Sunday, 27 April 2014

Akhirnya Ayahku Bersuara.............

gold nugget

"MAS tidak bersalah. MAS telah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah berkelakuan luar dari kebiasaan. Siapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation" Tun M

terima kasih Tuhan yang masih memberi kesihatan dan rezeki yang melimpah-ruah kepada ayah negarawan Tun M

dikala kita masih tidak pasti tentang apa yang sebenarnya telah terjadi (dan sedang terjadi...??) kepada pesawat MAS MH370, akhirnya Tun M sekali lagi dan seperti biasa dengan selamba penuh bergaya merungkai kunci utama kepada siapakah jari telunjuk ini patut ditudingkan keatas misteri yang paling misteri keghaiban pesawat BOEING tersebut

chedet MH370

terjemahan bahasa malaysia

Radikalisma : MH370 chedet

ulasan lanjut oleh sdr Azli Shukri

"Maka, tidak mustahil - "mereka" yang selama ini telah menyalur dana kepada Boeing bagi membiayai projek khas telah menggunakan Tentera Udara AS sebagai kambing hitam bagi menguji hasil projek misteri ini. Seperti yang saya dedahkan sebelum ini, bahawa - CIA tidak bukan perancangnya, Obama juga tidak tahu - tetapi ia adalah permainan dalam kalangan "industri" dan pemilik modal yang sedang menunggu hasil pelaburannya."

Misteri MH370 : Bunga-Bunga Larangan (Episod ke-11)



ada yang mempertikaikan kenapa hanya baru sekarang Tun M bersuara tentang kehilangan MH370 yang "boleh" dikaitkan dengan pembina pesawat tersebut iaitu BOEING

sebenarnya persoalan tentang integriti Boeing (dan US) sudah lama dilontarkan oleh sdr Matthias Chang sejurus selepas beberapa ketika pesawat tersebut hilang dari pandangan mata zahir kita

"Malaysia is but a victim of this tragedy whose plane, MH 370 was used for a hidden agenda for which only time will reveal."

Disappearance of Malaysian Airlines Flight MH 370: The Trillion Dollar Question to the U.S. and Its Intelligence Services

ada juga yang cuba membandingkan situasi SAR feri karam di korea selatan dimana presiden telah  didesak untuk meletak jawatan serta-merta akibat dari kejadian tersebut........dan kita juga mungkin mendesak "orang2 yang berkenaan" untuk letak jawatan diatas kejadian hilangnya mas mh370

welll..........???!!??

dan akhirnya setelah ayah negarawan bersuara.............maka "mereka" juga akhirnya membuka mulut menyatakan kesediaan membantu dalam pencarian mh370 yang pastinya akan menjadi keutamaan US selepas ini

"welll......................???!!??"

AS sedia bantu rungkai misteri pesawat MH370




saya sekali-sekala ada menyatakan kerisauan tentang "game" akhir zaman yang sedang berlangsung dengan begitu licik sekali secara terang-terangan di hadapan mata

namun Jay seringkali menyatakan pendirian optimisnya " you know what.....lagi cepat para pendukung dajjal mahu melakukan sesuatu yang tidak baik keatas tanah melayu......maka lagi cepatlah pemimpin kebenaran itu akan zahir.....it's as easy as that...!..." kata Jay dengan penuh yakin

welll............???!!??


Monday, 21 April 2014

"Terkedu"




Tuhan memaparkan skrip peristiwa2 akhir zaman satu persatu dihadapan mata kita

Jay pernah memberita aku "you know....sekarang ni di 'alam sebelah' sana 'mereka' sedang berperang diantara para wali2 serta pengikut2 dajjal sebelum perang sebenar di alam nyata meletus bila imam mahdi zahir ke dunia nanti...."

aku hanya mendengar butiran kata2 Jay satu persatu

Jay menyambung lagi " you ingat bila Nabi wafat, baginda telah hilang lenyap terus dari muka bumi ke? bagaimana dengan roh Baginda yang mulia?  bukankah walaupun jasad sudah tiada namun roh itu Tuhan masih hidupkan di 'alam sana' ,  lebih2 lagilah roh para rasul, para nabi serta para wali, mereka masih tetap berperanan memantau segala perkembangan dunia dari 'alam sebelah sana'......you kena ingat tu..." pesan Jay kepada saya


kapal terbang yang dipercayai tenggelam vs feri yang sudah tenggelam

korea, satu nama  yang tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat malaysia
masing2 ada sebab tersendiri untuk sentiasa merasa 'dekat' dengan korea, dan  yang lebih tepat ialah negara korea selatan - dari  drama bersiri, filem, k-pop, fesyen, artis, rancangan tv, artis, pelancongan, pekerjaan, tempat belajar, perkahwinan, dakwah, industri, kenalan - sebegitu banyaknya aktiviti dan kerjasama terjalin diantara rakyat kedua2 negara ini

berita gempar lagi mencemaskan tentang sebuah feri yang karam baru2 ini membuatkan saya "terkedu" dan termenung
kita menganggap dan telah dianggap bahawa peristiwa mas mh370 merupakan sejarah yang telah banyak "mencalit" dan "membuka" pekung serta pelbagai "kesalahan dan kelemahan" pihak pemerintah negara malaysia dimata dunia
kita diasak dari pelbagai sudut untuk "merasakan" bahawa kita "lemah dan tidak berdaya" dalam episod SAR mas mh370

"mereka" benar2 mahu menjatuhkan reputasi negara sekaligus reputasi mas sebagai salah sebuah pengendali ruang angkasa yang terbaik di rantau asia

namun tidak lama selepas peristiwa sedih mas mh370, Tuhan paparkan didepan mata kita sebuah episod sadis  lagi tragis yang menimpa "saudara2" kita nun jauh di korea selatan dengan tenggelamnya sebuah feri yang membawa muatan dari korea menuju ke pulau peranginan terkenal iaitu pulau jeju yang menjadi kebanggaan mereka


