Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday, 17 May 2014

Diplomasi Organik


suatu hari aku bertanya kepada Jay "guru macamana lagi yang kau cari......yang boleh menghancur-luluhkan keegoan kamu ni....??" aku memandang wajah Jay menunggu jawapan

Jay bersuara " kau pun tau kan.....aku pernah pergi training dengan bekas jeneral tentera US tentang selok-belok psikologi manusia....camna nak baca gerak-geri, bahasa badan dan pemikiran manusia....untuk mengetahui first impression orang2 yang baru kita kenal, untuk mengagak bagaimana personaliti mereka dll"

aku menyambung " yelah......senior aku pun selalu pesan kat aku...........setiap kali 1st time kita jumpa orang...sekurang2nya kita kena agak berapa umur mereka & anak keberapa mereka dlm keluarga, sebab dari situ kita boleh baca serba-sedikit personaliti am mereka...."

Jay meneruskan penjelasannya " aku bukan apa.....tak kira siapa pun.....dari percakapan mereka pun aku dah boleh agak dan mempunyai rasa yang kuat untuk decide sama ada mereka ni bercakap dengan tujuan riak ke.....untuk menunjuk ke.....untuk menguji ke......"

aku menyampuk "termasuklah ustaz2 yang selalu bagi ceramah kat surau atau masjid tu.......you boleh judge sama ada mereka berceramah dengan ikhlas atau tidak.....................??"

Jay agak terkejut bila aku memotong kata2nya tadi " hhmm.....itulah masalahnya...........ia satu kekuatan bagi diri aku...dan pada masa yang sama ia memberi masalah kepada aku........"

Jay menyambung "oklah....aku bagi contoh....katalah dia ni masuk sesuatu tariqat, then dia cerita tentang pengalaman spiritual dia mimpi jumpa wali ke....dapat ilmu kuat ke.....tapi kalau dia cerita dengan niat nak menunjuk.....buang masa aku je nak dengar......boring..."

" you are so judgemental pasal orang......tapi you nak orang tak judge you pulak....." aku memberi komen kepada Jay





"sebenarnya aku nak jumpa guru atau pemimpin yang bila aku tengok je .....aku tahu dia ni seorang yang boleh dipercayai, dia ikhlas, dia ada karisma, dia ada ilmu yang tinggi tapi dia tawaduk........untuk aku ikut kata2 dan nasihat dia.....tak perlu syarah panjang2................cukup dengan aura dia yang kuat tu aku boleh terima dengan senang hati..........." Jay menerangkan ciri2 guru atau pemimpin idaman hatinya

"wow.....you are so demanding...!!" aku segera menjawab kata2 Jay
"agak2nya ada ke guru yang macam tu zaman sekarang ni....?? "aku bertanya kepada Jay

"ada....." Jay menjawab

"siapa...??" aku bertanya lagi

"Imam Mahdi....." Jay memberi jawapannya

aku tidak berpuashati dengan jawapan Jay "kau agak2lah......."




"itulah sebenarnya sifat orang melayu...............kalau kau guna kekerasan untuk menundukkan mereka.....kau akan gagal sebab mereka akan balas balik dengan kekerasan.....ingat perangai amuk orang melayu............jadi untuk tackle orang melayu ni kena guna diplomasi organik sama ada  untuk tujuan baik atau pun tujuan jahat.....contohnya sihir.....bila tak suka seseorang kita akan slowly "siksa dan bunuh" dia guna cara halus dari jauh, kat depan bukan main muka manis lagi kita dengan dia kan?.....sama juga bila nak beri nasihat ........orang melayu lebih suka melihat contoh tauladan daripada kena bebel yang bukan2.......sebab kita ni bangsa yang bijak dan pandai menilai......bila you berkeras ataupun tidak ikhlas......maka mereka akan menjadi bertambah keras hati dan menjauhkan diri dari kita........" Jay memberi penerangan yang panjang lebar akan sebab mengapa dia memerlukan penasihat yang betul2 ikhlas lagi jujur dalam hidupnya

"sama la juga dengan kehilangan mas mh370....you ingat pesawat tu boleh hilang tanpa sebab yang sangat signifikan keatas negara dan bangsa kita, you ingat obama tu boleh senang2 je datang ke malaysia tanpa membuat sebarang 'cagaran' terlebih dahulu....you ingat 'mereka' tu tak geram ke dengan orang2 melayu yang masih lagi wujud sampai sekarang......tak pupus2 lagi...............haha....'mereka' terpaksa melaksanakan 'diplomasi organik' terhadap agama, bangsa dan negara kita supaya kita boleh tunduk dan patuh pada kehendak dan keinginan new world order mereka...." Jay cuba mengaitkan teori diplomasi organik dengan kes kehilangan pesawat mas mh370

