Saturday, 5 April 2014

Peristiwa Besar..............MAS MH370





10 tahun lalu ketika pertama kali bertemu Jay...............saya ada memberitahu kepadanya bahawa Islam itu akan naik diakhir zaman dan bumi yang bertuah itu adalah tanah melayu dimana ia menjadi tapak kebangkitan ummah untuk kali kedua

pada waktu itu Jay hanya diam sahaja....kerana mungkin itulah kali pertama dia mendengar idea yang sedemikian rupa

dan kini selepas masa berlalu dan bulan berganti, aku masih berkawan dengan Jay

melalui pengalaman hidup serta pergaulannya yang luas dengan pelbagai jenis orang dari semua peringkat, Jay sentiasa memberi idea2 kritis terutama tentang perkara2 yang kadangkala aku sendiri pun tidak pasti

aku bertanya kepada Jay "jadi Tuhan dah gagalkan perancangan musuh yang cuba nak sabotaj mh370.......??"

Jay menjawab ringkas "apa pula gagal............Tuhan dah pun izinkan dan jayakan misi mereka nak sabotaj negara kita............"

aku masih tak faham apa maksud Jay......

Jay memberi penjelasan.......

keadaan akhir zaman ni mempunyai satu perkiraan yang pelik bin ajaib ........pertembungan diantara kuasa baik dan kuasa jahat
kuasa baik ialah penantian ummat islam keatas penyelamat aka pemimpin kebenaran............something to do dengan kebangkitan islam ditimur
kuasa jahat ialah sesiapa saja yang tidak sukakan kepada kebenaran akhir zaman

you know...........Tuhan beri mereka cukup masa untuk bertindak memporak-perandakan bumi mengikut catuan dan acuan mereka............cepat atau lambatnya pemimpin kebenaran itu muncul bergantung kepada  tahap kesabaran musuh

kalau mereka still mahu melengah2kan masa, tidak mahu melihat islam itu naik dengan cepat.....so kita tunggujelah

tapi kalau mereka sendiri sudah tidak sabar mahu menakluk dunia dengan agenda NWO, maka mereka pun merancang sesuatu yang besar lagi tragik terutama keatas tanah yang dijanjikan...........maka akan cepat pulalah kesedaran islam itu bercambah...lalu berkembang dengan harum mekar mewangi di tanah sebelah timur ini..........

aku masih mahu bertanya kepada Jay..."maksud aku ialah..............mungkin ada pihak yang berniat jahat keatas kita.....jadi Tuhan gagalkan niat mereka dengan kes mh370 yang masih belum selesai sampai sekarang...........??"

Jay memberi respon...."whatever they wanted to do .....things have been done......Tuhan izinkan mereka......pada masa yang sama Tuhan pun ada perancanganNya yang tersendiri keatas skrip ceritera kebangkitan islam diakhir zaman....."

saya menyambung lagi..."abis tu you sukalah kalau peperangan berlaku kat malaysia ni........??"

Jay menjawab "kalau itu yang ditaqdirkan....kita kena tempuh....kan ke bila penyelamat datang nanti akan berlaku peperangan dengan kuasa2 besar yang mungkar......Nabi pun dulu berperang....."

saya tidak berpuashati "bukan ke sebagai tapak kebangkitan ummah.....islam itu akan bangkit dengan aman-damai kerana Tuhan berjanji akan membela orang2 yang bertaqwa...??"

Jay senyum menyindir..."hah....you tu bertaqwa la sangat.....takua soya bean adalah kot...??"

Jay cepat2 menyambung...." aku pun bukanlah meminta perang berlaku kat sini.......aku kata jika ditaqdirkan je....tapi kalau mengikut perangai dan sikap orang melayu ni..................kita tidak akan sanggup berbunuhan (minta dijauhkan) semata2 kerana berlainan fahaman politik .........so kemungkinan perang untuk berlaku tu agak kuranglah..."

Jay meneruskan perbualannya "kalau pun musuh nak menyerang kita............mereka tak ada sebab nak buat macam tu.......kerana mereka dah ada kat sini....kat malaysia ni....you ingat cia, fbi semua tu tak ada agen mereka ke kat negara ni....mereka boleh je masuk mana2 badan kerajaan atau pun joint mana2 parti politik??"



