Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday, 22 March 2014

MAS MH370..........Teknologi Roh





semalam saya bertemu dengan dua orang sahabat di klcc; anas dan syam

"you all tau tak.....setiap kali aku nak solat hajat khas untuk mh370, aku macam terbayang bahawa aku sedang berada dalam perut pesawat yang sedang menjunam ke laut......lepas tu aku terasa macam kapal terbang tenggelam ke dalam air dan ketika itu aku masih berada elok diseat aku dengan safety belt terikat.....lepas tu aku berada di dalam air laut.....sejuk......" anas bersuara

"ko ni cakap macam wali......." syam mencelah sambil tersenyum sinis memandang anas yang nampak seperti merenung jauh.....entah kemana.........

"aku tau la aku ni bukan wali......kuali may be ada la...........aku cuma share apa yang aku tahu, rasa hati aku" anas menjawab sindiran syam tadi sambil tersenyum hambar

"hahaha.......tau pun....." syam seakan menang dengan sindirannya tadi

"tak apalah.....mungkin itu cara dia nak rasa macam mana keadaan orang2 dalam pesawat tu semasa kejadian.....kita ni Tuhan berikan pelbagai cara untuk merasa simpati atau belas kasihan dengan para penumpang kapal terbang tu......barulah kita betul2 dapat memahami masalah atau pun apa2 ancaman atau keadaaan yang mereka hadapi .....jadi bila kita dapat serap ke dalam hati kita.....moga2 bila kita solat hajat ke.....doa ke....kita cuba betul2 ikhlaskan dan fokuskan kepada mangsa....moga2 amalan kita tu diterima Tuhan.....masing2 punya rezeki lah..." aku pula mencelah diantara dua orang sahabat tadi

"aku pun bukannya suruh you all percaya apa yang aku cakap.....aku cuma share rasa hati aku je....." anas cuba bersuara lagi

"sorry la.....aku gurau je....." ujar syam memohon maaf kepada anas

"tapi aku yakin.....inshaa Allah.....pasti Tuhan akan menolong kita......walau apa pun Tuhan akan sentiasa menjaga keselamatan negara kita....." syam pula bersuara menyatakan pendapatnya

"habis tu selama ni Tuhan tak jaga negara kita meh........?? " anas cuba mempersoalkan kenyataan syam pula

"haiyyaa.....aku takla bermaksud macam tu......selama ni Tuhanlah  yang sangat menjaga kita semua, negara kita, rakyat dan segala isinya......" syam bersuara menyambut kata2 anas pula

" yelah....maksud aku .........pada peringkat tertinggi......mungkin ada orang nak buat hal dengan negara kita......tapi Tuhan gagalkan rancangan mereka dan mentaqdirkan sebegini rupa keatas mh370....." syam menyambung kata2nya

"tragedi mas mh370.....adalah ujian untuk semua orang....." aku bersuara dengan penuh sebak didada



--------------------------------------------------------------------------------------------------

pertama sekali saya memohon maaf kepada ahli keluarga & rakan-taulan insan2 tersayang penumpang mas mh370 sekiranya apa yang saya nukilkan menyentuh sensitiviti atau mengganggu perassan kalian semua

sebagai rakyat malaysia, saya turut terasa beban berat yang terpaksa dipikul dari "tarbiah mega" walhasil dari ujian Tuhan keatas kita semua......warisan dari generasi yang memiliki dna tertua didunia

sebagai insan yang lemah dan kerdil, terasa seperti harapan seakan agak pudar bila dari hari ke sehari kita masih belum menemui lagi jasad insan2 kesayangan kita

agak "letih" sebenarnya bila mendengar bahawa segala usaha secara "fizikal" masih belum menemui jasad mas mh370

satu persatu peralatan tercanggih digunakan untuk mengesan kelibat sekujur "tubuh" pesawat tersebut

entah berapa buah satelit, kapal perang, kapal terbang, kapal peronda dll "dikerah" untuk mengesan hatta koordinat terakhir lokasi mas mh370

begitu juga pelbagai pandangan diberikan daripada mereka yang bukan calang2 orang dalam industri penerbangan serta teknologi "fizikal" tahap tertinggi dari serata dunia

namun Tuhan masih belum izinkan untuk mh370 bersama penumpangnya "zahir" di depan mata "fizikal" dunia



