti’  bagi menggantikan ‘tongkat sakti’  yang boleh diberikan kepada anak bangsa agar mereka dapat meraih ‘rezeki2 ajaib’ dari ‘sumber2 ajaib’ yang tidak pernah mereka fikirkan lagi sangkakan sebelum ini ?

Maka apakah ‘pancing sakti’ itu ?

AfterDark pernah mencadangkan kepada pihak kerajaan agar mempelajari pelbagai perkara termasuk kaedah alternatif berekonomi yang lebih mampan dari pelbagai ngo serta pihak2 yang bergerak secara persendirian dalam usaha memperkasakan anak bangsa.

Saya tidaklah pasti sama ada pandangan serta harapan seorang blogger warga malaysia ini benar2 telah diambil perhatian dengan serius oleh pihak2 yang berkenaan. Namun perkembangan positif yang berlaku sejak akhir2 ini ‘seolah2’  mata & telinga pihak yang berwajib ‘mendengar’ rintihan/keluhan/harapan rakyat kebanyakan.

‘persengketaan’ puluhan tahun diantara pihak berkuasa agama negara ini dengan sebuah ngo yang sangat berpengaruh akhirnya dapat diselesaikan dalam keadaan yang amat melegakan minda ramai rakyat  jelata  yang melihat peristiwa tersebut dari jauh secara diam.

Selamat Datang Konglomerat Melayu !!  Global Ikhwan Holdings dan YKPPM.

GISB & Ummu Jah kini...

Signifikan Penjenamaan Semula YKPPM

Gambar Sekitar Majlis Penjenamaan Semula YKPPM

Ucapan Puan Ibu Hatijah Aam Di Hotel Concorde, Shah Alam - Majlis Istitabah Anjuran JAIS

Bacalah Dan Dengarlah Bicara Perniagaan Puan Ibu Hatijah Aam Bersama Dato' Nazim Johan (TOKKI) di Radio 24 BERNAMA


Semoga ‘persahabatan’ baru diantara dua pihak ini dapat mencipta ‘pancing sakti’ yang selama ini dicari terutamanya dalam usaha bangsa ini mendambakan kemajuan, kesenangan, keselesaan & kemewahan berekonomi  dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup (didunia hingga keakhirat ‘syurga’ sana)

Semoga ianya dapat membuka lembaran baru bagi menterjemah semula ruang-lingkup ekonomi dengan lebih tepat seperti  yang dikehendaki oleh Tuhan dan Rasul.

Semoga taikun2 kaya lagi ternama yang majoritinya belum seagama dengan kita itu akan terbuka pintu hati mereka untuk bercita2 pula menjadi kaya lagi ternama disisi Tuhan Yang Maha Esa didunia hingga keakhirat sana berpandukan  kepada definasi ekonomi yang berteraskan ketaqwaan. Itulah ‘sense of belonging’ yang sepatutnya kita semai sesama manusia agar kita semua menyembah Tuhan yang sama serta menyintai Nabi yang sama serta sama2 selamat dinegeri sebelah sana.

Perkenankanlah doa kami  Ya Tuhan !





Sunday, 22 September 2013

Merajinkan Remaja



Golongan remaja adalah aset sesebuah masyarakat yang sangat berharga. Umum mengetahui bahawa mereka merupakan bakal pemimpin  masa hadapan bagi kelompok masyarakat tersebut

Begitu juga dengan para tenaga muda bagi sebuah bangsa misteri yang tinggal di hujung dunia. Aset yang satu ini terlalu amat berharga untuk dipersia demi sebuah kesinambungan agama, bangsa dan negara mereka

Dua sihir utama yang sejak sekian lama dilemparkan kepada bangsa misteri di tanah semenanjung emas ini ialah ‘malas’ dan ‘bodoh’ yang sudah tentu generasi muda mereka pasti terkena akan tempiasnya juga

Ada banyak versi tentang dua kata2 sihir ini dalam menjelaskan kenapa dan bagaimana keadaan ini terjadi

Satu keadaan adalah  merujuk kepada sifat dan sikap bangsa misteri ini yang nampak pasif, pesimis, ‘slow and steady’ yang sudah tentu tidak akan sama sekali serupa dengan bangsa2 lain yang nampak aggresif, terlalu optimis, bersifat revolusi, keras hati, hati kering dan sebagainya yang memungkinkan sikap seperti ini dinobatkan sebagai seorang manusia yang baik, rajin serta selalu memandang masa hadapan dengan begitu fokus sekali

Begitu juga dengan sikap bangsa misteri ini yang nampak ‘reserve’, tidak mahu menonjol diri seperti merak kayangan, merendah diri seumpama resmi padi, menyimpan kuku seumpana harimau di belantara, sanggup mengalah seumpana ular menyusur akar – maka dengan sikap2 ini hanya melayakkan bangsa yang satu ini dicop sebagai manusia yang jahil, seperti tidak berminat untuk menimba ilmu pengetahuan serta tiada cita2 masa hadapan

Yup…bangsa ini sememangnya satu bangsa yang bersifat santai, bersahaja, nampak seperti  ‘tidak peduli’ dan ‘tidak berminat’  terhadap kemajuan diri terutama apabila anak2 susuan mereka dibiarkan tidak terdidik dengan nilai2 murni sejak dari kecil lagi. Maka sifat kesantaian yang menjerumuskan  mereke kepada tabiat kemalasan dan kejahilan  itu biasanya akan terus berkekalan sehingga dewasa

Satu faktor yang sangat penting agar baka keturunan  bangsa ini  mempunyai sikap santai lagi berisi ialah didikan, asuhan, bimbingan, belas kasihan serta menyayangi jati diri, jiwa murni, bakat serta kebijaksaan mereka sejak sebelum lahir lagi, sedari kecil lagi terutama apabila mereka meningkat remaja sebelum mereka menjadi dewasa apatah lagi memasuki alam usia tua

Santai disini membawa maksud sikap suka berdiplomasi, sentiasa cuba mengambil jalan selamat selagi usaha untuk mengelakkan bencana boleh diusahakan, suka menjalin persahabatan, amat sensitif dengan persekitaran, terlalu perasa orangnya, sukakan kesenian serta perkara2 lain yang melibatkan aktiviti kreatif

Berisi pula merujuk kepada sikap suka menuntut ilmu, berkongsi ilmu, memperkembangkan kemahiran diri, menggunakan bakat dengan sebaik2nya, berdikari, cepat & tangkas terutamanya menjadi seseorang yang boleh diharapkan serta diletakkan amanah  & kepercayaan kepada diri mereka

Amat benar sekali pepatah orang tua; melentur buluh biarlah dari rebungnya, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna


Sedangkan bayi yang baru lahir itu adalah seumpama kain putih, maka minda serta jiwa mereka itu masih lagi suci, belum lagi tercemar dengan pelbagai pengaruh  (baik & buruk) dari persekitaran. Apatah lagi zaman kanak2 serta remaja, mereka masih lagi dibawah jagaan serta pengawasan kita dirumah, maka sewajarnya masa usia berharga itu sangat perlu digerakkan untuk mendidik serta menyemai benih2 sifat & sikap murni dalam kehidupan mereka

Faktor ibu-bapa adalah sangat signifikan. Semoga  ibu bapa dapat sentiasa mengingati bahawa  cahaya mata anak2 itu merupakan amanah dari Tuhan yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab. Anak2 bukan hak milik sepenuhnya ibu-bapa yang mereka boleh berbuat sesuka hati  saja dalam mencorak hala-tuju hidup mereka.  Ibu-bapa pula sangat perlu untuk sentiasa mendoakan kebaikan anak2 mereka setiap masa kerana itulah salah satu tunjang kekuatan semangat & tenaga yang diperlukan oleh anak2 dalam menjana ketabahan serta kekuatan jiwa dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang

Saya tertarik dengan usaha murni seorang bapa yang begitu bersungguh2 sedaya upaya bukan saja mendidik malahan mencungkil, mengasah serta mengembangkan bakat setiap anak2 kesayangannya  yang kemudiannya dapat dimanfaatkan bukan saja untuk diri mereka sendiri malahan yang terpenting sekali ialah ianya betul2 dapat digunakan pula untuk kebaikan masyarakat

Dengan usaha gigih sang bapa yang mulia tadi, maka anak2 dapat dineutralkan akan sihir ‘malas’ dan ‘bodoh’ tadi lalu mereka menjadi para remaja yang ringan tulang lagi bijaksana  serta dapat pula menyumbang bakti demi kesejahteraan masyarakat dan negara tercinta

Practice Makes Perfect

Begitu juga dengan usaha seorang yang boleh dipanggil penjaga yang sentiasa berusaha agar para remaja itu akan selalu merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa terlebih dahulu dalam membuat sebarang  perancangan dan keputusan

Mengadulah Pada Allah

Bacalah catatan tersebut dengan hati dan minda yang terbuka. Ambil apa2 pengajaran yang boleh dimanfaat serta doakan agar apa2 kelemahan mereka dapat  diperbaiki bersama2



Selamat membaca!!

