Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday, 8 March 2014

Hatiku Hancur (Leukimia & MAS MH370)



Updated News : MAS MH370






hati saya hancur.
kenapa hancur...??

semalam, 7/3/14, disebelah petang, kami menerima berita yang mengesahkan bahawa seorang rakan sekerja yang sedang menjalani rawatan di hospital akibat sering sakit, rupa2nya mengidap leukimia

pada hari isnin yang lepas, 3/3/14, rakan tersebut telah pergi ke hospital kerana tidak sihat dan ingin mendapatkan rawatan lanjut. tetapi setelah diperiksa oleh doktor, mereka mendapati bahawa jumlah sel darah merahnya sangat rendah bacaannya dan tanpa berlengah, doktor segera memasukkan rakan tersebut ke wad hospital untuk pemeriksaan lanjut.

pada 6/3/14, setelah doktor melakukan pemeriksaan terperinci, mereka mendapati bahawa jumlah semua jenis sel darahnya telah jatuh - sel darah merah, sel darah putih serta sel darah kuning.

kami sempat melawatnya pada pagi 7/3/14, beliau nampak lemah tetapi tetap bersemangat sambil melayan kami. pada masa itu kami belum mendapat apa2 maklumat tentang punca simptom2 tidak sihat yang telah dihidapi oleh rakan tadi sejak dua bulan lepas

dan setelah disahkan oleh doktor pakar, maka pada petang 7/3/14, rakan tadi telah mendapat maklumat dari pihak hospital bahawa dia mengidap leukimia

kami di pejabat menerima berita tersebut dengan hati yang sangat berat - terkedu...................




hati saya hancur...............
bukan kerana tidak mahu menerima qada dan qadar Tuhan
bukan kerana merajuk dengan Tuhan
bukan tidak redha dengan taqdirNya

hati ini hancur...............
bila teringatkan betapa "fragile"nya kehidupan ini

hati ini hancur.............
hancur yang saya kira sebagai asbab untuk meleraikan segala perasaan cinta dunia, lalai-leka, lagha dan seumpamanya

hati ini hancur..............
supaya hati ini ingat akan satu kuasa yang Maha Kuasa yang tidak pernah tidur dan sentiasa memerhatikan gerak-geri hamba2Nya

hati ini hancur.....
supaya hati yang hancur ini dapat dipersembahkan kepada Tuhan untuk Dia ubati

rakan saya, Jay memberi pesanan untuk "menghantar" selawat kepada rakan sekerja yang sedang berada dihospital akibat leukimia tadi

"engkau antarlah selawat.............selawat keatas Nabi tu adalah wasilah kepada perhubungan kita sesama manusia, semoga dengan asbab selawat tu, Tuhan beri kawan kamu tu kekuatan, moga dia cepat sihat, moga ada rawatan yang terbaik untuknya" Jay mengingatkan saya

"selawat tu ada energy tersendiri, dengan berkat Nur Muhammad yang Tuhan berikan kemuliaan dan keberkatan, ia boleh memberi ketenangan kepada kamu dan rakan2 sepejabat kamu..." Jay bersuara lagi



--------------------------------------------------------------------------------------------------





pagi tadi, saya menjeling tajuk blog PuteraMariam ................."Berita Tergembar - Pesawat MAS hilang"

saya baca berita tersebut
seperti mana2 berita yang tidak sedap telinga mendengarnya......saya cuba menafikan trajedi pesawat MAS itu sebagaimana saya cuba untuk menidakkan berita penyakit leukimia rakan sekerja saya

namun begitu, semakin saya mengikuti berita kehilangan pesawat MAS, maka semakin kita terpaksa menerima hakikat bahawa berita tersebut adalah tidak palsu, dan ia benar belaka

pesawat itu berlepas pada pukul 12.40 pagi dari KLIA, 8/3/14
saya masih belum tidur lagi

pesawat itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan Subang pada pukul 2.40 pagi
saya terjaga dari tidur pada waktu tersebut

dan sehingga kini pada petang 8/3/14, pesawat MAS MH370 masih belum diketahui nasibnya

dan ia menjadi berita yang menggembarkan bukan saja di malaysia, cina,  asia tenggara............malahan seluruh dunia

