Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Monday, 21 April 2014

"Terkedu"




Tuhan memaparkan skrip peristiwa2 akhir zaman satu persatu dihadapan mata kita

Jay pernah memberita aku "you know....sekarang ni di 'alam sebelah' sana 'mereka' sedang berperang diantara para wali2 serta pengikut2 dajjal sebelum perang sebenar di alam nyata meletus bila imam mahdi zahir ke dunia nanti...."

aku hanya mendengar butiran kata2 Jay satu persatu

Jay menyambung lagi " you ingat bila Nabi wafat, baginda telah hilang lenyap terus dari muka bumi ke? bagaimana dengan roh Baginda yang mulia?  bukankah walaupun jasad sudah tiada namun roh itu Tuhan masih hidupkan di 'alam sana' ,  lebih2 lagilah roh para rasul, para nabi serta para wali, mereka masih tetap berperanan memantau segala perkembangan dunia dari 'alam sebelah sana'......you kena ingat tu..." pesan Jay kepada saya


kapal terbang yang dipercayai tenggelam vs feri yang sudah tenggelam

korea, satu nama  yang tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat malaysia
masing2 ada sebab tersendiri untuk sentiasa merasa 'dekat' dengan korea, dan  yang lebih tepat ialah negara korea selatan - dari  drama bersiri, filem, k-pop, fesyen, artis, rancangan tv, artis, pelancongan, pekerjaan, tempat belajar, perkahwinan, dakwah, industri, kenalan - sebegitu banyaknya aktiviti dan kerjasama terjalin diantara rakyat kedua2 negara ini

berita gempar lagi mencemaskan tentang sebuah feri yang karam baru2 ini membuatkan saya "terkedu" dan termenung
kita menganggap dan telah dianggap bahawa peristiwa mas mh370 merupakan sejarah yang telah banyak "mencalit" dan "membuka" pekung serta pelbagai "kesalahan dan kelemahan" pihak pemerintah negara malaysia dimata dunia
kita diasak dari pelbagai sudut untuk "merasakan" bahawa kita "lemah dan tidak berdaya" dalam episod SAR mas mh370

"mereka" benar2 mahu menjatuhkan reputasi negara sekaligus reputasi mas sebagai salah sebuah pengendali ruang angkasa yang terbaik di rantau asia

namun tidak lama selepas peristiwa sedih mas mh370, Tuhan paparkan didepan mata kita sebuah episod sadis  lagi tragis yang menimpa "saudara2" kita nun jauh di korea selatan dengan tenggelamnya sebuah feri yang membawa muatan dari korea menuju ke pulau peranginan terkenal iaitu pulau jeju yang menjadi kebanggaan mereka


**
mas mh370 hilang di malam yang gelap gelita, tiada siapa yang dapat menjangka apa yang telah berlaku kepada para penumpang, tiada mata zahir dibumi (dari kalangan kita semua,kecuali "mereka" yang berkenaan) yang menjadi saksi semasa berlaku kejadian tersebut. maka rasa untuk "tidak berasa ralat" itu mungkin sedikit ada kerana kita benar2 tidak akan dapat membantu mereka sama sekali




##
feri karam disiang hari
membawa sebahagian besar penumpang terdiri dari murid2 dan guru2 sekolah
feri karam akibat pemandu yang tidak berapa biasa dengan arah perjalanan feri lalu telah mengikuti jalan yang salah dan apabila mahu membuat pusingan, feri senget dan tanpa disedari muatan yang berat (termasuk kenderaan yang dibawa) telah menjadikan feri tidak seimbang lalu "in a split second" feri malang itu "slowly" senget lalu karam dan akhirnya membalikkan dirinya menyembah air laut yang sangat sejuk di korea selatan

semasa kejadian, petugas feri memberi arahan kepada penumpang yang rata2nya adalah murid2 sekolah untuk "stay seated" pada tempat duduk masing2 "instead of" menyuruh mereka lari menyelamatkan diri - walaupun terpaksa terjun ke dalam laut yang sejuk itu
rakyat korea yang rata2 telah didisiplinkan untuk taat mendengar arahan terutama murid2 sekolah hanya mengikut arahan "stay seated" dan akhirnya mereka tenggelam bersama feri tersebut
hanya sedikit sahaja yang berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut

seorang guru kanan sekolah dimana murid2 mereka telah terbabit dalam kejadian feri karam telah dijumpai mati menggantung diri (minta dijauhkan) disebatang pokok berdekatan dengan stadium tertutup dimana mangsa feri serta keluarga ditempatkan
SAR tidak dapat dilakukan pada malam pertama setelah kejadian berlaku  akibat angin serta ombak yang kuat serta suhu laut yang sangat sejuk
maka "stay seated"lah ratusan penumpang didalam perut feri diselubungi sejuknya air laut
setakat hari ini (21/4/14) hanya beberapa puluh mayat mangsa sahaja telah berjaya dikeluarkan dari perut feri tersebut
sebanyak 200++ mangsa lagi masih belum dijumpai

saya "terkedu"




sudah hampir sebulan lebih kita mencari mas mh370
sebahagian dari kita mungkin mengharapkan untuk sekurang2nya nanti kita bakal boleh menaikkan jasad pesawat berserta dengan para penumpangnya sekali dari dalam perut lautan (jika benar ia telah jatuh ke dalam lautan)
namun yang dicari masih belum ditemui, muncul pula musibah nyata walaupun berlaku di tempat lain namun ia tetap dekat dengan kita semua
kita dipertontonkan dengan operasi SAR mangsa feri karam, SAR bukan untuk mangsa yang masih hidup, tetapi lebih kepada SAR jasad2 yang sudah terkulai layu kesejukan


korea - korea selatan dan korea utara
satu bangsa satu bahasa
namun bukan sahaja terpisah tetapi juga saling berperang secara terbuka akibat idealogi yang berbeza
bukanlah sangat berbeza, namun akibat dari "thesis" dan "anti-thesis", sanak-saudara keluarga saling terpisah sesama sendiri angkara musuh durjana

orangnya lemah-lembut serta lebih super sensitif dari orang melayu yang terkenal dengan sifat degil dan kepala batu
sebab itu ada diantara mereka yang sanggup membunuh diri (minta dijauhkan) akibat putus asa dan kecewa
mereka terpaksa bekerja keras membangun negara masing2 demi sebuah kelangsungan hidup bersaing di persada dunia serta dalam tekanan untuk saling berperang sesama sendiri (kasihan kan...)
mereka berusaha bersungguh2 memajukan pelbagai sektor termasuk hiburan dan perfileman dan mereka berjaya, namun tidak pernah terlepas dari pengaruh cengkaman barat (dalam diam...)



apakah kita hanya mahu mengikuti perkembangan pelbagai industri ciptaan korea dengan bangga tanpa ada sedikit pun terlintas dihati untuk mendoakan dari jauh agar hidayah iman dan islam itu Tuhan jatuhkan kedalam lubuk hati mereka...???

siapakah yang lebih layak untuk mengharapkan agar kebaikan rohaniah singgah dijiwa orang2 korea selain daripada kita yang Tuhan telah berikan cahaya iman ini ??

sekali lagi aku "terkedu"



2 comments:

  1. Ade berita dari alam gaib saya dapat pun kawan2 rapat yh bagitau....Mh370 semuanya maseh hidup dan selamat Pihak ***b dah jumpa dna ternagkan pada PM,.PM tak boleh terima dan bercampur takut(keselamatan NegaraRaya) jadi pihak berkenaan tk boleh berbuat apa2 lagi sbb PM sangat takut dgn Abg long di Negara Uncle Sam tu...Berita ini sukar nak diceritakan disini dan Amat sulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga tabah......tabah dan tabah

      percaya atau tidak.....Tanah Tua ada yang empunya

      hhhmmmm..........



      Delete