Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Thursday, 25 July 2013

Berperang Dengan Komunis Di Sungai Manik, Perak (Ilham Pertapa)





salam ramadhan,

semoga Tuhan sentiasa mengurniakan keselamatan dan kesejahteraan yang perpanjangan kepada seluruh rakyat berbilang kaum di negara yang kita cintai ini

tetapi, adakah kita benar2 mencintai negara kita?
apakah yang harus dilakukan sebagai tanda cinta kita kepada negara ini?
pernahkah kita menitipkan nama malaysia di dalam setiap doa yang kita panjatkan?
terfikirkah kita untuk memohon agar keharmonian yang Tuhan pinjamkan ini sentiasa berkekalan?

kebanyakan dari kita adalah generasi yang lahir selepas merdeka, kita tidak pernah melalui pahit-getir, kesusahan, ancaman serta 1001 susah-payah berhadapan dengan situasi peperangan berhadapan dengan tentera jepun apatah lagi komunis

walaupun komunis masih lagi melancarkan gerakan gerila di hutan2 belantara selepas era kemerdekaan, namun keadaannya adalah lebih terkawal
tambahan pula, negara memberi amanah yang sungguh berat kepada pihak tentera untuk mengawasi gerak-geri komunis
dan akhirnya dengan ketabahan, kesabaran serta diplomasi negara kita, komunis menyerah kalah dalam gencatan senjata yang telah dipersetujui bersama
maka selepas saja tanah melayu bebas dari ancaman komunis, maka pembangunan negara telah dapat dilaksanakan dengan begitu pesat sekali, kawasan2 baru banyak diteroka dibawah rancangan felda, felcra dll
begitu juga dengan bekas anggota komunis, mereka telah diberi penghidupan di kampung2 baru menjadi warga negara bersama2 dengan rakyat jelata yang lain


how bad is bad living under communist treat at tanah melayu...??


otai dari Mistisfiles iaitu pakcik Enrike ada membuat posting tentang suka-duka orang2 banjar berhadapan dengan ancaman komunis melalui blog beliau di Ilham Pertapa by Enrike

kepada pakcik Enrike, dengan rendah hati, saya memohon izin untuk kongsikan ceritera perjuangan orang2 banjar di kampung gajah-sungai manik demi untuk menghapuskan ancaman PKM dan Bintang Tiga sehingga  mereka hilang tidak bersisa di negeri perak

Perang Sungai Manik 1

Perang Sungai Manik (2)

Perang Sungai Manik (3)

Perang Sungai Manik (4)

Perang Sungai Manik (5)

Perang Sungai Manik (6)

Perang Sungai Manik (7)

Perang Sungai Manik (8)




satu perkara yang seharusnya kita sentiasa fikirkan ialah bagaimana tanah melayu boleh terselamat daripada disembelih, dijarah dan seterusnya di kuasai sepenuhnya oleh komunis dan kuncu2nya ??

adakah ini semua bersandarkan kepada nasib baik semata2??

sedangkan ancaman komunis itu memang sungguh hebat dan org2 komunis juga berjuang bersunguh2 untuk menghapuskan suatu bangsa bernama melayu serta suatu agama bernama islam

lihat sahaja nasib orang2 melayu di kemboja dan vietnam yang  telah dikerjakan dengan begitu sadis sekali oleh komunis
kita boleh saja menerima nasib yang sama seperti mereka

faktor apakah yang telah begitu sangat berkuasa serta bertenaga di tanah melayu sehingga komunis yang memang terkenal dengan sikap bengis dan kejam gagal untuk menakluk tanah bertuah si jantung hati ini, menjadikan orang2 melayu masih wujud sehingga kini dan agama islam masih lagi menjadi anutan warganya..........????

biar saya kopi-pasta satu petikan dari catatan siri Perang Sungai Manik :


"Sedang rancak bertarung, orang Cina terpinga-pinga kerana dengan tiba-tiba kelibat orang Banjar sudah tidak kelihatan. Pengganas komunis yang bijak bersembunyi di merata penjuru mula keluar dari tempat persembunyian untuk mengejar dan mencari pejuang-pejuang Banjar. Hilai ketawa mereka membayangkan seperti sudah mencapai kemenangan.

Namun, kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak disangka, tiba-tiba parang bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak (manimpas), melibas (merawis) dan menikam (manyuduk) hingga tak dapat dielak. Banjir (baah)Kampung Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas komunis lari menghala ke hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada magan di hadang) lagi kerana lailahailait Cina sudah potong habit.

Bagaimana (dimapang) parang boleh terbang sendiri kalau tak ada kudrat dan iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang bersungguh-sungguh (bahimat) menetak(manimpasi), cumanya mereka tidak kelihatan kerana sudah berada di alimul (alam) ghaib.

Keberanian orang Banjar turut menaikkan semangat orang Melayu di merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai Perak dan Chenderong Balai ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah lama menderita ditindas komunis. Selepas itu barulah tentera upahan British bangsa Punjab tiba untuk mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah.

Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di Kampung Gajah. Saki baki pengganas komunis yang masih hidup lari ke dalam hutan."




hahaha...saya tidaklah berniat untuk bersikap rasis kepada mana2 bangsa dengan mengongsikan petikan diatas
itu adalah cerita yang telah berlaku di masa lampau

sebagai warga generasi baru yang hidup di era langit terbuka tanpa batasan, sewajarnya kita perlu lebih menghargai segala kepelbagaian yang Tuhan kurniakan kepada kita...yang sebenarnya tidak akan dapat diperolehi di mana2 tempat di dunia ini

kepelbagaian yang harmoni hanya boleh dikecapi di tanah bertuah ini.......!!!




14 comments:

  1. salam ramadhan sdr wangsa....

    Cerita tersebut bukanlah karya saya, ia adalah terjemahan dari cerita asal bahasa Banjar bertajuk “Sungai Manik Bamandi Darah” oleh Nilasakunta yang diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Utuh Lingkun didalam blog beliau dibawah tajuk Perang Sungai Manik.

    Diterbitkan supaya kita semua mendapat sedikit pengajaran dan ikhtibar juga mengenang kembali sedikit sejarah lama yang disembunyikan serta tidak banyak diketahui orang ramai.

    Saya juga merupakan Banjar Sungai Manik dimana datuk dan nenek saya terlibat sama dalam peperangan tersebut.

    Apapun selamat membaca dan mengambil iktibar...

    Akhirkata salam ramadhan sekali lagi.... selamat hari raya aidilfithri serta maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan kepada pakcik enrike juga

      terima kasih kerana sudi singgah ke teratak saya

      perang??!!....satu frasa yang asing bagi saya serta generasi terkemudian
      malahan semangat toleransi diantara kaum telah disemai sejak dari bangku sekolah lagi
      ...sehinggakan pada satu tahap kerana sudah terlalu toleransi lah sangatttt...........sampaikan malu nak mengaku menjadi orang melayu...apa kes..??....huhu
      nak tukar jadi bangsa lain lah pulak...."manusia jadian.."....
      dizaman tok nenek dulu...ada yg mengamalkan ilmu "harimau jadian"....tapi dizaman sekarang ni....anak2 muda mengamalkan ilmu "manusia jadian" ...nak jadi omputih, orang cina, orang jepun ..selain dari orang melayu....

      perak tengah adalah kawasan yg unik(sehingga sekarang..??)kerana majoriti penduduknya adalah orang melayu - disebabkan dari faktor cerita perang sg manik tadi

      satu kisah yg femes ttg sg manik ialah bila sekumpulan askar penjajah telah tersesat di dalam 'kabus' bila mereka cuba memasuki kawasan sg manik

      Delete
    2. rumpun melayu ini terdiri drpd pelbagai etnik
      jika di tanah seberang (indonesia) yg terdiri drpd sekian byknya pulau2, maka etnik melayu itu nampak terpisah dgn agak jelas

      sebab itu ada berlaku pertembungan emosi (prejudis) diantara orang jawa dr pulau jawa dgn org acheh serta etnik2 yg lain di pulau sumatera

      ini kerana setiap etnik itu mempunyai ciri2 dominan mereka yg tersendiri

      cth - org jawa terkenal dgn sifat rajin ttp mereka agak kasar, org banjar terkenal dgn sifat berani, tegas namun mereka lebih berhati2, org melayu itu berdiplomasi ttp agak santai dll

      cumanya, bahasa melayu itu sendiri telah menjadi agen utk menyatukan semua etnik2 nusantara di tanah seberang

      namun ia amat berlainan dan boleh dikatakan perkara sebaliknya berlaku di tanah melayu /malaysia
      disebabkan faktor geografi serta faktor2 yg lain, maka semua etnik nusantara itu diserap menjadi orang melayu, yang islam dan berbahasa melayu

      kita juga patut sedar bahawa tidak semua etnik di indonesia itu beragama islam, masih ada yg menganut hindu/budha/animisme

      berlaku percampuran etnik yg sgt rencam di tanah melayu terutamanya melalui perkahwinan
      org kedah kahwin org jawa, org kelantan kahwin org negeri 9 dll

      jadi generasi baru nusantara di tanah melayu ini mewarisi genetik dr etnik yg amat pelbagai menjadikan sifat & perangai mereka kadang amat sukar utk ditelah

      perkara inilah yg british terpaksa belajar bila jww birch kena potong kepala di pasir salak - (perak ??)

      dan ini merupakan suatu kelebihan yg Tuhan amanahkan kepada kita - menjadi suatu bangsa yg mempunyai tahap diplomasi tertinggi namun penuh dgn tipu-daya, helah, strategi, perancangan yg paling halus & misteri utk dimengerti

      baiknya orang melayu hingga kera dihutan disusukan tapi anak dirumah mati kelaparan
      "baiknya" orang melayu hingga sanggup menghantar sihir halus mulus gembira melihat saudara sendiri merana seumur hidup dek penyakit phd yg tidak berkesudahan

      sabor jelah yoep.....!!