**
mas mh370 hilang di malam yang gelap gelita, tiada siapa yang dapat menjangka apa yang telah berlaku kepada para penumpang, tiada mata zahir dibumi (dari kalangan kita semua,kecuali "mereka" yang berkenaan) yang menjadi saksi semasa berlaku kejadian tersebut. maka rasa untuk "tidak berasa ralat" itu mungkin sedikit ada kerana kita benar2 tidak akan dapat membantu mereka sama sekali




##
feri karam disiang hari
membawa sebahagian besar penumpang terdiri dari murid2 dan guru2 sekolah
feri karam akibat pemandu yang tidak berapa biasa dengan arah perjalanan feri lalu telah mengikuti jalan yang salah dan apabila mahu membuat pusingan, feri senget dan tanpa disedari muatan yang berat (termasuk kenderaan yang dibawa) telah menjadikan feri tidak seimbang lalu "in a split second" feri malang itu "slowly" senget lalu karam dan akhirnya membalikkan dirinya menyembah air laut yang sangat sejuk di korea selatan

semasa kejadian, petugas feri memberi arahan kepada penumpang yang rata2nya adalah murid2 sekolah untuk "stay seated" pada tempat duduk masing2 "instead of" menyuruh mereka lari menyelamatkan diri - walaupun terpaksa terjun ke dalam laut yang sejuk itu
rakyat korea yang rata2 telah didisiplinkan untuk taat mendengar arahan terutama murid2 sekolah hanya mengikut arahan "stay seated" dan akhirnya mereka tenggelam bersama feri tersebut
hanya sedikit sahaja yang berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut

seorang guru kanan sekolah dimana murid2 mereka telah terbabit dalam kejadian feri karam telah dijumpai mati menggantung diri (minta dijauhkan) disebatang pokok berdekatan dengan stadium tertutup dimana mangsa feri serta keluarga ditempatkan
SAR tidak dapat dilakukan pada malam pertama setelah kejadian berlaku  akibat angin serta ombak yang kuat serta suhu laut yang sangat sejuk
maka "stay seated"lah ratusan penumpang didalam perut feri diselubungi sejuknya air laut
setakat hari ini (21/4/14) hanya beberapa puluh mayat mangsa sahaja telah berjaya dikeluarkan dari perut feri tersebut
sebanyak 200++ mangsa lagi masih belum dijumpai

saya "terkedu"




sudah hampir sebulan lebih kita mencari mas mh370
sebahagian dari kita mungkin mengharapkan untuk sekurang2nya nanti kita bakal boleh menaikkan jasad pesawat berserta dengan para penumpangnya sekali dari dalam perut lautan (jika benar ia telah jatuh ke dalam lautan)
namun yang dicari masih belum ditemui, muncul pula musibah nyata walaupun berlaku di tempat lain namun ia tetap dekat dengan kita semua
kita dipertontonkan dengan operasi SAR mangsa feri karam, SAR bukan untuk mangsa yang masih hidup, tetapi lebih kepada SAR jasad2 yang sudah terkulai layu kesejukan


korea - korea selatan dan korea utara
satu bangsa satu bahasa
namun bukan sahaja terpisah tetapi juga saling berperang secara terbuka akibat idealogi yang berbeza
bukanlah sangat berbeza, namun akibat dari "thesis" dan "anti-thesis", sanak-saudara keluarga saling terpisah sesama sendiri angkara musuh durjana

orangnya lemah-lembut serta lebih super sensitif dari orang melayu yang terkenal dengan sifat degil dan kepala batu
sebab itu ada diantara mereka yang sanggup membunuh diri (minta dijauhkan) akibat putus asa dan kecewa
mereka terpaksa bekerja keras membangun negara masing2 demi sebuah kelangsungan hidup bersaing di persada dunia serta dalam tekanan untuk saling berperang sesama sendiri (kasihan kan...)
mereka berusaha bersungguh2 memajukan pelbagai sektor termasuk hiburan dan perfileman dan mereka berjaya, namun tidak pernah terlepas dari pengaruh cengkaman barat (dalam diam...)



apakah kita hanya mahu mengikuti perkembangan pelbagai industri ciptaan korea dengan bangga tanpa ada sedikit pun terlintas dihati untuk mendoakan dari jauh agar hidayah iman dan islam itu Tuhan jatuhkan kedalam lubuk hati mereka...???

siapakah yang lebih layak untuk mengharapkan agar kebaikan rohaniah singgah dijiwa orang2 korea selain daripada kita yang Tuhan telah berikan cahaya iman ini ??

sekali lagi aku "terkedu"



Sunday, 20 April 2014

Terkedu.....



dalam mistisfiles, kita selalu diperingatkan tentang perancangan manusia (baca: musuh islam) vs perancangan Allah SWT

Surah Al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

begitu juga MO selalu memberi peringatan bahawa "manusia menjadi musuh kepada apa yang tidak diketahuinya"

adakah mudah menjadi bangsa melayu yang tinggal di tanah melayu??

ianya tidaklah semudah yang disangkakan, namun ia juga tidaklah sesukar seperti apa yang dialami oleh warga palestine yang secara terang-terangan hidup berhadapan dengan ancaman zionis laknatullah

sebagai orang melayu, kita sering berada diambang dilema - diantara kata2 sihir yang sering mengekori kita seumpama saka keturunan iaitu "malas dan bodoh" dan bisikan2 lembut yang sering mengetuk gegendang telinga bahawa islam itu akan bangkit untuk kali kedua dari timur. dan biar kita tuliskan sekali lagi dan berkali2 bahawa islam itu akan bangkit untuk kali kedua diakhir zaman dari malaysia yang diterajui oleh orang melayu dan dibantu oleh negara cina

hah.....lagi membingungkan bukan....??
bagaimana satu bangsa yang "telah" dianggap hina sebegitu rupa boleh menjadi pemimpin dunia....??




