Sunday, 16 March 2014

MAS MH370.............bila ayahku bersuara



solat hajat


berikut adalah kata2 Tun M dalam membidas kritikan2 "nakal" yang dilemparkan kepada malaysia dalam pengendalian kes MAS MH370

"memang mudah untuk mengkritik, tetapi kita mengadapi satu keadaan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana negara di dunia"

"jika anda kata Malaysia gagal (menangani kehilangan pesawat MAS MH370), ini bermakna A.S, New Zealand, Australia, Singapura & negara2 lain (yang turut membantu dalam usaha mencari dan menyelamat) juga turut gagal"

walau siapapun dulunya tun m, walau terlalu banyak kelemahan/kesilapan/kekurangan yang telah dilakukan semasa beliau memerintah negara, namun sebagai warga kerdil tanah tumpah darah warisan lemuria, saya tetap bersyukur kepada Tuhan kerana tun m "direzekikan" oleh Tuhan untuk masih bersama kita, seluruh rakyat malaysia disaat2 genting dan hiba diwaktu ini

kata2 "motivasi" sebegini sangat diperlukan dikala negara sedang diasak dengan begitu hebat dari pelbagai pihak yang sengaja mahu "downgrade" kredibiliti dan maruah agama, bangsa dan negara




pertama kali, saya memohon ribuan kemaafan kiranya apa yang akan dinukilkan menyentuh sensitiviti/hati/perasaan keluarga/rakan/kenalan insan2 yang terlibat dalam kes mas mh370

saya tidak berniat mahu "take advantage" diatas musibah yang menimpa kalian semua

malahan, hati ini turut sama merasai kesedihan tersebut kerana kes ini bukan hanya melibatkan keluarga insan2 tersebut, tetapi ia sudah menjadi kes negara, juga antarabangsa/dunia




MALA-UR dan NAGA YANG TIDUR

saya teringat lagi sewaktu aktif dalam blog mistisfiles dahulu, kita sering berbincang tentang bangsa mala-ur, tentang bangsa misteri, tentang darah naga, tentang naga yang ditidurkan, tentang kepentigan tanah dihujung dunia, tentang kebangkitan akhir zaman dan sebagainya

kita juga "berkawan" dengan insan2 yang sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang "high end" seperti hermit, lonecryer, lodgekeeper, mo, srikandi dll

juga kita "berkawan" dengan yahadut muslim (shahi, stalker, drifter, clover dll), yang sering kali tanpa jemu mengingatkan akan cabaran2/dugaan2/ujian2 yang telah/sedang/bakal dihadapi oleh bangsa misteri ini dalam mengharungi kehidupan dunia akhir zaman

dari situ kita mula mengenali "diri sebenar" bangsa kita mala-ur, juga kita mula memahami "keadaan sebenar" tanah warisan sriwijaya yang agung dan tinggi tamadunnya

pada masa itu (2010....), kita sering "berjenaka" bahawa naga sedang tidur/ditidurkan.....maka kita juga amat berharap bahawa naga itu akan bangkit "disuatu hari nanti"

masa berlalu, hari berganti, bulan dan tahun pun beredar.......................

sehinggalah Tuhan taqdirkan apa yang berlaku itu sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku
setelah membaca sidang media pada pukul 7.00 pm, 16/3/14 maka "terbukalah" sesuatu yang sangat signifikan terutamanya keatas bangsa misteri



beikut adalah petikan drpd sidang media tersebut:

Malaysia is asking US, China, France for satellite data in the hunt for the missing plane, Mr Hishammuddin said, as he said the search has become "even more difficult".

"The number of countries involved in the search and rescue operation has increased from 14 to 25, which brings new challenges of coordination and diplomacy to the search effort,” he said at a daily press conference.

saya mahu melihat kenyataan diatas dari sudut "naga yang sedang dibangkitkan dari tidur yang panjang"
ini terutamanya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri yang sering lalai-leka-lupa dan juga poyo

sekujur diri, satu bangsa dan sebuah negara yang sedang berada di zon selesa,"tiba-tiba" dikejutkan dari "mimpi yang panjang"

"mimpi" apakah itu.............??

"mimpi" kita selalu kena buli
"mimpi" kita sering bertelagah, bermasam-muka, bergaduh tidak bertegur sapa sesama bangsa sendiri
"mimpi" berebut kuasa, harta, kekayaan, pangkat, wang dan kebendaan
"mimpi" mencaci, mencerca dan sering mendoakan yang tidak baik kepada saudara seagama sendiri
"mimpi" suka memperlekeh mana2 pihak yang tidak sebulu dengan pendapat dan pandangan kita
dan banyak lagi "mimpi2" yang ntah apa2 ceritanya

kita sudah sangat "selesa" dengan permainan "mimpi" tersebut di dalam "tidur" kita
sehingga kita sering lupa akan perkara2 pokok yang sangat penting untuk dijagai dan dibajai dihalaman rumah sendiri

selamatkah keluarga/negeri/negara kita....??
sejahterakah anak bangsa kita.....??
okaykah ekonomi kta............??
bagaimana iman/aqidah/akhlak anak-cucu kita............???

