Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday, 1 March 2014

Puteri Hang Li Po di Youtube



sudah lama saya mahu menulis cerita tentang puteri yang seorang ini, namun saya masih teragak-agak sama ada mahu meneruskannya atau tidak sehinggalah saya melihat perkembangan paling terkini tentang dirinya di youtube pada 21/Feb/14 yang lalu, maka saya rasa perlu untuk saya ketengahkan watak dan peranan puteri yang sudah menjadi kesayangan serta sebutan di negara yang penuh dengan riwayat2 dinasti besar di zaman dulu

siapakah puteri tersebut ??
adakah dia sebenar2nya puteri hang li po ??

hahaha.....mana ada puteri hang li po di youtube.....
puteri hang li po adalah anak kepada maharaja cina yang telah datang ke melaka menemui sultan sebagai tanda persahabatan dua bangsa besar dari negara di sebelah timur

dia bukan warga negara cina
dia pun bukan berbangsa cina
kita boleh gelar dia sebagai puteri xila datang dari negara malayxia....hahaha




puteri xila telah menjadi fenomena di tanah besar yang mempunyai jumlah penduduk paling banyak didunia

kenapa tiba2 puteri xila ??
entahlah.....sudah menjadi rezeki kepadanya yang telah ditetapkan Tuhan sejak azali bahawa dia akan membawa peranan seakan puteri hang li po di zaman whatapps yang telah dibeli oleh facebook

puteri xila seolah2 membalas lawatan puteri hang li po yang sudi datang ke melaka demi sebuah diplomasi dua bangsa yang saling bersahabat baik

saya tidaklah mengenali xila dan tidaklah mengikuti perkembangan karier seninya
namun apabila xila telah memengangi pertandingan asian wave 2012, sementelahan dengan dirinya yang manis ayu berhijab, dengan vokalnya yang bagus, saya rasa ramai dari kita telah mula menunjukkan minat keatas perkembangan diri gadis melayu yang berasal dari Tanah Tua ini

xila telah ditawarkan kontrak selama 6 tahun bersama shanghai media group (smg) untuk mengembangkan karier seni di tanah besar cina, asia dan antarabangsa
rezeki orang...tiada siapa yang tahu...

ramai dari kita terutamanya orang melayu dan orang cina teruja dengan kejayaan xila


sebagai orang melayu kita teruja kerana xila boleh berbahasa mandarin, menyanyikan lagu mandarin,diterima baik di negara beridelogi komunis dan xila dapat membawa dirinya dengan berjaya sekali disamping memperkenalkan nama malayxia dengan lebih meluas di negara besar itu, ramai juga orang melayu yang mula meminati lagu2 bahasa cina setelah mendengar ia didendangkan oleh puteri xila

sebagai orang cina malayxia, ramai yang teruja kerana xila lebih fasih berbahasa mandarin daripada mereka, ramai juga yang mula menyanyikan lagu xila versi mandarin, juga mereka terpaksa mencari siapakah xila kerana mereka akan ditanyakan oleh rakyat cina sama ada menganali xila apabila datang menziarahi cina. jadi meereka terpaksa google untuk kenal siapakah xila

dan secara keseluruhannya ramai dari kita berbangga kerana kehadiran xila disana telah memperkenalkan negara malayxia dengan lebih luas kepada rakyat cina sendiri

saya tidak bermaksud untuk tasub terhadap puteri xila
namun, siapakah yang mentaqdirkan untuk anak gadis warisan bonda keturah ini dapat berhijrah lalu menembusi pasaran cina yang kita tahu tidak kurang sengit saingannya ??

saya melihat ia sebagai satu peluang yang dibukakan oleh Tuhan untuk kita lebih mengetahui, memahami serta mula mengambil sikap positif terhadap seorang sahabat lama yang nampak gayanya  kita sudah mula untuk hampir kehilangan di tanah air sendiri

maka Tuhan mahu kita mengembara ke negara asal sahabat ini untuk melihat sendiri bagaimana keadaan hidup mereka, apakah sensitiviti mereka, bagaimana penerimaan mereka terhadap kita .................

sahabat yang sesungguhnya sangat akrab dengan kita sejak dahulu lagi
sahabat yang sebenarnya berhati lembut, sangat berdiplomasi, amat memahami, saling mempercayai dan juga amat memerlukan sokongan dari kita demi survival negara besar mereka diperingkat antarabangsa berdepan dengan pasaran global yang kian tidak menentu keadaanya

bukankah orang melayu dan orang cina itu sebenarnya bersahabat baik  ??



menjadi orang melayu  yang tinggal di malayxia bukanlah mudah
banyak sangat simpang-siur yang terpaksa dihadapi serta dilalui
pelbagai jenis krisis indentiti wujud dinegara ini, yang dihidapi oleh semua bangsa
orang melayu dengan kata2 sihir "malas dan bodoh"
orang cina dengan kata2 sihir "rajin, ekonomi dan semangat keakuan yang tinggi"
orang india dengan kata2 sihir "estet dan paria"

bila berhadapan dengan orang cina, pelbagai tanggapan wujud di benak fikiran - mereka ni okaykah? mereka ini kristian kah? mereka ini gangster kah? mereka ni penipu kah? tapi pada masa yang sama ramai dari mereka sebenarnya nampak baik, sanggup berkongsi ilmu, sentiasa memberi peluang kepada kita, berdiplomasi dan ada semangat setia-kawan

hahaha......nak salahkan yowtai evangelis ??
itu memang kerja mereka mahu menjahanamkan keharmonian hubungan baik dua sahabat lama ini

berbalik kepada puteri xila................
ahh....cuaca di malayxia sering tidak menentu...........panas....panas....panas dan kadang2 hujan
begitu juga dengan hubungan dua kaum besar di sini...............nampak macam panas........panas............dengan "tiba-tiba" ada pula prk kajang.....what???   pilihanraya ni boleh dibuat dengan cara macam ni ke?  you quit jadi yb then spr kena umum prk   ??

aahh............tak habis2 nak cari jalan untuk sentiasa memanaskan keadaan hubungan sesama rakyat didalam negara

tapi melihat bagaimana reaksi audien rakyat negara cina dalam setiap persembahan puteri xila.....dapat juga sedikit menyejukkan cuaca "panas" yang melanda malayxia

hhmmm...mereka rupa2nya amat menghayati sesebuah lagu dan boleh saja beremosi hingga menitiskan airmata apabila lagu yang dibawakan itu benar2 dapat menyentuh perasaan hati nurani  mereka

Shila Amzah - "Ji De" at Sing For China

Shila Amzah - A Moment Like This (Chinese Version)

Shila Amzah - Xiang Ni De Ye (I Am A Singer 2) 21Feb2014

Shila Amzah : I am A Singer Week 8 - 最长的电影 Zui Chang De Dian Ying


selamat mengembara mengenali sahabat lama kita warga negara cina bersama puteri xila, puteri ayu dari malayxia.............!!



1 comment: