saya salin semula doa berikut untuk perkongsian kita semua dari blog Heliconia
Doa Rasmi Global Ikhwan #MH370
Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Penyayang,
dengan berkat kekasih-Mu Nabi Muhammad SAW dan Kerajaan Ajaib-Mu,
kami mohon, tolong zahirkan pesawat MH370 yang sudah 7 hari terlindung dari pandangan manusia di bumi ini.
Segala yang berlaku adalah atas kehendak-Mu,
kami hanya hamba-hamba-Mu yang lemah yang tidak ada kuasa apa-apa.
Tolonglah kami ya Allah...
saya kongsikan pandangan peribadi Tuan Haji Shahpaskal untuk perkongsian bersama
MISTERI BIN AJAIB…MAS MH370 STORY
MH370 : BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETAKJUBAN
TEORI ALAM GHAIB “KICK IN” DAN KETIADAAN DEBRIS ATAU BAHAGIAN PESAWAT/PENUMPANG YANG
TERAPUNG
45.Bab ini paling susah nak jawab.
46.Entah macam mana, pesawat mungkin tidak terhempas dalam keadaan menjunam atau berpusing sampai
badan pesawat tegak 90 darjah.
47.Ia mungkin terhempas secara glide atau mengelungsur (bab ini kuasa Allah, saya sukar hendak jelaskan)
sebelum masuk ke dalam Laut China Selatan.
48.Kegagalan sistem penggera pada Blackbox atau kotak hitam juga menimbulkan satu misteri. Sistem ini yang mengaktifkan pemancar lokasi pada Blackbox sepatutnya berfungsi sebaik sahaja pesawat menghentam air (Bab ini juga saya serahkan kepada Allah)
49.Bagaimanapun secara teorinya, sistem ini hanya akan berfungsi apabila muncung pesawat menghentam air
dalam kelajuan atau kederasan tertentu.
50.Jika ia berfungsi sekalipun, kemungkinan disebabkan keadaan air laut yang dalam, gelombang yang dipancarkan mungkin bersifat lemah dan gagal dikesan oleh mana-mana alat receiver dan ini terpakai untuk lain-lain sistem elektronik pada pesawat.
51.Berbalik pada teori alam ghaib (saya sebenarnya tidak tahu ayat apa yang sesuai dipakai). Menimbulkan satu keanehan, bagaimana pesawat boleh terhempas atau “Glide” seolah-olah seperti ada kuisyen lembut yang menahannya dari berkecai sehingga tiada kelihatan “debris” atau pecahan pesawat.
52.Melalui kebolehan orang-orang Malaysia dan Indonesia yang bermunajat kepada Allah, kelihatan pada mata kasyaf bahawa pesawat sudah berada di dalam laut dengan kedalaman di antara 300 hingga 1,000 meter.
53.Dalam keadaan demikian, suhu yang sejuk di dalam laut akan melambatkan proses pereputan.
54.Malah diberitahu oleh orang-orang ini, pesawat berada dalam keadaan yang O.K dan tidak hancur di dalam jurang yang agak gelap.
55.Fisulaj atau badan pesawat ada sedikit rosak, misalnya muncung pesawat rosak (saya jangka disebabkan
hentaman ke dalam permukaan dasar laut), salah satu sayapnya patah.
56.Oleh kerana sebab-sebab sensitif, saya tidak mahu lagi menerangkan keadaan dalam pesawat.
57.Kita tidak boleh menolak pengaruh makhluk lain selain dari manusia kerana kita ini berkongsi alam.
58.Blog saya bukan sebuah paparan akademik atau ilmiah yang memerlukan setiap penjelasan dari lojik akal dan
saya fikir, tidak perlulah kita merendah atau tertawa dan mengutuk kebolehan orang yang mampu melihat jauh ke dalam lautan dan berkomunikasi dengan makhluk-makhluk Allah ini yang turut membantu memberikan lokasi secara kasar kepada mereka yang telah bermunajat kepada Pencipta Alam Semesta ini.
