Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday 4 October 2014

Melayu Itu Diversiti



saya suka menyakat anak teruna bos berbangsa tionghua yang muda2 sudah menjawat sebagai pengurus pembangunan perniagaan (business development manager)
tapi memang berpadanan dengan tahap kerajinan dan tekunnya anak muda ini mengembangkan sayap perniagaan hingga ke peringkat luar negara

pada satu hari dia mengeluh kerana katanya membuka ruang perniagaan ke peringkat antarabangsa tidaklah semudah seperti yang disangkakan " buka gerai nasi lemak tepi jalan lagi senang..."

lalu saya menyangkal " you ingat buka gerai tu mudah je ke,,? macamana kalau ada orang dengki ke, you ingat orang melayu tu semua baik ke? ada yang sanggup melakukan apa saja demi melihat perniagaan bangsa sendiri musnah...."

lalu anak muda tersebut seakan terkejut..." ia ke...?? ada orang yang macam itu ke ?"

saya menyambung " kenapa pulak tak ada ? sekarang saya tanya awak, kenapa ah-long2 sanggup bunuh atau ganggu hidup bangsa dia sendiri, sama kaum tapi kenapa tak baik?.."

pengurus muda tersebut menerangkan " dalam kepercayaan kita, semua orang ada jalan hidup tersendiri yang sepatutnya lurus, tapi ada juga orang yang jalan lurusnya sudah bengkok macam gangster la.....ah-long la...."




dan dia menyambung perbualannya lagi " tapi kan saya rasa orang melayu ni macam banyak jenisnya, kalau saya berkawan dengan orang bandar, rasanya ada kelainan bila saya berkawan dengan orang kampung, atau pun kawan saya tu orang dari negeri lain, tak sama dengan orang melayu yang datang dari negeri yang lain...orang kedah tak sama dengan orang johor..."

saya bertanya sebagai tanda tidak puas-hati " habis tu bangsa you semua sama ke...."

anak muda itu terus memberi penerangan " kalau bangsa saya, tak banyak sangat perbezaan, lebih kurang sama je ....."

saya tersenyum sambil menyakat " macam mana kalau kalau you terpaksa tinggal di negara cina utk jangka masa yang lama ? you boleh betah ke?"

sambil berkerut dahi dia menjawab " kalau untuk tujuan business trip, beberapa hari bolehlah, you pergi taiwan ke, hong kong ke, korea ke untuk melancong atau bercuti bolehlah....mana boleh lawan malaysia ........kita kat sini dah biasa dengan persekitaran dan makanan kita sendiri. kalau kita pergi kenegara luar may be kita akan cepat bosan sebab kebanyakannya lebih kurang sama, maksud saya less diversity, tapi kalau orang luar datang kenagara kita, mereka may be akan excited lah sebab kita ada banyak kepelbagaian, tak boring...."




saya ada juga bersembang dengan seorang junior " kalau kita perhati dalam sesebuah keluarga (melayu), biasanya pasti ada salah seorang anak yang tak akan sama rupanya dengan adik beradik yang lain dan macam bukan anak kepada ibu dan ayah kita. kenapa jadi macam tu? silap2 wajahnya ada menyerupai makcik/pakcik atau atok/nenek sebelah mak/ayah. dalam sebuah keluarga tu sendiri sudah ada kepelbagaian dari segi wajah yang tak sama "

begitu juga dengan hal2 yang lain " tidak semua adik-beradik dari satu ibu-ayah akan mempunyai jenis pekerjaan mahupun taraf kehidupan yang sama....ada yang lebih, ada yang sederhana, ada yang biasa2 je....yang tentunya akan mempengaruhi pula anak2 serta keluarga masing2. maksud saya ialah diversiti itu adalah sudah menjadi lumrah dalam kehidupan umat melayu disebabkan pelbagai faktor yang berbeza2 yang terdapat dalam setiap individu melayu..."



di sebuah perhentian bas, disuatu pagi.............




saya menegur seorang anak gadis manis "adik nak kemana ?"
sebelum itu saya ternampak dia datang bersama seorang lelaki menaiki sebuah motor

gadis manis tersebut menjawab sambil menunjukkan wajah yang cemas " saya dah lambat ni...bos saya orang pakistan mesti marah, saya kerja di kedai kain kat masjid india.."

semasa menunggu bas datang gadis itu sempat bercerita mengenai dirinya.............ibunya orang pakistan dan tinggal di pakistan. ayahnya orang perak dan tinggal di perak. ibu-bapanya sudah bercerai. dia pula mempunyai teman lelaki berbangsa bangladesh serta merancang untuk bernikah dalam masa terdekat

lalu saya memberi komen " wah awak ni betul2 antarabangsa ye....patutlah awak ni macam ala2 arab/india tapi masih nampak melayu la.....lepas ni kawin orang bangladesh, anak awak nanti  lagilah darahnya akan lebih bercampur2 tapi masih melayulah......"

sambil tersenyum dia menjawab " saya dah serik bercinta dengan pemuda melayu sebab mereka tak serajin orang luar...." ada sedikit kecewa dalam nada suaranya



dalam hati saya berkata " entahlah dik.....hidup sebagai orang melayu di negara sendiri ni rasanya lebih perit dan mencabar. kita sedari kecil terpaksa menghadapi persaingan sengit drpd pelbagai jenis orang yang sama2 mendiami tanah ini. berbanding dengan orang luar yang datang kenegara ini serta melihat pelbagai ruang dan peluang untuk meraih untung dan wang ringgit. tetapi adakah mereka tahu onak-duri-ranjau yang kita terpaksa tempuh demi melangsungkan kehidupan disini ?"








4 comments:

  1. Jadik hero kena 'rajin kalah' dulu beb..
    tetapi bukanya 'mengalah'...
    nak bagi cucu cicit esok,jadi juara TKO peringkat dunia dan langit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "dare to fail" :(

      versus

      "dare to win" :)

      dua2 pun penting....

      Delete
  2. Replies
    1. kenapa budin....??

      you ada baik...??

      Delete