lalu mari kita telusuri perkara2 yang telah dan sedang berlaku berkenaan dengan bangsa yang satu ini di tanah hujung dunia:

sejak dari tahun 1511....musuh mahu menjajah dan seterusnya melenyapkan terus saki-baki waris bangsa malayu termasuk ulama2 serta raja2 sekali
~ namun  bangsa ini masih lagi wujud hidup saling berukhuwah dengan baik sekali bersama para ulama (spt para habib yang berketurunan dari Rasulullah SAW) dan juga para sultan/raja mereka

tidak cukup dengan penjajahan- musuh berusaha mewujudkan polarisasi kaum dengan kemasukan secara besar-besaran dua kaum utama dari benua masing2 iaitu kaum india (tentulah dari benua india) dan kaum cina (tentulah dari negara cina) dengan harapan orang melayu akan merempat di negara sendiri
~ namun bangsa ini masih lagi wujud dan berkembang-biak dengan baik sehingga kini dengan berjaya melahirkan ramainya usahawan, pakar2 serta ilmuan dalam  pelbagai bidang setanding dengan bangsa2 lain

sudah dijajah dan sudah pula diberi kemerdekaan, tetapi penjajah meninggalkan banyak jejak dan tapak mereka disana-sini dalam pelbagai sektor, salah satunya ialah hartanah dan perladangan yang secara jelas telah diberi keutamaan pemilikannya kepada taukey2 dari bangsa pendatang
~ namun dengan izin dari Tuhan, bangsa ini direzekikan untuk mendapatkan semula hak tanah-ladang mereka hasil usaha perancangan anak warga nusantara dalam episod serangan  SUBUH

masih gagal menakluk tanah semenanjung, musuh melancarkan agenda krisis matawang 1998 dengan harapan mahu menjerat leher negara ini ketangan IMF
~ namun sekali lagi orang yang telah melancarkan episod serangan subuh dengan selambanya telah mengikat nilai ringgit agar tidak menjadi permainan penyangak matawang dunia


setelah kepimpinan bertukar tangan, maka musuh berusaha dengan lebih gigih menggagalkan apa yang telah dirancang selama ini oleh kepimpinan yang lalu, maka pelbagai onar telah cuba dilakukan agar rakyat resah-gelisah lantas mahu mencetuskan gelombang hitam kebangkitan dengan pelbagai siri "berjalan-jalan" dijalanan
~ namun ia masih lagi terkawal dan rakyat malaysia yang sudah manja hidup di zon selesa tidaklah mahu sangat berlama2 dalam siri "berjalan-jalan" di jalanan itu

bila ada ura2 bahawa komunis itu juga merupakan sekumpulan manusia yang memperjuangkan kemerdekaan dan sudah ada sebilangan dari kita yang mula menyanjung mereka
~ maka tidak semena2 orang kuat komunis telah dipanggil "balik" oleh Pencipta pada tanggal 16 sept 2013

bila negara diasak dengan pelbagai slogan yang bertopengkan hak2 asasi manusia oleh para ngo yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan - yang sebenarnya mahu membela hak lgbt dan kebebasan beragama
~ maka Tuhan sekali lagi telah "memanggil pulang" salah seorang orang kuat para ngo berkenaan

disaat zionis evangelis tidak berpuas-hati kerana proksi tajaannya akan dihukum penjara lalu mereka bertindak menggaibkan pesawat mas mh370
~ maka Tuhan balas kekejaman mereka dengan siri bencana alam yang bertimpa2 keatas rakat dan negara mereka



disaat kita masih bersedih dengan kehilangan 259 insan2 yang dikasihi dalam kes mas mh370
~ kita dikejutkan pula dengan kes feri karam di korea selatan yang berlaku dengan penuh tragis melibatkan 400 nyawa dan sebahagian besar masih belum diketahui nasib mereka - dimana majoriti daripada mereka adalah murid2 sekolah

disaat kita dikhabarkan dengan rancangan musuh dlm proses mereka utk menjayakan "depopulation" iaitu mengurangkan penduduk dunia, mungkin melalui jangkitan penyakit seperti kes HINI
~ kita dikejutkan dengan kes jangkitan MERC-CoV yang berlaku  keatas jemaah umrah yang baru pulang dari timur tengah

disaat ummat keresahan dalam mahu melaksanakan hukum-hakam berlandaskan undang2 islam
~ tidak semena2 Tuhan "memanggil pulang" orang yang paling lantang mahu menidakkannya dibumi tanah tua ini

disaat orang kuat negara amerika mahu menjejakkan kaki kebumi bertuah ini beberapa hari lagi
~ sudah kedengaran suara2 keresahan para pelabur dinegeri terkaya di malaysia bercadang  menghentikan operasi di negara ini kerana tidak mahu terpalit dengan krisis catuan air yang sangat memalukan dalam sejarah pembangunan infrastruktur ekonomi negara




adakah kita tahu apakah perancangan2 musuh dimasa hadapan?
dan adakah kita juga tahu apakah perancangan2 Tuhan dimasa hadapan?


saya kongsikan sambungan penulisan kritis oleh sdr Azli, Misteri MH370 : Permainan Mungkar! (Episod 9)

juga buah tangan hasil tulisan brado kapak, Obomba Membawa 'Rahmat'




Wednesday, 16 April 2014

Percaya .....Dan Terus Berdoa.....Pasti



Percaya

Lirik lagu Percaya
Dinyanyikan oleh Hazama, Dina Nadzir dan Astro Radio All Stars
Komposer/Penulis Lirik: Faizal Tahir/Mike Chan





Berlalu awan langit nan suram
Membawaku cahaya baru

Hari semalam
Ku lepaskan
Esok hari bawa harapan
Teruskan

Chorus:
Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Woah...
Percayalah
Woah...
Selamanya




