Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Thursday, 9 October 2014

Melayu masih belum pupus lagi...???





apa lagi perlu dilakukan..?

sejak dari 1998 hingga sekarang, harapan, perancangan dan matlamat masih belum dapat dicapai sepenuhnya
masa begitu pantas berlalu
tarikh luput semakin menghampiri noktah

pemimpin datang silih berganti....cuba dijadikan boneka
seberapa banyak sudah siri pilihanraya dilaksanakan
sampaikan terpaksa mencipta peristiwa pilihanraya

tapi mereka masih disitu

sudah banyak kali siri demo dijaja
pelbagai cara sengaja direka untuk menyentuh sensitiviti umat melayu islam
pelbagai provokasi ditaja bagi membunuh semangat dan jati diri mereka

tapi mereka masih disitu

sudah satu kapal terbang dihilangkan
satu lagi jatuh ditembak berderaian
polis dunia pun sudah mampir ditanah ini

tapi mereka masih lagi disitu

mereka masih lagi disitu
hidup mereka raja bersama rakyat jelatanya
dan bulan gerhana berdarah sudah berlaku
ia petanda tidak baik untuk bangsa yg cemburu kepada melayu
kerana dihari bulan gerhana berdarah itu terjadi
maka Allah & RasulNya pun "menunjukkan diri" dipagi hari rakyat di tanah melayu keluar mencari rezeki
Allah mahu "memberitahu" bahawa tanah ini Dia yang empunya
disamping itu Dia masih mengizinkan bahawa Sang Maha Firaun era 1990an itu masih lagi mampu "memerintah" negara dan rakyat malaysia





8 comments:

  1. aku masih bernafas disini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup....pergilah kemana sahaja....

      bukan sahaja kita orang melayu

      malahan orang malaysia @ rakyat malaysia mahupun pelancong asing bahkan pekerja warga asing sentiasa merindukan tanah yang penuh subur lagi makmur ini....

      kita tidak akan kemana2
      kerana terlalu ramai orang2 yang juga tidak akan pergi kemana2
      kerana mereka juga mahukan kemakmuran dan kekayaan yang ada di tanah ini

      Delete
  2. Golongan Melayu kebanyakan tidak mampu berbuat banyak jika golongan elit/pemimpin Melayu di atas tidak tetap mahu berubah. Mereka mengagungkan sesuatu yang bukan miliknya, tapi malu mengaku sesuatu yang jadi miliknya. Kita tidak ada kekuatan politik untuk mengubah pemikiran mereka kerana kita sendiri dicaturkan untuk terus berada dibelakang mereka. Kita boleh sebut satu-persatu siapa pemimpin elit Melayu yang bersikap seperti ini, tapi untuk apa? kita hanya mentimun dicelah-celah longgokan durian. Golek kiri golek kanan, kita juga yang terkena

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa yang jitu lagi padu
      usaha yang berterusan bagi menyemai kesedaran
      komitment yang tidak berbelah bagi
      kesatuan hati dan rasa dari sekian ramainya rakyat yang rindukan pemimpin yang adil lagi bertaqwa

      mampu mengubah iklim dan cuaca serta suasana corak pemerintahan negara malaysia

      bersabarlah...

      Delete
  3. ... negara Insya'Allah semakin aman... sejak akhir-akhir ini dari segi kesedaran, orang2 Melayu, walau pun belum bersatu sudah mula tidak merusuh & demonstrasi secara besar-besaran. Ada hikmah rupanya disebalik kehilangan MH370 & tertembaknya MH17, Lahat Datu' serta langkah Kajang. Rancangan beberapa pihak untuk memperkudakan orang Melayu nampaknya tidak menghasilkan sambutan besar-besaran seperti zaman 'Reformasi' & 'Bersih'. Dalam kekalutan ini nampaknya kumpulan tertentu terpaksa melakukannya sendiri seperti 'Demonstrasi Akta Hasutan' , 'Sayangi Anjing' dan 'provokasi' pemimpin tertentu terhadap kaum Melayu. Trojan2 yang dilepaskan kedalam ketiga-tiga parti besar kepimpinan Melayu juga nampak sudah mula layu atau 'hibernate' sejak akhir-akhir ini. Juga ucapan tahniah kepada pasukan keselamatan yang mengerakkan pembenterasan kongsi2 gelap dan rasuah terancang juga sudah mula membuahkan hasil. Insya'Allah jika NGO2 Melayu berterusan membongkar dan mendedahkan keadaan sebenar dalam setahun dua lagi kiambang akan bertaut semula setelah dilambung badai semenjak lebih 16 tahun lepas, yang perlu ialah kesabaran dan istiqomah. Walau pun gulongan ini boleh dikira dengan jari namun Insya'Allah jika datang dari lubuk hati yang ikhlas dan dengan izinnya, mampu mengembalikan semula kesatuan orang2 Melayu. Dalam konteks Malaysia, kita perlu jelas bahawa Islam itu perbuatan, Iman itu keyakinan dan Melayu itu bangsa yang mengamalkannya. Oleh itu tiada assobiyah dalam memperjuangkan hak bangsa Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang melayu itu sentiasa belajar daripada hikmah disetiap kejadian

      nak ditengking....nanti lari
      nak dipukul....nanti melawan
      nak diajar....nanti kata dia semua dah tahu
      nak dimarah .....nanti merajuk tak sudah

      akhirnya....kita kena lakukan suatu itu dengan penuh tekun dan hasilkan kerja yang berkualiti ....."kasi zip itu mulut"

      biar mereka melihat & menilai sendiri hasil usaha kita

      orang melayu bijak2 belaka

      bila ilmu dan maklumat yang benar itu disebar-luaskan maka akan wujud suatu gelombang kesedaran yang tidak terkalahkan

      sabar dan teruskan usaha

      Delete
  4. SubhanAllah. Semoga usaha kalian mendapat balasan syurga Allah

    ReplyDelete
  5. (50:22:7) fakashafnā So We have removed لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَٰذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ
    (68:42:2) yuk'shafu will be uncovered يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ

    ReplyDelete