Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Sunday 12 April 2015

Raja Matahari ~ Cradle Of Civilization





Raja Matahari, ingin saja aku berjumpa denganmu
satu nama yang aku kira sangat gah
bukan saja di tanah sebelah sini
namamu juga sangat dikenali oleh raja-raja dari benua yang lainnya

nama Raja Matahari hanya aku kenali baru-baru ini sahaja
tetapi aku juga sangat teruja kerana ia bagaikan "bertemu semula" dengan seseorang yang sangat aku nantikan sekian lama
aku pun sebenarnya tidak pasti siapa "orang" itu atau "susuk tubuh" itu
tetapi aku sangat yakin bahawa engkau pasti akan sudi mendengar celotehku, keluh-kesahku serta harapan & impianku terhadap masa sekarang juga masa depanku.....negaraku.....bangsaku....agamaku

Raja Matahari...pastinya engkau akan sangat bersetuju bahawa semenanjung inilah tempat bermulanya tamadun umat manusia dari zaman dahulu
memandangkan engkau sendiri yang menjadi penguasa ternama serta terkaya dizaman itu
sehinggakan setiap warga asing yang datang bertamu dibenuamu terpinga-pinga kehairanan dengan sekian banyaknya kekayaan & khazanah yang Tuhan kurniakan ditempatmu

untuk menerima begitu sahaja bahawa tanah semenanjung adalah "cradel of civilization" bukan sesuatu yang mudah dan menggembirakan
tidak sama sekali.....!

ia adalah terlalu bercanggah dengan kebanyakan fakta bertulis yang pernah aku pelajari dan terlalu bercanggah dengan segala bukti2 realiti yang ada didepan mata disaat ini


namun Raja Matahari.....jika disingkap serta diperhati lebih lama dengan menilik jauh kedalam hati sanubari...............maka aku sendiri akan mendapat terlalu banyak jawapan keatas soalan2 yang menyelubungi fikiran memikirkan sifat, perangai, tabiat & tingkah-laku diri sendiri serta melihat suasana cuaca sosio-politik tanah air yang sedang berdrama didepan mata


Raja Matahari ....akan aku kongsikan denganmu setakat yang mampu
- negara ini tiada sebarang monumen fizikal sejarah kuno yang gah untuk tatapan diriku, tidak seperti negara2 jiranku yang dengan bangganya memiliki borobudur atau kota2 cantik lagi unik seperti di burma, kemboja ataupun thailand
-kebanyakan negara didunia ada kesan peninggalan sejarah tetapi tidak malaysia
- yg ada hanyalah nama2 seperti kota gelangi, tasik cini, gangga negara, langkasuka............yang termaktub dlm buku sejarah.....tetapi dimana tapak mereka???
-aku pernah melawat candi lembah bujang dikedah...........dan itu saja
-baru2 ini mereka ada menjumpai sesuatu di sungai batu merbok kedah...............Raja Matahari bolehkah engkau tolong ceritakan apakah signifikannya tempat peleburan besi ini ? kerana aku mahu lebih mengerti ............


Image result for burung garuda


Raja Matahari........banyak perkara2 "pelik" telah berlaku dizaman milenium ini
yang terbaru  ialah kami telah kehilangan 3 "burung garuda" besar ; satu diwaktu malam yang sungguh sunyi, satu diwaktu siang yang terang-benderang dan satu diwaktu cuaca begitu tidak menentu

Raja Matahari....pernahkah engkau juga kehilangan burung garuda kesayanganmu diwaktu dulu?

Raja Matahari ....adakah kisah berlakunya banjir besar dikala dulu sehingga musnahnya tamadun berteknologi tinggi dizamanmu itu adalah kerana angkara perebutan kuasa yang berlaku diantara kuasa2 besar yang mahu menakluk benuamu ?

Raja Matahari............sebenarnya aku lebih "senang" dan lebih "gembira" untuk menerima bahawa legenda atlantis, lagenda sundalaland, legenda benua Mu atau legenda2 yang sewaktu dengannya itu menjadi milik orang lain, bangsa lain ataupun negara lain

tetapi untuk membuka ruang hati menerima dan terus mempercayai bahawa atlantis atau sundaland itu sememangnya ada disini dan berasal dari sini....sesungguhnya ia benar2 telah "mengganggu zon selesa" hidupku selama ini

Raja Matahari...............aku sangat senang dengan kehidupanku selama ini....bekerja dengan orang lain dan bangsa lain.......menjadi manusia yang ala kadar....menjalani kehidupan makan-tidur-bekerja setiap hari

Raja Matahari........rutin selesa harianku sudah terganggu.........aku terpaksa memulakan sesuatu yang tidak pernah aku kisah selama ini..."ada aku kisah malaysia adalah cradle of civilization................"ia bukan berada disini....."cradle of civilization ada kat mana ntah........bukan di malaysia...."..kalau  ada mana2 negara yang nak status ni aku tak kisah....ambil sajalah.....aku lagi suka....."tetapi bukan di malaysia........tolonglah...."

aku terpaksa berfikir, menelaah, mencari lebih banyak bukti, menukar cara pemahaman dan belajar pelbagai perkara dari mula untuk aku faham "tanah semenanjung adalah cradle of civilization"


Image result for tempat peleburan besi di sungai batu



Raja Matahari..............aku akan jumpa kamu lagi dilain kali...........

aku penat memikirkan penemuan baru ini setiap hari..............

aku mahu berehat dulu................














Thursday 2 April 2015

Raja Matahari ~ Warkah Dari Malaysia 2015



pertama kali mendengar nama Raja Matahari, seakan macam menarik je
jika tiada ilmu didada sudah pasti Raja Matahari ni akan dikaitkan dengan objek sembahan bagi orang2 di zaman dahulu
Raja Matahari...kedengaran seperti terlalu jauh jaraknya namun seperti sangat dekat dihati rasanya

Raja Matahari.............terlalu banyak yang sedang bermain difikiran diwaktu dan ketika ini untuk aku kongsikan denganmu
namun tak terdaya tangan menukilkannya satu persatu

Raja Matahari...........keturunan bangsamu sedang diuji dengan begitu hebatnya dikala ini
adakah aku salah seorang daripada keturunanmu itu...??
seakan aku tahu jawapannya namun siapakah yang boleh mengesahkannya apabila setiap pelusuk manusia sering mempertikai asal-usul diri, keluarga dan bangsaku sendiri ??

sudikah engkau "hadir" semula untuk berkongsi suka-duka perjalanan sebuah bangsa paling misteri diabad ini?
aku cemburu dengan orang bangla & orang nepal....walaupun hanya bertaraf warga asing dinegara malaysiag  namun mereka tahu dan yakin akan asal-usul diri mereka
malahan aku cemburu dengan warga indonesia...walaupun ramai dari mereka datang mencari rezeki ditanah semenanjung ini ...namun semangat kenegaraan mereka sangat tinggi dan kuat utk mereka berbangga menjadi bangsa indonesia

namun....bagi diriku...??
adakah benar aku ini adalah penduduk asal negara ini..?

malahan warga singapura itu pun sangat berbangga dengan sifat kiasu mereka yang menjadi "trademark" bangsa pulau kecil itu

tetapi aku....???

Raja Matahari siapakah yang dapat memberi kata2 semangat serta dapat mengesahkan dengan jitu & mantap akan asal-usul sebenar bangsaku ini agar  aku yakin dengan keturunan bangsa sendiri?

orang melayu malaysia..??

hahaha......macam tak ada je yang baik tentang mereka...??

betulkah begitu bagai dikata wahai Raja Matahari...???



Image result for matahari bersinar di malaysia


yup.....satu bangsa yang masih tidak jelas akan asal-usul keturunannya ialah orang melayu di malaysia

tak tahulah mereka ni datang dari mana....??
dan tak pasti lah negara mana yang akan sudi mengiktiraf mereka sebagai penduduk asal.....taiwan kah?.....mongolia kah?....kemboja kah?....indonesia kah?

memang tiada jawapan dan tiada yang sudi pun.....

mungkin thailand kot..??
oh...lupa ...hanya orang kom ada disana dahulu-kala
bukan orang melayu........... :)
okay.....?!
kena ingat tu....!!



tak apelah
aku nak "apply" jadi warga korea lah
maksud aku.....warga korea selatan
sebab korea pun dah terbahagi kepada dua, satu utara dan satu selatan (thesis & anti-thesis)....huhu