#Pray For Hope MH370 - Song by Arul & Jay

colourful birds that expand your wings to fly
tell us if you see our flight in the sky

like dipping moon with the rise of the dawn
where you hiding your self?
please come back...
come to clear the tears of your loved ones!

oh dear God, why you stay silent?
whom you angry with?

colourful birds that expand your wings to fly
tell us if you see our flight in the sky

like dipping moon with the rise of the dawn
where you hiding your self?
please come back...
come to clear the tears of your loved ones!

oh dear God..
show your mercy for the safe return of them!
show your mercy for the safe return of them!
show your mercy for the safe return of them!









saya kongsikan sambungan analisis kritis oleh sdr Azli Shukri seperti berikut:





saya kopi-pasta perenggan terakhir dari artikel Azli dalam Episod 7

Walaupun semua kaedah "lembut" ini sudah dan sedang dilakukan oleh AS terhadap negara-negara di Asia Tenggara, namun ia masih belum memuaskan nafsu para pemilik modal antarabangsa ini. Menurut "mereka" cara ini terlalu lambat bagi mencapai tujuannya menguasai rantau ini, khususnya Malaysia. Politik Malaysia masih tetap stabil, rejim pentadbirannya pula masih tidak bertukar, manakala "orang harapan" mereka pula bakal dipenjarakan. Semua ini menggusarkan mereka, masa semakin suntuk, jika negara ini masih tidak tunduk sepenuhnya mengikut kehendak dan nafsu serakah mereka - maka tidaklah mustahil negara kecil yang degil ini pada satu masa dahulu - akan bangkit dengan bantuan China - membawa satu harapan kepada dunia Islam - nun jauh di sana, di Asia Tenggara ada sebuah negara kecil yang penduduknya komited terhadap Islam dan agama Muhammad itu berkembang dengan cukup subur bersama amalan serta ilmu - Dan "mereka" memilik hujah bahawa ada tanda-tanda Islam bangkit dari sana - dengan itu, sesuatu patut segera "dihilangkan".

dan apakah yang telah "dihilangkan" atau "dighaibkan" itu??

tidak lain dan tidak bukan ialah MAS MH370 bukan??

tetapi adakah hanya MAS MH370...yang "hilang" ??

bagaimana dengan nyawa anak2 kita seramai 6 orang yang telah "hilang" dalam acara world music angkara dari uji-kaji dadah jenis baru yang belum diketahui namanya??

bagaimana dengan hak penggunaan nama "ALLAH" secara ekslusif oleh orang islam di selangor yang telah "hilang" baru2 ini  pada 14-04-14 ??

bagaimana dengan kemudahan bekalan air bersih yang sudah "hilang" dari sebahagian penduduk negeri selangor yang hampir/boleh saja menjejaskan ekonomi negeri/negara akibat dari manipulasi sumber bekalan air bersih yang sudah sekian lama dirancang demi kemudahan rakyat jelata  ??




Sunday, 13 April 2014

Melaka - Cina.............sahabat selamanya.......berpisah tiada

Masjid Cheng Ho di Surabaya

seawal usia remaja, ayah sering bercerita tentang peristiwa2 akhir zaman
aku sangat teruja kerana ia memberi dimensi baru kepada sebuah bangsa yang sedang mahu membina semula jati diri

aku masih ingat lagi beberapa perkara penting yang sering ayah bualkan dimasa santai

1~ islam akan bangkit dari timur dengan dibantu oleh negara besar cina. jumlah penduduk islam di cina adalah lebih ramai drpd jumlah keseluruhan penduduk malaysia...haha

2~ musuh mengesyaki bahawa tempat kebangkitan itu adalah di negara yang mempunyai majoriti umat islam iaitu indonesia. lalu penjajah telah menjarah, membumi-hangus serta membunuh ramai orang2 alim, raja2 & keturunan mereka di tanah seberang. penjajah juga banyak membakar istana2 raja disana serta membawa fahaman liberal serta kristianisasi ke tanah seberang. jadi tidak hairan bila boleh saja berlaku perkahwinan diantara seorang islam dengan pasangannya yang berlainan anutan, boleh saja dalam sesebuah keluarga itu ahli keluarganya menganut  pelbagai agama dan boleh saja seorang islam menukar ke agama lain dengan sebab perkahwinan dll (minta dijauhkan). semua itu menjadi perkara biasa disana

3~ jadi "by the time" musuh menyedari bahawa tempat kebangkitan islam itu sebenarnya adalah di malaysia...."so it is quite too let for them to do anything...."


3 perkara diatas sudah terpahat kemas di dalam minda sejak dari awal lagi
whatever happen.........ia tetap benar dan akan sentiasa benar untuk selamanya
aku juga sering mengulangi fakta2 tersebut setiap kali berbincang bersama Jay

Jay bersuara "kenapa you ni terlalu optimis sangat......??" dia seakan tidak berpuashati hati dan ragu2 akan kebenaran perkara2 yang sering ayah ceritakan kepadaku

"entahlah.........tapi bagi aku ia adalah sesuatu yg sgt menarik utk sentiasa difikirkan............dan lebih interesting jika ia benar2 berlaku............tak macam tu ?? aku menyoal kembali kepada Jay

" you know............bagi seorang budak melayu yang hidup dan tinggal di malaysia yang sebegini rupa....maksud aku........pelbagai bangsa dan agama......malahan orang melayu ni jadi kelas kedua....apa yang ayah aku cakapkan tu menjadi suatu penyuntik semangat.....aku rasa ada harapan dihujung sana...ia satu bentuk brain-wash yang paling aku suka........hahaha........" aku meneruskan hujahku kepada Jay

cuba kita sorot kembali sejarah serta kata2 Baginda Nabi Muhammad SAW

~ "belajarlah walau sampai kenegeri Cina...."