Monday, 16 September 2013

Tenaga



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ilmu itu cahaya
Gelap itu gelita serta kejahilan

Sebelum saya diperkenalkan dengan lebih mendalam tentang isu TENAGA oleh Umat Terakhir, saya tidak menyedari akan kepentingan TENAGA.
Banyak persoalan yang menerjah minda tidak dapat menemui penjelasan apatah lagi jawapan yang dapat menenangkan hati dan fikiran.

Namun setelah artikel TENAGA dikongsikan oleh geng UT, ia telah membuka satu dimensi baru dalam meneroka pelbagai perkara. Ini adalah kerana TENAGA merupakan suatu makhluk yang Tuhan ciptakan bagi menggerakkan kehidupan di alam semesta ini.



SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 1


SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 2


SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 3


SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 4


Selamat membaca!

Saturday, 3 August 2013

Komando VAT 69 - Hidup Tidak Selalu Indah


Tuan Abdul Razak merupakan pegawai komando vat 69 yang telah dipertanggungjawabkan mengendalikan kes Al Maunah

mari kita sekali lagi bersama wartawan veteran Shahril Abdul Kadir dalam menyelami suka-duka serta pengalaman Tuan Abdul Razak dalam peristiwa tersebut

Pengalaman Pegawai Komando VAT 69: Kes Al-Maunah

rentetan peristiwa sebenar yang berlaku  boleh dibaca disini

Kisah Benar Al-Mau'nah seperti yang diceritakan oleh : DSP Abdul Razak bin Mohd Yusoff

selamat membaca !!

Thursday, 25 July 2013

Berperang Dengan Komunis Di Sungai Manik, Perak (Ilham Pertapa)





salam ramadhan,

semoga Tuhan sentiasa mengurniakan keselamatan dan kesejahteraan yang perpanjangan kepada seluruh rakyat berbilang kaum di negara yang kita cintai ini

tetapi, adakah kita benar2 mencintai negara kita?
apakah yang harus dilakukan sebagai tanda cinta kita kepada negara ini?
pernahkah kita menitipkan nama malaysia di dalam setiap doa yang kita panjatkan?
terfikirkah kita untuk memohon agar keharmonian yang Tuhan pinjamkan ini sentiasa berkekalan?

kebanyakan dari kita adalah generasi yang lahir selepas merdeka, kita tidak pernah melalui pahit-getir, kesusahan, ancaman serta 1001 susah-payah berhadapan dengan situasi peperangan berhadapan dengan tentera jepun apatah lagi komunis

walaupun komunis masih lagi melancarkan gerakan gerila di hutan2 belantara selepas era kemerdekaan, namun keadaannya adalah lebih terkawal
tambahan pula, negara memberi amanah yang sungguh berat kepada pihak tentera untuk mengawasi gerak-geri komunis
dan akhirnya dengan ketabahan, kesabaran serta diplomasi negara kita, komunis menyerah kalah dalam gencatan senjata yang telah dipersetujui bersama
maka selepas saja tanah melayu bebas dari ancaman komunis, maka pembangunan negara telah dapat dilaksanakan dengan begitu pesat sekali, kawasan2 baru banyak diteroka dibawah rancangan felda, felcra dll
begitu juga dengan bekas anggota komunis, mereka telah diberi penghidupan di kampung2 baru menjadi warga negara bersama2 dengan rakyat jelata yang lain


how bad is bad living under communist treat at tanah melayu...??


otai dari Mistisfiles iaitu pakcik Enrike ada membuat posting tentang suka-duka orang2 banjar berhadapan dengan ancaman komunis melalui blog beliau di Ilham Pertapa by Enrike

kepada pakcik Enrike, dengan rendah hati, saya memohon izin untuk kongsikan ceritera perjuangan orang2 banjar di kampung gajah-sungai manik demi untuk menghapuskan ancaman PKM dan Bintang Tiga sehingga  mereka hilang tidak bersisa di negeri perak

Perang Sungai Manik 1

Perang Sungai Manik (2)

Perang Sungai Manik (3)

Perang Sungai Manik (4)

Perang Sungai Manik (5)

Perang Sungai Manik (6)

Perang Sungai Manik (7)

Perang Sungai Manik (8)




satu perkara yang seharusnya kita sentiasa fikirkan ialah bagaimana tanah melayu boleh terselamat daripada disembelih, dijarah dan seterusnya di kuasai sepenuhnya oleh komunis dan kuncu2nya ??

adakah ini semua bersandarkan kepada nasib baik semata2??

sedangkan ancaman komunis itu memang sungguh hebat dan org2 komunis juga berjuang bersunguh2 untuk menghapuskan suatu bangsa bernama melayu serta suatu agama bernama islam

lihat sahaja nasib orang2 melayu di kemboja dan vietnam yang  telah dikerjakan dengan begitu sadis sekali oleh komunis
kita boleh saja menerima nasib yang sama seperti mereka

faktor apakah yang telah begitu sangat berkuasa serta bertenaga di tanah melayu sehingga komunis yang memang terkenal dengan sikap bengis dan kejam gagal untuk menakluk tanah bertuah si jantung hati ini, menjadikan orang2 melayu masih wujud sehingga kini dan agama islam masih lagi menjadi anutan warganya..........????

biar saya kopi-pasta satu petikan dari catatan siri Perang Sungai Manik :


"Sedang rancak bertarung, orang Cina terpinga-pinga kerana dengan tiba-tiba kelibat orang Banjar sudah tidak kelihatan. Pengganas komunis yang bijak bersembunyi di merata penjuru mula keluar dari tempat persembunyian untuk mengejar dan mencari pejuang-pejuang Banjar. Hilai ketawa mereka membayangkan seperti sudah mencapai kemenangan.

Namun, kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak disangka, tiba-tiba parang bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak (manimpas), melibas (merawis) dan menikam (manyuduk) hingga tak dapat dielak. Banjir (baah)Kampung Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas komunis lari menghala ke hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada magan di hadang) lagi kerana lailahailait Cina sudah potong habit.

Bagaimana (dimapang) parang boleh terbang sendiri kalau tak ada kudrat dan iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang bersungguh-sungguh (bahimat) menetak(manimpasi), cumanya mereka tidak kelihatan kerana sudah berada di alimul (alam) ghaib.

Keberanian orang Banjar turut menaikkan semangat orang Melayu di merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai Perak dan Chenderong Balai ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah lama menderita ditindas komunis. Selepas itu barulah tentera upahan British bangsa Punjab tiba untuk mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah.

Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di Kampung Gajah. Saki baki pengganas komunis yang masih hidup lari ke dalam hutan."




hahaha...saya tidaklah berniat untuk bersikap rasis kepada mana2 bangsa dengan mengongsikan petikan diatas
itu adalah cerita yang telah berlaku di masa lampau

sebagai warga generasi baru yang hidup di era langit terbuka tanpa batasan, sewajarnya kita perlu lebih menghargai segala kepelbagaian yang Tuhan kurniakan kepada kita...yang sebenarnya tidak akan dapat diperolehi di mana2 tempat di dunia ini

kepelbagaian yang harmoni hanya boleh dikecapi di tanah bertuah ini.......!!!




