Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday 19 July 2014

Palestine Itu Tanah Airku



saya sebenarnya mengambil kata2 Jay sebagai tajuk posting kali ini
baru2 ini saya ada bertemu dengan Jay
dengan wajah yang sangat sugul sambil menghela nafas yang panjang Jay berkata kepada saya "sebenarnya negara sebenar kita ialah Palestine....disanalah sepatutnya tanah air tanah tumpah darah kita...."

aku berkerut dahi lalu bertanya "kenapa....??"

Jay ada menunjukkan kepada saya gambar2 yang dikirimkan oleh rakan2nya yang kini sedang berada di Palestine. ada yang menutup muka, ada yang mengelakkan wajah mereka dari nampak jelas di dalam gambar.....kerana mungkin tidak mahu dikenali

mereka adalah sebahagian dari kita yang telah pergi ke Palestine untuk sama2 berjuang menentang kezaliman zionis

Jay menyambung kata2nya "bila kita sudah berniat mahu pergi berjuang kesana, kita pergi secara senyap2. sesiapa yang pergi kesana sebenarnya telah dipilih oleh Allah untuk menyahut panggilan syahid...." nampak jelas riak wajah Jay yang hiba seolah2 hatinya sudah terbang jauh ke Palestine

coretan ini adalah pandangan peribadi saya
jika ada tersalah disana-sini, sila perbetulkan




jiwa perjuangan warga nusantara

tidak dapat dinafikan bahawa warga nusantara mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk mempertahankan hak agama dan tanah air mereka
ruang-lingkup perjuangan bukan terhad kepada sempadan negara mahupun benua sebelah sini sahaja
dari dahulu lagi hubungan kita dengan negara2 Islam ditimur tengah adalah sangat akrab contohnya Empayar Turki Ottamniah serta Acheh serta Melaka yang sering membantu diantara satu sama lain daripada serangan penjajah barat

cerita2 mengenai orang2 kita yang pergi berjuang ke negara2 Islam yang bergolak sebenarnya adalah perkara biasa
malahan secara 'sembunyi', negara kita serta negara2 jiran nusantara sering memberi bantuan kepada saudara2 dinegara2 islam tersebut

namun sesungguhnya perkara ini tidak disenangi oleh zionis, lalu mereka sudah mula mencanang propa dengan menggelar para pejuang itu sebagai militan
walhal hati zionis sangat terbakar dengan semakin ramainya warga dari sebelah sini yang berlumba2 mahu menyahut panggilan syahid dinegara islam yang sedang disembelih oleh tangan2 jahat mereka




warga nusantara itu degil sifatnya

degilnya sifat kita ialah kerana sehingga kini dan sampai bila2 pun kita tidak akan pernah jemu untuk menyokong serta membantu secara sembunyi mahupun terang2an kepada saudara2 islam dipalestine
kita dengan lantang dan terbuka membidas kelakuan zionis yang sentiasa ketagih darah warga palestine disetiap kali tibanya bulan ramadhan
sesungguhnya musuh dan lawan sebenar zionis adalah warga yang bersifat lemah-lembut dan berhidung pesek dari dunia sebelah sini
kerana apa...?

semakin zionis melancarkan serangan keatas palestine....................semakin terang, kuat dan lantang warga berkulit sawo matang ini memberi sokongan padu kepada palestine dengan menghantar pelbagai bantuan kemanusiaan, melancarkan tabung derma serta melakukan solat hajat diseluruh negara memohon agar palestine sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT

bila palestine yang diserang oleh zionis................kenapa pula warga nusantara ini begitu teruja serta beria-ia membela palestine yang terletak beribu2 batu jauhnya......???
pelik bukan.....

zionis sudah lama mahu menghapuskan warga palestine dengan membunuh ramainya wanita dan kanak2
tetapi kenapa dan mengapa sehingga kini mereka masih belum berjaya..??

bila 100 kemudahan awam dihancurkan..........maka 200 lagi akan dibangunkan dengan penuh kasih-sayang oleh warga yang sanggup datang beribu2 batu jauhnya membantu palestine yang sudah punah dan cedera parah
hairan bukan...............





ramadhan adalah bulan syahid

ada satu "clash" yang berlaku diantara perancangan zionis dan semangat perjuangan orang Islam
zionis begitu yakin bahawa penyelamat akan zahir dibulan ramadhan
setiap kanak2 yang ada di palestine mempunyai potensi untuk membesar menjadi susuk tubuh diri penyelamat tersebut. maka mereka semua mesti dihapuskan
lantas mereka menjadi terlalu obses untuk melancarkan perang di bulan ramadhan

namun itu semua tidak pernah melemahkan semangat perjuangan ummat Islam kerana perkara yang sebaliknya pula terjadi
apa dia...??

peperangan di palestine adalah peperangan yang sebenar dalam mempertahan kesucian agama islam
semakin hari semakin ramai insan2 yang cinta dan rindukan syahid
apatah lagi dizaman dunia moden yang serba canggih ini
ia merupakan peluang keemasan yang dibuka oleh Allah kepada sesiapa yang mahukannya

yaa.....berperang itu menyahut kematian
yaa....zionis menyerang di bulan ramadhan
dan.....mati berperang itu adalah syahid apatah lagi dibulan yang sangat mulia iaitu bulan ramadhan
anti-klimak bukan.................


