Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Sunday 13 April 2014

Menghubungkan Sel-sel Otak ..............



saya merewang2 di alam maya dan berjumpa dengan blog sdr Azli Shukri

ada 4 buah artikel yang bagus untuk dikongsikan kerana ia berkenaan dengan pengalaman hidup mereka yang telah berjaya hasil dari bual-bicara beliau bersama tokoh2 berkenaan


1) Analsis buku "The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness" tulisan Stephen R. Covey 
Neurosis Pekerjaan

Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”.

Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal ini Covey memaparkan dunia pengurusan generasi baharu yang sudah begitu banyak berubah lantaran pendedahan pelbagai ilmu pengetahuan yang mereka alami melalui saluran maya, khususnya Internet, dan golongan ini – kadangkala jauh lebih bijak daripada bos mereka sendiri. Generasi baharu ini tidak boleh diurus dengan kaedah hukuman dan ganjaran lagi – yakni metodologi ortodoks peninggalan zaman Revolusi Industri, sebaliknya kepuasan, kebebasan untuk membuat keputusan dan melahirkan kreativiti merupakan tuntutan wajib yang ingin dinikmati mereka, khususnya yang sedang bekerja dan yang akan bekerja di sesebuah organisasi.


2) Wawancara bersama Tun Daim Zainudin
Bagaimanakah Sikap Para Jutawan?

Menurut kajian Dr. Thomas J. Stanley, corak minda bukan bermaksud kepandaian atau IQ yang tinggi, tetapi membawa maksud “berfikir dengan betul.” Fikiran yang betul tentang pemilihan kerjaya adalah berasaskan kepada minat dan kebolehan seseorang. Mereka menjadi jutawan hasil daripada pendapatan melakukan sesuatu yang diminati atau menggunakan kemahiran tertentu yang dimiliki. Dengan memilih kerjaya dalam segmen tersebut, mereka berupaya memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada orang lain, dan dengan itu mereka dibayar dengan imbuhan yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain. Menurut kajian Dr. Stanley dua pertiga jutawan mendefinisikan diri mereka sebagai bekerja sendiri atau usahawan dan bergiat dalam bidang yang membolehkan mereka menjadi penyumbang terbaik.


3) Wawancara bersama Tan Sri Ali Hashim
Ali Hashim Yang Saya Kenal


1. Jangan ikut teori ekonomi dan budaya korporat bangsa lain, sebaliknya orang Melayu jika ingin berjaya harus kembali kepada akar budaya kita dan agama kita sendiri, iaitu Islam.

2. Bina budaya korporat cara Islam, kita pasti mampu mengalahkan perniagaan-perniagaan bangsa lain. Kita gagal kerana meninggalkan agama kita sendiri.

3. Membina organisasi perniagaan berasaskan kepada tanggungjawab, tanggungjawab kepada Tuhan, masyarakat, keluarga dan diri sendiri.

4. Perniagaan Orang Melayu harus berasaskan kepada konsep “Jemaah” baru boleh berjaya dan maju. Jauhkan organisasi daripada sikap individualistik.

5. Jangan mengamalkan pengurusan perniagaan melalui peminjaman budaya kerja bangsa lain. Ambil mana-mana yang secocok dengan Islam dan Sunah.

6. Mengutamakan kepentingan ummah dan selalu bermusyawarah, kerana itu merupakan asas kejayaan sesebuah perniagaan.Jadikan ekonomi dan perniagaan sebagai satu cabang jihad dalam jiwa orang Melayu, InsyaAllah peniaga-peniaga Melayu akan bangkit menguasai ekonomi.


4) Wawancara bersama YB Mukhriz Mahathir
Dunia Lain Mukhriz Mahathir

Zaman remaja Mukhriz di Kelantan sangat indah dan menarik, kerana budaya dan cara hidup Islam yang diamalkan di sana. Menurut beliau, “Saya dibesarkan dalam suasana masyarakat Kelantan yang teguh kepada ajaran Islam serta budaya Melayu. Saya hidup selama lima tahun di negeri tersebut, sehingga sekarang saya masih fasih bercakap dalam dialek Kelantan, kerana saya mempunyai kawan yang ramai di sana. Hal ini menyebabkan saya berasa bertuah dan tidak meninggalkan cara hidup Islam dan orang Melayu.” Sepanjang lima tahun belajar di Kelantan, Mukhriz banyak belajar erti berdikari dan kehidupan susah masyarakat Kelantan. Hal ini mematangkan beliau.


terima kasih sdr Azli Shukri
selamat membaca............!!



No comments:

Post a Comment