59.Orang-orang itu bukan saya, tetapi sebahagian kecil dari mereka yang ada di Malaysia dan kiai-kiai pensantren agama di Indonesia yang membuat hubungan yang rapat dengan saya, dari mereka….saya titipkan artikel ini dan sebelumnya untuk kita sama-sama berkongsi ilmu baik perkara yang lojik mahupun tidak.
60.Saya seperti anda….dan apabila saya meminta saudara semua mengenali Allah melalui Ilmu Tauhid dalam laman Facebook, saya tidak maksudkan anda terus mendapat keajaiban tetapi kita belajar untuk kita mengenal Sifatnya, dan apabila kita faham…Insya Allah minda kita diberi kebolehan untuk memahami kejadian atau ilmu lain yang tidak diketahui. Saya rasa sangat sedih kerana seruan saya “bab belajar Tauhid/usuluddin/akidah” ini dijadikan bahan caci oleh mereka yang saudara seagama dengan saya dalam sebuah forum popular tanahair.
TIMBUL PESAWAT
61.Apa yang diberitahu oleh mereka ini kepada saya, pesawat dijangka timbul atau dalam bahasa lain akan dikesan dan diberi petunjuk mulai hari ini iaitu PENGHULU SEGALA HARI, hari Jumaat yang mulia ini.
62.Saya bukanlah mendahului sesiapa tetapi apa yang diberitahu, bermula hari ini, Sabtu atau Ahad, ia akan
dilepaskan dari lingkaran ghaib yang melitupi pesawat atau setidak-tidaknya minggu hadapan.
63.Kemungkinan besar….ia ditemui oleh nelayan.
64.Bab lokasi saya tidak mengetahui secara tepat…saya difahamkan, di perbatasan negara…mungkin dalam
sempadan laut Malaysia/Vietnam atau mungkin Malaysia/Siam.
APA PUN SEMUANYA KETENTUAN ALLAH…SAYA TIDAK MEMAKSA ANDA PERCAYA, MUNGKIN SAYA
SILAP DAN MUNGKIN ANDA BENAR.
Ya Tuhan...kurniakanlah "sedikit" dari rahmat dan belas kasihanMu agar Engkau mengembalikan jiwa insan2 kesayangan kami....semoga dengan itu akan bertambah rasa syukur kami dan semakin tunduk kami kepada Kekuasaan & KebesaranMu....!!
nota: anyway...disaat2 begini saya teringatkan geng Umat Terakhir......semoga mereka sihat sejahtera dan sentiasa diberi perlindungan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa....
"kami mengharapkan doa daripada anda semua semoga segala urusan kami berjalan lancar untuk menempuh sesuatu kesulitan yang sangat mencabar sehingga berjaya dan supaya apabila berjaya, kami dapat kembali berkongsi pengetahuan dengan kamu semua yang sangat-sangat kami sayangi"
Salam Wangsa..
ReplyDeleteJika anda peminat Mistisfiles(2010), mungkin anda pernah membaca komen dari zamany iaitu atok Zamany.
Mungkin saudara Wangsa boleh pecahkan kod yang atok Zamany berikan di dalam blog beliau.
————————————————————————————————
Ini merupakan teory kedua atok yg atok katakan masa hari ke dua pesawat hilang. Merupakan sambungannya. Baca betul2 tulisan atok ni, ia tersirat dgn jawapan2 utk semua soalan2 kamu bertiga.
Teory kamu tu hampir tepat… tetapi bukan ke diego garsia dan tak ada kena mengena dgn US. Ia adalah perbuatan “org2 expart” yg sangat cekap dlm teknology dan tujuan ,mereka nak tunjuk kehebatan, nak lawan siapa lebih cekap, beradu kepintaran teknikal dan terakhir ialah “kod B.Z.B” atau “kod 16:18:2:15:13″ . Makin kamu tanya akan jadi lebih “tersorok” kerana memang begitu cara mereka berfikir.. Ingat, utk sampai kpd mereka kenalah ikut cara mereka berfikir. Kena keluar dari kotak. Bukan satu kotak, ia adalah 5 kotak….mcm mana atok tahu, ini yg susah atok nak cakap. Ia merupakan ilham Allah beri, atok “nampak” mereka. Tapi mereka tak baca apa yg atok tulis ni. Tu sebab tak ada balasan drp mereka.
