Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Sunday, 5 February 2012

Alter Terahsia Bangsa Melayu XV (15)

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XV




Seorang pemuda menunggang kuda dengan pantas menuju ke arah sebuah rumah sederhana besar.Dia memperlahankan kudanya dan menyapa sekumpulan lelaki yang duduk-duduk di tepi tembok.

"Tuan Wazir ada?"

"Ya,dia ada di dalam,dia sedang berbual-bual dengan para pedagang dari Antakiah," ujar seorang lelaki sambil mengusap-ngusap janggutnya.


Pemuda itu terjun dari kudanya dan menuju ke arah sebuah balai.Sekumpulan lelaki sedang berbual-bual santai.Pemuda itu mengecam seorang lelaki yang agak berusia dan berwibawa dari kumpulan lelaki yang berpakaian pedagang kafilah.

"Assalamualaikum tuan!Moga Allah merahmati anda!" laung pemuda itu.


Lelaki yang digelar Tuan Wazir itu menjawab salam pemuda itu dengan wajah ceria.Dia mempersilakan pemuda itu menyertai halaqah mereka."Apakah berita yang anda bawa?"

Pemuda itu membetulkan jubah hitamnya seraya berkata,"Saya membawakan satu surat penting yang diperolehi dari pelabuhan Yaman.Ia ditulis oleh seorang raja besar dari dunia sebelah timur,Zabag yang menakjubkan..."

Air muka Tuan Wazir kelihatan berubah."Maharaja Zabag.Raja yang memiliki emas dan wangi-wangian.Dia pernah menghantar surat kepada Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz.Apa katanya?"

"Sang raja meminta kita menghantar lebih ramai orang untuk mengajarkannya tentang agama Islam dan undang-undang Islam.Selain itu,raja telah mengirim hadiah-hadiah ajaib dari dunia Timur sebagai tanda persahabatan," tutur pemuda itu bersungguh-sungguh.


"Cepat,beritahu berita ini pada Amirul Mukminin!Arahkan semua pemberian Maharaja Zabag dihantar ke kediaman khalifah!" gesa Tuan Wazir kepada pemuda itu.

Seorang pemuda dari kelompok pedagang Antakiah memerhatikan semua yang berlaku dengan serius.Matanya kelihatan merenung tajam ketika pemuda berjubah hitam itu menuturkan kata-katanya kepada Tuan Wazir.Ketika rombongan pedagang itu pulang ke Antakiah,pemuda itu segera mendapatkan seekor kuda dan bergegas pantas menuju ke Damsyik.

Dia sampai ke sebuah biara usang.Dia pun memanggil-manggil nama seseorang.Namun kesunyian terus menggigit.Hari semakin senja.Pemuda itu merasa tidak sabar lalu menolak pintu reput dihadapannya."Kau ada bawa sesuatu?"

Pemuda Antakiah itu menoleh terkejut,"Pastor,saya ada bawa khabar penting untuk tuan."

Dia itu pun menceritakan apa yang didengarnya dari pemuda berjubah hitam.Pastor tua mendengar dengan teliti.Kemudian dia membawakan satu lukisan kuno;seorang raja dikelilingi beberapa orang lelaki.

"Itu adalah Prester John.Gelarannya Rex Regnum.Dia adalah maharaja bagi hujung dunia.Dia memiliki kekayaan emas yang banyak dan menguasai lautan.Dia memiliki segala macam wangi-wangian dan rempah yang tidak ternilai harganya.Surat kepada orang-orang Muslim itu adalah sekian banyak surat yang turut dihantarnya kepada Paus dan Maharaja Rom"

"Prester John?" Pemuda itu berbisik dengan mata bersinar-sinar.

"Dia pernah menghantar surat semacam itu kepada Manuel,Kaisar Baizantin dan Alexander,sang Paus," Pastor itu mendekati pemuda Antakiah lalu meletakkan tangan kanannya ke bahu pemuda itu.

"Ini adalah misi suci kamu.Beritahu kepada ketua Paderi Jerusalem,supaya mereka boleh menghantarkan berita ini kepada raja-raja Salib.Suruh mereka cepat-cepat membina kapal-kapal dan cari di manakah dia kerajaan Prester John!"

Pemuda Antakiah merasa hairan."Mengapa kita mesti mencari Prester John?Mengapa dia begitu penting?"

Pastor itu tersenyum,"Kamu tahu siapakah Prester John dan kerajaan Hujung Dunia?"

Pemuda Antakiah terdiam.

Pastor itu menyambung,"Prester John telah menakluk semua kuasa-kuasa laut di sekelilingnya dan menghantar beribu-ribu kapal untuk memiliki berpuluh-puluh pelabuhan terbaik di seluruh Timur Jauh.Prester John memiliki kekayaan dan rempah yang teramat banyak.Jika kita dapat berhubung dengannya,kita akan mampu mengalahkan agama Muhammad dan menegakkan salib di atas Holy Spulcher!

Pemuda Antakiah itu terketar-ketar,"Er..er...siapa...Prester John?"

"Rex Regnum seluruh lautan dan pelabuhan-pelabuhan!!"
 















THE FEDERATION OF MARITIME POWERS &  SEAPORTS













Bahagian Kedua











"...his name is Jayaviravarman.He is an emerald from sky,ascending the throne of The Kings of Mala.His name full of prosperity,from the blessed bloodline of the emperor of the sea,the great court of Srivijaya..."