~ pemerintah islam dizaman dulu telah menghantar utusan yang bertaraf sahabat serta panglima besar iaitu Saad bin Abi Waqqas bagi menyebarkan islam ke tanah besar cina

~ ada diantara maharaja cina yang telah memeluk islam serta menjalin hubungan baik dengan negara2 islam lain di asia tenggara seperti melaka

~ laksamana besar cina iaitu Cheng Ho itu telah diketahui bahawa beliau adalah beragama islam

banyak sebenarnya fakta2 sejarah yang menceritakan tentang hubungan baik diantara tanah besar cina serta nusantara sejak zaman-berzaman

dan yang paling menarik ialah hubungan tersebut adalah berdasarkan faktor agama islam serta perdagangan & keselamatan serantau

"you ingat semua orang cina tu komunis ke...??" saya bertanya kepada Jay

komunis wujud setelah cina terpaksa tunduk kepada penjajah barat akibat menanggung kekalahan dalam peperangan candu. maka bermula dari situlah juga yowtai (yahudi hibrid di cina) mula menguasai negara cina dengan dasar2 yang menyebelahi mereka. yowtai jugalah yang telah melenyapkan fakta sejarah akan hubungan akrab maharaja muslim dari cina dgn negeri2 nusantara. bahkan hasil dari dakwah orang2 seperti cheng ho maka melayu nusantara terutama di jawa yang pada awalnya menganut ajaran hindu-budha telah memeluk islam

"so ....kita tidak boleh nafikan sumbanngan maharaja cina muslim dalam penyebaran islam ke nusantara....tapi ada penjajah kesah...??...sorry....they won't tell you that forever..." aku menerangkan kepada Jay

Nabi sendiri secara peribadi (dengan wahyu daripada Allah SWT) mengambil serius tentang kepentingan tanah besar cina sejak dari 1400 tahun yang lampau
pasti ada sesuatu yang terlalu signifikan yang Baginda ingin sampaikan kepada ummat akhir zaman terutamanya kita yang tinggal di asia tenggara

" kita cuba lihat dari sudut pandangan lain ......bebas dr analisis barat whatsoever....tapi kita tengok drpd apa yang Nabi kita cuba sampaikan mesejnya....dari segi agama islam ....dari kontek perkembangan islam dari zaman Nabi kenegara2 timur jauh serta nusantara....Nabi tak kenal orang cina ke...??? " aku menyoal Jay untuk ke sekian kalinya

"atau tanah besar cina tu tak pernah langsung terima cahaya islam ke...??" aku menyoal Jay sekali lagi

Jay menggangguk2kan kepalanya.....tapi aku pun tak pasti apa erti anggukannya itu


yup...ayah sebenarnya telah brain-wash aku dengan fakta bahawa Islam itu akan naik diakhir zaman dari timur dengan dibantu oleh tanah besar cina.....supaya generasi sekarang tetap akan terus berfikir tentang signifikan perkara tersebut secara berulang2

ini adalah satu mental-exercise yang penting supaya walau apa pun cubaan/dugaan/cabaran/tentangan/ujian yang menimpa keatas hubungan melaka (malaysia) - cina, maka minda tetap akan mencari jalan untuk merealisasikan hubungan tersebut agar terus berkembang secara positif serta bertambah baik dari masa ke semasa

kita diberitahu oleh Umat Terakhir bahawa ada dua kelompok utama orang cina di tanah melayu - yang aslinya berbangsa cina serta yang tidak asli iaitu cina keturunan yahudi atau lebih tepat ialah yahudi keturunan cina yang digelar yowtai (dna yahudi dominan)

cina asli sememangnya mempunyai sifat toleransi & setiakawan
tetapi yowtai benar2 bersifat dengan ciri2 yahudi - memandang rendah terhadap orang lain, mementingkan kaum sendiri dan lebih parah membawa budaya samseng & kongsi-gelap ke tanah melayu
yowtai telah meracuni orang cina asli agar berperangai dan berkelakuan seperti mereka
walhal orang cina itu sebenarnya bukan begitu sifat sebenar mereka

jadi akibat drpd angkara yowtai evangelis, maka dua bangsa ini (cina asli & melayu) telah direnggangkan hubungan silaturrahim mereka di tanah melayu ini
kita sudah lupa akan jasa maharaja cina muslim yang telah mengislamkan saudara2 nusantara kita di pulau jawa serta tempat2 lain di kepulauan melayu. selain drpd hasil dakwah oleh pedagang2 arab yang datang dari timur tengah seperti yaman
dan mereka (cina asli) juga sudah lupa akan jasa2 orang melayu yang membantu tanah besar cina mengembangkan ekonomi dengan memakmurkan selat melaka yang menghubungkan negara timur dan barat

jadi dari pesanan ayah serta ingatan drpd Umat Terakhir....maka saya akan memasukkan satu lagi point penting didalam setiap doa saya ....iaitu .............semoga Tuhan memberi taufik dan hidayah kepada rakan2 bangsa cina (juga bangsa2 yang lain) yang belum muslim, juga kepada seluruh rakyat negara tanah besar cina (juga kepada seluruh penduduk dunia)

impian- harapan - doa - cita2 yang berterusan itu pasti akan menjadi realiti (dengan izin drpd Allah SWT)


-----------------------------------------------------------------

saya kongsikan sambungan analisis kritis drpd sdr Azli Shukri seperti berikut:


Misteri MH370 : Munculnya Tanduk Syaitan (Episod ke-3)

Misteri MH370 : 30 Hari Selepas Musibah (Episod ke-4)

Misteri MH370 : Ronin Lautan Hindi (Episod ke-5)


terima kasih sdr Azli

selamat membaca............!!