"aku tahu la.....sifat 'istimewa' orang melayu ialah degil, keras kepala dan kepala batu....sebab aku pun adakalanya cenggitu jugak....." aku bersuara dengan nada sayu.....huhu




"kalau kat amerika, peristiwa 11 sept tu menjadi asbab untuk rakyatnya lebih mahu mengenali Islam....mereka nak tahu sangat kenapa terroris Islam sering dikaitkan dengan keganasan sampaikan bangunan pencakar langit pun kena bom macam tu sekali.....last2 wartawan mereka juga yang membuat pendedahan rancangan jahat zionis menggunakan alasan 11 sept tu utk menyerang iraq dan membunuh saddam hussein...." Jay meneruskan penjelasannya

"sama jugak dengan kes mas mh370......kalau dulu geng2 teori konspirasi, geng2 pencari kebenaran akhir zaman ni selalu kena kutuk dan dilabel tak betul, poyo, skeptikal........tapi sekarang dah makin ramai rakyat malaysia terutama orang melayu yang mula celik mata.....mula nak cari jawapan kenapa pesawat yang canggih dan tak bersalah tu boleh hilang......sebab ia tak masuk aqal......tak logik langsung....dan salah satu 'jawapan' yang boleh sedikit 'melegakan' hati ialah teori konspirasi............" Jay menyambung lagi 'ceramah'nya

"tapi tak apalah....walaupun teori konspirasi tu sendiri bersimpang-siur, sekurang2nya kes mas mh370 ni dah buka minda rakyat untuk mula prihatin tentang hal-ehwal negara, hubungan malaysia-cina, perbendaharaan emas, kegilaan kuasa politik dan yang penting kesedaran untuk bersatu-padu.....kita asyik bergaduh sakan sampai kapal terbang yang tengah terbang kat langit tu pun boleh hilang.....hebat kan orang melayu ni....?? " Jay tersenyum sinis sambil menanyakan soalan tersebut kepadaku

"dalam kontek yang lain.....'mereka' gunakan kes mas mh370 sebagai asbab untuk 'menyerang' malaysia secara 'organik' dan 'membunuh' pemimpin2 kita dan orang2 kita.....tak macam tu ke?" Jay menoleh kepadaku untuk mendapatkan jawapan dan kepastian






"aku bukannya tak  risau dengan segala perkembangan yang berlaku sekarang......kalau tak fokus boleh pening dibuatnya..............cuma yang penting sekarang kita banyakkan berdoa, 'hantar' selawat banyak2....mudah2han Allah lembutkan hati pemimpin2 kita, orang2 alim, orang2 intelek, orang2 yang ada kuasa dan rakyat semua untuk bersatu..." Jay menyuarakan harapan dan impiannya




Ayahku terus bersuara......

BOEING TECHNOLOGY – WHAT GOES UP MUST COME DOWN

BOEING’S AUTO-LAND SYSTEM FOR AIRLINERS

RESPONSIBILITY OF AIRFRAMER





4 comments:

  1. "Berlian perlukan tekanan yang teramat hebat untuk menzahirkan sifatnya yang tiada tolok cabarnya itu...
    Begitu jugalah dengan bangsa yang satu ini.
    Cukup masanya, matang tempohnya, cantik saatnya….
    Bangkitlah ia dengan erti kata sebangkit-bangkitnya.
    Naga langka bakal bangkit tak lama lagi."....anak kampong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai anak kampong,
      Mistiknya komen you ni..., Naga langka... kalau dia bangkit nanti semua orang akan susahlah. Nak lari ke mana...nanti rentung kena sembur dengan api... hehehe.

      Delete
    2. waaa.......tekanan itu memang sungguh hebat lagi menyakitkan....!!

      hendak menangis pun sudah tidak tahu lagu apa nak dinyanyikan (menangis tidak berlagu....) huhu

      biarkan diri ini menerima tekanan walau sehebat mana pun
      kerana yang merasa sakit itu adalah nafsu yg hanya mahu hidup di zon selesa sahaja
      tekanan menjadikan jiwa kita hidup bertenaga.....


      Delete
  2. Diplomasi organik - satu metafora yang menarik!

    ReplyDelete