Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday, 11 February 2012

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX (19)


Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX


Lokasi:Nakhon Si Thammarat,Thailand
Masa:10 a.m



Kajian sedang giat dijalankan terhadap kewujudan sebuah entiti politik yang digelar 'Sriwijaya' di bahagian selatan Thailand,di mana batu bersurat yang dikenali sebagai Prasasti Ligor dijumpai.Kedua-dua sisi prasasti ini mempunyai tulisan.Isi dari sisi pertama, yang dikenali sebagai Prasasti Viang Sa (Prasasti Ligor A),adalah tentang 'Lord King' Sriwijaya,yang dituliskan sebagai "hanya raja yang tertinggi dari semua raja bumi", telah mendirikan tiga bangunan dari batu-bata yang indah (Trisamaya caitya);rumah Kajakara (Padmapāņi),dari pemusnah Mara (Buddha),dan Vajrin (Vajrapani).Di sisi lain, yang dikenali sebagai Prasasti Ligor B, terdapat maklumat tentang nama "Visnu" yng digelar "śesavvārimadavimathana" (pembunuh musuh-musuh sombong tidak bersisa) dan juga seorang yang disebut sebagai Sri Maharaja.Sesuatu yang menarik perhatian ialah,gelaran "pembunuh musuh-musuh sombong tidak bersisa",mempunyai kaitan dengan gelaran "viravairimathana" (pembunuh musuh-musuh perwira) pada sebuah prasasti yang ditemui di Nalanda,India.Prasasti tersebut mencatatkan perihal seorang raja dari 'bumijawa' dengan gelaran yang sama,berasal dari sebuah dinasti.

Pengkaji kemudiannya mendapati dalam Prasasti Kelurak dan Prasasti Kalasan yang ditemui di Jawa,Indonesia,ditemui gelaran "vairivaravira-mardhana" (pembunuh musuh-musuh ternama).Kedua-dua prasasti ini menceritakan tentang dinasti pemerintah yang sama.

Para sejarahwan dan sarjana akhirnya telah menyimpulkan kewujudan satu dinasti purba yang amat berkuasa di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.Dinasti ini adalah arkitek yang terulung,pembina yang gigih dan penguasa yang bijak.













"The Sailendras"








“There was a king of Yavabhumi (Java) who was the ornament of the Śailendra dynasty, whose lotus-feet bloomed by the luster of the jewels in the row of trembling diadems, on the heads of all the princes, and who, as his name showed was the illustrious tormentor of the brave foes (Viravairimathana). His fame, incarnate, as it were, by setting its foot on the regions of (white) palaces, in white water lilies, in lotus plants, conches, moon, jasmine and snow and being incessantly sung in all the quarters, pervaded the whole universe.”


(Nalanda Inscription,India)





Antara sifat bangsa Melayu ialah mempertahankan sistem beraja.Raja adalah tunggak kehidupan sosial pada masa lampau.Orang Melayu akan sedaya upaya mempertahankan rajanya,walaupun ada di antara raja-raja ini atau kaum kerabatnya tidak sedar diuntung,mengambil kesempatan atas sanjungan orang Melayu kepadanya.Namun sesetengahnya mempunyai peribadi yang mulia dan mengambil tanggungjawab mempertahankan agama,bukan mempertahankan perut sendiri.

Sebab apa orang Melayu mempertahankan raja?Ini kerana pada masa silam,raja-raja Melayu inilah yang menguasai daratan dan lautan Asia Tenggara,menjadi 'Maharaja seluruh kepulauan'.Mereka membina empayar,menyatukan seluruh pelabuhan dan menjalankan perdagangan maritim antara India dan China.Kesan nostalgia raja-raja Melayu pada masa silam bukan sahaja masih terasa di dalam hati dan sanubari orang Melayu,malah terakam kemas dan riwayat-riwayat Thai,Burma,Vietnam ,Laos dan Kemboja...di Indonesia selain Malaysia sendiri,rekod-rekod pengembara dan maharaja China,dijumpai pada batu bersurat di India dan sejauh kitab-kitab kuno di Iran dan peta-peta pengembara Greek.

Sebagaimana sistem monarki di seluruh dunia yang terdiri daripada dinasti-dinasti,begitu juga raja-raja Melayu.Salah satunya ialah dinasti Sailendra.



Sailendravamsa



"Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnya dan
merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengan kekuatannya
disebut (sebagai dewa) Wisnu, kedua mematahkan keangkuhan semua
musuhnya (Sarwarimadawimthana). Ia adalah keturunan dari (keluarga
Sailendra) yang tersohor disebut Srimaharaja.”

 (Prasasti Ligor B,Chaiya,Thailand)


Sailendra ialah nama sebuah dinasti yang pernah menyebarkan pengaruhnya dari Indochina,semenanjung Malaysia,Sumatera,Jawa,Filipina hingga sejauh India.Nama Śailendravamsa dijumpai pertama kali di dalam Prasasti Kalasan dari tahun 778 Masehi (Śailendragurubhis; Śailendrawańśatilakasya; Śailendrarajagurubhis). Kemudian nama itu ditemukan di dalam Prasasti Kelurak dari tahun 782 Masehi (Śailendrawańśatilakena), dalam prasasti Abhayagiriwihara dari tahun 792 Masehi (dharmmatuńgadewasyaśailendra), prasasti Sojomerto dari tahun 725 Masehi (selendranamah) dan prasasti Kayumwuńan dari tahun 824 Masehi (śailendrawańśatilaka).Semua prasasti tersebut ditemukan di Indonesia.Nama dinasti ini ditemukan juga dalam Prasasti Ligor di Thailand dari tahun 775 Masehi dan juga turut ditemui pada Prasasti Nalanda di India.

Namun yang demikian,nama 'Sailendra' muncul untuk pertama kalinya dalam sebuah prasasti batu yang ditemuidi Sojomerto di daerah pesisir barat laut Jawa Tengah.Oleh kerana ia merupakan
nama peribadi,andaian yang jelas adalah ia menunjukkan si pemunya nama ialah orang yang menurunkan keturunan dari keluarga 'Sailendra'. Prasasti Sojomerto tidak bertarikh, tetapi mengikut kajian,ia berasal dari pertengahan abad ketujuh.Prasasti tertua berkenaan dinasti ini- tidak hanya dari Jawa Tengah, tetapi seluruh Indonesia - adalah dijumpai di batu piagam Canggal,yang dikeluarkan oleh raja Sanjaya pada tahun 732 Masehi.Ini memperingati asas tempat suci Siva lingga di Gunung Ukir bukit, sekitar 10 km hanya timur Candi Borobudur.Nama Sanjaya muncul sekali lagi dalam piagam Mantyasih dari 907 Masehi, ditemui sekitar 15 km sebelah utara Candi Borobudur.

Telah diyakini bahawa pemerintah dari dinasti Sailendra inilah yang membina Borobudur,candi Buddha terbesar di dunia.Ketika ini,empayar Sriwijaya telah dikuasai oleh dinasti ini,dimana sebelum itu empayar ini diperintah oleh raja-raja dari dinasti Sriwijayamala.

Di dalam Prasasti Nalanda di India,terukir nama 'śailendrawańśatilaka' (permata dinasti Sailendra) dan Balaputradeva,raja Jawa.Penemuan nama dinasti ini sejauh India menyebabkan ramai sarjana tertarik untuk mengetahui siapakah dia dinasti ini sehinggakan mampu memahatkan prasasti sejauh India.



Misteri asal-usul dinasti Sailendra




Asal-usul keluarga Sailendra ini masih menjadi bahan perbincangan. Berbagai pendapat telah dikemukakan oleh sejarawan dan arkeologi dari berbagai negara. Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa keluarga ini berasal dari India seperti Majumdar,Moens dan Nilakanta Sastri, yang lain mengatakan dari Funan (Coedes), sementara yang lain mengatakan bahawa mereka adalah asli dari Kepulauan Melayu (Poerbatjaraka).Kita akan menyiasat satu persatu misteri asal-usul dinasti ini.

Majumdar mengandaikan bahawa keluarga Sailendra di Indonesia, baik di Sriwijaya (Sumatera) atau Medang (Jawa), berasal dari Kalinga (India Selatan). Nilakanta Sastri dan Moens mempunyai pendapat yang sama. Moens menganggap bahawa keluarga ini berasal dari India dan tinggal di Palembang sebelum ketibaan Dapunta Hiyang.Pada tahun 682 Masihi, keluarga ini berangkat ke Jawa kerana tekanan Dapunta Hiyang dan tenteranya.Pada masa itu, pusat Sriwijaya berada di Semenanjung Tanah Melayu.

Slametmuljana mempunyai idea yang sama berdasarkan gelaran 'Dapunta' yang ditemui dalam Prasasti Sojomerto.Gelaran ini juga ditemui pada Prasasti Kedukan Bukit (Dapunta Hiyang).Kedua-dua inskripsi ini ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno.Oleh kerana asal bahasa ini adalah dari Sumatera dan di sanalah wilayah berkembangnya Kadātuan Sriwijaya sekitar 680 AD bolehlah diandaikan bahawa 'Dapunta Selendra' adalah salah satu pegawai Sumatera Selatan yang melarikan diri ke pantai utara Jawa di sekitar Pekalongan.Namun dalam teori Slametmuljana ini tidak jelas menyatakan adakah pegawai tersebut berasal dari India.Teori ini juga antara hujah sarjana lain yang mengatakan asal-usul dinasti ini adalah dari Sumatera,sekaligus pandangan Slametmuljana ini terkelompok dalam Teori Nusantara.

Coedes pula memiliki kecenderungan untuk menganggap bahawa Sailendra di Nusantara berasal dari Funan (Kemboja).Jatuhnya Kerajaan Funan disebabkan oleh rusuhan telah mendorong keluarga ini ke Jawa,di mana mereka kemudiannya menjadi penguasa di Medang (Mataram) pada pertengahan abad ke-8 menggunakan 'Sailendra' sebagai nama keluarga.

Pendapat bahawa keluarga Sailendra ini berasal dari Nusantara (Jawa) dikemukakan oleh Poerbatjaraka.Menurut beliau,Sanjaya dan keturunannya adalah raja dari keluarga Sailendra,asal-usul dari Kepulauan Melayu dan beragama Hindu-Siva.Tapi kemudiannya Paņamkaran (salah seorang kerabat Sailendra) menjadi pengikut Buddha Mahayana.Pendapat ini didasarkan pada Carita Parahyangan yang menyebutkan bahawa Rakai Sanjaya memerintahkan anaknya, Rakai Panaraban atau Rakai Tamperan untuk menukar agama kerana agama ini dihormati oleh semua orang.

Pendapat Poerbatjaraka,adalah berdasarkan Carita-Parahyangan, kemudian disahkan oleh inskripsi yang ditemui di wilayah Kabupaten Batang.Dalam inskripsi ini, yang dikenali sebagai Prasasti Sojomerto,nama Dapunta Selendra disebutkan,juga nama ayahnya,Santanu, dan ibunya bernama Sampūla (da pū nta selendra namah santanū nāma ņda bapa ņda bhadrawati nāma aya ņda sampūla nāma ņda).Menurut Boechari, tokoh yang bernama Dapunta Selendra adalah moyang dan pengasas kepada semua raja-raja dari keturunan raja Sailendra di Medang.



