Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.
Monday, 31 March 2014
Mendam Berahi............1511
1511 sering diingat sebagai "kejatuhan" kerajaan melayu di tanah semenanjung emas apabila portugis "berjaya" menembusi pertahanan laut pelabuhan yang paling kaya-raya dan paling sebuk di sebelah timur
sebuah pelabuhan yang mengawal selat utama menghubungkan negara2 timur dan barat serta timur tengah serta eropah
maka bermulalah kemasukan serta "penjajahan" bangsa asing keatas Tanah Tua di sebelah timur
sebuah selat yang sangat penting terutamanya kepada satu persahabatan mesra dua buah bangsa dari dua buah negara yang makmur - nusantara dan tanah besar cina
sebagai generasi "baru" yang lahir beratus tahun kemudiannya dr tahun 1511, saya hanya boleh menerima frasa portugis "berjaya" mengalahkan melaka sahaja kerana saya masih mahu mengakui bahawa "sebenarnya" kita kuat, moden (pada zaman itu) dan gagah dari "semua" segi - ekonomi, pentadbiran, ketenteraan dan sebagainya sejak dari dahulu kala lagi
sebab utama kita "kalah" adalah kerana perpecahan yang berlaku dikalangan warga kota melaka kerana pelbagai faktor - luaran dan dalaman; hasad-dengki & pengkhianatan
dan satu faktor lain yang sehingga kini masih belum terjawab sepenuhnya ialah - ke mana menghilangnya kapal perang mendam berahi kepunyaan armada laut melaka di pagi hari ketiga berlakunya serangan portugis ke atas pelabuhan melaka sehingga musuh berjaya mendarat ke kota melaka serta menawan kota kesayangan warga malayu di sebelah timur....???
Lahad Datu.......2013
beratus tahun kemudian............tanah di hujung dunia yang diberi nama Sabah Di Bawah Bayu telah diserang dengan penuh tragis oleh "tetamu" yang sememangnya tidak akan pernah diundang ke daerah ini
namun biarlah peristiwa berdarah 1511 itu berlaku "hanya" sekali sahaja, maka walaupun terpaksa berkorban & terkorban darah berserta nyawa anggota tentera kita, maka kedaulatan negara disebelah timur ini tetap akan dipertahankan agar tidak jatuh ketangan musuh durjana
KL - Beijing............MH370............2014
maka baru setahun dari peristiwa berdarah Lahad Datu 2013, warga semenanjung emas nusantara sekali lagi dikejutkan dengan sebuah ceritera "perang" yang berlainan versi
sebuah kenderaan pengangkutan awam dizaman moden 2014 telah "hilang" dalam perjalanannya dari sebuah negara "sahabat" yang mahu pergi ke negara "sahabat" yang lain nun di timur jauh
lantas beratus2 dan pelbagai jenis kenderaan "perang" dikerahkan untuk menjejaki kenderaan awan yang diberi nama MAS M370
dan disaat serta ketika ini................para pemimpin serta ketumbukan pertahanan negara (polis dan tentera) berusaha bersungguh2 menyelesaikan masalah & kemelut yang menimpa agar maruah, kedaulatan & keselamatan negara tetap terjaga hingga keakhirnya
Apakah Yang Aku Mahu Disaat Ini...................???
cukuplah sekali Tanah Tua ini "jatuh" pada tahun 1511..............
cukuplah mendam berahi "hilang" pada tahun 1511..............
cukuplah sudah kita berjaya "ditidurkan" dengan suatu "penjajahan" yang panjang sejak dari 1511...........
maka bila Tuhan taqdirkan MAS MH370 itu "hilang" pada 2014................maka Tanah Tua warisan dari kota melaka masih berdiri utuh disini bersama pemerintah, tentera dan rakyatnya...............bersama2 "bangun" dengan suatu kesedaran untuk kembali menjadi jati diri sebenar...........cintakan tanah tumpah darah dari jatuh ketangan2 ghaib yang sentiasa mahu melihat kita rebah untuk kesekian kalinya
aku sentiasa doakan semoga Tanah Tua bernama Malaysia terpelihara dari sebarang anasir jahat walau kita diterjah dengan pelbagai dugaan dan ujian pada setiap masa
aku sentiasa doakan semoga warga negara dihujung dunia sentiasa mendapat taufik & hidayah daripada Tuhan yang Esa - semuanya, sentiasa & selamanya
baca semula Art of Con: God Game
saya petik pesanan penting untuk renungan bersama dari blog suaramuhajirin313
Andaian Apa Yang Berlaku Pada MH370 Akan Terus Wujud
Sebagai umat Islam, kita yakin pada takdir Allah swt. Kita juga yakin Tuhan tidak lakukan sesuatu yang sia-sia. Untuk negara kita Malaysia, rasanya kita berada dalam situasi yang selamat. Negara kita adalah negara yang diberkati. Tidaklah mudah sebarang kuasa besar memperkotak-katikkan kita.
Bila dikatakan negara kita, negara yang diberkati, asasnya terletak kepada sejarah negara kita dibentuk. Doa daripada para kekasih Allah di bumi Tanah Melayu ini sangat memberkati bumi yang subur ini. Bermula dengan Semenanjung Emas, negara ini sudah menjadi 'dara pingitan' seluruh kuasa besar dunia. Walaupun mereka sempat menjajah kita tetapi perjuangan yang dipelopori ramai para pejuang yang berjasa telah berjaya membebaskan negara kita.
Amanah para pejuang inilah yang mesti kita pikul dengan penuh tanggung jawab. Kita serahkan nasib negara ini kepada Tuhan yang menguasai alam. Dia tahu bagaimana membebaskan negara ini dari semua kemelut yang merosakkan. Sebaik-baik insan yang menerima musibah ialah orang yang bertaubat dan menginsafi diri.
Jika kita serius membaiki diri dengan taubat dan meminta ampun padaNya serta berjanji untuk kembali taat padaNya, nanti kita akan saksikan keajaiban yang Tuhan akan lakukan. Tidak ada siapa yang mampu menghalang pembongkaran dari Tuhan. Hanya masa yang akan menentukan.
MARILAH KITA BERUBAH!!
No comments:
Post a Comment