--------------------------------------------------------------------------------------------------------

dalam mistisfiles................kita sering "bertelagah" tentang satu isu besar yang dipromosikan oleh mo dan srikandi

isu apakah itu.................??
ianya tidak lain dan tidak bukan berkenaan dengan ATBM...............alter terahsia bangsa melayu

sebab utama kenapa bangsa ini "ditidurkan" dan "didodoikan" dengan "lagu2 sihir berunsurkan bodoh dan malas" ialah supaya alter ini pasif tidak berfungsi

ATBM merupakan satu "trigger" yang Tuhan izinkan agar bangsa misteri boleh "go and achieve to their full potential and capability" mengikut seperti yang kehendaki oleh agama islam yang kita anuti

alter terahsia menjadikan bangsa misteri mencapai memajuan fizikal tahap tertinggi.....namun hatinya penuh dengan rasa takut dan harap kepada Tuhan.....jiwanya penuh dengan rasa cinta kepada Nabi....serta gerak-geri, tutur-kata & perbuatannya penuh dengan rasa kasih-sayang semasa manusia namun bertegas kepada mereka2 yang suka merosakkan kesucian agama

ATBM ini juga dipanggil sebagai Teknologi Roh kerana manusia itu bukan saja terdiri daripada jasad fizikal yang boleh dilihat oleh mata "kasar", manusia juga terdiri daripada juzuk roh/spritual/jiwa yang boleh dipandang melalui mata "hati" serta juzuk minda/fikiran yang boleh dibaca oleh mata "aqal"

ketiga2 juzuk inilah yang kita perlu bangunkan semula mengikut kaca-mata agama Islam supaya bangsa misteri boleh menghadapi cabaran dunia akhir zaman dengan penuh rasa kehambaan kepada Tuhan kerana hanya Dia yang boleh menjamin keselamatan iman kita didunia dan akhirat.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

saya kongsikan doa dan harapan jiwa warga tanah warisan negara-kota mala-ur dari blog HELICONIA

Perkembangan #MH370 Hari Ke 13

Soalan : Jd ada apa2 perkembangan terkini tak dr phk Skylab?

Komen saya : Misi kali ini tidak terbuka seperti yang sebelumnya. Dengan semakin canggihnya teknologi akal, teknologi roh sebenarnya tidak dapat ditandingi kerana ia bukan hasil fikiran manusia. Kita sebagai orang Islam sepatutnya yakin dan percaya dengan hal sedemikian seperti mana dalam ayat Al Quran :

Telah Bersabda Sulaiman

” Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba’ itu sebelum mereka datang tunduk kepadaku?”


Berkata Ifrit di antara Jin

” Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur”

Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab ” Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata” AnNaml: 38-39


Dari ayat Al Quran ini, manusia yang terpilih, rezeki mereka, keupayaan mereka lebih hebat dari golongan makhluk lain ( dalam konteks ayat ini dilebihkan dari Jin yang lebih superior kejadian fizikalnya)

Kita sebagai manusia awam yang jahil dan banyak dosa, hati tidak mampu menukilkan apa hikmah peristiwa ini. Apakah keputusan Allah SWT, ‘pengarah filem’ kepada semua kejadian ini.

Adakah pesawat akan dijumpai, adakah akan terus tersembunyi?

Adakah kita rakyat Malaysia akan terus-terusan melupakanNya walau telah diuji hati kita dengan satu ujian sebesar ini? Namun adakah kita rakyat Malaysia akan kembali kepada Allah setelah pesawat dijumpai?

Tsunami Aceh telah memperingatkan kita, 10 tahun lalu. Adakah kita sudah berubah dan insaf, serta membaiki diri?

Kes MH370 merumitkan, hingga kredibiliti negara dan para pemimpin kita dipersoalkan dunia, sedangkan mereka sendiri faham ini kes luar biasa. Tetapi manusia sedunia seakan menafikan kekuasan Allah, Tuhan pencipta alam ini.. Semua hendak dilogikkan akal walau hati sebenarnya hampir menyerah.

Begitu bersabarnya Tuhan Pencipta Alam…. Akan kerenah manusia ciptaanNya.. Yang sah menolak perananNya, para atheist tu lain ceritalah… Ini orang Islam sendiri yang malu untuk memperkenalkan Allah Tuhan pencipta Alam pada dunia….