(notes for Inscription of Prasat Trapan Run,Cambodia)






Sejarah Srivijaya merupakan sejarah universal eksklusif Asia Tenggara.Semua sejarah klasik negara-negara Asia Tenggara pasti akan menyebutkan hubungan mereka dengan Srivijaya.Tanyalah petitih-petitih kuno Khmer dan Thai.Rujuk sejarah Indonesia.Semak sejarah Malaysia.Telusuri sejarah Champa dan Vietnam.Jelajah sejarah Brunei dan Filipina.Anda akan melihat jangkauan tangan sang maharaja Sriwijaya.

Prasasti Kedukan Bukit yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Kuno bertarikh 683 Masehi mengungkapkan kejayaan Sriwijaya dalam salah satu operasi ketenteraannya.Ramai orang terkeliru bahawa sekitar empayar ini bermula pada abad ke-7 Masehi (Prasasti Kedukan Bukit ditulis pada abad ke-5 Masehi).Sebenarnya abad ke-7 Masehi adalah masa-masa kegemilangan Sriwijaya.Malahan jika kita lihat catatan I-Tsing,seorang pengembara dan sami Buddha dari China:

"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

Ini adalah catatan I-Tsing bertarikh 671 Masehi.Ketika itu,Sriwijaya adalah pusat pengajian bahasa Sanskrit dan agama Buddha.Dan lihat tahun Prasasti Kedukan Bukit.Selepas 12 tahun dari tarikh I-Tsing melawat empayar Melayu itu,Sriwijaya melancarkan serangan ke Minanga untuk memperluaskan kuasanya!

Sebagaimana yang diketahui umum,nama Sriwijaya telah tersebar ke pengetahuan dunia setelah penemuan oleh Goerge Coedes,pengarah Institut Kajian Timur Jauh Perancis,yang menyedari bahawa sebutan Sanfotsi,satu kerajaan besar yang selalu berhubung dengan Imperial China adalah kerajaan yang sama dengan Sribhoja,nama yang dikenali oleh pedagang Arab dan India.Salah satu kerumitan untuk mengesan kerajaan ini adalah KEPELBAGAIAN namanya mengikut lidah catatan-catatan orang luar.Malah pedagang Arab juga memanggil Sriwijaya sebagai Zabag,dan Zabag adalah nama kuno bagi Sribhoja.Orang China memanggilnya sebagai Sanfotsi atau San Fo Qi.

Gabried Ferrand mengatakan bahawa kerajaan Sriwijaya telah wujud sejak tahun 392 Masehi.Pandangan tersebut berdasarkan sumber orang Cina yang mendakwa bahawa Negara She-Yeh (Cho-Ye) bererti Jaya atau Wijaya atau Sriwijaya.Kemudian, I-Tsing menyebutkan Sriwijaya sebagai Shih-Li-Fo-Shih.Dalam bahasa Arab, yang berbeza dengan sumber orang Cina,Sriwijaya disebut sebagai Syarbazah (satu lagi nama lain selain Zabag).

Pada riwayat yang lain,orang China juga memanggilnya sebagai 'Kunlun' (The Great Kunlun).Dalam tradisi Khmer,kerajaan ini dikenali sebagai Malayu dan garis keturunan kerajaan ini digelar 'Maulimalaraja' (The Kings of Mala).Dalam riwayat Pali (Pali adalah bahasa perantaraan agama Buddha;bahasa orang kebanyakan,berbanding Sanskrit,bahasa tinggi kaum Elit Hindu),terutama dalam sejarah Sri Lanka,orang Sinhala memanggil kerajaan ini sebagai Jawaka dan rajanya sebagai 'Raja Jawaka' (King of Javaka).Jawaka adalah nama kuno bagi Sriwijaya merupakan nama satu empayar purba orang-orang Melayu yang berpusat di Indochina,juga sebuah empayar maritim (predesessor of Sriwijaya) yang pernah berdagang dengan kerajaan-kerajaan kuno India dan pengaruhnya pernah menjangkau seluruh Sri Lanka.Sebab itu dalam sesetengah riwayat Tamil dan Sri Lanka menyebutkan bahawa Srivijaya pernah memiliki Sri Lanka.

Pecahan dari Empayar Jawaka ini adalah Langkasuka,Funan dan Champa,dan empayar ini juga pernah memegang Kepulauan Filipina dan Borneo.



Dalam teks La Galigo (manuskrip panjang Bugis),Sriwijaya dinyatakan sebagai Senriwijaya,dalam teks ini,kononnya Raja Syurga bermesyuarat dahulu dengan Senriwijaya untuk melantik raja Luwu yang pertama.Luwu adalah kerajaan Bugis yang pertama sekali.Ini menunjukkan bahawa kerajaan Luwu punya hubungan dengan Empayar Sriwijaya dan dibawah pengaruh Melayu.

Selain kepelbagaian nama,empayar ini juga digelar berdasarkan nama raja.Riwayat China yang menyebutkan nama 'Kunlun' (Kunlun adalah nama China bagi Empayar Jawaka) sebenarnya menyebutkan nama seorang Raja Melayu bernama 'Ku Long'.Ini dibuktikan dalam catatan Tong-tien:

Tong-tien,sebuah teks yang ditulis pada akhir abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut,

"Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama keluarga 'Ku-Long'.Di sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang sama.Seorang tua,ketika disoalsiat,telah mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu) tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long' adalah kesilapan sebutan untuk K'uen-luen (sebutan China Kuno untuk orang Melayu)"