Menghubungkan Sel-sel Otak ..............



saya merewang2 di alam maya dan berjumpa dengan blog sdr Azli Shukri

ada 4 buah artikel yang bagus untuk dikongsikan kerana ia berkenaan dengan pengalaman hidup mereka yang telah berjaya hasil dari bual-bicara beliau bersama tokoh2 berkenaan


1) Analsis buku "The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness" tulisan Stephen R. Covey 
Neurosis Pekerjaan

Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”.

Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal ini Covey memaparkan dunia pengurusan generasi baharu yang sudah begitu banyak berubah lantaran pendedahan pelbagai ilmu pengetahuan yang mereka alami melalui saluran maya, khususnya Internet, dan golongan ini – kadangkala jauh lebih bijak daripada bos mereka sendiri. Generasi baharu ini tidak boleh diurus dengan kaedah hukuman dan ganjaran lagi – yakni metodologi ortodoks peninggalan zaman Revolusi Industri, sebaliknya kepuasan, kebebasan untuk membuat keputusan dan melahirkan kreativiti merupakan tuntutan wajib yang ingin dinikmati mereka, khususnya yang sedang bekerja dan yang akan bekerja di sesebuah organisasi.


2) Wawancara bersama Tun Daim Zainudin
Bagaimanakah Sikap Para Jutawan?

Menurut kajian Dr. Thomas J. Stanley, corak minda bukan bermaksud kepandaian atau IQ yang tinggi, tetapi membawa maksud “berfikir dengan betul.” Fikiran yang betul tentang pemilihan kerjaya adalah berasaskan kepada minat dan kebolehan seseorang. Mereka menjadi jutawan hasil daripada pendapatan melakukan sesuatu yang diminati atau menggunakan kemahiran tertentu yang dimiliki. Dengan memilih kerjaya dalam segmen tersebut, mereka berupaya memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada orang lain, dan dengan itu mereka dibayar dengan imbuhan yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain. Menurut kajian Dr. Stanley dua pertiga jutawan mendefinisikan diri mereka sebagai bekerja sendiri atau usahawan dan bergiat dalam bidang yang membolehkan mereka menjadi penyumbang terbaik.


3) Wawancara bersama Tan Sri Ali Hashim
Ali Hashim Yang Saya Kenal


1. Jangan ikut teori ekonomi dan budaya korporat bangsa lain, sebaliknya orang Melayu jika ingin berjaya harus kembali kepada akar budaya kita dan agama kita sendiri, iaitu Islam.

2. Bina budaya korporat cara Islam, kita pasti mampu mengalahkan perniagaan-perniagaan bangsa lain. Kita gagal kerana meninggalkan agama kita sendiri.

3. Membina organisasi perniagaan berasaskan kepada tanggungjawab, tanggungjawab kepada Tuhan, masyarakat, keluarga dan diri sendiri.

4. Perniagaan Orang Melayu harus berasaskan kepada konsep “Jemaah” baru boleh berjaya dan maju. Jauhkan organisasi daripada sikap individualistik.

5. Jangan mengamalkan pengurusan perniagaan melalui peminjaman budaya kerja bangsa lain. Ambil mana-mana yang secocok dengan Islam dan Sunah.

6. Mengutamakan kepentingan ummah dan selalu bermusyawarah, kerana itu merupakan asas kejayaan sesebuah perniagaan.Jadikan ekonomi dan perniagaan sebagai satu cabang jihad dalam jiwa orang Melayu, InsyaAllah peniaga-peniaga Melayu akan bangkit menguasai ekonomi.


4) Wawancara bersama YB Mukhriz Mahathir
Dunia Lain Mukhriz Mahathir

Zaman remaja Mukhriz di Kelantan sangat indah dan menarik, kerana budaya dan cara hidup Islam yang diamalkan di sana. Menurut beliau, “Saya dibesarkan dalam suasana masyarakat Kelantan yang teguh kepada ajaran Islam serta budaya Melayu. Saya hidup selama lima tahun di negeri tersebut, sehingga sekarang saya masih fasih bercakap dalam dialek Kelantan, kerana saya mempunyai kawan yang ramai di sana. Hal ini menyebabkan saya berasa bertuah dan tidak meninggalkan cara hidup Islam dan orang Melayu.” Sepanjang lima tahun belajar di Kelantan, Mukhriz banyak belajar erti berdikari dan kehidupan susah masyarakat Kelantan. Hal ini mematangkan beliau.


terima kasih sdr Azli Shukri
selamat membaca............!!



Tuesday, 8 April 2014

MAS MH370.....Kenali Negara Sendiri


Presiden Cina dan isterinya


saya bercadang mahu berkongsi tentang hubungan "intim" diantara malaysia dan cina

terlebih dahulu saya kongsikan pandangan kritis sdr azli shukri melalui artikel berikut

Misteri MH370 : Plot Di Sebalik Tadbir (Episod Pertama)

Misteri MH370 : 6 Bulan Sebelum Tragedi (Episod ke-2)


** baca sebagai menambahkan maklumat terutama tentang betapa signifikannya hubungan diantara malaysia dan cina. sama ada kita suka atau tidak, itulah realiti betapa pentingnya jalinan diplomatik diantara dua negara bangsa ini sehingga ianya menarik perhatian negara2 kawan dan lawan.

saya kongsikan juga tulisan kritis oleh sdr darah-satria berkenaan kes MAS MH370

Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370

Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370- Part 2


terima kasih sdr Azli & sdr Darah-Satria

selamat membaca.........