Baru-baru ini saya bertemu seorang isteri pilot senior, bekas pilot MAS, dah bersara….(Namun sekarang dia bekerja di syarikat penerbangan swasta di negara Teluk). Saya tanya pada isterinya… Apa pendapat suaminya tentang kehilangan MH370. Jawabnya memang banyak fakta yang tidak masuk akal.. Suaminya ini pula, semasa itu, adalah dua wartawan ini yang sibuk memburunya…nak fakta, nak bahan berita… Last2 ex-pilot MAS ni tak sabar, dia kata pada mereka ‘ You balik buka Al Quran, you carilah jawaban!!’…

Begitulah….Skylab… Nama yang diilhamkan, diberi kepada sekumpulan manusia berdosa yang menumpang karamah seorang wali Allah di zaman ini, zaman kemenangan Islam…. Mereka itu hanya manusia biasa yang perlu bertaubat sungguh-sungguh, itulah usaha mereka dalam misi pencarian ini…. Teknologi roh ini lah yang akal sukar hendak terima…

Berkenaan perkembangan dan keputusan usaha pencarian, kita sama-samalah menunggu. Sepatutnya kita biarkanlah mereka dengan misi mereka. Termasuklah dalam misi ini adalah menyelamatkan iman manusia (secara tak langsung)… bukankah itu lebih penting di dunia dan akhirat… Namun, keputusan muktamad di tangan Allah SWT….

Mana lebih penting bagi Allah dan Rasul.? Tentulah iman manusia akhir zaman… Walau mungkin telah dikorbankan nyawa seramai 239 orang.. Pada Allah SWT ini kecil sahaja, pada Rasulullah iman umatnya lebih utama.. Hasilnya kesan peristiwa ini telah menyentuh hati dan akal bilion manusia sedunia..

Berdoalah untuk mereka, penumpang pesawat MH370… Walau di alam mana mereka berada….

Berdoalah untuk dunia yang gelap ini, agar dicahayakan semula, semoga Allah dikembalikan semula ke dalam hati-hati manusia….


Mh370, March 20, 2014 at 4:48 pm
Dari tulisan blog ini (heliconia), sy dpt melihat ada sesuatu maksud tersembunyi yg Penulis telah sampaikan..
ia adalah jawapan walaupun kesamaran…

Allah seperti berkata MALAYSIA!! 
Aku menunggu kamu kembali membesarkanKU, ini adalah kasih sygku yg besar untuk kamu ,kenape kamu masih melihat menurut kacamata akalmu!?
Apakah tiada org menyampaikan kpdmu yg AKU adalah penyelesai seluruh masalah kamu.. 
apakah kamu ragu dengan AKU Tuhanmu!!! 
Merujuklah, merendah dirilah wahai Malaysia.. 

Aku sudah datangkan wakilKU…
jangan kamu mnjadi golongan manusia di akhirat nanti akan berkata, “Benar mereka telah menyampaikannya padaku,ttp aku mndustakannnya,kembalikanlah aku ke dunia nescaya aku tidak akan menjadi hamba yg mendustakan Ayat2MU..”
segalanya sudah terlambat…
Ampun Ya Allah. Moga Ada Manfaatnya…


abdul rahim pfordten, March 20, 2014 at 6:31 pm
Allah adalah Pencipta, Pemilik, Penguasa, Pentadbir dan Penentu segala perjalanan semesta alam – Alam Nyata dan Aalam Ghaib.
Ilmu Allah yang mampu dijangkau oleh makhluk manusia walau se ‘genius’ mana akal fikirannya dan sehebat mana teknology rekaan nya hanyalah bak setitik air di hujung jarum yang dicelupkan keair laut.
Alam ghaib itu lebih luas trilian kali ganda dari alam nyata ini.
Manusia yang suci hati nya dan marifah kepada Allah adakala nya Allah bukakan kasyaf dapat melihat sejuzuk dari alam Ghaib namun ia tidak boleh bocorkan rahsia Allah yang ditunjukkan pada nya kerama akan jadi fitnah dan disesatkan orang.

Ya Allah singkapkanlah tabir penutup yang melindungi MH 370 yang hilang dari pandangan mata kasar kami. 
Kasihanilah kami. 
Telah puaslah sudah kami mencari. 
Telah sekian banyak wang dilaburkan yang melibatkan lebih 3 juta tenaga pencari namun belum lagi berhasil. 
Kasihanilah kami ya Allah. 
Tolonglah segera selesaikan kemelut kami ini.