Siapakah sebenarnya Sailendra? 





Oleh kerana Prasasti Sojomerto ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno,nama 'Dapunta Selendra' adalah jelas ejaan Melayu dari kata Sanskrit 'Sailendra'.Jika keluarga Sailendra berasal dari India Selatan,sudah tentu mereka akan menggunakan bahasa Tamil atau setidak-tidaknya bahasa Sanskrit pada prasasti mereka.Penemuan Prasasti Sojomerto menunjukkan asal usul keluarga Sailendra dengan Dapunta Selendra sebagai moyang dan pengasas dinasti telah berjaya dijumpai.Berdasarkan gaya paleografiknya,Prasasti Sojomerto ditulis pada pertengahan abad ke-7 Masihi.

Prasasti Sojomerto telah membenamkan semua teori-teori karut dari Nilakanta Sastri,Moens dan lain-lain yang mengatakan dinasti ini berasal dari India Selatan.Prasasti ini memang kuat diyakini menetapkan asal-usul dinasti ini kerana menerangkan siapakah Dapunta Sailendra dan ibu bapanya dalam bahasa Dapunta Sailendra sendiri,bahasa Melayu.

Rahsianya terletak pada gelaran 'Dapunta'.Gelaran ini adalah gelaran khas raja-raja Melayu Kuno dari keturunan Sriwijayamala.Dalam Prasasti Kedukan Bukit,tercatat nama 'Dapunta Hiyang Jayanasa',seorang maharaja Sriwijaya yang menyerang Sumatera.Ketika itu,pusat empayar berada di semenanjung Tanah Melayu.Dapunta ialah gelaran tertua bagi keturunan Sailendra kerana selepas itu gelaran bagi raja-raja dinasti ini ialah 'Rakai' iaitu gelaran bagi raja-raja Jawa.Rakai pada asalnya ialah penguasa tempatan Jawa di bawah hemegemoni Sriwijaya sebagaimana jawatan 'Datu'.'Dapunta' berasal dari 'Dapunta Hiyang' seperti mana perkataan 'Dapunta Hiyang Jayanasa' dalam Prasasti Kedukan Bukit.

Kedua-dua prasasti ini;Kedukan Bukit dan Sojomerto ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Prasasti Sojomerto telah membenarkan sekaligus mengesahkan dakwaan Poerbatjaraka.Sebab itu sejarah Melayu adalah sejarah yang tepat dan terpahat pada batu bersurat.Bukan dongengan atau cakap-cakap mulut apatah lagi wasiat orang mati.





Nama 'Sailendra' menjadi terkenal kerana nama dinasti ini dijumpai terpahat pada prasasti tembaga di Nalanda,India.Di dalam prasti ini jelas merakamkan nama "śailendrawańśatilaka' (permata dinasti Sailendra).Prasasti ini bertarikh 860 Masehi dan ditulis dalam skrip Devanegari dan proto-Bengali, menyatakan bahawa seorang raja Suvarnadvipa (Sumatera) bernama Balaputradeva memberikan anugerah untuk Nalanda (Universiti Nalanda).Prasasti itu juga mencatatkan bahawa Balaputradeva adalah sebahagian dari dinasti Sailendra di Javabhumi (Jawa,di sebelah timur).Anugerah itu berupa pembinaan biara untuk para pelajar tinggal.Prasasti tembaga itu mempunyai mohor berlambangkan dua ekor pelanduk,lambang Universiti Nalanda.



Penguasa dan pengasas dinasti-dinasti Jawa


Dinasti Sailendra adalah antara dinasti terawal yang menubuhkan Kerajaan Medang di Jawa.Malah menurut Poerbatjaraka,dinasti ini adalah perintis kepada dinasti-dinasti lain dalam Kerajaan Medang.Mengapa pakar sastera Jawa ini mengatakan yang demikian?

Terdapat tiga dinasti yang pernah berkuasa di Kerajaan Medang,iaitu dinasti Sanjaya,dinasti Sailendra serta dinasti Isyana.Sanjaya dan Sailendra berkuasa ketika kerajaan Medang berpusat di Jawa Tengah sementara Isyana ketika pusat kerajaannya berpindah ke Jawa Timur.Teori awal mengatakan bahawa dinasti Sanjaya dan Sailendra sama-sama berkuasa di dalam kerajaan Medang.Ia dikemukan oleh Dr. Bosch.Beliau menyebutkan bahawa,di dalam Kerajaan Medang terdapat dua dinasti yang berkuasa,iaitu dinasti Sanjaya dan Sailendra.Istilah dinasti Sanjaya merujuk kepada nama pendiri Kerajaan Medang,iaitu Sanjaya yang memerintah sekitar tahun 732 Masehi. Dinasti ini menganut agama Hindu aliran Siva.

Ibu dari Sanjaya adalah Sanaha,cucu Ratu Shima dari Kerajaan Kalingga di Jepara.Ayah dari Sanjaya adalah Sena/Sanna/Bratasenawa,raja Galuh ketiga.Sena adalah putera Mandiminyak,raja Galuh kedua (702-709 Masehi).Dikemudian harinya,Sanjaya yang merupakan penerus Kerajaan Galuh yang sah,menyerang Galuh dengan bantuan Tarusbawa,raja Sunda.Penyerangan ini bertujuan untuk menyingkirkan Purbasora.

Ketika Tarusbawa meninggal dunia pada tahun 723 Masehi,kekuasaan Sunda dan Galuh berada di tangan Sanjaya.Di tangannya,Sunda dan Galuh bersatu kembali.Tahun 732 Masehi,Sanjaya menyerahkan kekuasaan Sunda-Galuh kepada puteranya Rakai Panaraban (Tamperan).Di Kalingga,Sanjaya memegang kekuasaan selama 22 tahun (732-754 Masehi),yang kemudian diganti oleh puteranya dari Déwi Sudiwara,iaitu Rakai Panangkaran.Rakai Panangkaran dikalahkan oleh dinasti dari Sumatera (?) yang bernama dinasti Sailendra. Pada tahun 778 Masehi raja Sailendra,yang beragama Buddha aliran Mahayana memerintahkan Rakai Panangkaran untuk mendirikan Candi Kalasan.

Sejak itu Kerajaan Medang dikuasai oleh dinasti Sailendra.Sehinggalah akhirnya seorang puteri raja Sailendra yang bernama Pramodawardhani menikah dengan Rakai Pikatan,seorang keturunan Sanjaya,pada tahun 840–an.Rakai Pikatan kemudian mewarisi takhta mertuanya.Dengan demikian, Wangsa Sanjaya kembali berkuasa di Medang.

Namun Poerbatjaraka menolak teori di atas.Bagi beliau dinasti Sanjaya tidak wujud.Menurutnya,Sanjaya tidak pernah ada,kerana Sanjaya sendiri adalah anggota keluarga Sailendra.Dinasti ini mula-mula beragama Hindu,kerana istilah Sailendra bermakna “penguasa gunung” iaitu sebutan untuk Siva.

Selain itu,istilah 'Sanjayawamsa' tidak pernah dijumpai dalam prasasti mana pun, sedangkan istilah 'Sailendrawamsa' ditemukan dalam beberapa prasasti, misalnya prasasti Ligor, prasasti Kalasan, dan prasasti Abhayagiriwihara.Jika dinasti Sanjaya amat berkuasa sehingga dikatakan membina candi Prambanan,sudah tentu mereka mampu memahat nama keluarga pada batu bersurat.Realitinya tidak ada nama keluarga Sanjaya terpahat pada batu bersurat.Ini bermakna keluarga Sanjaya masih bernaung di bawah nama keluarga Sailendra.

Poerbatjaraka juga berpendapat bahawa,Sanjaya telah memerintahkan agar puteranya,iaitu Rakai Panangkaran bertukar agama,dari Hindu menjadi Buddha.Teori ini berdasarkan atas kisah dalam Carita Parahyangan bahawa Rahyang Sanjaya menyuruh Rahyang Panaraban untuk bertukar agama.Dengan demikian, yang dimaksud dengan istilah “raja Sailendra” dalam prasasti Kalasan tidak lain adalah Rakai Panagkaran sendiri.

Carita Parahyangan memang ditulis ratusan tahun sesudah kematian Sanjaya.Walaupun demikian,kisah di atas seolah terbukti dengan ditemukannya sebuah prasasti yang mengisahkan tentang seorang pangeran bernama Sankhara yang bertukar agama kerana ayahnya meninggal dunia akibat menjalani ritual terlalu berat. Sayangnya,prasasti ini tidak jelas angka tahunnya,serta tidak menyebutkan nama ayah Sankhara tersebut.

Jadi Poerbatjaraka menyebutkan bahawa hanya ada satu dinasti saja yang berkuasa di Kerajaan Medang,iaitu dinasti Sailendra yang beragama Hindu Siva.Sejak pemerintahan Rakai Panangkaran,dinasti Sailendra terpecah menjadi dua.Agama Buddha dijadikan agama resmi negara,sedangkan cabang Sailendra lainnya ada yang tetap menganut agama Hindu,misalnya seseorang yang kelak menurunkan Rakai Pikatan.Rakai Pikatan inilah yang dijadikan hujah wujudnya dinasti Sanjaya.

Satu lagi dinasti yang dikatakan memerintah Medang ialah Isyana.Istilah Isyana berasal dari nama Sri Isyana Wikramadharmottunggadewa,iaitu gelaran Mpu Sindok setelah menjadi raja Medang (929–947 Masehi).Dinasti ini menganut agama Hindu aliran Siva.

Berdasarkan agama yang dianut,Mpu Sindok diyakini merupakan keturunan Sanjaya,pendiri Kerajaan Medang era Jawa Tengah.Salah satu pendapat menyebutkan bahawa Mpu Sindok adalah cucu Mpu Daksa yang memerintah sekitar tahun 910–an. Mpu Daksa sendiri memperkenalkan pemakaian Sanjayawarsa (kalender Sanjaya) untuk menunjukkan bahawa dirinya adalah keturunan asli Sanjaya.Dengan demikian, Mpu Daksa dan Mpu Sindok dapat disebut sebagai anggota dinasti Sanjaya.

Namun Poerbatjaraka, Pusponegoro,dan Notosutanto menolak teori kewujudan dinasti bernama Isyana.Menurut mereka,dalam Kerajaan Medang hanya ada satu dinasti saja,iaitu dinasti Sailendra,yang asalnya beragama Hindu.Kemudian muncul dinasti Sailendra yang beragama Buddha apabila terpecah dengan munculnya anggota yang beragama Buddha.

Dengan kata lain, versi ini berpendapat bahwa Mpu Sindok adalah anggota Wangsa Sailendra yang beragama Hindu Siva,dan yang memindahkan istana Kerajaan Medang ke Jawa Timur.KESIMPULANYA,HANYA DINASTI SAILENDRA SAHAJA PEMERINTAH KERAJAAN MEDANG YANG SEBENAR.

Teori Poerbatjaraka tepat setakat ini,kerana berdasarkan epik rakyat dan ditemui pula prasasti yang bersesuaian dengan epik tersebut.Ini bermakna sejak kita mengetahui bahawa Sailendra berasal dari dinasti Melayu,maka dinasti ini telah menurunkan beberapa keluarga pemerintah Jawa.Bagaimana?PERKAHWINAN CAMPUR.Kita tahu bahawa Majapahit yang muncul beratus tahun sesudah kerajaan Medang Kuno adalah beragama Hindu.Sebenarnya,yang menganut agama Buddha pada masa lampau ialah bangsa Melayu.Dan ini identiti negarakota Melayu Segenting Kra.Orang Melayu suka bertukar agama,di mana dirasakan agama asal terlalu banyak menyeleweng.Buddha adalah agama yang dilihat cuba membetulkan agama Hindu.Apabila tiba Islam,orang Melayu bertukar agama lagi,kerana mereka mendapati agama ini adalah benar sebenar-benarnya;menyembah Tuhan Yang Esa,bukan patung-patung batu buatan tangan sendiri.

Jadi jelas diyakini,keturunan Rakai Pikatan telah menjadi keturunan Jawa apabila unsur Melayu telah mula hilang sedikit demi sedikit.Ini terjadi pada pemerintah Melayu yang berkahwin dengan orang Khmer dan Lao di Indochina.Biasanya anak raja rapat dengan ibu mereka,sementara ayahnya;si raja Melayu selalu keluar untuk berperang atau berdagang.Ini selalunya memakan masa berbulan-bulan.Lama kelamaan,anak tersebut cenderung dengan bahasa atau budaya ibu mereka,tidak kira Jawa,Khmer atau Lao.

Ini menunjukkan bahawa legenda Aji Saka itu adalah benar.Aji Saka ialah tokoh legenda Jawa,orang luar yang membawa peradaban pada bangsa Jawa.Dinasti Sailendra adalah dinasti Melayu Segenting Kra pada asalnya,menurut sumber dari Kemboja yang mengatakan wujud raja Aji Saka di mana 'Saka' merujuk kepada kaum 'Saka',rumpun bangsa Kamboja.Apa rahsia semua ini?Pada masa dahulu,yang membawa ajaran Veda ke Nusantara ialah kelompok Kamboja ini.Kemungkinan mereka mula-mula membawa ajaran Veda yang suci;menyembah satu Tuhan bernama Brahma.Kemudian hari berganti hari,ajaran asal Veda telah rosak dan menjadi agama Hindu yang menyembah beratus-ratus dewa.Apabila kelompok Kamboja yang mengajarkan agama Veda telah hilang meresap menjadi Melayu,tiada siapa yang membetulkan ajaran Veda,maka raja-raja Melayu mengikut sahaja kelompok Hindu yang baru.Ini ibarat apabila ulama-ulama kota Mekah semuanya menyeleweng,maka kemungkinan besar raja-raja Melayu juga cenderung untuk menyeleweng kerana kiblat agama Islam adalah di Tanah Arab.Begitu juga ajaran Veda berkiblatkan India.Perlu diingat,bangsa Kamboja bukanlah Dravidia seperti Tamil atau Telegu,mereka ialah puak-puak Aryan yang berkulit cerah.Wajah mereka iras-iras antara keturunan Greek dan Parsi,berkulit kemerah-merahan.Mereka berbahasa Parsi Kuno seperti Avestan.

Nama kerajaan Medang pula ada tercatat dalam Prasasti Laguna (Laguna Copperplate) bertarikh 822 Saka (900 Masehi) yang ditemui di Manila,Filipina.Penemuan prasasti yang ditulis dalam skrip Kawi dalam bahasa Melayu Kuno yang mempunyai perkataan pinjaman dari Sanskrit dan beberapa elemen kosa kata bukan dari bahasa Melayu iaitu dari bahasa Jawa Kuno dan Tagalog Kuno.Ini menunjukkan bahawa orang-orang atau pegawai kerajaan Medang telah memulakan perdagangan antara pulau dan hubungan luar negeri di kawasan-kawasan sejauh Filipina,dan membuktikan hubungan antara kerajaan Melayu Kuno dan Filipina memang wujud.INI ADALAH BUKTI KUKUH HUBUNGAN ANTARA ORANG MELAYU DENGAN KEPULAUAN FILIPINA.Sebab itu orang yang menafikan pengaruh Melayu di Filipina adalah bagaikan katak di bawah tempurung.Ahli sejarah Filipina sendiri mengakui asal-usul bangsa mereka adalah orang Melayu.Laguna Copperplate adalah surat hutang.Ini bermakna dalam urusan pentadbiran,bahasa Melayu adalah bahasa dominan.Kewujudan perkataan Jawa disebabkan oleh kerana dinasti Melayu Sailendra memerintah dari Jawa.Istilah Tagalog kerana untuk memudahkan orang tempatan yang biasa bertutur dalam bahasa daerah mereka.




Mengapa dinasti Sailendra menulis prasasti-prasasti dalam Bahasa Melayu?



Adakah hanya Prasasti Sojomerto sahaja yang dipahat oleh dinasti terkemuka ini yang menggunakan bahasa Melayu Kuno?Setakat ini terdapat enam prasasti termasuk Prasasti Sojomerto yang dipahat oleh dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu Kuno di Indonesia tidak termasuk di Thailand dan India:

-Prasasti Sojomerto, Desa Sojomerto, Kecamatan Reban, Batang, Jawa Tengah.

-Prasasti Gandasuli I, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa Tengah

-Prasasti Gandasuli II, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa Tengah

-Prasasti Bukateja, Bukateja, Purbalingga, Jawa Tengah.