Saturday, 5 April 2014

Peristiwa Besar..............MAS MH370





10 tahun lalu ketika pertama kali bertemu Jay...............saya ada memberitahu kepadanya bahawa Islam itu akan naik diakhir zaman dan bumi yang bertuah itu adalah tanah melayu dimana ia menjadi tapak kebangkitan ummah untuk kali kedua

pada waktu itu Jay hanya diam sahaja....kerana mungkin itulah kali pertama dia mendengar idea yang sedemikian rupa

dan kini selepas masa berlalu dan bulan berganti, aku masih berkawan dengan Jay

melalui pengalaman hidup serta pergaulannya yang luas dengan pelbagai jenis orang dari semua peringkat, Jay sentiasa memberi idea2 kritis terutama tentang perkara2 yang kadangkala aku sendiri pun tidak pasti

aku bertanya kepada Jay "jadi Tuhan dah gagalkan perancangan musuh yang cuba nak sabotaj mh370.......??"

Jay menjawab ringkas "apa pula gagal............Tuhan dah pun izinkan dan jayakan misi mereka nak sabotaj negara kita............"

aku masih tak faham apa maksud Jay......

Jay memberi penjelasan.......

keadaan akhir zaman ni mempunyai satu perkiraan yang pelik bin ajaib ........pertembungan diantara kuasa baik dan kuasa jahat
kuasa baik ialah penantian ummat islam keatas penyelamat aka pemimpin kebenaran............something to do dengan kebangkitan islam ditimur
kuasa jahat ialah sesiapa saja yang tidak sukakan kepada kebenaran akhir zaman

you know...........Tuhan beri mereka cukup masa untuk bertindak memporak-perandakan bumi mengikut catuan dan acuan mereka............cepat atau lambatnya pemimpin kebenaran itu muncul bergantung kepada  tahap kesabaran musuh

kalau mereka still mahu melengah2kan masa, tidak mahu melihat islam itu naik dengan cepat.....so kita tunggujelah

tapi kalau mereka sendiri sudah tidak sabar mahu menakluk dunia dengan agenda NWO, maka mereka pun merancang sesuatu yang besar lagi tragik terutama keatas tanah yang dijanjikan...........maka akan cepat pulalah kesedaran islam itu bercambah...lalu berkembang dengan harum mekar mewangi di tanah sebelah timur ini..........

aku masih mahu bertanya kepada Jay..."maksud aku ialah..............mungkin ada pihak yang berniat jahat keatas kita.....jadi Tuhan gagalkan niat mereka dengan kes mh370 yang masih belum selesai sampai sekarang...........??"

Jay memberi respon...."whatever they wanted to do .....things have been done......Tuhan izinkan mereka......pada masa yang sama Tuhan pun ada perancanganNya yang tersendiri keatas skrip ceritera kebangkitan islam diakhir zaman....."

saya menyambung lagi..."abis tu you sukalah kalau peperangan berlaku kat malaysia ni........??"

Jay menjawab "kalau itu yang ditaqdirkan....kita kena tempuh....kan ke bila penyelamat datang nanti akan berlaku peperangan dengan kuasa2 besar yang mungkar......Nabi pun dulu berperang....."

saya tidak berpuashati "bukan ke sebagai tapak kebangkitan ummah.....islam itu akan bangkit dengan aman-damai kerana Tuhan berjanji akan membela orang2 yang bertaqwa...??"

Jay senyum menyindir..."hah....you tu bertaqwa la sangat.....takua soya bean adalah kot...??"

Jay cepat2 menyambung...." aku pun bukanlah meminta perang berlaku kat sini.......aku kata jika ditaqdirkan je....tapi kalau mengikut perangai dan sikap orang melayu ni..................kita tidak akan sanggup berbunuhan (minta dijauhkan) semata2 kerana berlainan fahaman politik .........so kemungkinan perang untuk berlaku tu agak kuranglah..."

Jay meneruskan perbualannya "kalau pun musuh nak menyerang kita............mereka tak ada sebab nak buat macam tu.......kerana mereka dah ada kat sini....kat malaysia ni....you ingat cia, fbi semua tu tak ada agen mereka ke kat negara ni....mereka boleh je masuk mana2 badan kerajaan atau pun joint mana2 parti politik??"



10 tahun lepas juga Jay telah "direzekikan" bekerja sebagai pegawai latihan dengan so called sebuah syarikat pengawal keselamatan di kuala lumpur yang mempunyai  pangkalan di indonesia tetapi diterajui oleh pemilik yang berpusat di amerika

jadi Jay sendiri berpeluang menjalani latihan dinegara jiran serta bergaul dengan pihak pengurusan mat salleh yang rata2nya adalah bekas pegawai tentera amerika

Jay memberitahu " syarikat tu sebenarnya bercadang mahu menubuhkan pusat maklumat dan telekomunikasi di asia tenggara dengan beroperasi disebalik servis kawalan keselamatan.......tapi niat mereka dapat dihidu lebih awal oleh pihak berkuasa....dan in the end mereka terpaksa give up serta tidak meneruskan operasi di malaysia...."

semasa bekerja disyarikat tersebut....Jay berkesempatan bertemu & berkawan dengan seorang bekas SB yang juga bekerja disitu............mungkin juga bekas SB itu adalah double agent yang bekerja menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa

Jay memberitahu bahawa bukan mudah untuk sesiapa saja mahu menembusi keselamatan mahupun rahsia kerajaan kerana perkara2 yang top secret itu tiada salinan penduanya dalam bentuk elektronik.........ia hanya didapati dalam bentuk hardcopy dan disimpan ditempat yg sgt strategik





tahun 2014.............tahun yang pelik

2014 kita rancang dengan begitu rapi lagi teliti bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia terutama dengan program2 hiburan mega

namun perancangan Tuhan ialah............