Amiiin ya Rob.



Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435H



5 comments:

  1. Sy ingin mohon invite ke blog mistisfiles firdauskasim89@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam Adik Firdaus,

      sila berhubung terus dengan cik Srikandi melalui pautan berikut:

      https://www.facebook.com/notes/srikandi/cara-untuk-akses-ke-mistisfiles-mistisjournal/728185243873370


      ------------------------------------------------------------------------------------
      Untuk akses ke Inner Circle (pembaca Royal Library MistisFiles):

      1)buat pembayaran RM20 sahaja di sini (akaun freelancer Srikandi):

      >>>http://goo.gl/ZAnjH

      2)bayar mesti dapat resit kan?screenshot resit tu (printscreen),pakai hp camera ke...atau scan...lepas tu emel ke: srikandisejarah@gmail.com

      3)nanti Srikandi approvekan dan access granted!

      nanti ada emel akan invite.ikut arahan dia.kalau suruh buka akaun blogger,bukak je

      1-MF hanya boleh akses untuk Inner Circle yang tempah 3 bulan ke atas.

      1.5- Perbezaan MF berbanding MJ: MF + arkib lama yang tidak ternilai isi kandungannya (rare content) sejak era M.O

      2-Yang sebulan-sebulan automatik ke MJ

      3-Update kedua-duanya (MF dan MJ) sama/serentak.

      4-RM20 untuk akses sebulan untuk kedua-dua MF & MJ

      5-Keahlian akan expired jika tidak extent.

      *Peraturan akan berubah bergantung kepada kenyataan dari Mistis Organization*

      Delete
  2. Berlandaskan pada KHUTBAH AKHIR RASULALLAH SAW baginda menyebut mengamanahkan 2 perkara dan jika berpegang padanya nescaya kita tidak tersesat...tiada lain selain dari AL QURAN dan SUNNAH (kenapa baginda Nabi tidak menyebut Hadis?). Menurut Kitab Tarikh, Sami bin Abdullah Al Maghluths, Ibnu Kathir dll...berpandukan pada Al Quran menyebut: TAMADUN MANUSIA BERMULA DARI NABI IDRIS AS, baginda dilahirkan diMUnaf/Mempis dan digelar HurMUs Al Haramisah, manakala kaum baginda dipanggil kaum MU atau HurMUs atau dikalangan KAFIRUN LAKNATULLAH (kayu pembakar api neraka...yg anda semua percaya, melebihi kepercayaan pada RUKUN IMAN...sepatutnya jangan diterima walau sebaris ayat pun tentang apa yg si LAKNAT itu kaji atau tulis) dikenali sebagai kaum LeMUria. Nabi Idris AS diutuskan buat kaum Nabi Syits AS jurai Qabil putera Adam AS dan dikuniakan Allah SWT dengan berbagai bagai kepandaian serta kemahiran antaranya: Mahir mengukir segala jenis batu permata, pandai melukis, menulis, mengukur, mengira, menjahit, bijak berfalsafah dan yang paling utamanya berpengetahuan tinggi dalam ilmu astronomi/kebintangan. Di zaman baginda telah terdapat 72 pecahan kaum dan bahasa dari 22 pasangan anak anak Adam AS serta telah menggambarkan 188 buah kota pada lempeng tanah liat dan logam. Baginda juga bertanggung jawab meletakkan 4 raja di 4 penjuru dunia dengan 4 perbezaan cuaca dan bentuk muka bumi (dataran bawah, atas, bukit dan tinggi). Kaum MU yang mendiami dataran bawah di 4 penjuru dunia bertukar menjadi angkuh, bongkak, sombong, mungkar dan kufur setelah diajarkan berbagai ilmu oleh Nabi Idris AS, berkesudahan dengan dibinasakan Allah SWT dengan banjir besar di zaman Nuh AS. Bermula dari kejadian banjir tsb maka terpisahlah 72 kaum dengan 72 asas bahasa tsb diberpuluh ribu pulau, tanah besar dan benua benua...antaranya adalah KAUM DATARAN BUKIT atau KAUM MALA yang terpisah diberbelas ribu pulau dan tanah besar dengan asas bahasa sendiri. Kaum Mala menerima tamadun dan AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM yang disebarkan oleh penutur bahasa INDO-IRANIAN dan INDO-ARYAN melalui JALAN SUTERA dari JURAI ISMAIL AS putera IBRAHIM AS ( Nabi nabi dari jurai ISHAK cuma dikhususkan buat BANI ISRAEL). Bahasa Indo-Iran, Indo-Arya dan Mala-yo Austronesia dijadikan IBU atau INDUK bahasa SANSKRIT, begitu juga dengan Tulisan Pallawa yang berasal dari Pahlavi dan Persia yang diguna pakai oleh kaum Mala turut diserap ke dalam Tulisan Sanskrit...DI SINI AMAT KETARA APA YG DITULIS OLEH SRIKANDI DAN POST POST BLOGER YG LAINNYA NYATA TERPESONG dan TERSASAR TERAMAT JAUH DARI BERITA AL QURAN!!! TOLONG JANGAN PERCAYA WALAU SEBARIS AYAT. WASSALAM.