Saturday, 20 July 2013

Vietnam - ex-ancient Malay City-States



salam ramadhan
semoga Tuhan mengurniakan keberkatan yang melimpah ruah di bulan yang mulia ini kepada kita semua

mari kita melawat Vietnam bersama wartawan veteran Shahril Abdul Kadir

saya tidaklah menjadi sangat tasub dengan semua bekas malay city-states aka negarakota melayu....hingga semua tempat pun mahu di malay-city-state kan

namun mengetahui bahawa suatu waktu dulu di tanah itu dan di tempat itu para pemimpin berdarah melayu pernah bertapak dan membina peradapan adalah sesuatu yang sgt mengujakan


nak buat camna....tinggalan sejarah orang melayu bertaburan di serata nusantara kecuali di malaysia
maka......ada suatu perasaan yang tidak terluahkan bila mengenangkan suka-duka perjuangan generasi terdahulu dimana seluruh alam melayu ini merupakan "padang permainan" mereka - bertemu serta berurusan dengan pelbagai jenis bangsa yang datang dari seluruh pelusuk dunia


Vietnam Part 1 – Terowong Cu Chi

Vietnam Part 2 – War Remnants Museum



tanah melayu juga mungkin menerima nasib yang sama seperti vietnam dan kemboja jika komunis atau jepun berjaya menjarah tanah bertuah ini serta meratah jiwa warganya

tetapi Tuhan taqdirkan kita masih wujud menjadi penguasa di tanah emas ini
namun pada masa yang sama dugaan serta ujian yang Tuhan datangkan juga adalah super-hebat, musuh tidak pernah tidur, setiap detik dan saat  mahu melihat bangsa ini jatuh dan tidak akan bangun2 lagi

sedarkah kita ???

Saturday, 13 July 2013

Emas...Emas....Emas....

Gambar emas sumber dari MOM - Tuan Haji Shahpaskal


salam ramadhan....!!
semoga Tuhan permudahkan segala urusan hal ehwal ramadhan kita semua
semoga kita dapat memanfaatkan sepenuhnya bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ini

saya ingin berkongsi cerita tentang emas
umum mengetahui bahawa tanah melayu dikenali juga sebagai semenanjung emas
salah satu lombong emas komersil yang wujud di sini terletak di penjom, pahang

kuala lipis pula mempunyai terowong lombong emas terpanjang didunia sejauh 7 batu

emas dilihat sebagai simbol kekayaan, barangan mewah dan selalu digunakan untuk membuat barang kemas serta perhiasan




namun ada satu lagi fungi emas yang mungkin sering kita lupakan
emas adalah pengalir elektrik yang paling baik (konduktor)
percaya atau tidak, setiap komputer yang dihasilkan, pasti ada sejalur emas didalamnya
dimana emas itu terletak..?? sudah tentu ada di dalam CPU atau pemproses utamanya seperti Intel, AMD dll
saya pernah bekerja di dalam kilang yang menghasilkan cip CPU.....hahaha
cip2 itu tadi akan diletakkan di atas 'container' lalu 'dijahit' menggunakan benang emas untuk menghubungkan litar2 nano di dalam cip kepada litar2 yg berada di atas 'container' yang nantinya akan bersambungan dengan litar2 yg berada di papan utama (mother board) untuk membolehkan CPU berhubung dengan peralatan input  -output yang lain seperti tetikus, papan kekunci dll

kita maklum bahawa manusia dizaman dahulu  pernah menggunakan emas sebagai wang dalam urusan perniagaan mereka
saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan diwaktu itu
maksud saya ...apakah aura atau perasaan manusia apabila mereka menggunakan emas sebagai mata wang
mungkin akan wujud suatu perasaan keyakinan yang tinggi hasil dari penggunaan mata wang emas

maksud saya juga ialah....berbanding dengan zaman sekarang dimana wang fizikal itu hanyalah sehelai kertas mahupun sekeping logam yang ringan sahaja
atau mungkin juga wang itu sebagai sekeping kad palstik seperti debit card
ataupun ...wang itu hanyalah nombor2 yang hanya boleh dilihat tapi tak boleh dipegang...ia hanya nampak di mata maya bila kita berurusan menggunakan 'online transaction'




saya dapati ada suatu rasa yang kosong dan kurang bermakna bila kita menggunakan wang dalam bentuk2 kertas, logam kurang berharga, kad plastik mahupun sekadar nombor2 maya sahaja

namun itulah realiti dunia masa kini.....semuanya 'poyoooo'....huhuhu

okay..mari kita baca kisah tentang emas yang original daripada Tuan Haji Shahpaskal ..cerita yang betul dan bukan dikopi-pasta dari mana2 sumber


EMAS DAN KEBANGKITAN NUSANTARA

KEDUDUKAN OPHIR DARI KOMPAS ILUMINATI

EMAS DAN BERLIAN SEBAGAI SIMBOL KEKUASAAN KERAJAAN


saya harap pautan ke blog MOM akan sentisa okay
sebabnya kadang2 blog ni kena serang oleh ulat DDOS (distributed denial of service) yang sangat jahat tu....habis semua bandwidth dimakannya, menghalang pengguna internat untuk akses ke blog tersebut

Military of Malaysia (MOM) 

selamat membaca !!

Saturday, 6 July 2013

Mereka Berada Di Celah-Celah Kita



assalamualaikum dan salam ramadhan

bumi tanah melayu...bumi nunsatara
sudah banyak bangsa2 yg datang dan pergi dgn pelbagai tujuan
sudah banyak juga bangsa2 yang bermastautin di tanah yang penuh dengan galian emas ini
salah satu bangsa yang sedang hidup berjiran sekampung dengan kita ialah bangsa yahudi

hahaha....bukan ke orang melayu paling geli geleman dengar nama yahudi, manakan mungkin bangsa yang juga sgt membenci melayu ini boleh hidup bersama2 dengan kita??




yup...bangsa yahudi yang jenis ini memang sangat bencikan melayu
mereka sanggup merantau beribu2 batu bagi mencari satu bangsa yang Nabi ada sebutkan sbg tonggak kepada kebangkitan Islam di akhir zaman untuk kali kedua
dan setelah kesekian kalinya...di akhir perjalanan itu ....bangsa yahudi tersebut berjaya sampai juga ke tanah yang dicari2 selama ini

namun begitu...ada juga sebilangan bangsa yahudi yang benar2 mencari bangsa melayu untuk bersama2 berjuang memakmurkan Islam sebagaimana pesanan Nabi tadi.

mereka memeluk agama Islam dan beriman serta merekalah sebenarnya yang berusaha dan bersusah-payah mengingatkan bangsa melayu akan bahayanya pengaruh yahudi yang berniat jahat mahu memusnahkan orang melayu tanpa sebarang sisa





berikut adalah artikel dalam siri Yahadut Mizrah hasil buah tangan dari ahli panel Umat Terakhir:-


Bloodline: Yahadut Mizrah (25/12/11)

Di celah-celah kamu semua (12/01/12)

Yahadut Mizrah: Laluan Sutera (19/02/12)

Yahadut Mizrah: Petunjuk dari Alfonse de Albuquerque (12/03/12)


Yahadut Mizrah: Kisah golongan beriman (17/03/12)

Yahadut Mizrah: Sedikit jejak (19/03/12)

Yahadut Mizrah: Skroll dari tanah jajahan (26/06/13)


Yahadut Mizrah: Harapan baharu Zionis (29/06/13)


apakah tujuan mereka??

Majority Wipe Out (MWO) (21/06/11)

MENJADI DOMINAN (02/07/11)



selamat membaca...!!



Friday, 28 June 2013

Malay City States Segenting Kra Dalam Kenangan



Berikut adalah catatan seorang penggiat seni maya, Ibnu Din Assingkiri tentang sebuah cerita yang berlaku keatas seorang pemuda yang mempunyai susur-galor dan hubungkait dengan peristiwa suka-duka orang2 malayu segenting kra yang berjuang (sehingga kini) menghadapi ancaman serta serangan dari maharaja chakri thailand.

Pesanan Tok Besar

Tentang Penulis


Sedarkah kita bahawa airmata dan darah warga malayu bekas malay city states di segenting kra (contohnya pattani) merupakan benteng @ buffer zone yg selama ini telah menjamin kemakmuran dan keamanan yang sedang kita nikmati kini di bahagian semenanjung ??



segenting kra benar2 merupakan suatu leher yg sudah kena sembelih oleh so called sebuah negara yg tidak pernah dijajah tu...leher luka yang sehingga kini darahnya masih mengalir segar demi kelangsungan sebuah kehidupan si jantung hati emas ini....

apa yang sering dihadapi oleh warga bekas malay city states di segenting kra...??

selamat membaca!!







Friday, 7 June 2013

Kerajaan Melayu Champa di Era 2013

cik srikandi telah memperkenalkan bahawa kerajaan champa merupakan sebuah kerajaan melayu kuno yang banyak menyimpan suka-duka perjuangan bangsa misteri ini membangunkan tamadun di zaman silam. ahli sejarah telah menjumpai aksara "0" (kosong) dalam sistem pernomboran mereka. ini menunjukkan tahap ketepatan yang tinggi dalam teknologi ukuran yang digunakan dalam pelbagai bidang dizaman itu seperti sistem sukat & ukur, sistem senireka & senibina, sistem kaji kaji bintang, sistem penjadualan tanaman pertanian dll. maka tidak hairanlah bahawa Preah Vihear merupakan satu hasil karya senibina yang hebat sehingga kini.

wiki: plan binaan Preah Vihear

wiki: lukisan binaan Preah Vihear

wiki: binaan yang terletak diatas bukit, melunjur dari arah utara-selatan. thailand terletak diutara binaan ini


namun demikian, dimanakah sisa kerajaan melayu champa di zaman Wechat, WhatApp dan Keek kini?
apakah yang masih tertinggal untuk kita pelajari sesuatu yang boleh kita ambil iktibar daripadanya?

mari kita mengembara bersama wartawan professional Syahril A. Kadir dalam siri lawatan beliau ke kemboja baru2 ini.

SIAPA SYAHRIL A. KADIR ?

Kemboja Part 1 – The Killing Fields

Kemboja Part 2 – Penjara Maut Tuol Sleng S21

Kemboja Part 3 – Sungai Mekong

Kemboja Part 4 – Mengenali POL POT, Penyembelih 3 Juta Rakyatnya!

Kemboja Part 5 – Dari Phnom Penh Ke Vietnam

Kemboja Part 6 – Menembak guna rifel automatik AK-47, M-16


selamat membaca!





Thursday, 6 June 2013

Sejarah Bangsa Melayu Yang Hilang

sdr Mohd Razali Sapiee telah berkongsi satu blog ilmu yang bagus kepada pembaca FB Cik Srikandi di bawah tajuk Tenang Sari Jun 1545.

saya kongsikan blog tersebut disini. semoga memberi manfaat.

Sejarah Bangsa Melayu Yang Hilang

1) ORANG MELAYU SEMENANJUNG ASALNYA BERKULIT HITAM?

2) SIAPAKAH ORANG MELAYU PERTAMA DI DUNIA YANG MEMELUK AGAMA ISLAM?

3) ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - PUTERI WIRAWATI MELAYU YANG DILUPAKAN.


selamat membaca!!





Sunday, 26 May 2013

Umat Terakhir is back!!


Blog Umat Terakhir sudah kembali (Alhamdulillah...........)
Tapi tak tahu untuk berapa lama
Saya kena save semua artikel mereka sebelum ia menghilangkan diri semula
Begitu juga dengan kawan2 semua
Kalau mereka dah hilang dari dunia maya...dah tak boleh nak cari semula
Sama seperti blog Mistisfiles dulu
Ilmu dan maklumat diberi secara percuma
Hargailah semasa ia masih ada

Selamat Membaca!!   UMAT TERAKHIR





Tuesday, 23 April 2013

Pengumuman Cik Srikandi



pengumuman dari Cik Srikandi kepada sesiapa yang berminat (dan juga berduit..!!) untuk menjadi inner circle MF

sila lawati fb cik sri..

http://www.facebook.com/pages/Srikandi/496613607030536


berikut adalah petikan dari fb dlm tajuk Pengumuman
saya tolong sampaikan je
sila hubungi cik sri untuk maklumat lanjut
saya pun mungkin tak dapat join sebab kena bayar RM20.00 sebulan untuk maintain dpt baca MF sebelum ia dibuka semula secara percuma pada tahun depan - 2014....
RM20.00 x  8 (bulan 5 hingga bulan12 - 8 bulan) = RM160.00

------------------------------------------------------------------

Srikandi tahu ramai yang nak baca kan?Tapi kuota terhad dan Srikandi tak boleh nak puaskan hati semua orang.

Jadi senarai lama pembaca MF akan direset menjadi 0.

Srikandi akan pilih pembaca yang boleh diakses ke MF.Ini dipanggil 'Inner Circle'.

Ahli inner circle boleh akses dengan yuran hanya RM20 sebulan.Bayaran ini untuk mengehadkan bilangan yang akses.Siapa yang nak bayar untuk sekadar membaca blog kan? #sarcasm

Jadi ini adil.Sebab setiap hari orang mesej Srikandi di fanpage dan emel juga ruangan komen di blog peribadi Srikandi minta masuk ke MF.

-RM20 sebulan,habis sebulan terpulang untuk extent lagi,jika tak pun takpe,Srikandi open kat pembaca lain.

-Kuota hanya X pembaca sahaja.Siapa cepat,dia masuk dulu.

-start 1 haribulan 5 ni.Boleh baca artikel ATBM XXII ""The Secret of Kukulkan & Quetzalcoatl" awal minggu bulan 5 tu,insyaAllah.

MF terpaksa dibuat secara edaran dalaman untuk menyejukkan provokasi dari 'cyberpunk' dari pihak kerajaan @ luarnegara.Kami faham ada di antara kandungan (content) artikel-artikel kami yang sukar difahami dan menimbulkan tafsiran berbeza.Jadi prosedur ini dibuat untuk mematuhi kehendak pihak-pihak tersebut.

Jadi tak semua boleh baca dan hanya ahli sahaja.Jadi mereka tidak boleh tuduh kami menyebarkan fahaman mengelirukan kepada orang ramai.It's fair.

Tapi jangan risau,Srikandi tak paksa pembaca.Tak baca MF pun kita boleh meneruskan hidup.Janji patuh suruhan agama dan hidup secara harmoni.Anda masih boleh baca blog saya seperti riwayatmelayu (Alter Terahsia Bangsa Melayu) dan halamansrikandi (Cik Seri Berceloteh).Laman Jigsclue pun open lagi.

Yang penting fanpage ini pun free :)

Seperti biasa,hasil yuran tu Srikandi akan derma kepada orang yang memerlukan (diuruskan oleh freelancer) dan selebihnya akan digunakan untuk membiayai projek Srikandi akan datang iaitu 'The Secret Way to Gelanggi' satu laman blog yang mengumpulkan hasil kajian tentang Kota Gelanggi di bawah nama punk_historian.Srikandi nak korek lagi riwayat Siam dan Khmer (serta catatan pedagang asing ) untuk locate seberapa hampir dan logik lokasi Gelanggi tu.

Ok,siapa nak jadi Member of Inner Circle boleh mendapatkan 'access':

1)buat pembayaran RM20 sahaja di sini (akaun freelancer Srikandi):

>>>http://goo.gl/ZAnjH

2)bayar mesti dapat resit kan?screenshot resit tu (printscreen),pakai hp camera ke...atau scan...lepas tu emel ke: srikandisejarah@gmail.com

3)nanti Srikandi approvekan dan access granted! (start 1.5.2013)

~Srikandi
Mod MF 2013

Wednesday, 17 April 2013

Melayu Dagang

salah seorang jiggers feveret dalam mistisfile ialah saudara melayu dagang
semua orang sangat teruja apabila beliau berkongsi pandangan serta pengalaman bekerja serta menjadi dagang di tempat orang

berikut adalah petikan komentar melayu dagang dalam mistisfile
selamat membaca




-----------------------------------------------------------


WEDNESDAY, JULY 29, 2009
Alter Terahsia Bangsa Melayu VII


Melayu Dagang said...
Adakah bumi melayu ini benar-benar banyak EMAS-nya atau teknologi logam yang hebat yang membolehkan daripada sukatan setahil emas lalu menjadi berkati-kati emas jongkong?

Kebanyakan deposit emas di tanah semananjung adalah di kedalaman 400kaki di bawah tanah. Andainya mount ophir adalah pusatnya, sukatan 400 kaki ini di ambil daripada bahagian mana? Puncaknya kah atau kaki gunungnya?

Secara dasarnya, tanah semenanjung ini pada kedalaman 400kaki - emas, 600kaki - titanium, so on and so forth. and the largest deposit here is Uranium. World Largest Uranium deposit di bawah banjaran Titiwangsa has been evidenced by the western Scientiest many many many many many years ago. And till now they're still keeping track of our motherland underground soil activity.
October 22, 2009 at 7:00 PM

Anonymous said...
salam melayu dagang,

menarik statement tu. 1st time dengar..

ada tak apa2 artikel atau research yg mengatakan malaysia adalah World Largest Uranium deposit..

sy tak jumpa dalam google..
October 22, 2009 at 10:17 PM
Melayu Dagang said...
Firstly, I’m not good in writing this kind of article/journal parenthesis study or analysis, pardon me for all the tunggang terbalik statement, however, I’ll try to brief you as little as possible based on life data which I myself experienced.

Bro, so far no online data is avail to support my statement. I pun tak jumpa lagi di mana-mana search engine. However, this finding was discovered during my job assignment in eastern German. That time, we all tengah nak buat hydro turbine and nuc reactor for energy supply. 

So masa tu a lot of data comparison on natural resources; just to name a few as an example - earth soil/mineral study, hydrogen mechanics, past records of hydro and nuclear reactor installations, fissile isotope study, uranium oxide purification process simulations, Light Water technology -used for US navy submarine propulsion, and many more resourceful data that were made available thus to support us as System/Engineering R&D to design that gigantic installations. 

Semua benda-benda yang kita study during that time thus to give us bigger picture on how the Technology will provide best energy production. And banyaklah pula consideration of technologies from ancient time to current date being analyzed and considered. These considerations were countered by the desire to retain an indigenous technology which best suite our design. But, ni semua kerja gila bro. Bikin sakit otak saja.
October 23, 2009 at 8:15 PM
Melayu Dagang said...
To cut it short, as below I narrated little example:

1. For reason similar to the production duit Emas Zaman Rasulullah di madinah, puak-puak pengkaji barat ini telah mengambil contoh bagaimana emas itu diproses, penggaliannya, timbangannya, sukatannya and so on. And they have given a mathematical formula on what being said by Nabi s.a.w; document ini pun ada. And kita semua tahu, bumi arab tu, banyak Black Gold atau MINYAK, bukannya emas. So mana lah pulak agaknya diorang ambik EMAS yang nak dijadikkan dinar islam ketika itu? We leave this soalan open as it is lah………
2. Water Turbine Quantum mechanic, a paper that support the design of Mogul Technology water transport system was also being used.
3. Sulayman a.s Water Transport technology. Yang ni I suka sekali nak cerita, during sulaiman Era, the big kingdom is supported by those small2 kingdom within or surround it. And Nabi Sulayman a.s must provide all the resource to those suburban society. Therefore, one of the biggest thing that being built is the water canal that provide water supply from Nile river to all these kingdom member. And kita akan terperanjat, based on 3D computer simulation, semua sulaiman kingdom adalah berada di sebalik pergunungan yang di lalui of nile river. And ada pulak satu teropong berbentuk empat segi, yang secara sesmic study menunjukkan terowong ini menurun daripada puncak gunung menuju ke lembah nile. Persoalannya di sini, mcm manalah agaknya diorang ni pump-up the water to cross over the high mountain. I pun masih lagi berpikir sampai hari ini…….. Alien pun pening nak buat lah bro. Kita hari ni, bilamana – konon-konon terjumpa Ancient Design/Technology, most of finding kata konon-konon ada bantuan Alien…. Pala Atok dioranglah alien. Siapakah yang terlebih mulia kejadiannya yang di cipta Allah? Kalau kita ini semulia-mulia atau sebaik-baik kejadian, tentunya Otak kita pun sebaik-baik ciptaan yang Allah berikan. Contoh terdekat – Einstein – magkuk ni pun ambik technology dari Quran jugak. Before he died, einsten try to find – Diri Batin/Nyawa based on his Physic/mathematic formula. Tapi terlupa dia kepada pencipta itu sendiri. Merapu pulak dah ni………
4. Back to Mineral di bawah Tanah semenanjung – Lebih dekat lagi kita panggil di bawah banjaran Titiwangsa. Selain daripada banyak makhluk ghaib, bunian, jin, setan yang menduduki kawasan ini, Mineral Deposit if we may call it, adalah the Mother to all Deposit in this world. Dokumen yang I guna semasa buat projek atas tadi mostly was written by Russian, Canadian, German and Jews scientist, siap ada Satellite Images and 3D Simulation. That study took 4 bloody years thus to erect the pillar that support the Gigantic Facility as in capillary in our blood. 


When u have free time, cuba you search uranium mining at google or memana search engine, you akan terperanjat sebenarnya diorang bukan melombong uranium, tetapi diorang melombong satu benda lain then from benda itu, di jadikan uranium isotope. 

Cukuplah dulu I menulis buat kali ini.
Next time jumpa lagi.

Wassalam.
October 23, 2009 at 8:16 PM
M.O said...
Jiggers,

Apa lagi,cuba anda fikirkan sedalamnya apa yang sdr. Melayu Dagang ini sampaikan.

:D
-area77
October 23, 2009 at 11:34 PM
Anonymous said...
thanks melayu dagang,

posting yg best. kalau ada share la lagi..

Acid Burn
October 27, 2009 at 1:40 AM

-------------------------------------------------------

Melayu Dagang said...
1. Ahli MASON dan mereka yang menjalankan atau telah TERjalankan agenda MASON adalah dua perkara yang tidak sama. Ramai dahulu zaman bapak-bapak kita atau atok-atok kita yang mana pembiayaan pembelajaran mereka keluar negara adalah daripada saluran Mason ini. Lalu di sana, akal mereka di simpul secara halus, dan dilemasi dengan agenda Mason yang tidak mereka sedari. Nilai-nilai Mason ini kemudiannya di masukkan dalam wadah hidangan generasi kita hari ini.

2. Selagi tidak tegak Daulah Islamiyah atau Pemerintahan Khilafah. Selagi itulah kita ini MASON.

3. Maka dengan itu, marilah bangkit jiwa-jiwa MAHDI yang berada di dalam JASAD bangsa di Timur.
Melayu Dagang said...
Pernahkah tuan-tuan dengar perkataan ini -> OVAL OFFICE OF THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA???

'OVAL OFFICE' sound very familiar atau tidak?


Melayu Dagang said...
Nasib baik tak timbul HANUMAN. Zaman sekarang monyet pun dah pandai bercakap bro. hahahahaa

hanya Joehari mengenal Maniam
hanya Jauhari mengenal Manikam
hanya Monyet mengenal Monyet
hanya Mason mengenal Mason
hanya Insan mengenal Insan
hanya Melayu mengenal Melayu
hanya dan hanya dan hanya... akhirnya di mana???
adakah hanya UMNO mengenal sekular atau hanya PAS yang mengenal ISLAM?

lalu kita ini di mana?
Cukup-cukup lah tu saudara ku.
Islam telah lama menjadi Dagang
Ilmu Haq pun begitu jua.

Penyapu lidi pun asalnya dari Lidi yang sebatang. Bersatu dan menjadi kuat. Tetapi kita mestilah menjadi penyapu yang menyapu segala kemungkaran Agama, waimah dari puak mana sekalipun datangnya ia.
October 23, 2009 at 8:44 PM


Sunday, 14 April 2013

Monday, 8 April 2013

Mirror Of MistisFiles


Assalamualaikum kepada semua...

Saya pasti ramai yang rindu untuk mengakses blog MF.
Namun, kita difahamkan oleh Srikandi dlm FB nya bahawa MO terpaksa menutup blog tersebut diatas sebab2 tertentu.

Kepada sesiapa yang mahu membaca artikel2 MF, sila ke blog Mirror of Mistisfiles di url berikut:

http://mirrormf.blogspot.com/

Saya akan cuba untuk melengkapkan proses kopi-pasta keseluruhan artikel MF ke blog tersebut.

Selamat membaca, memahami serta memanfaatkan ilmu & maklumat dr MF.

Terima kasih!

Saturday, 23 March 2013

Klu "Sultan Sulu" Vs Lahad Datu - Seawal 2010

As salam MO,  izinkan saya siarkan semula artikel dibawah.

MO telah byk memberi klu2 yg dulunya mungkin tidak difahami oleh kebanyakan dari kita ttg perkara2 yg bakal terjadi di masa depan

Isunya ialah - 'masa depan' yg diceritakan pada tahun 2010 itu adalah waktu yang sedang kita semua lalui sekarang ini, 2013

Mari kita lihat klu sultan sulu vs lahad datu yang telah diingatkan oleh lodgekeeper seawal tahun 2010

Terima kasih MO!!


TEMUBUAL LODGEKEEPER SEMPENA ISU MARVI MARMARA
Written by Mistis Organization: Sunday, June 6, 2010

Peristiwa serangan para komando Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza,Marvi Marmara telah menggemparkan masyarakat antarabangsa terutamanya umat Islam serata dunia.Lodgekeeper yang kini sedang berada di Tuzluca di sempadan Armenia-Turki meluangkan masanya bersama-sama kami untuk ditemubual melalui khidmat perbualan Internet,untuk berkongsi bersama-sama pembaca MF membincangkan isu ini.Dalam temubual kali ini,Lodgekeeper telah menyentuh persoalan 'prophecies' yang semakin menghantui diri para Elit The AntiChrist.Lodgekeeper juga menyentuh tentang sejarah Yahudi dan Israel,harapan mereka tentang Zion dan Promised Land,kaitan mereka dengan Christian Zionist,Jesuit dan Illuminati.Seterusnya beliau membicarakan tentang ramalan tentang kebangkitan mujaddid terakhir yang akan menjaga maruah Islam dari satu bangsa misteri sebagaimana bangsa Arab,Turki,Kurdis,Mamluk Mesir dan Monggol-Tartar (setelah memeluk Islam) pernah menjadi 'The Guardian of Islam' dari serangan kafir harbi dan The Hidden Hand yang mahu menghancurkan agama Allah di muka bumi.

Ketika para Zionis semakin tertekan dengan rezeki Allah yang berpusu-pusu ke Gaza melalui jalan laut,kami dengan sukacitanya membawakan Temubual Bersama Lodgekepeer dari Tuzluca,Turki.


Pandangan beliau tidak semestinya mencerminkan keseluruhan pandangan MistisFiles dan Mistis Organization.


-M.O


S:MistisFiles             J:Lodgekeeper


S:Bagaimana keadaan di sana?
J:Di sini masih hangat isu para aktivis negara mereka yang terbunuh akibat serangan komando Israel Isnin lepas.Di televisyen,kerap dipaparkan berita-berita mengenainya dan terdapatnya juga liputan khas tentang insiden Marvi Marmara.

S:Boleh kita mulakan temubual.
J:Silakan.

S:Mengapakah Israel begitu tergopoh-gapah menyerang Marvi Marmara padahal bukankah mereka sudah mendapat maklumat bahawa ianya adalah kapal bantuan kemanusiaan?
J:Istilah 'tergopoh-gapah' itu kurang tepat.Istilah yang tepatnya ialah 'sensitif'.Mereka terlalu sensitif atau terlalu berhati-hati sehingga operasi Marvi Marmara perlu dicantas awal-awal.

S:Sensitif?Mengapa demikian?
J:Semakin cepat dunia menuju kehancuran atau istilah saintifiknya "End Game",maka selepas ini kita akan menyaksikan lebih banyak tindakan-tindakan membabi-buta hasil sikap terlalu sensitif dan berhati-hati Israel.Proses untuk 'establishing' takhta Dajjal The AntiChrist sedang berlangsung di Jerusalem.The Hidden Hand tidak mahu walau sepicing pun gangguan ke atas proses untuk 'mengambil-alih' dunia fana ini dari tangan Allah s.w.t.Iblis telah menipu mereka supaya terus berusaha mengukuhkan cengkaman mereka ke atas umat Islam Palestin supaya mereka akan mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau kesusahan hidup,sepertimana proksi-proksi Dajjal menggunakan cara ini ke atas Masjidil Aqsa,mengorek lubang di bawahnya atas alasan arkeologi dan lain-lain,dengan tujuan melemahkan struktur masjid yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan masjid tersebut.Lihat,mereka boleh sahaja mengebom masjid ini.Tetapi mereka tidak berbuat demikian.

S:Mungkin kerana masjid ini mempunyai sentimen yang kuat dikalangan umat Islam,sekiranya runtuh,mungkin sahaja akan menimbulkan penentangan besar-besaran?
J:Ini adalah pandangan kontemporari dan kepercayaan umum,namun ada sebab-sebab lain.

S:Boleh tuan jelaskan?
J:Elit Yahudi yang berfahaman Zionis dan juga Zionis Kristian mempunyai kepercayaan khas tentang Islam dan segala tempat sucinya.Mereka percaya,tempat-tempat suci Islam mempunyai kuasa ghaib yang tidak difahami.Semua ini didapati dari peringkat tertinggi The Elite.Dajjal diberitahu supaya tidak memusnahkan tempat-tempat suci Islam sekaligus.Adakah Yahudi mempunyai sikap menghormati tempat ibadat Islam?Nothing!Berapa banyak masjid-masjid telah dimusnahkan oleh Yahudi setiapkali serangan mereka?Dajjal tidak boleh memasuki kawasan Masjid Nabawi dan Baitullah kerana dihalang oleh para malaikat yang mengawal kedua-dua tempat suci ini.Dajjal The Antichrist nampak apa yang Israel tidak nampak.

S:Bagaimana dengan insiden Marvi Marmara?
J:Komando Israel menyerang kapal bantuan itu bagaikan kapal tersebut adalah kapal tentera laut Palestin.Mereka sebenarnya diarah oleh seseorang.Orang itu pula diarah oleh peringkat tertinggi The Elite.Di dalam The Elite berkeliaran para shaman dan tukang sihir Kabbalah juga penyembah pagan.Mereka mengumpulkan ramalan-ramalan dalam kitab-kitab lama."The Prophecies" inilah yang amat menakutkan mereka.AlQuran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w sudah semesti wajib dikaji.Para orientalis mereka berusaha menafsirkan kata-kata Nabi dan mereka amat yakin kata-kata baginda adalah benar!Sebab itu mereka bertindak!Mereka tidak akan bertindak terburu-buru jika tidak kerana semua ramalan akhir zaman dalam hadis nabi benar-benar menjadi kenyataan mengikut yang dijadualkan.Bayangkan sebuah negara yang mempunyai berpuluh-puluh peledak nuklear dan antara tentera paling terbaik dunia serta menjadi pengeluar senjata,begitu panik mengarahkan KOMANDO mereka menyerang kapal aktivis kemanusiaan.Saya ulangi,KOMANDO,bukannya tentera IDF biasa.Saya tunggu jika mereka mengeluarkan briged rahsia mereka,KFIR.Dan jika ini berlaku,tanda-tanda Dajjal makin hampir...sebelum semua manusia boleh membaca tanda KAF FA RA di dahinya,briged KFIR telah muncul untuk memukul gendang perang terhadap penganut agama Allah.

Namun ini berlainan pula berlaku di Malaysia dan sesetengah negara Islam.Kata-kata nabi diperlecehkan.Janggut nabi jadi mainan gelak ketawa.Ajaran nabi dipersendakan.Contoh terbaik pergerakan Sister In Islam yang didalangi proksi-proksi The Elite.Di dalamnya berkeliaran para pengamal undang-undang,tetapi sanggup membutakan mata sendiri terhadap kebaikan undang-undang Islam ke atas wanita.Isu Kartika sebagai contoh,mereka bukan tidak tahu orang yang akan menyebat Kartika TIDAK BOLEH MENGANGKAT CELAH KETIAKNYA SEDIKIT PUN mengikut hukum Islam,namun mereka sanggup menjadi buta,pekak dan bisu sekaligus mengatakan hukum Islam itu kejam,tidak bertamadun dan ganas.Cuba lihat bagaimana sebatan mengikut undang-undang Barat terhadap pesalah.Kulit punggung pun boleh tersiat menampakkan darah merah berserta isi daging.Tetapi mereka menutup mata sambil menyatakan inilah hukum paling bagus dalam dunia.Mereka tidak tahu di akhirat nanti,hukum Common Law kesayangan mereka akan hilang entah ke mana,yang ada adalah UNDANG-UNDANG ALLAH.Nasib mereka lebih kurang sama dengan orang yang mengadakan 'Hari Melukis Gambar Muhammad'.