10 tahun lepas juga Jay telah "direzekikan" bekerja sebagai pegawai latihan dengan so called sebuah syarikat pengawal keselamatan di kuala lumpur yang mempunyai  pangkalan di indonesia tetapi diterajui oleh pemilik yang berpusat di amerika

jadi Jay sendiri berpeluang menjalani latihan dinegara jiran serta bergaul dengan pihak pengurusan mat salleh yang rata2nya adalah bekas pegawai tentera amerika

Jay memberitahu " syarikat tu sebenarnya bercadang mahu menubuhkan pusat maklumat dan telekomunikasi di asia tenggara dengan beroperasi disebalik servis kawalan keselamatan.......tapi niat mereka dapat dihidu lebih awal oleh pihak berkuasa....dan in the end mereka terpaksa give up serta tidak meneruskan operasi di malaysia...."

semasa bekerja disyarikat tersebut....Jay berkesempatan bertemu & berkawan dengan seorang bekas SB yang juga bekerja disitu............mungkin juga bekas SB itu adalah double agent yang bekerja menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa

Jay memberitahu bahawa bukan mudah untuk sesiapa saja mahu menembusi keselamatan mahupun rahsia kerajaan kerana perkara2 yang top secret itu tiada salinan penduanya dalam bentuk elektronik.........ia hanya didapati dalam bentuk hardcopy dan disimpan ditempat yg sgt strategik





tahun 2014.............tahun yang pelik

2014 kita rancang dengan begitu rapi lagi teliti bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia terutama dengan program2 hiburan mega

namun perancangan Tuhan ialah............

~ 2014 sebagai Tahun Memperkenalkan Malaysia dimata dunia......tahun dimana hampir semua orang diseluruh pelusuk dunia memperkatakan tentang Malaysia.....lebih2 lagi mendoakan yang baik2 tentang malaysia

~ 2014 tahun rakyat berselawat dengan pengajuran program malam Cinta Allah & Cinta Rasul di merata tempat

~ 2014 sebagai tahun rakyat beramai2 berdoa memohon petunjuk serta pertolongan agar Tuhan memberi jalan penyelesaian akan masalah yang menimpa negara

~ 2014 sebagai tahun pengajaran untuk bersyukur keatas nikmat air yang selama ini diberikan tanpa had kepada manusia agar mereka lebih bijak dalam mentadbir-urus sumber2  asas yang diamanahkan

~ 2014 sebagai tahun manusia akan benar2 kembali kepada fitrah kejadian mereka dimuka bumi iaitu sebagai hamba kepada Tuhan disamping tugas sebagai khalifah yang memerlukan kepakaran/ilmu/kepandaian pelbagai bidang agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh musuh yang mahu melihat kita lemah dan boleh dicucuk hidung kesana-sini sesuka hati mereka

~ 2014 sebagai tahun memperkukuhkan hubungan persahabatan dengan tanah besar cina sebagai "abang besar" malaysia

maka 2014..............adalah secara rasminya merupakan tahun kebangkitan sebuah bangsa yang selama ini tidur lena di zon selesa

bangkitlah..........
sedarlah............


pemikiran serta perbuatan kita akan berubah selepas ini
ia tidak akan pernah sama seperti apa yang selalu kita lakukan sebelum ini




4 comments:

  1. minta penjelasan Tuan mengenai hubugan baik dgn China .. Bagaimana pula dgn hubungan erat yg baru terjalin dgn Amerika .. perjanji boleh saya kata perjanjian syaitan bersama mereka ... adekah China akan berdiam Diri ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. .. Amerika gajah, kita kancil ... , bila gajah lalu, kancil kena ketepi,.. semasa gajah lalu habis tanaman satu ladang rosak, gajah cuma makan empulor.. kancil dapat lah sisa sisa putik jantung pisang yang sudah dipijak gajah.., masakan kancil berani membantah walau bertapa ingin sekali pun, hendak atau tidak kancil terpaksa ikut rentak... dalam keadaan begini kesabaran dan bijaksanan adalah penawar yang paling berkesan... belajarlah dari petua orang melayu dulu-dulu, banyak hikmahnya.. tarik rambut dalam tepung, tepung tidak terurai, rambut tidak putus..

      Delete
    2. terima kasih diatas analogi yang mantap dan cantik

      ................dan cina adalah panda yang mahu bersahabat dengan kancil yang cerdik lagi bijaksana itu.......

      anyway....panda dan kancil sememangnya sudah lama bersahabat sejak dari dahulu lagi..

      Delete
  2. China adalah sebuah negara yg menguasai rantau Asia... Ekonomi China naik, tetapi sebab penggunaan matawang dolar dlm sistem jual beli Petroleum menyebabkan Dolar Amerika menguasai dunia...

    Amerika takut jika pemansuhan mata wang dolar ini bakal menggangu gugat ekonominya... China antara salah sebuah negara yg bersetuju dgn Rusia memansuhkan mata wang dolar ni... jadi... salah satu cara adalah dgn menyerang China dr segi kuasa ekonomi & politik..

    kisah ini akan diceritakan dlm sambungan ke-3.. http://darah-satria.blogspot.com/2014/04/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html

    ReplyDelete