Yang menjadi masalah besar dlm perkara ini, atok tak boleh “buka” semua. Atok hanya buka dari kotak pertama saja. Semua kata2 atok akan jadi berkias dan menyindir saja. Tak dapat tulis di sini dgn tepat atas alasan keselamatan negara, maruah negara, maruah orang-orang tertentu yg ternama, boleh jadi kejutan yg sangat besar dan rahsia mereka-mereka itu akan bocor dan sangat memalukan negara. Apa pun masalah utama di sini adalah berkenaan dgn DUIT. Duitlah punca benda ni jadi. Mereka bukan ugut nak duit tebusan… tetapi mereka nak duit mereka balik. Kan perkataan atok jadi bertambah rumit nak fikir. Ini lah cara mereka. Semakin dijawab, semakin rumit. Atok pasti mereka ada tinggalkan “jejak” mereka jika mereka tu benar2 “org expart”. Tapi nak pecah kod mereka tu bukan senang… makan masa yg sangat lama. Bukan kod di atas tadi… itu kod yg atok cipta utk kamu fikir. Kalau kod atok itu pun tak boleh kamu pecah… sampai tualah jawabnya tak dapat fikir apa yg atok cakap di sini. Kod atok tu setakat cucu atok darjah 5 tu pun boleh jawab. Org2 yg buat “salah” tulah yg menyorok macam tikus dah jadinya. Dah fobia nak naik kapal terbang, takut dia juga akan hilang sama. Pesawat ditawan dan disorok di satu kawasan org tak sangka pun. Kawasan ni dipanggil “no body land” dan tiada rada, tiada satellite yg boleh suluh dan sangat selamat sebab tak ada siapa yg peduli tempat tu, tapi tidak ada juga yg berani nak masuk ke situ. Mereka dah “Jaga” semua penumpang, bukan menganiayai atau berkasar, tetapi mereka terpaksa buat begitu. Semuanya selamat dan makan sedap2 pun di sana, tak perlu risau. Masalahnya org ramai tak tahu akan perkara ni, hanya beberapa kerat saja yg tahu…pun tak boleh buat apa2. Terpaksa tunggu dipecah kod tu baru dapat faham. Kita tunggu dan lihat sajalah, sebab kita pun tak boleh masuk campur.
Teory kedua ini sangat berbeza dgn yang pertama. Yg pertama itu berkenaan paranormal sedangkan yg kedua pula ialah bersangkutan orang-orang yg tak normal. Kemungkinan besar ia lebih berat pd yg kedua ni, ia sangat rumit dan susah nak selesai kerana semua dok pandang sini. Setiap tutur kata, setiap gerak gaya semua org dok perhati, jadi susah nak bergerak. Bergerak sikit, orang akan soal. Pulak tu tak boleh jawab, kalau jawab jadi bertambah masalah. Kenalah membisu seribu bahasa.
Maaflah.. atok bukan jawab soalan, tapi tambah soalan. Tapi kalau kamu baca banyak kali mungkin kamu akan faham. ia memang direka begitu supaya “menduga” kemampuan berfikir. Keluar dari kotak, dan kamu akan nampak.
atok zamany
Atok Zamany adalah atok kesayangan kita semua
Deletebeliau sudi berkongsi maklumat/ilmu/pengalaman yg sgt berharga kepada anak-cucu/kita semua
semoga Tuhan mendengar rintihan doa kita agar dizahirkan semula insan2 kesayangan secepat mungkin
Nice share, thanks for posting
ReplyDelete