kebanyakan penumpang adalah dari warga negara republik cina
ia telah hilang dari kawalan trafik udara dianggarkan semasa pesawat itu sedang berada di persempadanan udara diantara malaysia dan vietnam
sepatutnya ia singgah di vietnam, tetapi  vietnam tidak menerima sebarang mesej dari pesawat tersebut

dan ia hilang "secara tiba2" tanpa ada apa2 sebarang tanda dari pesawat tersebut, sama ada signal kecemasan mahupun SOS dari pesawat malang itu
semua pihak seolah2 kehilangan punca untuk mencari asbab kenapa ia "hilang" dan kemana pula ia "hilang"

sepatutnya ia sudah sampai ke cina pada pukul  6.30 pagi , 8/3/14, namun ia juga tidak kunjung tiba

ia menjadi berita yang paling trajik di hari minggu ini......dan juga pada hari2 yang mendatang

hati saya hancur lagi...........
Tuhan boleh saja mentaqdirkan apa2 sahaja untuk berlaku tanpa kita ketahui

Jay pernah memberitahu saya "ikut suka hati Tuhanlah, apa saja yang Dia mahu lakukan....."

hati saya hancur............
kerana Tuhan sedang memberi peringatan bahawa kehidupan dunia ini sesungguhnya sangat berada di dalam kekuasaaan serta genggamanNya


#PrayForMH370

Saturday, March 08, 04:20 PM MYT +0800 Malaysia Airlines MH370 Flight Incident - 4th Media Statement

MH370…berulangkah sejarah tragedi Tanjung Kupang?

Malaysia Menangis!! - Pesawat MAS Terhempas Di Laut Cina Selatan

***Berita Yang Tenggelam***

MH370 "HILANG": Misteri & Hikmah





----------------------------------------------------------------------------------------------


maka hati saya hancur..............
berita "kecil" seorang rakan sekerja disahkan leukimia
berita "besar" kehilangan pesawat MAS MH370 yang melibatkan 239 nyawa orang2 yang dikasihi
kedua2nya berlaku kurang dari 12 jam pada waktu dunia


Tuhan.....
terimalah hati yang hancur ini untuk diubati
semoga mahu ia tunduk kepada segala ketentuan Mu Yang Maha Merancang
semoga mahu ia redha dengan segala qada dan qadarMu
semoga mahu ia menjadi hamba sebagaimana yang Engkau kehendaki
semoga hanya kepadaMu ia bergantung harap serta hanya kepada NabiMu ia berselawat








2 comments:

  1. Visual Kehilangan MAS MH370 Dari Radar (thanks to freezersun for your blog update!)

    http://www.youtube.com/watch?v=kOCgpmcemBM

    komen dr youtube:

    Kay Back48 minutes ago (edited)

    Wallahualam
    Keluarga mangsa sudah dimaklumkan, cuma media je masih tak nak dedahkan termasuk PC hishamuddin .. .
    rakan dalam TUDM baru maklum. Kapalterbang disahkan terhempas pada jam 5.20 pagi tadi di kawasan laut di perairan Vietnam.Semasa terhempas kapal terbang dalam kelajuan yang tinggi. Kedalaman laut di kawasan tersebut ialah 3km dan keatas.Mengikut dia kalau ada mangsa yg terselamat amat mustahil.Semua staff TUDM dan pesawat digerakkan ke Kota Bharu dan apabila dapat kebenaran dari Vietnam akan bergerak ke kawasan kemalangan.Al Fatihah kpd yg beragama Islam didalam pesawat tersebut.
    Mengikut kawan saya lagi disebabkan kapal terbang tersebut terhempas dengan kelajuan yg amat tinggi peluang untuk menemui mangsa dan bangkai pesawat adalah amat tipis.
    Dua penumpang MH 370 bknaan adalah anak dan menantu anggota polis IPD Sentul - Sjn Abd Hamid Caw TT. Sama2 lah kita mendoakan keselamatan mereka. (Sumber - Sjn Abd Hamid).
    #PrayForMH370 #Aamiinn

    ReplyDelete
  2. Bersabarlah sayang...
    Walau apa pun yang berlaku...
    Kita ada ALLAH dan rasulnya..

    ReplyDelete