    ReplyDelete
  3. SEGALA GALANYA BERPUNCA DARI SATU SEBUTAN " KONSPIRASI!!!" Maksud DAJJAL itu sendiri KONSPIRASI!!! Kitab Hadis musnah dibakar dan dicetak semula dalam keadaan telah dipinda juga menjurus pada KONSPIRASI!!! Imam Imam Hadis wafat diracun dan dipancung...atas alasan apa? KONSPIRASI...MH370???...Imam Shafiee hafal sejuta Hadis, yg dicetak dan terdapat sekarang cuma 200 ribu hadis...mana ghaibnya 800 ribu lagi? Rasulallah SAW menyebut " TIADA SEORANG NABI dan RASUL pun sebelum Aku (Muhammad) YANG TERLEPAS DARI FITNAH DAJJAL" gambaran dajjal dlm hadis SEBELAH MATA TERJOJOL dan SEBELAH LAGI BUTA...DI DAHI TERTULIS PERKATAAN KAFIR...yg nyatanya itu gambaran dajjal yg bakal muncul...persoalannya adakah dajjal yg terdahulu juga memiliki sifat yg sama??? Hadis itu sendiri tergolong dlm 13 kategori antaranya: mutawatir, sahih, lemah, daif dan hingga ke palsu!!! Sesiapa sja yg bersekongkol dng Yahudi Laknatullah (termasuk Illuminati dan freemasions) merekalah sebenarnya MAHARAJA DAJJAL (short form: MAHA DDD). Sya telah membaca hampir semua bku yg ditulis oleh penulis KAFIRUN bangkai, bengap, sangap, bahlul, tapir, tenuk dan cipan, termasuk Duarte Barbosa dan Emanual Godinho juga 2 prof tempatan dari A smpai Z...tentang ASAL USUL BANGSA MELAYU dsb...smua wajib dicungkil bijik mata dan dipotong lidah mereka...apabila rata rata tak dapat menyatakan bukti dan penyelesaian tepat!!! lebih dari HIPOTESIS semata mata...yg nyatanya mereka lebih taksub dng kajian palsu Laknatullah yg tnpa segan silu mewartakan pernah menemui fosil manusi berumur lebih dari beratus dan berjuta tahun...kurng akl ke apa? Al Quran membukti sejak dari Adam AS diturunkan hingga ke hari ini hanya sekitar 10 ribu tahun. APA BANGSAT PUNYA PROF pun tak tau lah kita. Di sini sya ingin kongsikan tentang 12 kaum yg dibinasakan Allah diatas kekufuran dan kemungkaran yg telah mereka lakukan bermula dari kaum Nuh, Hud, Luth dan yg ke12 nya kaum Saba' di zaman Sulaiman AS dng banjir besar kali ke 2, Al Arim...mksud sya 12 kaum dan banjir besar kli kedua...yg pastinya Allah SWT tidak suka pada angka genap PASTI BAKAL ADA KAUM KE 13 dan BANJIR BESAR KALI KE 3. Al Quran menggambarkan bakal berlaku LETUPAN BEETURUT TURUTAN, AIR SETINGGI GUNUNG, ASAP BERACUN, bila dihidu darah akan keluar dari hidung dan telinga, ibu menyusukan anak akn membalingkan anak...2/3 alam berkenaan bakal tenggelam...sebelum zahirnya Al Mahadi...MENGIKUT KAJIAN GEOLOGI dan yg tepatnya AL QURAN...kaum mungkar dan kufur yg mengamalkan dasar KONSPIRASI berkenaan adalah kaum yg buminya dilingkari oleh PULAU PULAU LINGKARAN API PASIFIK/LINGKARAN GEMPA/PACIFIC RING FIRE, PULAU PULAU YG PENUH DENGAN GUNUNG BERAPI AKTIF, ANCAMAN THUNAMI yg bakal membenam DARATAN AKHIR DUNIA yg DILINGKARI PULAU PULAU AKHIR DUNIA YG PENUH BENCANA juga ANCAMAN KECAIRAN KHUTUB...dimanakah letaknya Daratan Akhir Dunia yg dilingkari pulau pulau akhir dunia(tak termasuk Australia..sbb benua) klu bkn MALAYSIA...junjunglah Al Quran dan peganglah Sunnah...IMAM mu AL QURAN dan MAHADI mu SUNNAH.