Terdapat satu rahsia di sini.Raja-raja Melayu dahulukala mempunyai dua nama rasmi.Satu nama yang diambil dari kata Sanskrit,dan satu nama timangan tempatan (nama Melayu).Nama Sanskrit digunakan pada urusan rasmi dan dipahat pada prasasti.Nama Melayu digunakan dikalangan rakyat jelata.Nama raja-raja Melayu zaman Funan dicatatkan oleh pencatat China adakalanya adalah nama Melayu.Contohnya Fan Shi Man adalah 'corruption' bagi 'Panglima'.Fan Shih Man adalah seorang raja agung Funan.Ku Long,seorang raja Funan yang tercatat dalam teks Tong-tien adalah nama biasa bagi orang Melayu,pada hari ini masih ada di negeri Kelantan.Sebab itu untuk menjejak sejarah Melayu yang hilang di Indochina,kita mesti menghayati sejarah Kelantan dan Kedah.Gelaran 'Ku' adalah satu gelaran yang amat purba,tercatat sebagai 'Yang Pu Ku Vijaya Sri' dalam sejarah Champa sekitar tahun 999 Masehi.Jika terdapat gelaran 'Ku' pada raja Funan dan Champa,ini membuktikan orang Melayu pada zaman purba adalah 'ruling class' di Indochina.

Nama-nama pangkal seperti Ku,Nik,Wan,Tuan dan sebagainya mempunyai makna yang tersendiri dalam sejarah bangsa Melayu yang penuh misteri.Salah satu pangkal nama dalam budaya Melayu yang hilang ialah 'Pau'.Dalam Sulalatus Salatin ada dinyatakan gelaran diraja Champa yang memakai pangkal nama 'Pau'.Sebagaimana 'Ku','Pau' juga punya status tersendiri.Dalam Sulalatus Salatin:

"Hatta berapa lamanya Pau Gama pun. matilah. Maka Raja Jakanaklah menggantikan ayahanda baginda; baginda beristerikan seorang puteri, Pau Ji Yan Bi namanya; beranak seorang lelaki, Pau Kubah namanya. Setelah Pau Kubah besar, maka Raja Jakanak pun matilah, maka Pau Kubahlah kerajaan menggantikan ayahanda baginda. Baginda beristerikan anak raja Lakiu, Pau Cin namanya. Maka baginda beranak beberapa orang lelaki dan perempuan. Ada seorang anak baginda perempuan, terlalu baik parasnya; maka dipinang oleh raja Kuci, tiada diberi oleh Pau Kubah, lalu diserang oleh Pau Kuci. Maka berperanglah orang Kuci dengan orang Cempa, terlalu ramai; tiada beralahan."

(A-207,A. Samad Ahmad)






Para sejarahwan Tamil yang mengesan hubungan dagang antara pedagang India dan satu empayar maritim sejauh 300 tahun sebelum Masehi telah tersilap menyangka bahawa empayar misteri yang berhubung dengan mereka adalah Sriwijaya.Sebenarnya ia adalah empayar Jawaka yang diperintah oleh dinasti Sailendra Kuno.Dinasti Sailendra mempunyai pengetahuan luas dalam teknologi saliran dan pertanian.Nama 'Jawaka' ini kadangkala disebut sebagai 'Savaka' mengikut sesetengah riwayat India-Sri Lanka.Dinasti ini adalah salah satu dinasti Melayu yang terkenal dalam sejarah Indochina.Kemudian,lama kelamaan satu dinasti baru muncul,menguasai Indochina dan mempengaruhi kerajaan-kerajaan Mon dan Chenla di sekelilingnya.Dinasti Melayu ini memiliki kemahiran maritim yang tinggi dan bijak menentukan tempat-tempat strategik untuk menubuhkan pelabuhan.Dinasti ini kemudiannya menguasai Langkasuka,sebuah empayar kecil di Segenting Kra yang terbentuk hasil perpecahan Empayar Jawaka (bahagian utara dikuasai oleh Chenla dan negarakota-negarakota Mon).

Dari sini dinasti ini menubuhkan pusat pemerintahan di Medang Ghana (terletak di Kelantan sekarang) dan bekas wilayah Empayar Jawaka di Jawakoti.Seorang maharaja dinasti ini,Dapunta Hiyang Jayanasa telah berjaya menakluk Sumatera dan bermulalah penguasaan dinasti paling berprestij ini;dinasti Sriwijaya.



Persekutuan Kuasa-kuasa Laut dan Pelabuhan

Sebelum Dapunta Hiyang menakluk Minanga,sebagaimana yang terpahat pada Prasasti Kedukan Bukit,terdapat beberapa maharaja Sriwijaya yang memerintah pada era semenanjung.Seorang maharaja Sriwijaya yang bijak telah memikirkan untuk menakluk Sumatera dan semenanjung,bagi menguasai Selat Melaka.Kemudian,beliau merancang membina atau menakluk pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pesisir pantai Sumatera dan semenanjung.Pada masa dahulu,perdagangan maritim di Asia Tenggara tertumpu di Laut Champa dan pesisir pantai Segenting Kra.Panduranga,salah satu pelabuhan paling penting sebelum era Sriwijaya dan juga pelabuhan Oc Eo,milik Funan yang menjalankan perdagangan sejauh empayar Rom.Dari tengah Indochina ke Segenting Kra,menganjur ke semenanjung,bertaburan negarakota-negarakota Melayu (Malay city-states).Langkasuka adalah kerajaan penting sebagai 'federation' baru mencantumkan semua negarakota-negarakota Melayu Segenting Kra setelah perpecahan Empayar Jawaka,mendesak sebahagian keturunan dinasti Sailendra berpindah ke Jawa.

"On the narrow isthmus to the southwest of Funan, Malay citystates controlled the portage routes that were traversed by traders and travelers journeying between India and Indochina. By the tenth century A.D. the strongest of them, Tambralinga (present-day Nakhon Si Thammarat), had gained control of all routes across the isthmus"

(Area Handbook of the US Library of Congress)


Negarakota Melayu ini adalah misteri terbesar.Dalam riwayat Sukothai juga legenda raja-raja Lao,menyebutkan bahawa raja-raja Melayu ini memang telah wujud sejak zaman berzaman.Ketika migrasi etnik Lao dan Tai ke Indochina,mereka telah menemui negarakota-negarakota Melayu ini sedia ada,bersama-sama etnik-etnik lain seperti Mon dan Chenla (Khmer Kuno).

Contohnya di negeri Perak kini terdapat tiga negarakota Melayu pada zaman purba;Gangga Negara,Beruas dan Manjung.Gangga Negara diperintah oleh raja-raja Melayu-Kambuja dan garis keturunan mereka digelar,Sri Kambu,yang juga muncul dalam pelbagai prasasti dan riwayat kuno Khmer.Beruas dan Manjung,pula adalah diperintah oleh Melayu semenanjung dan terletak ke darat,berbanding Gangga Negara yang memiliki pelabuhan.Selepas kejatuhan Gangga Negara,Beruas dan Manjung bersaing sesama sendiri meluaskan penguasaan.Di sepanjang sungai Perak,terdapat terminal-terminal perdagangan dan pemunggahan barangan dari pelabuhan utama Gangga Negara di muara.Kekayaan dari perdagangan laut menyebabkan raja Gangga Nagara mampu membuat istanakota yang dikelilingi parit dan raja Beruas mampu membina istana kulit kerang.



Di utaranya ialah peradaban Lembah Bujang dengan pelabuhan Kataha yang masyhur sejak era Jawaka/Zabag.Selepas perpecahan empayar Jawaka,maharaja Sriwijaya sememangnya mengintai peluang untuk menakluk kota pelabuhan ini yang ketika itu sempat membebaskan diri dari Langkasuka.Juga pelabuhan Sungai Mas dan kerajaan Kedah Tua yang menjangkau Burma.Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja Melayu sebagai 'supreme ruling class' dan orang bawahannya yang bercampur antara suku-suku Melayu Segenting Kra dan orang Mon.Binaan di Sungai Batu bertarikh 110 Sebelum Masehi adalah binaan manusia paling tertua di Asia Tenggara,mengatasi apa jua peradaban terkenal di sini seperti Angkor,Dvaravati malah Srivijaya sendiri.Ini adalah sisa tinggalan kerajaan Kedah Tua yang bernaung di bawah Empayar Jawaka atau Zabag dalam sebutan pedagang Arab.Ke utara lagi adalah pelabuhan-pelabuhan kecil milik 'Malay city-states' yang telah wujud sejak berabad-abad lamanya di sepanjang Segenting Kra sehingga ke Dvaravati (Thailand tengah).Ketika era Langkasuka,empayar ini mempunyai pelabuhan Kataha,Patani dan Nagara Sri Dharmaraja,dan ketiga-tiga pelabuhan ini adalah pusat perdagangan maritim utama.Selepas dinasti Sriwijaya berpindah ke Palembang dari Kelantan (Chih-Tu),maharaja Sriwijaya juga memantau perkembangan Langkasuka dan apabila empayar ini berpecah kepada Patani dan Sri Dharmaraja (Ligor) serta wilayah-wilayah terpisah di Kelantan dan Perak sekarang,maharaja meluaskan pengaruhnya dengan menyerang Kataha dan merampasnya dari Kedah Tua.Kemudian menguasai Segenting Kra sehingga ke Chaiya.Maharaja Sriwijaya juga menempatkan kerabat keturunannya di dalam istana Sri Dharmaraja.

Dari Medang Ghana (Kelantan),maharaja menyerang Jawa dan menundukkan kerajaan-kerajaan kecil termasuk dinasti Melayu Sailendra yang berpindah dari Indochina sejak awal lagi.Maharaja tidak menghapuskan dinasti Sailendra,malah menjalinkan ikatan keluarga melalui perkahwinan diraja,tambahan lagi salah seorang maharaja Sriwijaya mempunyai darah dinasti Soma yang memerintah Funan suatu ketika dahulu (Dharmasetu berdarah dinasti Melayu Soma).Kemudian maharaja menguatkan cengkamannya di Sumatera serta menguatkan ibukotanya di Palembang.Namun satu lagi tujuannya belum tertunai iaitu bekas wilayah Jawaka paling makmur;Kerajaan Melayu yang bertempat di Jambi yang juga adalah kerajaan kembar dengan kerajaan Melayu di Segenting Kra.Berasal dari dinasti Matahari (Suryawangsa),mereka adalah keturunan diraja Melayu antara yang tertua dan moyang mereka memiliki reputasi beribu-ribu tahun dalam menjalankan perdagangan emas dengan empayar Parsi,raja-raja Babilon dan Israel Raya (di bawah pemerintahan Sulaiman dan Daud a.s).

Kerajaan ini menamakan pemerintahan mereka sebagai 'Malayu' bersempena raja-raja dinasti Mala yang punya prestij di Indochina sehingga ke Temasek menjangkau Borni (Borneo) sehingga ke Kepulauan Visaya (Filipina) dan 'suffix' -yu adalah pengiktirafan dari empayar Parsi berasal dari bahasa Assyria ketika orang-orang Mala purba menjalankan perdagangan dengan mereka melalui jaringan maritim Phoenicia.

