Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday, 13 July 2013

Emas...Emas....Emas....

Gambar emas sumber dari MOM - Tuan Haji Shahpaskal


salam ramadhan....!!
semoga Tuhan permudahkan segala urusan hal ehwal ramadhan kita semua
semoga kita dapat memanfaatkan sepenuhnya bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ini

saya ingin berkongsi cerita tentang emas
umum mengetahui bahawa tanah melayu dikenali juga sebagai semenanjung emas
salah satu lombong emas komersil yang wujud di sini terletak di penjom, pahang

kuala lipis pula mempunyai terowong lombong emas terpanjang didunia sejauh 7 batu

emas dilihat sebagai simbol kekayaan, barangan mewah dan selalu digunakan untuk membuat barang kemas serta perhiasan




namun ada satu lagi fungi emas yang mungkin sering kita lupakan
emas adalah pengalir elektrik yang paling baik (konduktor)
percaya atau tidak, setiap komputer yang dihasilkan, pasti ada sejalur emas didalamnya
dimana emas itu terletak..?? sudah tentu ada di dalam CPU atau pemproses utamanya seperti Intel, AMD dll
saya pernah bekerja di dalam kilang yang menghasilkan cip CPU.....hahaha
cip2 itu tadi akan diletakkan di atas 'container' lalu 'dijahit' menggunakan benang emas untuk menghubungkan litar2 nano di dalam cip kepada litar2 yg berada di atas 'container' yang nantinya akan bersambungan dengan litar2 yg berada di papan utama (mother board) untuk membolehkan CPU berhubung dengan peralatan input  -output yang lain seperti tetikus, papan kekunci dll

kita maklum bahawa manusia dizaman dahulu  pernah menggunakan emas sebagai wang dalam urusan perniagaan mereka
saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan diwaktu itu
maksud saya ...apakah aura atau perasaan manusia apabila mereka menggunakan emas sebagai mata wang
mungkin akan wujud suatu perasaan keyakinan yang tinggi hasil dari penggunaan mata wang emas

maksud saya juga ialah....berbanding dengan zaman sekarang dimana wang fizikal itu hanyalah sehelai kertas mahupun sekeping logam yang ringan sahaja
atau mungkin juga wang itu sebagai sekeping kad palstik seperti debit card
ataupun ...wang itu hanyalah nombor2 yang hanya boleh dilihat tapi tak boleh dipegang...ia hanya nampak di mata maya bila kita berurusan menggunakan 'online transaction'




saya dapati ada suatu rasa yang kosong dan kurang bermakna bila kita menggunakan wang dalam bentuk2 kertas, logam kurang berharga, kad plastik mahupun sekadar nombor2 maya sahaja

namun itulah realiti dunia masa kini.....semuanya 'poyoooo'....huhuhu

okay..mari kita baca kisah tentang emas yang original daripada Tuan Haji Shahpaskal ..cerita yang betul dan bukan dikopi-pasta dari mana2 sumber


EMAS DAN KEBANGKITAN NUSANTARA

KEDUDUKAN OPHIR DARI KOMPAS ILUMINATI

EMAS DAN BERLIAN SEBAGAI SIMBOL KEKUASAAN KERAJAAN


saya harap pautan ke blog MOM akan sentisa okay
sebabnya kadang2 blog ni kena serang oleh ulat DDOS (distributed denial of service) yang sangat jahat tu....habis semua bandwidth dimakannya, menghalang pengguna internat untuk akses ke blog tersebut

Military of Malaysia (MOM) 

selamat membaca !!

1 comment:

  1. hai saya dari masa depan tahun 2020. kotak sihir dari israel telah berjaya masuk ke malaysia tanpa sebarang halangan dari penjaga tanah melayu. mohon pencerahan tuan shah paskal

    ReplyDelete