~ 2014 sebagai Tahun Memperkenalkan Malaysia dimata dunia......tahun dimana hampir semua orang diseluruh pelusuk dunia memperkatakan tentang Malaysia.....lebih2 lagi mendoakan yang baik2 tentang malaysia

~ 2014 tahun rakyat berselawat dengan pengajuran program malam Cinta Allah & Cinta Rasul di merata tempat

~ 2014 sebagai tahun rakyat beramai2 berdoa memohon petunjuk serta pertolongan agar Tuhan memberi jalan penyelesaian akan masalah yang menimpa negara

~ 2014 sebagai tahun pengajaran untuk bersyukur keatas nikmat air yang selama ini diberikan tanpa had kepada manusia agar mereka lebih bijak dalam mentadbir-urus sumber2  asas yang diamanahkan

~ 2014 sebagai tahun manusia akan benar2 kembali kepada fitrah kejadian mereka dimuka bumi iaitu sebagai hamba kepada Tuhan disamping tugas sebagai khalifah yang memerlukan kepakaran/ilmu/kepandaian pelbagai bidang agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh musuh yang mahu melihat kita lemah dan boleh dicucuk hidung kesana-sini sesuka hati mereka

~ 2014 sebagai tahun memperkukuhkan hubungan persahabatan dengan tanah besar cina sebagai "abang besar" malaysia

maka 2014..............adalah secara rasminya merupakan tahun kebangkitan sebuah bangsa yang selama ini tidur lena di zon selesa

bangkitlah..........
sedarlah............


pemikiran serta perbuatan kita akan berubah selepas ini
ia tidak akan pernah sama seperti apa yang selalu kita lakukan sebelum ini




Thursday, 3 April 2014

MAS MH370.............analisis oleh anak melayu



haha.......mungkin kita anak2 melayu tinggalan warisan kota melaka tidak berpeluang mengalisa dengan tepat lagi terperinci persoalan mengapa?.....kenapa?...bagaimana?......kota teguh itu boleh jatuh dgn mudahnya ketangan portugis....dan kapal perang mendam berahi hilang disaat2 pertempuran berlaku dengan sengitnya...

bukan saja diwaktu itu belum wujud lagi segala macam teknologi & aplikasi terkini utk mencerap segala perkara yang terjadi...........malahan hampir semua catatan/gambar/makalah/manuskrip hasil tulisan warga melaka & nusantara dirampas dan dibawa balik ke eropah

sehingga kini .....masih sukar utk kita generasi so called serba canggih utk mengetahui dengan jelas apa yg sudah berlaku terutama di tahun 1511 kerana kurangnya/tiadanya sumber maklumat yg lengkap

namun sekarang zaman sudah berubah

orang2 kita....bangsa kita.....warga kita sudah amat terdedah dengan pelbagai maklumat dan kita juga berupaya membuat analisa tersendiri (tanpa bergantung sepenuhnya kepada sumber2 asing lagi meragukan) bersandarkan kepada ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi dari pelbagai bidang ......terutama untuk mematahkan serangan psikologi yg bertubi2 dari pihak luar yg mahu melihat kita lemah/kalah terutama dalam menangani kes MAS MH370

mari kita baca catatan bicara-perjuangan utk lebih memahami kes "ghaib" nya pesawat MH370

ANALISIS TERAKHIR KEHILANGAN #MH370 YANG MENGEJUTKAN DARI BEKAS KETUA PILOT MAS ???

Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya. Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan. Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang. Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut :

~Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

~Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

~MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

~Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurutnya, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

~Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

~Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

Kapten Nik Ahmad Huzlan sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

Datuk Kapten Nik Huzlan juga mendakwa bahawa, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

Negara seperti Singapura memiliki radar sangat hebat serta mampu mengesan sebarang pesawat sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu. Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susur alur setiap jalan di udara.  Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan pesawat adalah stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370  dirampas, ia tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia? MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando....

Datuk Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

Andaikata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.

Tetapi Kapten Nik Huzlan ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.

Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara.

Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang bolehmengesan  MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, maka barulah kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.

---------------------------------------------------------------

Jelas, pada awal analisis Datuk Kapten Nik Huzlan - beliau secara sangat berhati-hati menganalisis cara MH370 dikendalikan. Melalui cara itu, maka hipotesis boleh dibuat dengan lebih kemas. Jika MH370 dipandu dengan cara cekap dan profesional semasa ia hilang daripada kawalan rada - maka MH370 sebenarnya tidak mengalami sebarang kerosakan teknikal atau mekanikal - sebaliknya ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan kita semua.

Terkini, setelah hampir sebulan MH370 tidak ditemui, dan dengan pendedahan data terbaharu berkenaan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China - telah membawa kita kepada satu tahap kesimpulan yang lebih menyakinkan. Dan sekali lagi hipotesis Kapten Nik Huzlan menjadi sandaran. 

Sebenarnya secara tidak langsung, Kapten Datuk Nik Huzlan telah pun memadamkan segala teori dan hipotesis sebelum Ini! Sudah lebih 3 minggu berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi MH370 yang mengandungi pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. Dan melihat kepada bukti terbaru ini, maka sekali lagi Kapten Datuk Nik Huzlan mengukuhkan hujahnya seperti berikut :



~Nampak terang di sini pesawat MH370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah.
Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang.

~Dan ini bermakna pesawat MH370 tidak mengalami sebarang kerosakan seperti yang dipercayai oleh seorang juruterbang berpengalaman.

~Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaharu ini dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja. 

~Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan.
Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat MH370 melakukan pusingan kanan.

~Sebaik sahaja co-pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang.

~Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, MH370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia.

~Jikalau pesawat MH370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu MH370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?

~Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti.

~Dan, jikalau ada kecemasan sekalipun, mengapa juruterbang atau pembantunya tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?

~Bahkan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.

Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014). Pesawat MH370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi. Pergi ke Pulau Pinang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi. 

Apa jawapan Kapten Nik Huzlan? Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat MH370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat MH370 ini. Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

Kapten Nik Huzlan mengatakan dengan pendedahan bukti terbaru ini bakal menghapuskan teori dan hipotesis yang dicanang selama ini kononnya pesawat MH370 mengalami kerosakan tidak benar. 1 Malaysia

~kopi-pasta dari Bicara Perjuangan~