Sampaikan kepada mereka di Palestin - Aku mencemburui kamu!!!!!! 




haha.............orang melayu (malaysia) adalah penghalang utama jesuit/zionis

ia bukan sebuah gurauan tetapi adalah kenyataan yang "terpaksa" kita terima
yupp...kita terutama sebagai warga tidak pernah bermusuh dengan sesiapa
jadi tiada sebab sepatutnya untuk orang lain memusuhi apatah lagi mahu menyerang kita

namun diatas sekian banyaknya tragedi demi tragedi yang berlaku sejak akhir2 ini, ia merupakan suatu "wake up call" kepada kebanyakan daripada kita
semakin ramai warga yang mula mahu memahami isu2 geopolitikal dunia dan antarabangsa
mereka "rimas" dengan satu demi satu peristiwa yang semakin "merobek" zon selesa yang sekian lama didiami
kita mahu tahu "semuanya" kenapa itu dan ini berlaku
walaupun jesuit/zionis melancarkan propa dengan tujuan mahu melemahkan moral warga, tetapi perkara yang sebaliknya sedang berlaku

kita secara halus dan perlahan2 disedarkan dari tidur yang panjang
kita dibisikkan bahawa mimpi ngeri yang sering menggangu tidur itu sebenarnya bukanlah khayalan
igauan2 dan kadangkala racau yang berlaku adalah perkara nyata tentang kehidupan masa kini

realiti kehidupan sekarang adalah kita sedang sentiasa diperhatikan oleh mata2 merah yang bersinar garang
apa pun boleh terjadi kepada sesiapa juga walau dimana kita berada
walaupun kita sedang duduk dikerusi empuk di dalam pesawat yang sedang terbang tinggi membelah awan biru
namun tiada siapa dapat menyangka bahawa peluru berpandu yang amat berbisa sedang dihalakan kepada kita dan kita menjadi korban kepada sebuah kebencian yang amat sangat oleh suatu kelompok manusia yang amat geram dengan dengan sifat belas kasihan kita kepada warga palestine yang sedang menderita

lalu kita menjadi suspek yang sangat dikehendaki kerana telah mengganggu-gugat pembinaan israel raya yang telah dirancang dengan begitu teliti sedari dulu

maka kitalah juga sebenarnya yang menjadi katalis kepada sebuah kelangsungan negara palestine malahan perkembangan Iman dan Islam yang masih wujud dan utuh sehingga kesaat dan detik ini


MH17: Malaysia Perlu Bermuhasabah!!

Bencana Bertimpa-Timpa Ke Atas Umat Islam - Apa Solusinya?


ambillah peluang ini untuk benar2 bermuhasabah, memohon ampun serta meminta petunjuk jalan kebenaran daripada Allah SWT
ini kerana..........
.......agenda new world order itu adalah benar
.......cabaran dan ancaman keatas agama, bangsa dan negara kita itu adalah benar
.......peristiwa besar yang sedang dan akan berlaku diakhir zaman itu adalah benar
.......dan kebangkitan Islam itu juga adalah benar
.......sama ada kita mahu ataupun tidak
.......ia tetap sedang terjadi



AfterDark: Rom & Muslim bersatu?

MH-017 Bentuk Lain Pengalihan Perhatian

27 Point Penting Krisis Dan Dalang MH17

MH17 After MH370 Something Big


10 Ayat Pertama Surah Al Kahfi - Pelindung Dari Fitnah Dajjal (Bacaan oleh Sheikh Husary)



3 comments:

  1. salam wangsa!

    FB anda apa ya,mungkin anda pernah ke fanpage saya.

    ~SK

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Cik Sri,

      haha....sorry saya tak ada FB

      yupp....saya selalu juga ke fanfage Cik Sri, tumpang-lalu-baca je.....

      terima kasih kerana sudi singgah......:)



      Delete
  2. Yg membantai yahud@zionis org Mala dari tanah suci ditimur jauh!

    Empayar Teratai

    ReplyDelete