S:Apakah rancangan Israel sebenarnya?Mengapa Amerika selalu tunduk kepada Israel?
J:Amerika tidak tunduk kepada Israel,tetapi 'menjaga' Israel.Israel ibarat pelaburan bagi The Elite di Amerika.Jadi,mereka perlu menjaga 'pelaburan' mereka sebaik-baiknya.Anda tanya apa rancangan Israel? RANCANGAN ISRAEL IALAH UNTUK MENJADI BANGSA PILIHAN TUHAN YANG KEMBALI KE PROMISED LAND.Lihat,ada dua perkara di sini;bangsa pilihan Tuhan dan Tanah Yang Dijanjikan.

Inilah rancangan Yahudi.The Elite telah menubuhkan ZIONIS sebagai alat untuk memanipulasikan KEHENDAK Yahudi (baca Jigsclue #013).Yahudi adalah sasaran pertama mereka untuk mencapai impian paling agung mereka.

S:Saya kurang faham maksud tuan.Ini bermakna Israel dan Yahudi bukan perancang semua ini?
J:Mereka bukan domain,tetapi sub-operasi.Orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa pilihan Tuhan dan selain Yahudi adalah goyyim.NAMUN SEBENARNYA MEREKA ADALAH GOYYIM KEPADA THE ELITE.Saya tidak nafikan terdapat Yahudi dalam The Elite,namun mereka mempergunakan keghairahan Yahudi terhadap terma-terma dalam Talmud dan The Protocols (Protocols of The Learned Elders of Zion) untuk merealisasikan impian mereka bersama Christian Zionist.Siapakah Raja Yahudi Yang Ditunggu-tunggu?Bagi Dajjal,semua manusia adalah goyyim termasuk Yahudi.

Adakah The Protocols muncul ketika Kongres Pertama Zionisme tahun 1897 di Basel?TIDAK SAMA SEKALI.The Protocols telah lama muncul ketika zaman Bavarian Illuminati yang diterajui oleh Adam Weishup pada abad ke-18.Siapa yang menulis The Protocols?Bukan Adam Weishup,tetapi diberikan kepadanya oleh seorang pemuka Yahudi.Adakah pemuka Yahudi ini yang menulisnya?TIDAK.Tetapi proksi Dajjal peringkat tertinggi yang menulisnya bersama Dajjal sendiri.

S:Jadi siapa yang berkuasa sekarang?Yahudi Israel atau Kristian?
J:Kedua-duanya SALAH SAMA SEKALI.

YANG PALING BERKUASA SEKARANG ADALAH PENGANUT AGAMA PAGAN DAN PENYEMBAH SYAITAN.



Israel dan Kristian,kedua-duanya bukan domain,tetapi sub-operasi kepada The Elite,yang diterajui oleh para penganut agama menyembah Iblis dan Syaitan.Iblis akan menunjukkan caranya kepada Dajjal,dengan syarat dia mesti menumpukan usaha supaya manusia menyembah dirinya.Pada peringkat tertinggi KEKAFIRAN BUKANLAH KEHENDAK UTAMA IBLIS,tetapi penyembahan total kepada dirinya.Ini samalah seperti Firaun yang mengatakan "Akulah Tuhan yang tertinggi".Bezanya Iblis mengaku Allah itu TUhan,tetapi Firaun tidak.Namun manusia haruslah dikafirkan terlebih dahulu,tidak kira dia menyembah patung berhala,menyembah salib atau sebagainya,namun jangan sesekali dia kembali kepada jalan Penciptanya sendiri,Allah Azza Wa Jalla.Kristian,adalah mangsa paling teruk diperkudakan.Paulus adalah ejen The Hidden Hand yang dihantar untuk memporak perandakan ajaran Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun (The Apostles).Barnabas,seorang Hawariyyun yang paling muda dan yang terakhir telah mengesan sesuatu yang tidak kena dengan perwatakan Paulus,namun akhirnya ditentang Paulus dan mereka pun berpisah.Namun apa yang terjadi?Semua kitab-kitab Hawariyyun dibakar dalam Persidangan Nicea dan apabila tiba-tiba muncul kitab Barnabas,mereka menafikan isi kitab itu dan mendakwa ia hasil tulisan tangan orang Islam semata-mata terdapat ramalan Nabi Isa a.s tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

Paus Vatikan adalah orang yang paling faham siapakah dirinya yang sebenar.Dia juga tahu aliran-aliran seperti Benedictine,Franciscan atau Jesuit;yang manakah adalah kakitangan Dajjal.Mungkin kesemuanya,kerana Vatikan sebenarnya telah lama menjadi sarang The Hidden Hand.Sejak tahun 1980-an saya telah melihat kertas-kertas sulit berkenaan aktiviti gelap para paderi Katolik seluruh dunia;PEDOPHILE.Ini adalah katakuncinya untuk mengungkap rahsia paling jijik Vatikan.Ketika saya mula membacanya,di mana ada di antara hasil laporan itu difailkan sekitar tahun 1960-an,saya pada mulanya agak ragu-ragu dan tidak percaya.Namun kini perkara tersebut telah terdedah secara meluas.Begitu juga rancangan Amerika mencipta virus-virus berbahaya untuk mengurangkan populasi.Ini semua sudah ada seawal kita baru merdeka!


S:Apakah impian Yahudi sebenarnya?
J:Di dalam Talmud,terdapat mitos tentang bangsa pilihan Tuhan.Juga The Promised Land.Yahudi percaya Promised Land mereka adalah Palestin,namun Christian Zionist percaya Promised Land itu terletak di Asia Tenggara!

S:Ini sesuatu yang agak luar biasa.
J:Anda pernah dengar tentang Prester John?Seorang raja Kristian legenda yang kononnya mempunyai kerajaan di Timur yang besar.Pendapat umum mengatakan Prester John berada di Afrika tepatnya di Habsyah atau di India.Mitos mengatakan raja misteri ini telah mengirim surat kepada maharaja Byzantin dan Paus.Dan kajian mendapati bahawa raja ini kemungkinan adalah raja di Asia Tenggara yang memiliki empayar yang luas!Ini kerana isi suratnya yang dikirimkan kepada maharaja Byzantin dan Paus adalah sama format seperti isi surat Maharaja Zabaj kepada seorang raja di India dan Maharaja China.Antaranya menyebut tentang wilayah kekuasaannya yang luas dan tawaran untuk membina rumah-rumah ibadat.Prester John telah meminta Paus menghantarkan pendakwah-pendakwah Kristian kepadanya.Anda tahu siapakah maharaja Zabaj?

S:Saya rasa pernah terdengar sebelum ini.
J:Zabaj atau Zabag adalah panggilan pengembara Arab kepada Srivijaya,satu empayar maritim terbesar di Asia Tenggara.Di dalam isi surat Prester John,dia ada menyebutkan kekayaan emas dan kayu cendana (sandalwood).Ini adalah dua kekayaan Srivijaya ketika itu.Sehinggakan satu pulau di Selat Sunda dinamakan Pulau Cendana (Pulau Sumba).

Para orientalis dan imperialis Kristian berlumba-lumba mencari di manakah Prester John tinggal.Mereka menawan India,namun gagal berjumpa dengan Prester John.Di Afrika memang terdapat kerajaan Kristian Habsyah,iaitu ketika kerajaan Aksum,namun ciri-cirinya tidak menepati isi surat Prester John dan telah lama runtuh akibat kedatangan Islam.Prester John telah berjanji akan membina tempat suci Kristian dan akan membantu dunia Kristian mengalahkan musuh-musuhnya.Gereja percaya,jika mereka dapat berhubung dengan Prester John,Islam akan hancur sehancur-hancurnya dan Baitul Maqdis akan kembali ke tangan mereka.Mereka terdengar tentang Melaka,sebuah pelabuhan terkaya di dunia mengatasi Venice.INILAH DIA KERAJAAN PRESTER JOHN YANG SEBENAR.Jadi Portugis pun tiba di Melaka dan melaporkan bahawa Islam telah menghilangkan 'kerajaan Prester John' dan mereka terlewat untuk berhubung dengannya.

Bayangkan sekiranya Nusantara adalah negara-negara Kristian.Apa yang akan terjadi?Tahukah anda jika disebut dunia Islam (Islam World) orang Melayu Nusantara adalah antara 'aset' terpenting dunia Islam.Mereka adalah paksi terpenting selain orang Arab.Saya berada di sebuah negara yang bangsanya pernah memiliki empayar Islam yang luas berasaskan khilafah.Namun kini mereka terpenjara dalam sistem sekular yang amat kejam,mungkin 10 kali ganda kejam dari sekular Malaysia.Di sini agama Islam benar-benar dipandang 'candu masyarakat' oleh para sekular dan tentera.TUJUAN UTAMA AMERIKA-YAHUDI ADALAH UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA SEKULAR SEPEKAT SEKULAR TURKI.