      Delete
  2. Assalamu'alaikumwbt,salam Ramadhan buat admin &pengunjung blok. Jika dilihat bibit2 senario sekarang acap kali Islam sering diejek & dihina oleh mereke yg bukan Islam.Aku mengharapkan adalah pemimpin Melayu yg bersuara lantang yg dapat menyelesaikan kemelut ini tapi sayang pengharapan itu hancur luluh.Dapat kuperhatikan musuh yg ada di negara ini bukan Komunis tetapi dari aliran salah satu agama terbesar di dunia mereka dgn berani cuba utk mengganggu gugat keharmonia beragama dgn permintaan yg menyakitkan hati,apa nak diharap pd org2 politik semuanya mencari pengaruh utk berkuasa apa yg dilakukan utk agama hanyalah utk meraih keuntungan politik tak kira sebelah mana sama shj.Aku melihat mudah2an kalau org politik x mahu membela Islam biarlah para ustaz dan alim ulama mengambil peranan ini tapi jiwaku semakin luluh melihat mereka hanya mengambil sikap tunggu dan lihat apa keputusan pimpinan yg aku sedari x berminat membela agama yg suci ini.Tuan Hj Bakri sudah tiada,Kiyai Saleh juga sudah menemui pencipta mudah2 an merka dirahmati dan diberi maghfirah...amin.Aku mengharapkan dan berkeyakinan insyaaAllah akan ada pemimpin yg dijanjikan membawa panji2 Islam ke pelusuk alam hingga musuh tidak berkutik lagi amin Allahumma amin wassalam..dari:kulaan banjar

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sdr Kulaan Banjar,

      biarkan rasa luluh melihat melayu dan Islam itu kembali dagang dibumi sendiri itu benar2 menguasai setiap detik nafas kita

      semoga disebalik remuk-redam jiwa melihat nasib agama, bangsa dan negara yang sering dicuit itu nantinya Tuhan mengurniakan suatu tenaga harapan yang tidak terkalahkan

      walau Tuan Haji Bakri, Kiayi Salleh serta para pahlawan terdahulu sudah pergi ke alam sana, namun percikan bara api semangat perjuangan itu sentiasa ada disekeliling kita

      jauh disudut hati yang paling dalam, ada suara2 yang sering membisikkan bahawa pasti ada pembela kepada agama, bangsa dan negara ini

      Delete
  3. salam,
    semakin menarik nampaknya,
    dalam keadaan bangsa kita ditekan dari segenap penjuru arah,
    ada pula bahan untuk pemangkin alter.
    masih wujud lagi waris-waris pejuang terdahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam

      tanah bertuah ini sebenarnya sungguh meriah dipenuhi dengan para pewaris berdarah pejuang & pahlawan yg mempunyai hati wali

      yang hiruk-pikuk, bermasalah & keluh-kesah adalah sistem demokrasi yg semakin menghampiri tarikh luputnya

      sistem yg sengaja direkacipta utk memecah-belahkan kesatuan warga nusantara

      namun warga yg berhati wali ini berada dlm dunia mereka tersendiri dan tidak didendangkan dalam media2 arus perdana mahupun media sosial yg lain kerana mereka tidak glemer mengikut kaca-mata sistem yg ada

      kalau ikut MO, mereka juga adalah "pedang2 malam"
      contoh siapakah mereka - boleh saja seorang pakcik jaga itu berhati wali dgn sentiasa berzikir, bertasbih, bersedeqah, solat malam, solat duha -disamping bekerja, dia juga sentiasa berdoa bukan saja utk dirinya tetapi utk kesejahteraan negara seluruhnya

      sebagaimana yahudi yowtai yg sudah beranak-pinak dan begitu ramai berada dicelah2 kita tanpa kita kenali mereka
      begitu juga dgn warga berhati wali, mereka juga berada dicelah2 kita tanpa kita sedari

      Delete
  4. Assalamu'alaikumwbt,
    menanti hari mungkin...
    amukan songkok haji dan parang terbang..
    kita tidak mulakan barang sekali-kali.
    bakal sekadar bertindak balas diatas kekurang ajaran yang ditunjukan melampau.

    *kuasa khas raja-raja melayu masih belum digunakan nampaknya.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum wbt
    sesungguhnya saya amat berbangga lahir di sungai manik.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum wbt
    sesungguhnya saya amat berbangga lahir di sungai manik.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikun, sesungguhnya sy amat bangga berketurunan banjar batu pahat+jawa.. dan yg paling buat sy terharu, sy adlh bersusur galur darah keturunan dan berpangkat cicit kpd panglima kiai saleh karim.. Allahuakbar!!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete