Friday, 7 August 2015
Raja Matahari.....Setiap Negara Itu Pasti Diuji
Raja Matahari.....aku mahu bertanya....pernahkah kau, negara mu serta rakyat jelatamu diuji dengan pelbagai masalah, kekangan, gangguan serta 1001 lagi cabaran dan dugaan bukan saja di peringat negeri/wilayah.....tetapi ia mencakupi seluruh jajahan taklukmu semuanya...??
Ingin saja aku "berpatah balik" ke masa pemerintahan mu?
aku juga mahu melihat serta merasai bagaimana agaknya reaksi kamu berserta dengan pasukan pemerintahan mu berhadapan dengan dugaan dan cabaran mahu pun dari dalam apatah lagi dari luar negara...bagaimana agaknya kamu menenangkan hati-hati rakyat jelata yang resah-gelisah serta gundah-gulana...? Bukankah engkau seorang Raja iaitu pemerintah bagi semua jajahan taklukmu....maka apakah strategimu dalam melaksanakan amanah untuk memastikan bahawa kedaulatan negaramu tetap utuh dan teguh disaat-saat ia diuji kewibawaanya..??
Raja Matahari.......tahukah engkau bahawa kami semua sedang diuji sekarang ini?
Selama ini pun kami sentiasa diuji...namun pada saat dan ketika ini wayang gambar ujian itu jelas terpampang di depan mata dan telinga kami...
Raja Matahari....bila Tuhan mahu mengurniakan kebaikan kepada seseorang individu maka Dia akan mengujinya....begitu juga bila Tuhan mahu memberikan kebaikan kepada sesebuah negara maka Dia akan mengujinya pada peringkat nasioal iaitu semua jiwa rakyat di tempat itu pasti akan diproses...diuli...diketuk.....dibakar......ditempa....disiat.....dipatah2kan agar hati2 mereka itu hancur sehancur2nya terhadap apa sahaja harapan pada dunia yang fana serta sangat nafsu-nafsi ini.....
Raha Matahari....negara yang kuat ialah bila jiwa rakyatnya itu sentiasa teresak-esak sayu dimalam hari merayu kepada Tuhan Yang Maha Esa agar mengurniakan belas kasihan yang tidak berbelah-bagi dengan mengurniakan rezeki kebaikan yang berpanjangan tanpa putus demi kelangsungan maruah dan harga diri generasi seterusnya
Raja Matahari .....negara yang bermaruah ialah bila jiwa rakyatnya itu teguh menaruh harapan kepada kebaikan, kejujuran, keikhlasan serta nilai-nilai murni sejagat agar kelimpahan dan keberkatan hidup itu bukan saja dapar dirasai pada peringkat individu dan negaranya sahaja, malahan mereka juga amat mengharapkan agar ia dinikmati oleh semua manusia seluruhnya
Raja Matahari......selama ini kami hidup amat dimanjakan dengan keamanan dan kemakmuran negara yang terbina hasil dari usaha para pemimpin sejati dahulu.....tetapi zon selesa itu sudah agak tergugat dikala ini...maka ramai diantara kami yang rasa gelisah .......rasa seperti mahu putus harapan...rasa tidak pasti apakah nikmat yang selama ini kami rasai akan dapat kami kekalkan untuk masa-masa akan datang
Raja Matahari..........walau apa pun masalah dan kesusahan yang sedang kami hadapi dikala ini....doakan semoga kami tetap akan terus tabah, sedar serta insaf untuk terus menguatkan kesatuan jiwa2 kami....semoga kami jadikan ini sebagai asbab untuk memperbaiki diri kami menjadi lebih tawaduk , redha serta mendekatkan diri kepada Tuhan, lebih prihatin kepada diri, keluarga, anak2, saudara-mara, kawan2 serta semua saudara senegara ....
Raja Matahari.....sampai kita bertemu lagi .............
“We may all fall down, but we all get up. Hold your head up, Malaysia.. After the rain comes the sun,”
“When life gets cold and skies aren't blue, you're not alone, I'm here for you. My brothers and sisters, we'll see you through."
“These are the times we must get through, courage and wisdom must live in you. The way of our future lies in you."
“From the rising of the sun, together we are one, we are stronger forever."
Najwa Mahiaddin - After The Rain
apa punya komen ni....antu nombor betul
ReplyDelete