-Prasasti Dewa Drabya, Dieng, Jawa Tengah.

-Prasasti Maņjuįrighra, Candi Sewu, Prambanan, Klaten, Jawa Tengah


Berbanding hanya tiga prasasti dalam bahasa Sanskrit:

-Prasasti Tukmas, Dakawu, Grabag, Magelang, Jawa Tengah.

-Prasasti Canggal, Candi Gunung Wukir, Desa Kadiluwih, Salam,
Magelang, Jawa Tengah

-Prasasti Tri Tepusan, Kedu, Temanggung, Jawa Tengah


Ini menunjukkan di Kerajaan Medang sendiri,raja-raja Sailendra cenderung menuliskan prasasti dalam Bahasa Melayu Kuno.Bayangkan,setelah Poerbatjaraka menafikan wujudnya dinasti Sanjaya,ini bermakna penguasa mutlak Kerajaan Medang adalah dinasti Sailendra yang menuliskan prasasti kemegahan dinasti mereka dalam bahasa Melayu Kuno.

Prasasti yang paling penting kemungkinan setakat ini ialah Prasasti Sojomerto yang memberitahu nama pengasas keluarga Sailendra iaitu Dapunta Sailendra.Dalam prasasti ini menyebutkan:

   1. ... – ryayon çrî sata ...
   2. ... _ â kotî
   3. ... namah ççîvaya
   4. bhatâra parameçva
   5. ra sarvva daiva ku samvah hiya
   6. – mih inan –is-ânda dapû
   7. nta selendra namah santanû
   8. namânda bâpanda bhadravati
   9. namanda ayanda sampûla
  10. namanda vininda selendra namah
  11. mamâgappâsar lempewângih

Terjemahan prasasti dalam Bahasa Melayu moden:

    Sembah kepada Siwa Bhatara Paramecwara dan semua dewa-dewa
    ... dari yang mulia Dapunta Selendra
    Santanu adalah nama bapanya, Bhadrawati adalah nama ibunya,Sampula adalah nama isterinya dari
    yang mulia Selendra. 


Lihat perkataan-perkataan Melayu Kuno antaranya:

1-ku samvah hiya (ku sembah dia)
2-namanda (namanya)
3-bapanda (bapanya)
3-vininda (bininya)


Prasasti Bukiteja pula berisi sebaris ayat yang pendek,tetapi punya erti yang besar:

"ini padehanda Hawang Payangnan"


Maksud:

"ini sisa tubuhnya Hawang Payangnan"

Kemungkinan besar prasasti ini adalah batu nisan bagi orang yang bernama Hawang Payangnan.Batu bersurat ini mempunyai usia dan gaya tulisan yang sama digunakan oleh dinasti Sailendra.Perhatikan sebarisan ayat pendek ini menggunakan sepenuhnya tatabahasa Melayu seperti 'ini' dan '-nda' (-nya).

Persoalannya,mengapakah dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu Kuno dalam mengungkapkan kemegahan dinasti mereka?Terdapat dua kesimpulan:

1-Dinasti Sailendra ialah berketurunan Melayu
2-Dinasti Sailendra di bawah pengaruh kebudayaan dan bahasa Melayu

Kesimpulan pertama memang tidak diragukan bahawa dinasti Sailendra adalah dinasti Melayu.Semua prasasti di bawah nama keluarga Sailendra jika tidak berbahasa Melayu Kuno,dipahat dalam bahasa Sanskrit.Tiada prasasti yang di dalamnya tertulis nama Sailendra dalam bahasa Jawa kecuali Prasasti Kayumwunan yang dwibahasa (Sanskrit sepenuhnya kemudian disambung Jawa Kuno).Yang ada ialah prasasti yang berisi aktiviti raja-raja bawahan Sailendra atau dari keluarga Sailendra yang biasanya memakai gelaran 'Rakai'.Hanya bahasa Melayu Kuno dan Sanskrit digunakan untuk menuliskan prasasti yang membawa nama 'Sailendra'.Sepertimana dua prasasti yang dikaitkan dengan candi Sewu,Prasasti Manjusrigerha dan Prasasti Kelurak.Uniknya,Prasasti Manjusrigerha memakai tulisan Jawa Kuno dan berbahasa Melayu Kuno,sedangkan Prasasti Kelurak beraksara Prenagari dan berbahasa Sanskrit.

Kesimpulan yang kedua pula kemungkinan besar Dapunta Sailendra ialah pegawai atau gabenor Sriwijaya yang memerintah Jawa.Jika beliau orang Jawa,maka oleh kerana beliau termasuk pegawai Sriwijaya maka kehidupannya telah dipengaruhi cara hidup Melayu,termasuk bahasa.

Jadi walau apa pun kesimpulannya,kita tahu bahawa pada abad ke-8 Masehi,bahasa Melayu Kuno telah pun menjadi bahasa standard raja-raja Austronesia.Malah menjadi lingua franca empayar-empayar Asia Tenggara.




Siapakah Poerbatjaraka?


Ada sesetengah orang yang mempertikaikan prasasti-prasasti seperti Kedukan Bukit,Talang Tuwo,Sojomerto dan lain-lain yang dilabelkan sebagai 'Bahasa Melayu Kuno'.Ini kerana terdapat campuran istilah Sanskrit di dalam prasasti-prasasti tersebut.Sebenarnya dalam prasasti Jawa Kuno juga bercampur perkataan Sanskrit.Jadi orang yang layak untuk membezakan yang mana bahasa Jawa Kuno,Melayu Kuno dan sepenuhnya Sanskrit ialah orang yang belajar ketiga-tiga bahasa itu.

Siapakah Poerbatjaraka?Adakah beliau seorang Melayu?Tidak,beliau berketurunan Jawa dan pakar dalam kesusasteraan Jawa.Jadi mengapa beliau berhujah tidak wujud dinasti Jawa Sanjaya malah semua dinasti Medang berasal dari Sailendra?Sailendra pula dikatakan dinasti Melayu berdasarkan Prasasti Sojomerto dan lain-lain prasasti?Bukankah lebih baik beliau berbohong sahaja mengatakan tulisan pada prasasti-prasasti tersebut berbahasa Jawa ataupun Sanskrit?Tiada siapa yang tahu.Mahaguru Sanskrit dari India pun tidak tahu.Ini kerana tulisan pada batu-batu bersurat ini punya variasi tulisan antaranya Kawi (tulisan ini tidak mampu dibaca oleh pakar dari India walaupun berasaskan skrip Brahmi),Pallava,Pranagari atau Jawa Kuno.Jika pakar Sanskrit dari India boleh membaca sekalipun,mereka tidak mampu membaca sebahagian perkataan,yang merupakan bukan bahasa Sanskrit tetapi dari Melayu Kuno.Poerbatjaraka boleh membohongi semua orang,mengatakan semua prasasti Sailendra berbahasa Jawa Kuno.Tetapi realitinya beliau tidak berbuat demikian.

Sebenarnya,beliau ADALAH SARJANA TULEN,BUKAN NASIONALIS JAWA.Beliau berpegang pada prinsip.



Nama penuhnya ialah Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi (Lesya) Poerbatjaraka (Purbacaraka).Lesya ialah nama timangannya sejak kecil.Ayahnya Raden Tumenggung Purbadipura adalah sastarawan istana kesayangan Susuhunan Pakubuwana X,raja Surakarta.Bagaikan kuah tumpah ke nasi,Poerbatjaraka secara automatiknya, juga mempunyai minat terhadap kesusasterawan Jawa dan bahasa Jawa.Anak kepada pekerja istana membuatkan beliau senang untuk akses kepada khazanah kesusasterawan Jawa.Beliau belajar bahasa Melayu dan Belanda di sekolah Hollandsch-Indische School (bahasa Melayu sebenarnya telah lama diajar di sekolah-sekolah Belanda,sebagai bahasa standard).Kepandaian beliau dalam bahasa Belanda menyebabkan beliau sering dilihat berbual dengan tentera Belanda malah orang Belanda amat senang dengan beliau.

Poerbatjaraka mula belajar Sanskrit selepas terlibat dengan bahan-bahan kesusasteraan Jawa Kuno yang memerlukan kepakaran dalam bahasa Sanskrit.Ini adalah ketika beliau bertugas di Muzium Gajah.

Oleh kerana kepakarannya dalam bahasa Jawa Kuno,Melayu Kuno dan Sanskrit serta mahir dalam beberapa tulisan seperti Kawi dan Jawa Kuno,maka beliau telah dihantar ke Belanda,untuk mengkaji 'khazanah' yang dirompak Belanda sebelum itu.Poerbatjaraka ditugaskan di Universiti Leiden di Belanda sebagai pembantu Prof. Dr. Hazeu, mahaguru kesusasteraan Jawa.Kemudian pada tahun 1926,walaupun tidak pernah menghadiri kuliah,Poerbatjaraka diperkenankan untuk mendapatkan gelaran doktor dengan tesisnya,Agastya in den Archipel.

Sekembalinya di Muzium Gajah pada tahun 1930-an,beliau telah diberi jawatan sebagai kurator manuskrip dan diberi tugas untuk mengkatalog semua manuskrip Jawa.

Setelah kemerdekaan Indonesia,beliau dilantik sebagai profesor di Universiti Indonesia,Jakarta,Universiti Gajah Mada,Yogyakarta dan Universiti Udayana, Denpasar,Bali.

Jadi Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi Poerbatjaraka adalah orang yang paling tepat untuk kita rujuk.Bukannya sesetengah dari kita yang kononnya pakar bahasa tetapi rupa-rupanya hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Pakar bahasa,sejarahwan dan linguistik sememangnya maklum akan gaya bahasa Melayu Kuno.Cuma sesetengah orang yang tidak berpuashati dengan betapa banyaknya prasasti dalam bahasa Melayu Kuno,bukan bahasa sukukaum mereka,akan cuba menegakkan benang yang basah.Tiada siapa yang mahu menuliskan kemegahan kerajaannya dalam bahasa kaum mereka bahkan raja-raja Nusantara tahu bahasa mana yang standard untuk dipakai sebagai menunjukkan prestij.Jadi serahkan kepada yang pakar.




Borobudur,'Wonders' Melayu Sailendra





Apabila membicarakan tentang Sailendra,sudah tentu kita akan teringatkan 'masterpiece' mereka;Borobudur.Bukanlah untuk membincangkan topik agama di sini,tetapi tentang kejuruteraan senibina dan seni ketukangan Melayu purba yang tiada tolok bandingnya.

Borobudur adalah salah satu monumen Buddha terbesar di dunia,malah candi Buddha paling terbesar di dunia.Dibinakan oleh seorang raja dari dinasti Sailendra, ia dibina untuk menghormati kemuliaan Buddha dan pendiri candi tersebut,seorang raja.Nama Borobudur dipercayai berasal dari kata Sanskrit "vihara Buddha Uhr" , yang bererti biara Buddha di atas bukit. Candi Borobudur terletak di Muntilan,Magelang,dan berjarak sekitar 42 km dari kota Yogyakarta.


Borobudur adalah kombinasi harmoni stupa,kuil-gunung dan diagram ritual.Kompleks candi ini dibina pada beberapa tingkat di sekitar bukit yang membentuk pusat alam.Peringkat pertama di atas dasar terdiri daripada lima teras persegi,bersaiz tepat dan membentuk dasar piramid.Di atas peringkat ini adalah tiga platform lingkaran yang menonjolkan oleh stupa utama.



Tangga disediakan menuju ke stupa besar.Tapak dan koridor pejalan kaki melampirkan teres persegi dihiasi dengan 'relief' terpahat di batu.Mereka menggambarkan berbagai tahapan perkembangan jiwa menuju penebusan dan episod dari kehidupan Sang Buddha.Teras melingkar yang dihiasi dengan tidak kurang dari 72 kerawang stupa masing-masing mengandungi patung Buddha.Dinding-dinding Borobudur terpahat oelh khazanah 'bas-relief' yang memukau,hingga jumlah panjangnya kira-kira  6 kilometer! Ini telah dikatakan sebagai koleksi terbesar dan paling lengkap 'relief' Buddha di dunia,tak tertanding dalam apa jua karya seni individu walau di mana di dunia ini.Penceritaan 'relief' pada dinding utama dibaca dari kanan ke kiri,mereka pada koridor dari kiri ke kanan.Hal ini dilakukan untuk tujuan Pradaksina,satu ritual,yang membuatkan para pelawat akan bergerak mengikut arah jam.Borobudur mengandungi sekitar 2670 'bas-relief' individu (1460 naratif dan 1212 panel dekoratif),yang meliputi bahagian depan bangunan dan koridor.Jumlah luas permukaan 'relief' ialah  2500 meter persegi (26,909.8 sq ft) dan ianya terdapat di tapak tersembunyi (Kamadhatu) dan lima platform persegi (Rupadhatu).Borobudur adalah galeri 'relief' paling menakjubkan di dunia.



Seperkara yang menarik,struktur Borobudur tidak memakai simen atau bahan perekat sama sekali,melainkan sistem tanggam (interlock) iaitu seperti mencantum blok-blok Lego.Teknik tanggam memang menjadi kepakaran orang Melayu.Anda boleh ke Muzium Negara untuk menyaksikan sebuah pintu istana dari Kerajaan Setul (Satun,di Thailand sekarang) yang tidak menggunakan sebarang paku.Begitu juga istana Sri Menanti.Senibina perahu dan kapal Melayu awal juga tidak menggunakan sebarang paku.



 Borobudur dibina antara 750 dan 842 Masihi;300 tahun sebelum pembinaan Angkor Wat di Kemboja dan 400 tahun sebelum katheral-katheral besar mula tegak di Eropah.Sesungguhnya orang-orang Melayu adalah pembina yang unggul pada zaman dahulu.Namun kita tahu,apabila kerajaan Melayu runtuh dan keturunan dirajanya lupus,segala kepandaian orang Melayu juga lupus.Melayu memerlukan kepimpinan baru,bermula dan membina keagungan kembali.Jatuh...dan bangkit kembali.Namun harganya amat mahal perlu dibayar;jatidiri.Dalam keterlupaan orang Melayu akan keagungan silam mereka,hanya prasasti dan bahasa mereka yang menyelamatkan maruah dan kebanggaan mereka.Mujurlah raja-raja Melayu bijak merakamkan bahasa mereka dalam prasasti.

Menariknya,Slametmuljana di dalam bukunya Asal Bangsa dan Bahasa Nusantara mengemukakan pandangan bahawa bahasa Melayu berasal dari bahasa yang ada di daerah sekitar Indochina meliputi Champa, Mon-Khmer,Bahnar,Rade,Jarai,Sedang,Mergui,Khaosan,Shan,dan sejenisnya.Jika mengikut pandangan beliau ini,maka sememangnya Sailendra adalah dinasti Melayu yang berasal dari semenanjung.Rahsia dinasti ini malah disimpan oleh satu lagi dinasti pemerintah Asia Tenggara yang amat kental kemelayuannya serta empayar maritim tertua di Asia Tenggara.Kita akan menggali apakah dinasti yang namanya masih terlekat dalam mantera-mantera Thai dan dipuja-puja.Dari sini mereka membina empayar,menguasai lautan dan memonopoli pardagangan.Semua ini bermula dari nama sebuah keluarga diraja,Sriwijayamala.



-------------------------------------------


Next...



Alter Terahsia Bangsa Melayu XX






"The Srivijayan"






-XXXXX XXXXXX
-XXXX XXXXXXXXXX
-XXXXXXXXXXX
-XXXX XXXX XXXXXXXXX
-XXXXXXXXX
-XXXXX
-XXXXXXXX Kedukan Bukit XXXXX XXXXXXXX
-XXXXXXXXX
-XXXXXXXX
-XXXXXX XXX XXXXXXXXXX
-Mala XXXXXX XXXXX XXXX
-XXXXX
-XXXX XXXXXXXXXX
-XXXXXXXXXXX
-XXXX XXXX XXXXXXXXX
-XXXXXXXXX





Petunjuk sudah hilang!Tiada lagi peti-peti misteri.Gua Rahsia sudah tertutup!

Apa yang akan berlaku seterusnya?

Nantikan episod terakhir "The House of Bani Jawi" dalam keluaran akan datang!

Semestinya di MistisFiles...

2 comments:

  1. salam,

    mohon cik sri tulis pula kisah-kisah kota melayu yang hilang contoh kota gelanggi, kota misteri yang tenggelam di tasik chini dan yang lain2 di semenanjung tanah melayu ... tentu lebih menarik...

    ReplyDelete
  2. kota gelangi tempat perjung melayu melawan portugis

    ReplyDelete