    ReplyDelete
  4. Menjejak MALA-UR (UR negara kelahiran Nabi Ibrahim AS) harus bermula dari langkah Islam. Rasulallah SAW adalah penutup dan pelengkap AGAMA HANIF, AGAMA ISLAM...merupakan matlamat akhir keNabian Adam AS yang diturunkan pada Nabi Idris AS, Nuh AS, Ibrahim AS, Ismail AS. Amat tidak wajar menjejak Agama Hanif melalui jurai Ishak yang melahirkan BANI ISRAEL. Nabi Ismail AS dikurniakan 12 putera dan 1puteri...APA YANG DITAKUTI dan DIGERUNI oleh kaum laknatullah adalah SAKA dan BAKA yang dilahirkan oleh puteri Ismail...bertentangan dng DAKYAH SESAT RALPH OLSSEN yg tah dari alam ghaib mana wujudnya Isteri ke 3 Nabi Ibrahim yg beliau sebutkan berlandaskan kononnya dari kitab Taurah yg tidak disebutpun dalam Al Quran. Keturunan Ismail sebelum Muhammad SAW menyambung dakwah Ibrahim AS (penutur bahasa Ibrani dan Hebrew yg menjadi Ibu pada bahasa Indo-Iran dan Arya) melalui Jalan Sutera ke Selatan dan Utara India, Kedah Tua dan Campa. Antara Kerajaan awal Bangsa Mala yg menerima Agama Hanif Ajaran Ibrahim termasuk Kearajaan Pahang Tua dan Langkasuka, manakala Kerajaan Jawaka, Grahi dan Medang menerima Hindu dan Buddha. Apabila Kerajaan Miritim diperkenalkan Kerajaan Kedah Tua menyebarkan pula Agama Hanif Ajaran Ibrahim ke Kedah Jambi (Kerajaan Melayu Jambi) dan Kedah Kandis (Kerajaan Melayu Kandis) Nota: Keberadaan kampung Hutan Kandis dan Bukit Jambi masih kekal di Kedah, Malaysia hingga ke hari ini, begitu juga dengan Bukit Jambi dan Kandis di Sumatera. Kerajaan Pahang Tua pula melebarkan sayapnya ke Kuantan Sengigi (Kerajaan Melayu Kuantan Sengigi, Sumatera) dan Kerajaan Langkasuka Kutei dimungkinkan membuka Kerajaan Kutai, Kalimantan. Dipercayai Kerajaan Hindu Jawaka membuka Kerajaan Hindu Jawa, Kerajaan Grahi Buddha Grahi membuka Kerajaan Sunda dan Kerajaan Hindu Medang membuka Kerajaan Medang Kamulan. Dipercayai juga Kerajaan Terengganu Tua membuka Kerajaan Terengganu Riau, Kerajaan Kelantan Tua membuka Kerajaan Kelantan Siak, Sumatera dan Kerajaan Johor Lama membuka Kerajaan Johor Riau, Sumatera. Manakala Kerajaan Min Ang, Funan dan Kaw Bau, Selatan Cina membuka Kerajaan Minang Kabau Sumatera (bumbung rumah gadang Cina Selatan dan Funan memyamai bumbung rumah gadang Minang yg telah diubah suai).

    ReplyDelete