Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday 16 August 2014

Tanah Di Hujung Dunia



ayah ada berkata "tanah di hujung dunia ini tanah bertuah, bakal menyaksikan kebangkitan islam diakhir zaman untuk kali kedua oleh orang melayu, kerana ia adalah tanah yang dijanjikan maka sudah semestinya naiknya islam itu adalah dengan harmoni dan kasih-sayang walaupun kebanyakan negara lain didunia sedang huru-hara. ia akan menjadi contoh serta disegani oleh kawan dan lawan"

aku hanya mendengar kata2 ayah dengan penuh kusyuk
aku menyakini setiap kata2 ayah
adakah aku terlalu optimis?
entahlah.....

tetapi melihat senario yang berlaku ditanah air dari kacamata yang berbeza, maka akan terserlah kebenaran kata2 ayah walaupun mungkin bila ia dilihat secara lansung dari apa yang tersurat, ia nampak kelam-kelibut dengan satu-persatu "bencana", "mala-petaka" serta "pergolakan" yang berlaku di dalam negara terutama dari segi sosio-politik




dinasti dan maharaja cina
saya suka menonton drama cina yang bertemakan kisah2 dinasti masa lampau serta maharaja2 cina yang digamparkan dengan penuh asyik-masyuk akan kehebatan serta kelicikan mereka memerintah negara dan rakyatnya
tetapi setelah menyedari bahawa ia hanyalah satu epik dan hanya tinggal kenangan dimasa kini, saya sudah tawar hati mahu menonton cerita2 yang sedemikian
bukan apa, ada satu rasa kesedihan dan sayu apabila mengenangkan bagaimana maharaja2 cina telah di'con' oleh penjajah2 barat serta para pengampu mereka (cina yahadut mizrah)
sebuah kuasa yang besar dengan maharaja dan dinasti yang gah boleh saja tersungkur menyembah bumi angkara khianat serta pengaruh candu yang sangat berleluasa
maka walau bagaimana gah sekalipun kisah2 epik dinasti cina dan maharajanya namun mereka hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja
maka bangsa cina moden tidak berkesempatan merasa hidup bersama maharaja2 mereka yang dulunya disegani kawan dan lawan


payung rakyat
dan berapa ramaikah raja2 melayu yang ada dalam sebuah negara kecil malaysia?
bukan satu tetapi 9 sultan yang berdaulat dipayungi oleh DYM seri baginda yang dipertuan agong sebagai lambang pemerintah tertinggi kerajaan malaysia yang merdeka lagi berdaulat pula

dan saya sebagai warga "moden" masih boleh menatap wajah2 sultan yang berkaliber lagi berkarisma

yeah....saya ada sultan/raja rupa2nya..........
adakah itu sesuatu yang sangat berharga ?
"definitely yes"

kisah jatuh-bangun bangsa melayu adalah bersama dengan sultan dan raja2nya yang memerintah dengan penuh bijaksana lagi berdiplomasi
maka hargailah ia




bangsa melayu  "dijajah" ratusan tahun
saya membelek2 beberapa majalah FORBES edisi 2013 serta awal 2014
hhmmm........itu adalah majalah orang2 kaya
saya melihat senarai nama jutawan2 dari india, cina, hong kong, taiwan, thailand dan singapura

hhmmm.......semua negara diatas kecuali india "of course" majoriti adalah berbangsa cina, mana mungkin akan terselit nama2 melayu ataupun islam ditengah2 senarai di negara india ataupun hong kong
nak juga tengok jika ada nama melayu yang "tersesat" dalam senarai jutawan di singapura
hhmmm.....sudah pasti jawapannya tiada

lalu saya terbayang.....kalau saya membaca senarai nama jutawan malaysia oleh FORBES, barulah saya akan terjumpa sekurang2nya satu nama dalam senarai tersebut

agenda memperkasa ekonomi bumiputera/melayu masih perlu diteruskan kerana kita masih jauh ketinggalan berbanding orang bukan melayu
kita masih jauh ketinggalan dari segi pengetahuan, berapa ramai anak2 "mereka" yang belajar ilmu pemasaran/jualan/perniagaan/perakaunan/ekonomi disaat ramai dari anak2 kita "cemerlang" dalam bidang sains/teknologi/kejuruteraan ??

walaupun "nampak" ramai orang kita yang berjaya dan kaya tetapi ia masih belum memadai dan kita juga masih belum diperingkat sebagai pemilik syarikat perniagaan

kalaupun "nampak" kaya, tetapi masih terikat dengan isu2 hutang/pinjaman bank dan harta/aset itu belum lagi menjadi milikan penuh kita

walaupun "nampak" ramai dari kita telah berjaya dalam pelbagai bidang, namun berapa ramai pula yang masih keciciran dalam pelbagai aspek kehidupan, terlibat dengan bermacam gejala sosial yang "dihidangkan" kepada mereka

kalaupun "nampak" syiar islam itu semakin berkembang dan ramai dari kita yang sudah kembali kepangkal jalan, tetapi berapa ramai lagi yang yang masih jahil - tidak solat 5 waktu, tidak  berpuasa di bulan ramadhan, bermain nombor ekor, mengunjungi tempat2 yang tidak sepatutnya kerana ia sudah "tersedia" di depan mata

yup...bangsa ini masih sangat perlu untuk dikasihi, diladeni, diberi petunjuk dan bimbingan dan yang paling penting sering didoakan agar dijauhi dari sifat lemah/jahil/malas yang menjadi duri dalam daging serta barah yang menghalang orang kita maju kehadapan dengan lebih pantas




kesatuan orang melayu
yup....kita bertuah kerana bangsa dan negara "nampak" bersatu-padu
tetapi ia hanya benar apabila kita kesampingkan isu2 "politik panas sihir demokrasi" yang sememangnya suka sangat mencucuh api kemarahan dan rasa tidak selesa di hati nurani orang melayu

abang saudara saya tidak mahu menziarahi seorang bapa saudara disetiap kali hari raya kerana dia tahu bahawa dia "terpaksa" mendengar "ceramah politik" yang sememangnya tidak menyebelahi pendapat dan pendiriannya
kalaulah bapa saudara tersebut dapat mengenepikan sentimen politik diwaktu hari raya, nescaya abang saudara saya akan datang kerumahnya serta beramah-mesra sebagai menghormati orang yang lebih tua

tetapi nasib baik juga kita "disebukkan" dengan pelbagai cerita kuih-muih raya, baju raya, lauk-pauk raya dan duit raya serta bertanya khabar melebihi cerita2 politik setiap kali tibanya syawal
maka cerita2 politik itu tenggelam dan menjadi tidak penting untuk disembangkan sewaktu hari raya
maka perhubungan dan jalinan persaudaraan dikalangan orang melayu itu masih berlaku dan tetap utuh





"islam akan bangkit dari sebelah timur iaitu malaysia dan diterajui oleh orang melayu -untuk kali kedua diakhir zaman..."

kata2 "keramat" diatas seringkali menjadikan fikiran ini berlegar2 diantara ruang2 fantasi, realiti, masa depan, masa lalu, masa sekarang, diri sendiri, orang sekeliling dan macam2 lagi..........................





6 comments:

  1. bestnyer dodol tuuu...slurp yumi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.....hanya di tanah melayu....!!!
      semua makanannya sedap2 belaka...!!!

      Delete
  2. Hebatnya bangsa melayu..'piramid' sanggup
    dimakannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so called bentuk piramid sudah menjadi sebahagian drpd kehidupan seharian kita

      ia suatu bentuk unik yang dijadikan oleh Allah untuk menyimpan dan menjana tenaga

      maka manusia menbina & memanfaatkan struktur piramid utk pelbagai tujuan

      dan penyembah agama pagan telah mewar2kan bhw piramid adalah tinggalan mistik oleh suatu kaum kuno

      lalu kita dimomokan bhw piramid adalah sesuatu yg sgt misteri, ghaib lagi tersembunyi

      walhal piramid2 kuno itu juga wujud di tanah hujung dunia dan masih tersimpan kemas didalam ketebalan, kehijauan serta kedinginan hutan hujan khatulistiwanya


      Delete
  3. Suka sangat dengan duit,,,memang mata duitan...kalaulah rakan-rakan semua suka duit..aman dunia...

    ReplyDelete