Namun peristiwa Marvi Marmara ini telah membuka mata rakyat Turki sedikit sebanyak.Seperti yang anda tahu,Turki adalah sekutu kuat Amerika dan Eropah.Di Turki terdapat pangkalan Amerika.Ketika perang melawan keganasan di Iraq dan Afghanistan,Turki telah membuka ruang udaranya seluas mungkin bagi kegunaan Amerika membunuh saudara seIslamnya.Bayangkan satu bangsa yang amat handal berperang setaraf dengan Monggol dan Tartar telah menjadi amat lemah dan hina bagaikan singa kehilangan kuku.Turki mempunyai sejarah 'menyembah' berkali-kali kaki Eropah supaya Turki dapat memasuki Kesatuan Eropah.

Pelbagai bangsa telah bergilir-gilir menjadi "The Guardian" bagi maruah dan kesinambungan Islam.Bangsa Kurdis telah muncul sebagai pembela Baitul Maqdis dengan memimpin bangsa Arab mengalahkan tentera Salib.Selepas bangsa Arab kalah sepenuhnya di tangan Monggol dengan kejatuhan Abbasiah di Baghdad,dunia ketika itu seolah-olah menyaksikan kehancuran Islam.Monggol amat sukar untuk dikalahkan.Hulagu Khan,yang telah membakar Baghdad dan menyembelih beribu-ribu umat Islam telah menangkap sejumlah ahli agama Islam dan berkata dengan angkuhnya di manakah Allah kamu untuk menghalang kematianmu pada hari ini?

Namun seorang syeikh telah mengatakan sesuatu tentang kekuasaan Allah yang  mampu mencabut nyawa raja Monggol tersebut seketika itu sahaja,membuatkan wajah Hulagu berubah.Tiba-tiba kudanya meringkik dan berpusing-pusing menyebabkan Hulagu tidak berupaya mengawal keseimbangan tubuhnya lalu terjatuh.Namun kakinya telah tersangkut pada pelana atau tali pada badan kuda.Badan Hulagu terseret-seret dan membawa kepada kematiannya yang mengerikan dihadapan tentera-tentera Tartar.Sejak dari itulah,orang Tartar mula memeluk agama Islam termasuk puak-puak Turki-Monggol yang lain sehingga melahirkan negara-negara Asia Tengah seperti Turkmenistan,Kyrgyzstan,Kazakhstan dan Uzbekistan.Lihat perancangan Allah mengatasi segala konspirasi.Bangsa Monggol yang membumihanguskan kerajaan Islam akhirnya memeluk Islam dan menjadi pembela agama yang kuat.Cuba baca peperangan terpenting di Ain Jalut di mana tentera Mamluk telah berjaya menewaskan tentera Monggol.Peperangan ini setaraf dengan Perang Hittin menentang Tentera Salib.Warisan Monggol Islam ini melahirkan kerajaan Moghul India,TimurLang di Samarkand dan campuran Monggol-Turki yang melahirkan kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tengah.Di tengah-tengah era Monggol inilah lahirnya Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah setelah sistem khilafah Abbasiyah hancur.

S:Mengapa The Elite tidak terus menjajah Malaysia dan sekitarnya?

J:Tidak ada gunanya terus menjajah 'wilayah Prester John' kerana walau seribu tahun pun mereka menjajah,kerajaan Prester John tidak akan kembali ke tangan mereka.Mereka telah terlambat kerana pedagang Arab telah cepat mengislamkan rakyat Prester John ini.Jadi mereka lepaskan Malaysia dan yang lain-lain.Malaysia dan Indonesia dipastikan memakai hukum Common Law.Raja-raja dan para pemimpin diMasonkan atau disekularkan.Selepas itu barulah mereka melepaskannya.Lebih baik mereka mengirimkan boneka daripada mereka sendiri yang memerintah.Seluruh rakyat,elit-elit Melayu dan ulama akan bersatu menentang mereka.Kini pemimpinnya adalah dari kalangan orang Melayu,namun berfikiran sama dengan penjajah.Ulama akhirnya terpecah kepada dua,ulama yang terpaksa meliberalkan Islam kerana terpaksa mencari sesuap nasi,dan ulama bebas yang tidak mahu berkompromi soal hukum-hakam.Rakyat lagi teruk,berpecah-pelah dengan pelbagai mazhab politik.Rakyat akhirnya menjadi pencacai politik,sanggup memaki hamun dan menyelak kain orang lain semata-mata atas nama kesucian politik.


S:Apa yang boleh tuan katakan tentang isu Marvi Marmara ini dan kesannya pada masa akan datang?
J:Saya dengar para kapten kapal bantuan mahu menghantar lagi bantuan kepada Gaza dan rakyat Palestin pada masa depan.Senario yang sama akan berlaku.Israel semakin rimas kerana kini ia bukan berperang dengan Hamas,tetapi dengan para simpatisan.Amerika seperti biasa akan senyap.Ia tidak boleh menetapkan 'genjatan bantuan' atau 'rundingan' sebagaimana genjatan senjata atau rundingan antara Palestin-Israel dahulu.Israel seperti biasa adalah 'killing robot' yang kerjanya suka membunuh tidak kira siapa.Amerika dan The Elite harus memikirkan cara untuk meredakan keadaan.Mereka mungkin akan terperangkap.Banyak kapal bantuan akan menyerbu.Aktivis ditembak lagi.Kemungkinan mereka bertindak mengambil barangan bantuan dengan janji akan menyampaikannya kepada rakyat Palestin.Namun tidak sampai.Rakyat Palestin akan kembali menderita.Masyarakat antarabangsa semakin mendesak.Ketika ini,program mindcontrol mereka memakan diri.Jika Amerika tidak cepat bertindak,kesan khas 'Islamophobia' pasti bertukar menjadi 'Islamosympathy'.Pengorbanan Amerika meruntuhkan WTC menjadi tidak berbaloi.

The Elite cuba untuk berkonspirasi,namun Tuhan itu Maha Mengatasi Segala Konspirasi.

Kemudian kita akan lihat siapa yang akan mengibarkan panji-panji hitam dari arah Timur.

S:Siapa?
J:(Perbualan terganggu sebentar)


S:Hello...hello...

J:Ya...saya rasa ada orang memintas perbualan kita.Saya akan ceritakan satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu,saya ceritakan seringkas mungkin.Saya dengar Kesultanan Sulu mahu bangkit kembali.Semua maklum,Kesultanan ini kaya dengan emas.Jika ini benar,ia adalah satu faktor paling kuat Amerika dan sekutunya akan cepat-cepat menziarahi kita di sini.Cuma saya mahu berpesan,penuhkan masjid-masjid sebelum kita akan jadi 'another Bosnia'.Di Asia Tenggara,terdapat dua pangkalan The Hidden Hand.Singapura adalah pangkalan Israel.Filipina,satu kepulauan Melayu yang dipaksa menjadi wilayah Prester John yang hilang dijadikan pangkalan Amerika.Dua negara adik beradik membina pangkalannya di sini!Kita sebenarnya tersepit.Thailand selamanya tidak boleh dipercayai.Lihatlah bagaimana mereka membunuh umat Islam Tak Bai.Mereka juga sudah berani menembak orang Islam bersolat di masjid,gaya yang hanya kita boleh lihat pada pelampau Yahudi di Palestin.

Kita hanya ada saudara seperti Indonesia dan Brunei.Namun Indonesia sudah cacamarba dengan Islam Liberalnya,unsur-unsur Kejawen yang tidak kebah-kebah dan Kristianisasi yang berterusan.Senjata kita adalah doa yang diangkat tinggi-tinggi meminta belas kasihan dan rahmat Allah s.w.t.Khabarnya Jabatan Rahsia Amerika sedang mencari seseorang dari Asia Tenggara yang mempunyai nama dan identiti tertentu.Mereka telah menempatkan ejen di setiap lapangan terbang.Saya akan beritahu nama dan identiti...
S:Siapa?



OFF-THE-RECORD