peribahasa lama ada mengatakan -bila biduk berlalu, maka kiambang bertaut
maknanya lebih kurang begini- bila masalah atau sengketa itu telah dapat diselesaikan maka pihak2 yang bertelagah dan terpisah2 sebelum ini bersatu semula menjadi satu kawanan yang kuat lagi saling teguh-meneguh & bahu-membahu bersama
kiambang amat sinonim dengan kehidupan orang melayu
sama ada ia hidup meliar di kawasan berair mahupun menjadi penghias taman2 buatan manusia di rumah2, pejabat2, sekolah ataupun dimana2 sahaja
sejak akhir2 ini hati bertambah resah-gelisah dengan pelbagai perkembangan 'cantik lagi menarik' berkenaan dengan segala dan semua isu yang berkaitan dengan orang2 melayu, agama islam serta negara malaysia
'gossip2' politik yang saya dengar dipejabat pun nampak tidak enak didengar
tidak habis2 bangsa2 lain temasuk orang2 kita sendiri yang sering mempertikaikan itu-ini tentang kredibiliti serta maruah bangsa/agama/negara
ada2 saja yang tidak kena
naik malu dan segan pula dengan bos2 berbangsa lain itu
nampak sangat kita sudah berpecah-belah dan tidak bersatu dimata mereka
tapi itulah kebenarannya......yang sangat pahit untuk ditelan
dari isu prk jelutung, prk teluk intan, mas yang dijangka akan 'dibankrapkan' , lcct2 yang serba tidak kena walaupun sudah siap dan telah beroperasi, isu cina-panda, isu konsultan...
nampak sangat kredibiliti bangsa sudah koyak-rabak
saya sebagai rakyat jelata biasa ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak2 yang telah berjaya menyatukan kembali dua 'kiambang' yang sejak dari dulu terpisah diantara satu sama lain
bila Allah mengkehendaki ianya berlaku.....maka ia berlaku sebagaimana yang dikehendaki olehNya
terima kasih Allah.......!!
pihak2 yang saya maksudkan ialah pihak berkuasa agama JAIS, JAKIM dll, pihak keselamatan MKN, Bukit Aman dll serta pihak yang terlibat secara langsung iaitu Global Ikhwan Holdings
saya sebagai rakyat jelata yang melihat perkembangan ini dari jauh sangat berbesar hati dengan 'pertautan kiambang2' ini
JAKIM, JAIS, MKN, Bukit Aman adalah pihak2 yang menjadi tonggak bukan sahaja kepada keselamatan fizikal rakyat, malahan mereka juga bertanggungjawab membela kesucian agama Islam yang berpandukan kepada aqidah ASW yang benar
Global Ikhwan Holdings pula dilihat sebagai sebuah entiti ekonomi orang melayu aka orang islam yang boleh diharapkan untuk menjadi konglomerat yang berjaya juga menjadi pemain utama dalam merealisasikan lonjakan ekonomi melayu bersaing dengan bangsa2 lain di tanah air ini
kita sudah letih mendengar keluhan2 & rintihan2 kegagalan orang melayu bersaing di bidang ekonomi
kita sudah sangat sedia maklum dengan perkara tersebut
walaupun ramai yang berjaya dan kaya-raya, namun masih belum cukup kuota berbanding dengan bangsa2 lain di negara ini
kita mahu orang melayu yang beniaga, berjaya, kaya-raya lagi beramanah, jujur, yang taat beragama, tawaduk, mesra, berbudi, sopan, beretika lagi warak
dengan kata lain - dunia di tangan dan akhirat tetap dihati, kekayaan adalah untuk agama, bangsa dan negara
berita perkembangan 'pertautan kiambang2' inilah yang sedikit-sebanyak dapat menghiburkan hati yang agak terganggu dengan pelbagai isu yang kurang enak didengar tadi
semoga banyak lagi 'kiambang2' yang masih terpisah disana-sini akan bertaut semula demi kelangsungan agama, bangsa dan negara yang tercinta ini
Gambar-gambar Di Sekitar Kursus Pemulihan Bekas Pengikut Global Ikhwan Sdn Bhd
Cuaca Hari Ini Dan Cuaca Semalam - Hikmah Di Sebalik Semua Kejadian
Respon Positif Pelbagai Pihak Terhadap Pendirian Taubat Dan Pematuhan Fatwa GISB
jauh disudut hati, sebenarnya kita mahu mendengar lebih banyak berita2 yang menggembirakan dan menyejukkan hati seperti ini berlaku di negara kita
perkenankanlah doa kami ya Allah....