maka Tuhan "kejutkan" kita dari semua "mimpi" tersebut untuk kita bangun serta kembali kepada "diri sebenar" bangsa kita, iaitu bangsa mala-ur, warisan dari Yang Mulia Nabi Ibrahim (AS) serta Yang Dikasihi Bonda Keturah

kita tahu bangsa mala-ur pernah mempunyai tamadun tinggi
kita tahu bangsa mala-ur sering bersahabat serta disenangi oleh bangsa2 dari negara lain
kita tahu satu ciri penting jati diri bangsa mala-ur ialah diplomasi tahap tertinggi terhadap kawan mahupun lawan



walaupun bangsa melayu sudah meneroka seluruh dunia, namun Tuhan belum memberi peluang untuk menjadi peneraju dunia
maka bila sudah tiba masanya, maka Tuhan jadikan asbab yang sangat signifikan untuk kita bangun dari "tidur", seterusnya insaf bahawa kita ada amanah/tugas yang perlu dilaksanakan

Malaysia is asking US, China, France for satellite data in the hunt for the missing plane, Mr Hishammuddin said, as he said the search has become "even more difficult".

"The number of countries involved in the search and rescue operation has increased from 14 to 25, which brings new challenges of coordination and diplomacy to the search effort,” he said at a daily press conference.

"being the search even more difficult", Tuhan taqdirkan untuk bangsa ini bergantung dengan sepenuh2nya kepada belas-kasihan dan pertolongan/bantuan dariNya selain daripada berusaha sehabis mungkin menggunakan pelbagai jenis teknologi/peralatan

"being the search even more difficult", menjadikan  untuk kita lebih memperbanyakkan selawat kepada KekasihNya, dimana Tuhan jadikan seluruh alam serta isinya dengan asbab Nur Muhammad

"being the search even more difficult" benar2 mengetuk batu jemala ini untuk lebih serius memperbaiki diri menjadi warga yang bertanggungjawab pada diri, agama, bangsa dan negara

"brings new challenges of coordination and dilomacy", Tuhan taqdirkan sebagai asbab untuk bangsa ini "sharpen" kebolehan diplomasi yang memang sudah sedia ada didalam diri bangsa misteri ini

kita terima "tarbiah" mega ini dari Tuhan dengan hati yang pasrah dan redha dengan percaturan dan perancanganNya




MUSUH SELALU JAGA

belum reda dengan kes MAS MH370, kita dikejutkan pula dengan kes kematian 6 orang anak bangsa dalam konsert FMFA (future music festival asia) di bukit jalil pada 15/3/14, beberapa orang dalam keadaan kritikal akibat penggunaan dadah yang "overdose"
peristiwa tersebut sgt mengejutan kerana rasanya belum pernah terjadi kes kematian sebegitu rupa semasa konsert diadakan dinegara ini
mungkin juga akibat cuaca panas dan tempat yang terbuka, maka muda-mudi yang "overdose" itu terus pengsan tidak sedarkan diri

tetapi saya "tidak suka" tragedi yang sebegini kerana ia berlaku begitu "terbuka" dan ia seolah2 merupakan suatu "ritual" yang dilakukan untuk mendapatkan "nyawa" bagi tujuan tertentu sementelahan ia terjadi semasa negara masih bersedih dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang melibatkan 239 nyawa

Tuhan jadikan asbab untuk diri kita, bangsa kita, negara kita benar2 "bare naked" bagi segala macam kemungkinan - yang baik dan yang kurang menyenangkan, terutamanya hal2 yang melibatkan seluruh aspek keselamatan diri/keluarga/negeri/negara/perairan/udara/daratan/ekonomi dan semuanya

dikala kita keliru dengan pelbagai misteri tidak logik kehilangan pesawat MAS MH370, kini kita tertanya2 bagaimana boleh terjadi kematian yang begitu tragik akibat "overdose" dalam konsert yang terbuka itu??

dalam kita cuba menyelamatkan nyawa insan2 tersayang dalam kes MH370, bagaimana boleh  terjadi dengan "begitu mudahnya", nyawa2 anak-muda kita "hilang" begitu sahaja, sekelip mata dihalaman rumah sendiri???

walau siapa pun anak muda yang "telah pergi" itu, ia tetap merupakan sebahagian dari kita semua, yang sepatutnya menjadi perhatian dan pengawasan kita





TINGGALKAN POYO

tragedi MH370 serta FMFA benar2 mencabar "kepoyoan" diri ini

muka ini bagai "ditampar" beratus kali
kepala ini bagai "dihentak"  kedinding berulang kali
hati ini bagai "disiat2"
diri ini bagai "dirotan" tanpa henti

lalu diri ini jatuh tertiarap.............muka berdarah, mata dan bibir lebam, tangan dan kaki longlai, kepala berdenyut2 kesakitan, badan penuh calar dan luka..............

