Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday, 9 August 2014

Orang Melayu itu Adik-Beradik, Orang Malaysia itu Bersaudara




suka atau tidak kita kena juga tahu perkembangan geopolitik dunia terutamanya negara2 kuasa besar iaitu USA, Rusia dan Cina
saya kongsikan pautan berikut yg dikongsi oleh Ajib Namaku dari FB Cik Srikandi

If Nuclear War Doesn’t Exterminate Us Ebola Virus Might — Paul Craig Robert



saya mahu kongsikan beberapa perkara seperti berikut:


a) selamat hari raya 2014
-bila kita meningkat dewasa, hari raya dilihat adalah lebih drpd meraikan dengan baju baru, duit raya dan kuih-muih serta lauk-pauk. sudah tentu saya amat menghargai itu semua kerana ia adalah "signature" rakyat malaysia
- bila kita mula mengenali asal-usul bangsa dan diri sendiri, kita akan lebih mengerti makna sebuah persaudaraan
- ibu ada memberitahu bahawa saudara saya ada berkahwin dengan saudara kampung sebelah, saudara kampung sebelah ada pertalian dengan saudara-mara dikampung lagi satu. jiran saya ada kena-mengena dengan nenek saudara, sepupu di perak ada pertalian dengan kenalan di kedah.............dan seterusnya..........dan seterusnya
- apa makna semua ini?
- tak dapat tidak kita mahu mengetahui dan sedar bahawa pertalian diantara orang2 melayu terutama di tanah melayu ini adalah terlalu akrab. "end of the day"...........kita mendapati bahawa ia adalah seumpama "adik-beradik" - ada pertalian darah yang berselirat disana-sini
-saya amat menghargai anugerah ini dan saya akan sentiasa merindui suasana hari raya kerana ia adalah masa untuk bertemu dan beramah-mesra dengan sanak-saudara serta handai-taulan
-kita semua adalah dari satu "keluarga"






b) rezeki
- yup...kita yang hidup dibandar2 besar, kononnya sangat sibuk mahu mengejar peluang perniagaan yang sudah jauh merentasi sempadan geografi dan masa
-kita pun membuat strategi baru bagi mengatasi permainan sengit oleh para pesaing
-namun bila kita pulang ke kampung serta bertemu dengan pakcik dan makcik, apa mereka kata "jangan lupa solat dhuha, solat malam, puasa sunat dan banyakkan sedeqah, moga2 Allah tunaikan semua hajat" dan saya terkesima...........






c) orang malaysia itu bersaudara
- rakan sekerja berbangsa india, pernah melawat india. katanya "mentaliti orang india kat sana sangat lain, tak sama dengan kita disini, saya pun tak suka duduk lama2 kat sana"
- begitu juga rakan sekerja berbangsa cina pernah melawat cina "orang2 cina kat negara cina perangainya pelik, tak biasa dengan mereka, pergi untuk urusan perniagaan boleh lah atau untuk melancong...tinggal disana mungkin tidak"
- saya juga selalu mengikuti perkembangan shila amzah di cina,  melihat penonton yang semuanya berbangsa cina. saya terasa ada satu kekosongan dan kebosanan "ahh...... bosannya kalau aku kena tinggal dalam  negara yang ada satu bangsa je...tak macam malaysia dengan macam2 bangsa yang kita boleh raikan kepelbagaian atas banyak perkara, banyak benda kena belajar dan hidup penuh dengan cabaran dan keceriaan"
-sewaktu ramadhan, pihak pengurusan telah mengadakan majlis berbuka puasa & makan2, ia dihadiri oleh semua kakitangan dari pelbagai bangsa - cina, india dan melayu ..........sungguh meriah...... lagipun orang malaysia ni tekenal dengan sifat "suka makan"
-tiada sebab untuk kita saling bermasam-muka, kita semua adalah bersaudara






hargai kepelbagaian, kemerdekaan, kebebasan dan pertahankan ia...............selalu dan selamanya






4 comments:

  1. Tetapi disebalik kemeriahan dan warna warni BangSa2 itu Terselit Bangsa yg lupa Daratan yg mendatang dan Diberi status Warga Tanah Bertuah ini...bangsa2 yg tak sedar ini walaupun bilangan kecil seperti semut tapi sangat sakit bila MENYENGAT....Bahayanya bangsa tak sedar diuntung ini ibarat Virus EBOLA dan sangat merbahaya buat ummat Melayu Ditanah melayu.

    aku melayu@empayar teratai

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...saya faham.....

      disamping meraikan kemeriahan kepelbagaian, pada masa yg sama kita juga sedar akan duri sembilu yang sentiasa menyucuk2 disana-sini tanpa henti


      cuma sifat bangsa melayu yg memendam rasa & berdiplomasi menjadikan kita lebih mementingkan keharmonian dan keamanan

      Delete
  2. Replies
    1. ya betul........


      wajah sebenar mereka semakin terserlah dengan perkembangan terkini politik tanah-air yg nampak kelam-kelibut - menangguk diair keruh, ambil kesempatan diatas isu yg wujud tetapi sbg warga yg semakin matang - semoga rasional dan keamanan akan tetap menjadi keutamaan kita

      Delete