Maharaja menghantar beratus-ratus kapal dan beribu-ribu tentera berjalan kaki ke arah ibukota Melayu.Jika kerajaan Melayu di Segenting Kra mampu ditundukkan,sudah tentu saudara mereka di Sumatera juga boleh.Maharaja akan membuktikan bahawa dinasti Sriwijaya adalah benar-benar pewaris kepada 'The Kings of Mala' (maulimalaraja) yang menjadi naungan kepada semua ras Melayu di dunia.Pewaris kepada Raja Perahu dan Permaisuri Hati.Pewaris kepada raja-raja Jawaka dan empayarnya.Mengatasi dinasti-dinasti Melayu yang lain seperti Mahawangsa,Pathomwangsa,Somawangsa dan Sailendra.

Marjaya Sriwijaya!

Marjaya Sriwijaya!

Raja kerajaan Melayu melawan namun ditenangkan oleh jeneral Sriwijaya.Mengingatkan bahawa dinasti Matahari dan dinasti Sriwijaya adalah saudara sebangsa,pertumpahan darah mampu dielakkan.Maharaja membaiki kembali tembok kota dan pelabuhan serta melantik semula raja Melayu sebagai pemerintah pelabuhan yang terletak di Sungai Batang Hari (Sungai ini mengambil nama sempena seorang raja purba yang memulakan dinasti Suryawangsa),taktik yang sama digunakan oleh maharaja ke atas pelabuhan Kataha.

Penawanan kerajaan Melayu mengukuhkan kegemilangan Srivijaya.Perdagangan emas dan kemenyan di dalam genggaman.Pulau Jawa dalam kawalan saudara mereka;dinasti Sailendra.Sriwijaya mengalih perhatian ke Borneo,satu lagi pusat kuasa bangsa Melayu yang terkuat,di bawah kekuasaan dinasti Parahu.Jika di Indochina,raja-raja Melayu mengawal puak-puak Pyu,Mon,Chenla dan Yue (etnik-etnik selatan China seperti Tai dan Hmong),di Sumatera dan Jawa dengan pelbagai etnik bukit termasuk Batak,di Borneo pula,raja Melayu memerintah puak-puak Dayak,Bugis,Bajau,Suluk (Tausug) dan pelbagai lagi etnik-etnik Austronesia Borneo.

Sriwijaya mahu menawan dinasti Parahu!

Maharaja mahu menjadikan Sriwijaya sebagai penakluk segala dinasti Mala!

Jika maharaja mampu menundukkan dinasti Parahu,maka seluruh Borneo dan Kepulauan Visaya adalah di bawah hegemoni dinasti Sriwijaya.Perdagangan rempah adalah di bawah telunjuk Sriwijaya.Sriwijaya menjadi 'ruling class' bagi seluruh dinasti-dinasti Melayu.Ibukota kerajaan dinasti Parahu terletak di Puni (Brunei sekarang).Maharaja menghantar beratus-ratus kapal ke Puni untuk menundukkan raja dinasti Parahu,satu dinasti Melayu yang amat dihormati dan disegani oleh seluruh kaum-kaum Asia Tenggara termasuk para pedagang China.

Seperti yang dijangka,Raja Puni menyerah kalah tanpa apa-apa perlawanan.Puni dijadikan pelabuhan naungan untuk mengawal perdagangan rempah dan hasilbumi Borneo dan Visaya (Filipina).Sebelum itu maharaja mengarahkan raja Puni menundukkan lanun-lanun di Sulawesi dan Sulu yang mengganggu perdagangan penting Sriwijaya.Selepas menundukkan lanun-lanun,maharaja tidak menghukum mereka secara drastik,tetapi menjadikan lanun-lanun itu supaya bekerja dengan orang-orang Melayu.Hasilnya,setiap jeneral-jeneral laut Sriwijaya (mendekati jawatan Laksamana ketika Kesultanan Melaka) memiliki tentera-tentera sendiri dari kalangan Orang Laut,Bajau,Bugis,Sulu dan puak-puak Visaya.



Maharaja menempatkan ramai Senapati dan Bupati Sriwijaya di setiap wilayah kuasa-kuasa laut dan ramai datu-datu untuk mengawal pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya.Maharaja pun membuka laluan perdagangan laut antara India dan China,dan bangsa Melayu sekali lagi menjadi pengurus kepada jaringan perdagangan maritim antara yang tersibuk di dunia.

Semua kuasa-kuasa laut dan pelabuhan-pelabuhan entreport seluruh Nusantara tunduk kepada kekuasaan dinasti Sriwijaya;dinasti dari Bukit Si Guntang Mahameru.Senapati-senapati Chenla dan Mon tunduk kepada maharaja Melayu Sriwijaya.Bupati-bupati Jawa dan Sumatera tunduk kepada pemerintah Melayu Sriwijaya.Datu-datu Borneo dan Visaya tunduk kepada Emperor Sriwijaya.

Kemudian maharaja mengabadikan kejayaan ini ke dalam prasasti,dalam bahasa Melayu Kuno:

"...Laghu mudik datang marwuat manua
    Shriwijaya jayasiddhayatra subhiksa..."


(Belayar mudik datang membuat benua 
    Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur)


Betapa megahnya kata-kata ini,dituliskan dalam bahasa Melayu Kuno yang menjadi lingua franca Asia Tenggara ketika itu.Sehinggakan sami-sami China terpaksa mempelajari bahasa Melayu sebelum belajar bahasa Sanskrit dari para pendeta-pendeta Melayu Sriwijaya.Catatan tentang I-Tsing,sami China yang belajar tatabahasa Melayu:


"...berlayar dengan menumpang perahu orang Parsi dari Guangzhou,Yi Jing (I-Tsing) tiba di Sriwijaya (Palembang,Sumatera) selepas 22 hari, di mana dia menghabiskan 6 bulan berikutnya belajar tatabahasa Sanskrit dan Malayu. Dia meneruskan untuk merakam lawatan ke negara-negara Malayu dan Kiteh (Kedah), dan pada tahun 673 selepas sepuluh hari perjalanan tambahan mencapai 'kerajaan orang-orang yang telanjang' (selatan barat Shu). Yi Jing mencatat kesan tentang 'masyarakat Kunlun',iaitu kata Cina kuno bagi masyarakat Melayu."Orang Kunlun mempunyai rambut keriting, badan gelap,kaki tidak beralas dan memakai sarung."

Bukti dari Yi Jing ini tidak menyebutkan nama bahasa lain sebagai contoh,'Tausug' atau 'Siam',tetapi 'Malayu',menunjukkan disamping Sanskrit sebagai bahasa agama,bahasa Melayu adalah satu bahasa yang wajib dipelajari di seluruh emperium Sriwijaya.Maharaja menggunakan bahasa Melayu,bukan Tausug atau Siam (sebagai contoh) kerana beliau berbangsa Melayu!Jelaslah bahawa orang Melayu dan sejarahnya mampu dibuktikan secara konkrit bukan secara hikayat atau dongengan.Terima kasih kepada para pengembara China yang rajin mencatat sejarah Melayu pada zaman dahulu.

Keterangan tentang rupa paras 'orang Kunlun' adalah merujuk kepada masyarakat Melayu di Indochina dan Segenting Kra,di mana catatan yang sama juga diceritakan dari penulis berlainan.Dalam History of Sui Dinasty:

"...the people of Linyi (Champa) possessed dark skin and curly hair, and that after first Sui Emperor Yangdi conquered Southern Chen Dynasty in AD 589, Linyi sent in tributes. Linyi stopped tributes till Sui armies, led by General Liu Fang, attacked them in AD 604. (Sui Emperor, in addition to attacking Linyi, had invaded Ryukyu.) According to "History of Sui Dynasty", further to the southwest of Linyi (Champa) would be a statelet called Zhenla (Chang-la or Chenla), a vassal of Funan. Zhenla (Chang-la) male population were recorded to be small in size but dark in skin, but some females were said to have lighter skin. Chang-la people all had curly hair. To the west of Zhenla (Chang-la) would be a statelet called Zhu-jiang, and to the south Che-qu. Numerous statelets existed further, with rulers carrying Indian names. It is no strange to see this phenomenon when we examined the history of southeast Asia as a whole to find that Indian influence had spread across the whole area much before the Chinese poked their nose in the same area,.."

Champa adalah salah sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai Vietnam,termasuk dalam naungan Sriwijaya dengan salah seorang rajanya memakai gelaran dari kerabat Sriwijaya iaitu 'Yang Pu Ku Vijaya Sri'.




Maharaja Sriwijaya tidak menetapkan satu-satu kota pelabuhan sebagai pusat pemerintahan mutlak.Keburukannya ialah,jika ibukota diserang,segala harta benda dan kekuatan Sriwijaya akan musnah.Jadi maharaja bebas memerintah dari semua kota pelabuhan,namun sebagai memudahkan pentadbiran,Palembang dijadikan rujukan pentadbiran Sriwijaya.Adakalanya maharaja menggunakan Kataha sebagai pusat pemerintahan.Adakalanya maharaja menggunakan Puni (Brunei) untuk mengawal jajahan Sriwijaya.Ini adalah strategi bijak,tidak seperti bangsa Assyria yang terus musnah setelah Nineveh hancur,atau seperti Ectabana yang dikalahkan dan setelah itu bangsa Medes pun seakan hilang dari sejarah.

Kemakmuran Sriwijaya menjadikannya legenda di kalangan kawan dan lawan.Contohnya terpahat di satu kuil purba di Tanjore,India:

"....tumpukan harta yang banyak, Vidyadhara-torana membuka gerbang kota pedalaman yang luas yang dilengkapi perlengkapan perang, berhiaskan permata dengan kemuliaan besar, gerbang kemakmuran Sri Vijaya; Pannai dengan kolam air, Malaiyur dengan benteng terletak di atas bukit; Mayirudingam dikelilingi oleh parit; Ilangasogam yang tak gentar dalam pertempuran sengit...; Mappappalam dengan air sebagai pertahanan; Mevilimbangam, dengan dinding tipis sebagai pertahanan; Valaippanduru, memiliki lahan budidaya dan hutan; Takkolam yang memiliki ilmuwan; pulau Madamalingam berbenteng kuat; Ilamuri-Desam, yang dilengkapi dengan teknologi hebat; Nakkavaram yang memiliki kebun madu berlimpah; dan Kadaram berkekuatan seimbang, dengan tentara memakai kalal.."

Dengan menguasai jaringan perdagangan sama seperti apa yang dilakukan oleh Empayar Zabag (Jawaka),Sriwijaya adalah dinasti Melayu paling berpengaruh dan disegani di seluruh Asia Tenggara.



Sriwijaya Dalam Kenangan


Empayar Srivijaya menguasai Selat Melaka (Melaka), yang hampir penting untuk perdagangan antara China dan India. Ini menekan aktiviti lanun di sepanjang perdagangan Selat Melaka, memudahkan, tetapi tidak menghancurkan pesaing bukan Srivijaya melainkan menggunakan mereka sebagai sumber kedua bagi perdagangan. Sriwijaya berpengaruh luas di kawasan-kawasan yang menggunakan campuran diplomasi dan penaklukan, dan akhirnya dikendalikan dengan gaya pentadbiran  'persekutuan kota-kota pelabuhan'. Sriwijaya menguasai bahagian Sumatera, Jawa Barat, Sri Lanka, Kalimantan Barat, Sulawesi, Maluku, Filipina, dan Pulau Sulu serta Visayas dan utara semenanjung Melayu (Segenting Kra);ia berdagang dengan orang Arab,Empayar Pala di Bengal, bahagian lain India, ke Madagascar dan di sepanjang pantai timur Afrika, di antara Pulau Rempah dan pelabuhan dari China selatan, terutamanya Canton (Guangshou / Kuangchou) dan pelabuhan lain dari Guangdong / daerah Kwantung wilayah (Macau). Antara pusat komersil yang penting untuk peniaga Srivijaya juga ialah Kerajaan Fujian (Min), dengan Fukien ("Pendirian Yang Gembira") Negeri (Min Sheng), ditambah dengan pelabuhan Amoy (Hsia-men/Xiamen) dan Fu-chou (Fuzhou / Foochow "Kota Selamat').

Pelabuhan ini menjadi penting di bawah Dinasti Sung (mulai sekitar tahun 960, tetapi di selatan hanya selepas tahun 1127), tetapi perdagangan dengan Sriwijaya berlangsung selama beratus-ratus tahun sebelum itu (dicatatkan 300 tahun Sebelum Masehi).Sebuah kuasa laut dengan tempoh sehingga abad ke-13, Sriwijaya memiliki ratusan kapal dan puluhan ribu tentera, tapi tidak selamanya bertahan sehingga ke hari ini. Sriwijaya mungkin mempunyai ibu kota, di Palembang (di Sumatera), tetapi kawasan ini adalah jaluran panjang paya-paya yang sukar untuk menggali - mungkin gambaran lebih jelas akan muncul kemudian,mungkin sekiranya terdapat peruntukan dan usaha yang keras untuk menggali.Kita tahu bahawa Sriwijaya adalah salah satu kerajaan terkaya pada masanya, mungkin berkembang sejak 500 Masehi, tapi jelas mendominasi pantai Selat Melaka selama sekurang-kurangnya 640 tahun!



Khom terawal (Angkor) adalah kemungkinan peradaban anak sungai, dan sebuah stupa dibina di Chaiya, Suratthani (selatan Thailand) adalah warisan Srivijaya. Pada awal abad ke-11, melalui 20 tahun serangan oleh raja Chola dari Coromandel India, Sriwijaya kehilangan kawalan ke atas perdagangan China-India dan merosot,berakhir sekitar 1400, ketika Ayutthaya menjadi semakin penting.Islam telah datang ke Sumatera, putera terakhir Srivijaya menubuhkan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402, dan memeluk Islam pada tahun 1414.

Walaupun secara umumnya sebelum penemuan Sriwijaya secara akademik oleh Coedes,nama Sriwijaya hampir tidak diketahui oleh masyarakat moden hatta penduduk Asia Tenggara malahan orang Melayu sendiri,legenda Sriwijaya sebenarnya masih tersimpan kemas dalam ingatan kerabat diraja dan bangsawan di Indonesia dan Malaysia.Dalam pada itu,masih ada banyak kebingungan, kerana dengan merujuk kepada Sriwijaya sebagai sebuah kerajaan, ketika "kuasa politik" atau "persekutuan" sebenarnya lebih tepat. Ini mungkin tidak mempunyai raja yang berkuasa, hanya pangeran dan kasta penguasa. Melibatkan perkilangan, pusat-pusat keagamaan, komersil dan politik, sekurang-kurangnya beberapa abad, yang terdapat dalam rekod Arab dan Cina.Orang Khmer menyebutnya Melayu,yang lain punya nama lain - yang membantu menambah kebingungan dan ketidakjelasan ... tetapi sifat yang berbeza dari negara itu kemungkinan bahaya yang paling parah ke memori itu,menyebabkan Sriwijaya seakan 'hilang' dari lipatan sejarah Asia Tenggara.Di kawasan-kawasan pedalaman tetap berada di bawah pemimpin tempatan (Datu-datu), seringkali disusun dalam rangkaian kesetiaan melalui pernikahan, namun dipacu oleh hubungan perdagangan primer, dan dasar kerjasama dalam persekutuan maritim. Kepelbagaian budaya dalam bidang perdagangan dan pengaruh Srivajaya yang kondusif (selesa) untuk perdagangan,dan dalam banyak hal memperkuatkan jaringan hegemoni empayar ini.

Raja-raja Melayu dinasti Sriwijaya berkasta Kesatria,merupakan pengiktirafan dari puak-puak Kamboja yang membawa budaya Avestan;Kamboja adalah puak Aryan yang sekian lama menjalankan perdagangan dengan dinasti-dinasti Melayu.Karavan perdagangan antara India dan Mon Dvaravati terjadi di masa awal Buddha. Kemudian perdagangan laut, dengan menggunakan kapal besar, mulai, meliputi sebahagian besar pantai selatan Asia barat China, dengan perdagangan yang signifikan menggunakan kuda selama seribu tahun yang lalu.Rekod Parsi menyebutkan duta-duta yang dihantar dari Sri Lanka untuk Maharaja Anusharwan (memerintah 531-578 M,pemerintah Parsi dinasti Sasanid,kemungkinan inilah Nursyirwan Adil dalam hikayat Melayu), membawa sepuluh ekor gajah, 200,000 keping dari kayu jati dan tujuh penyelam mutiara. Logam mulia dan batu, rempah-rempah, (terutama cengkih, pala dan kapulaga), gaharu, cendana, kapur barus, makanan, jute, lilin, timah dan logam lain, ternakan dan bahagian-bahagian haiwan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada taring, tanduk) , tekstil dan barang ubat yang tersenarai (antara lain, kemungkinan besar termasuk jimat, candu, sirih, pisau dan cermin, walaupun rekod penghantaran tidak tersedia). Dari Sri Lanka mereka berdagang dengan Ligor, Lavo dan Lopburi dalam apa yang digelarkan sebagai Siam, dan mendirikan bandar pedalaman dari Kambojagama, tenggara Mon Haripunjaya (kemungkinan besar pada laluan karavan tua).

Akhirnya,komuniti perdagangan Sriwijaya menghasilkan pemimpin-pemimpin hebat yang menukar penyelesaian komersil menjadi negara politik yang terancang dan berkembang menjadi satu lagi kerajaan yang agung,kerajaan Angkor.Suffix -Varman untuk penguasa di Angkor adalah sebuah nama Ksatria, menghubungkan mereka dengan Arya Kambujas. Hal ini menunjukkan bahawa sifat raja-raja dan kepercayaan sihir yang digunakan untuk menyokong kerajaan adalah berasal dari tradisi yang kuno, mungkin dari Mesopotamia,tetapi ini memerlukan analisis yang lebih berkesan.

Ketika kegemilangan empayar ini,sang maharaja ada mengirimkan surat-surat kepada kekhalifahan Islam. S.Q Fatimi telah menerbitkan catatan tentang dua surat dari Mihraj Zabag (empayar Zabag) kepada Khalifah Muawiyah (661M-680M) dan Khalifah Umar Abdul Aziz (717M-720M).[rujuk:"Two letters from Maharaja to the Khalifa", Islamic Studies (Karachi), 1963].Isi surat itu sama,memohon dihantar pendakwah Islam untuk mengajarkan agama Islam kepada maharaja.

Apa yang paling penting di sini adalah kemahiran Sriwijaya yang memulakan konsep perdagangan untuk terlibat dalam pembukaan dan penempatan, yang merupakan konsep yang agak unik dan jarang diketahui pada empayar-empayar lain.Sesuatu empayar biasanya terbentuk melalui ketenteraan dan penguasaan wilayah secara paksaan,tetapi itu bukanlah Sriwijaya yang istimewa ini.Diplomasi bangsa Melayu amat aneh dan misteri.Walaupun sekian banyak perdagangan maritim dari pelbagai kaum dan bangsa telah terjadi sebelum era Sriwijaya,namun ia tidak terlalu difokuskan dengan minat yang mendalam,sebagaimana empayar Melayu ini,di mana konsep koloniasasi oleh penjajah Eropah untuk membina empayar perdagangan bukanlah konsep yang 'ajaib' dan penguasaan perdagangan oleh China yang lebih kepada konsep penghijrahan beramai-ramai,namun Sriwijaya membina hegemoni perdagangan dengan kuasa 'magis' dari sikap diplomasi yang bijak dari orang-orang Melayu.

Ketika Burma,Khmer dan Siam berkongsi banyak persamaan,penduduk di negara-negara itu dikuasai oleh kumpulan-kumpulan etnik tertentu,orang-orang di kepulauan, orang-orang Vietnam,Bangladesh,China dan Korea pula sangat berbeza.Orang-orang Mongol mampu memaksakan kuasa atas kawasan yang amat luas dan memiliki kepelbagaian etnik yang kompleks-dari suku-suku Monggol dan China hingga ke bangsa Parsi,Eropah dan Arab,tetapi hanya untuk sekitar 150 tahun.Empayar British juga luas,di mana empayar ini dijoloki sebagai ‘the sun never set',juga bertahan tidak begitu lama.

Tetapi Sriwijaya berakhir sekurang-kurangnya 640 tahun,selama lebih enam abad,dan memerintah ke atas pelbagai suku Austronesia,Mon-Khmer,Tai-Kadai dan para pedagang asing....mungkin disebabkan mereka menemui nilai dalam kepelbagaian,dan cuba untuk tidak memaksakan penguasaan mahupun budaya mereka ke atas wilayah jajahan.













-------------------------------------------



Next...



Alter Terahsia Bangsa Melayu XVI











Petunjuk Tersembunyi Dalam Chiang Mai Chronicles




-Siapakah Suryavarman?
-Petunjuk tersembunyi di dalam Preah Hear
-Siapakah Malayu dalam riwayat Khmer?
-Kod-kod yang tidak boleh dibaca
-Rahsia di dalam batu-batu
-Tempat yang tidak boleh dilihat
-'raja-raja Mala'
-Sri Kambu dan Kedah Tua
-Dinasti Mahawangsa
-Siapakah Merong?
-Rahsia batu berlubang tengah
-Puteri Khmer yang diculik
-Raja Lao yang memakai gelaran diraja Malayu
-Kerajaan Lanxang dan dinasti Malayu
-Perahu siput Nang Kemuning
-Hubungan raja-raja Melayu dan Kambuja-Khmer
-Misteri Sri Dharmaraja



Menjejaki misteri Melayu semakin mendebarkan!Nantikan pengembaraan seterusnya....

Hanya di MistisFiles!

No comments:

Post a Comment