Sunday, 20 April 2014

Terkedu.....



dalam mistisfiles, kita selalu diperingatkan tentang perancangan manusia (baca: musuh islam) vs perancangan Allah SWT

Surah Al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

begitu juga MO selalu memberi peringatan bahawa "manusia menjadi musuh kepada apa yang tidak diketahuinya"

adakah mudah menjadi bangsa melayu yang tinggal di tanah melayu??

ianya tidaklah semudah yang disangkakan, namun ia juga tidaklah sesukar seperti apa yang dialami oleh warga palestine yang secara terang-terangan hidup berhadapan dengan ancaman zionis laknatullah

sebagai orang melayu, kita sering berada diambang dilema - diantara kata2 sihir yang sering mengekori kita seumpama saka keturunan iaitu "malas dan bodoh" dan bisikan2 lembut yang sering mengetuk gegendang telinga bahawa islam itu akan bangkit untuk kali kedua dari timur. dan biar kita tuliskan sekali lagi dan berkali2 bahawa islam itu akan bangkit untuk kali kedua diakhir zaman dari malaysia yang diterajui oleh orang melayu dan dibantu oleh negara cina

hah.....lagi membingungkan bukan....??
bagaimana satu bangsa yang "telah" dianggap hina sebegitu rupa boleh menjadi pemimpin dunia....??




lalu mari kita telusuri perkara2 yang telah dan sedang berlaku berkenaan dengan bangsa yang satu ini di tanah hujung dunia:

sejak dari tahun 1511....musuh mahu menjajah dan seterusnya melenyapkan terus saki-baki waris bangsa malayu termasuk ulama2 serta raja2 sekali
~ namun  bangsa ini masih lagi wujud hidup saling berukhuwah dengan baik sekali bersama para ulama (spt para habib yang berketurunan dari Rasulullah SAW) dan juga para sultan/raja mereka

tidak cukup dengan penjajahan- musuh berusaha mewujudkan polarisasi kaum dengan kemasukan secara besar-besaran dua kaum utama dari benua masing2 iaitu kaum india (tentulah dari benua india) dan kaum cina (tentulah dari negara cina) dengan harapan orang melayu akan merempat di negara sendiri
~ namun bangsa ini masih lagi wujud dan berkembang-biak dengan baik sehingga kini dengan berjaya melahirkan ramainya usahawan, pakar2 serta ilmuan dalam  pelbagai bidang setanding dengan bangsa2 lain

sudah dijajah dan sudah pula diberi kemerdekaan, tetapi penjajah meninggalkan banyak jejak dan tapak mereka disana-sini dalam pelbagai sektor, salah satunya ialah hartanah dan perladangan yang secara jelas telah diberi keutamaan pemilikannya kepada taukey2 dari bangsa pendatang
~ namun dengan izin dari Tuhan, bangsa ini direzekikan untuk mendapatkan semula hak tanah-ladang mereka hasil usaha perancangan anak warga nusantara dalam episod serangan  SUBUH

masih gagal menakluk tanah semenanjung, musuh melancarkan agenda krisis matawang 1998 dengan harapan mahu menjerat leher negara ini ketangan IMF
~ namun sekali lagi orang yang telah melancarkan episod serangan subuh dengan selambanya telah mengikat nilai ringgit agar tidak menjadi permainan penyangak matawang dunia


setelah kepimpinan bertukar tangan, maka musuh berusaha dengan lebih gigih menggagalkan apa yang telah dirancang selama ini oleh kepimpinan yang lalu, maka pelbagai onar telah cuba dilakukan agar rakyat resah-gelisah lantas mahu mencetuskan gelombang hitam kebangkitan dengan pelbagai siri "berjalan-jalan" dijalanan
~ namun ia masih lagi terkawal dan rakyat malaysia yang sudah manja hidup di zon selesa tidaklah mahu sangat berlama2 dalam siri "berjalan-jalan" di jalanan itu

bila ada ura2 bahawa komunis itu juga merupakan sekumpulan manusia yang memperjuangkan kemerdekaan dan sudah ada sebilangan dari kita yang mula menyanjung mereka
~ maka tidak semena2 orang kuat komunis telah dipanggil "balik" oleh Pencipta pada tanggal 16 sept 2013

bila negara diasak dengan pelbagai slogan yang bertopengkan hak2 asasi manusia oleh para ngo yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan - yang sebenarnya mahu membela hak lgbt dan kebebasan beragama
~ maka Tuhan sekali lagi telah "memanggil pulang" salah seorang orang kuat para ngo berkenaan

disaat zionis evangelis tidak berpuas-hati kerana proksi tajaannya akan dihukum penjara lalu mereka bertindak menggaibkan pesawat mas mh370
~ maka Tuhan balas kekejaman mereka dengan siri bencana alam yang bertimpa2 keatas rakat dan negara mereka



disaat kita masih bersedih dengan kehilangan 259 insan2 yang dikasihi dalam kes mas mh370
~ kita dikejutkan pula dengan kes feri karam di korea selatan yang berlaku dengan penuh tragis melibatkan 400 nyawa dan sebahagian besar masih belum diketahui nasib mereka - dimana majoriti daripada mereka adalah murid2 sekolah

disaat kita dikhabarkan dengan rancangan musuh dlm proses mereka utk menjayakan "depopulation" iaitu mengurangkan penduduk dunia, mungkin melalui jangkitan penyakit seperti kes HINI
~ kita dikejutkan dengan kes jangkitan MERC-CoV yang berlaku  keatas jemaah umrah yang baru pulang dari timur tengah

disaat ummat keresahan dalam mahu melaksanakan hukum-hakam berlandaskan undang2 islam
~ tidak semena2 Tuhan "memanggil pulang" orang yang paling lantang mahu menidakkannya dibumi tanah tua ini

disaat orang kuat negara amerika mahu menjejakkan kaki kebumi bertuah ini beberapa hari lagi
~ sudah kedengaran suara2 keresahan para pelabur dinegeri terkaya di malaysia bercadang  menghentikan operasi di negara ini kerana tidak mahu terpalit dengan krisis catuan air yang sangat memalukan dalam sejarah pembangunan infrastruktur ekonomi negara




adakah kita tahu apakah perancangan2 musuh dimasa hadapan?
dan adakah kita juga tahu apakah perancangan2 Tuhan dimasa hadapan?


saya kongsikan sambungan penulisan kritis oleh sdr Azli, Misteri MH370 : Permainan Mungkar! (Episod 9)

juga buah tangan hasil tulisan brado kapak, Obomba Membawa 'Rahmat'




3 comments:

  1. segala apa yg berlaku adalah rahmat dan kasih sayang 'dia' semata..
    senyumlah tanpa ragu-ragu..
    dan bersyukurlah atas kurnianya..
    -tok dalang yang menggerakkan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapalah kita yang banyak dosa diakhir zaman

      hidup menumpang berkat dari mereka yang benar2 takut, harap dan cintakan Tuhan & Rasul dengan sebenar2nya

      Delete
  2. Biarkan mereka dengan perancangan mereka..kerana sesungguhnya rencana meraka adalah dalam percaturan agung Allah S.W.T. yang menjadikan perbuatan mereka ibarat tapis-tapis bagi bangsa jawi yang akan menghasilkan pati-pati serat jiwa yang dijanjikan.

    ReplyDelete