lalu......diri yang poyo ini pun dengan penuh "innocent" bertanya........"hah....apa dah jadi ek.....???




maka diri yang poyo ini mula menyedari bahawa semua yang terjadi itu adalah benar belaka
kes kehilangan pesawat mas mh370 menjadikan gelanggang rumah kita ini "bare naked" kepada segala kemungkinan yang boleh berlaku
kes FMFA pula menjadikan anak muda dan anak bangsa kita kelihatan begitu "fragile" untuk lebih mudah terpengaruh/dipengaruhi oleh anasir2 gelap, yang bila2 sahaja boleh "menghilangkan" mereka dari pandangan mata

maka sudah sampai masanya poyo itu perlu digantikan dengan sikap serius

serius dalam berdoa - jangan pentingkan diri berdoa hanya untuk sendiri saja.............bermurah-hatilah untuk mendoakan semua orang serta sebanyak orang yang kita ingat sebagai tanda prihatin kita kepada mereka semua
serius dalam perbuatan/pekerjaan
serius dalam mencintai dan membela dengan sebenar2nya akan keselamatan diri, keluarga, bangsa dan negara
serius dalam merintih dengan Tuhan
serius dalam berselawat kepada Baginda Nabi Yang Mulia
serius dalam berkasih-sayang
serius dalam segala perkara

bangunlah...........
seriuslah............
kita ada tanggungjawab besar.........
terutamanya yang melibatkan maruah dan keselamatan keluarga, agama, bangsa dan negara





bacaan sebagai pembuka minda tentang apa yang sedang berlaku disekeliling kita
terima kasih Tuan Enrike...!

Malaysia Airlines Mystery Deepens After Top Disease Experts Rushed To Indian Ocean

Russia “Puzzled” Over Malaysia Airlines “Capture” By US Navy

Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370

MH370: Suatu Misteri?


6 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih Tuan Enrike,

      17/3/14 @ 2.00 am, pagi ni sejuk, hujan turun, angin sepoi2 bahasa...terima kasih Tuhan, walaupun "hanya" hujan buatan, tapi Tuhan jugalah yang mengizinkannya

      ada beberapa bahan bacaan yang boleh dirujuk untuk membuka minda termasuk yang Tuan berikan itu

      baca untuk maklumat and analisa

      Delete
  2. tuan kenapa apa yg tuan runtunkan sama dgn apa yg saya rasai?

    inilah satu rasa yg wujud yg dikuniakan oleh Allah utk lebih sedar diri atau muhasabah diri dlm situasi yg haru biru ini, kita sudah menelan rasa betapa sakitnya kita selama beberapa tahun dgn permainan politik dan permainan buli rasa dlm alam maya ini atas nama kaum dan agama, lebih sakit lagi setelah yg ingin menambah perit sakit ini adalah org2 kita juga, kelas2 pemimpin dan kelas2 ulama juga.
    Kita yg merasa ini sebenarnya bebas dari jazbah politik kepartian tapi mencari kesyahduan atas nama bangsa dan agama, setelah menikmati kelazatan aman dlm beramal, lazat aman dlm berbicara dan menyokong apa shj yg terbaik utk ummah yg di paksikan dlm ruang lingkup yg terbela dek perlembagaan. Bagaikan debu di tebing segala rasa itu hilang, yg timbul rasa sakit yg mendalam yg kekadang boleh menarik amarah utk jadi pertimbangan. Dalam setiap saat bergelut dgn seribu rasa ini utk memaut pd nur kebenaran yg sumbernya Nur Muhammad namun seringkali peristiwa sekitar di tanah air tercinta ini setiap masa yg ditempuh menjadikan rasa kita bertambah aneh, pelik dan meruntun jiwa. Lalu menerbitkan rasa bimbang bahana apakah yg nak ditempuh lagi, apakah yg perlu aku buat, apakah nasib anak2 aku akan dtg?

    semoga Allah swt memberi kekuatan kepada kita setiap masa, "waliya thalatop wala yush iranabikum ahada"

    amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sedang memproses hati jiwa nurani satu kelompok bangsa yang berkulit sawo matang, tidak tinggi dan tidak rendah, perawakan sederhana, tinggal di tanah semenanjung emas di hujung dunia........


      redhalah.........

      Delete
  3. gara-gara peristiwa mh370 orang yg dah lama tidak solat hajat pun buat solat hajat..doa untuk kesejahteraan semua..besar betul hikmahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. .....dan.......Tuhan juga tarbiah kita agar bukan saja berdoa & solat hajat hanya untuk diri sendiri sahaja.....yang tersangat penting ialah saling mendoakan serta sanggup utk solat hajat & bersedeqah yang diniatkan demi kesejahteraan orang lain, masyarakat, negara dan dunia....

      Tuhan benar2 sedang "mencuci" hati kira agar bangsa ini menjadi hamba yang selalu melakukan kebaikan & memberi manfaat kepada orang lain


      redhalah...........

      Delete